Sunday, November 8, 2009

Usaha + Doa + Tawakal..

~study mode~


Khas buat semua adik-adikku dan sahabat-sahabat yang lain.. Gunakan masa yang berbaki ini sebaik-baiknya...


~Kredit tuk K.ct atas gambar yang dihasilkan.. Tima kasih..~

Thursday, November 5, 2009

~Melentur buluh biarlah dari rebungnya~

Salam'alaik...

Ketika sedang membuat persediaan untuk exam esok hari, tiba-tiba sahabat-sahabat penaip mengimbau kembali lagu-lagu mereka ketika zaman kanak - kanak dahulu. Tertarik dengan salah sebuah lagu yang didendangkan membuatkan penaip mencari melalui laman sesawang yang ada dan hasilnya, sepanjang malam lagu-lagu ini menemani kami.. Dibawah merupakan salah sebuah lagu dendangan kumpulan Soutus Sofwa..


Berkelah

Sungguh indah ciptaan tuhan

Lautan biru nyiur melambai

Ombak menderu memukul pantai

Hati yang resah menjadi damai

Dihari minggu pergi berkelah

Ditepi pantai yang sangat indah

Bersama keluarga dan rakan sedarjah

Dapat melihat kebesaran Allah

Pasirnya putih kilau-kilauan

Banyak terdapat siput dan kerang

Adik bermain hatinya girang

Ibu melihat hatinya tenang

Didalam laut banyak hidupan

Udang, ketam, sotong dan ikan

Menjadi rezeki para nelayan

Nikmat berharga pemberian tuhan

Sewaktu mandi ayah berpesan

Ombak yang kecil menjadi kawan

Bila membesar lawan

Itulah dia resminya alam


Nasyid kanak-kanak merupakan salah satu tarbiyah awal yang amat berkesan buat mereka. Daya ingatan mereka pada ketika ini adalah sangat baik. Sebab itulah, para ilmuwan islam menerapkan penghafalan Al-Quran pada peringkat ini. Saat-saat jiwa mereka bersih dan suci tanpa secalit dosa. Pada peringkat ini juga kanak-kanak cenderung untuk meniru apa sahaja yang sering diperhatikan dan didengari oleh mereka saban waktu. Teringat keletah sepupu penaip yang baru berusia 3 tahun yang sering terdedah dengan media massa muktahir yang tenat. Dia mampu menghafal dialog-dialog iklan televisyen dalam masa yang sangat singkat dan yang menariknya, dia hanya menghafal dailog-dialog iklan yang memaparkan pelakon-pelakon wanita yang bertudung sahaja. Dan pernah satu ketika, ketika lagu Irwansyah 'Pencinta Wanita' sedang hangat di kaca televisyen, beliau telah menukar chorus lirik lagu itu menjadi 'aku memang pencinta Allah'.. Sungguh terharu.. Dan siapa lagi yang mendidiknya jikalau bukan ibu bapa si anak kecil.. Baiklah, ini bukan merupakan topik utama entry penaip kali ini, cuma ingin berkongsi mengenai nasyid kanak-kanak yang bukan sahaja sangat baik untuk pendidikan awal kanak-kanak malah terbaik untuk orang dewasa juga.. Wallahu'alam..




~ Suka lagu jam tujuh jugak ~