Sunday, November 8, 2009
Usaha + Doa + Tawakal..
Thursday, November 5, 2009
~Melentur buluh biarlah dari rebungnya~
Ketika sedang membuat persediaan untuk exam esok hari, tiba-tiba sahabat-sahabat penaip mengimbau kembali lagu-lagu mereka ketika zaman kanak - kanak dahulu. Tertarik dengan salah sebuah lagu yang didendangkan membuatkan penaip mencari melalui laman sesawang yang ada dan hasilnya, sepanjang malam lagu-lagu ini menemani kami.. Dibawah merupakan salah sebuah lagu dendangan kumpulan Soutus Sofwa..
Berkelah
Sungguh indah ciptaan tuhan
Lautan biru nyiur melambai
Ombak menderu memukul pantai
Hati yang resah menjadi damai
Dihari minggu pergi berkelah
Ditepi pantai yang sangat indah
Bersama keluarga dan rakan sedarjah
Dapat melihat kebesaran Allah
Pasirnya putih kilau-kilauan
Banyak terdapat siput dan kerang
Adik bermain hatinya girang
Ibu melihat hatinya tenang
Didalam laut banyak hidupan
Udang, ketam, sotong dan ikan
Menjadi rezeki para nelayan
Nikmat berharga pemberian tuhan
Sewaktu mandi ayah berpesan
Ombak yang kecil menjadi kawan
Bila membesar lawan
Itulah dia resminya alam

Saturday, October 31, 2009
Tragedi 1 Oktober
Beberapa orang pelajar tahun 1 memegang erat jeriji besi pintu masuk untuk menghalang kami melepasi masuk. Masih lagi dengan nada yang berhemah, Kak Izan menunjukkan surat kebenaran masuk untuk berkempen di kolej yang ditandatangani sendiri oleh NC. Namun, mereka masih berdegil. Jaksa-jaksa kolej mula menjerit menghalang semua penghuni keluar dari bilik masing-masing. Suasana tegang. Beberapa orang pelajar yang berada di tingkat atas menjengukkan kepala ke bawah. Pelik dan hairan dengan arahan yang dikeluarkan.
"Kami ada surat kebenaran dari NC untuk masuk berkempen di kolej-kolej sehingga jam 12 tgh malam" terang K. Izan sambil memegang sekeping surat yang siap ber’laminate’ kepada mereka yang memegang erat besi penghadang pintu masuk.
Mereka terus diam seribu bahasa tanpa melepaskan pintu jeriji yang dipegang. Kelihatan beberapa orang sedang mendail dan menelefon menggunakan telefon bimbit masing-masing sambil membuat isyarat kepada ’team jaga pintu’ agar meneruskan ’tugas’ mereka. Hampir setengah jam lebih situasi tegang berlangsung di pintu masuk, kami mengambil keputusan untuk bergerak keluar.
Sampai di masjid, masing-masing bergerak mengambil wuduk untuk solat hajat secara berjemaah. Ketika menunggu imam untuk solat, bertalu-talu telefon bimbitku menerima sistem khidmat pesanan ringkas. Sambil membuka kesemua mesej yang diterima, aku menyeka setitis air mata yang mula mengalir. Tindakanku disedari oleh Kak S yang sememangnya merupakan temanku pada malam itu. Kak S merupakan orang yang bertanggungjawab menuntun langkah-langkah pertamaku di dalam gerakan ini. Terlalu banyak perkara yang aku belajar dari beliau. Murabbiahku yang pertama.
"Kenapa dik?" soalnya sambil mencuri – curi pandangannya ke arah telefon bimbit yang masih dipegang olehku. Aku hanya mampu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala.
"Harijadi adik e arini? Patutlah, da pukul 12," balasnya setelah mengetahui isi kandungan mesej yang diintainya.
"Selamat ari lahir, kebetulan malam kempen 'panas' sama ngan arijadi adik" ucapnya sambil memelukku. Aku hanya tersenyum mendengar selorohannya. Namun, kata-katanya pada malam itu, tidak akan aku lupa sampai bila-bila kerana ianya merupakan pelajaran pertamaku sejak aku ’dilahirkan semula’..
"Sepatutnya bukan orang lain yang ucap dan sambut hari jadi kita. Pada tarikh ini, orang yang sepatutnya kita sambut dan rai ialah mak kita. Sebab dia yang lahirkan kita. Dia yang layak dapat semua ucapan-ucapan tu, bukan kita. Kalau dia takde, takde la kita.."
Kata-kata ini terus menusuk ke dalam hatiku ketika itu. Betapa budaya Barat telah memonopoli kehidupan kita semua. Air mata mula penuh di kolam mataku. Cuba sepenuh hati agar tidak menitik dihadapan Kak S. Saat-saat aku membuka mesej dari kawan-kawan lama membuatkan aku sedar bahawa pada saat itu, aku bukan lagi Nabilah yang dahulu.. Aku adalah Nabilah yang telah dilahirkan semula ruhnya.. Ar-Ruhul Jadid.. Aku sangat-sangat merindukan saat itu. Saat aku merasakan bebanan amanah untuk menjulang kembali Islam di dalam diri,keluarga, masyarakat seterusnya negara terpundak di atas bahuku. Detik-detik aku merasakan diri ini amat kerdil untuk memikul bebanan yang sebegitu besar. Saat aku merasakan tiada siapa yang mampu aku minta pertolongan melainkan Allah. Ditambah dengan nasihat oleh Kak S membuatkan paradigma aku memandang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling berubah. Semuanya harus bermatlamat mencapai redha Yang Maha Esa.. Usai sahaja Kak S berkata-kata, imam mengangkat takbir memulakan solat hajat pada malam itu...
'Tolong!! ada orang ketuk pintu bilik saya!'
Tanganku terketar-ketar, masih tidak tahu kepada siapa harus aku hantarkan mesej ini dan terus jari ini menekan pada nama pertama senior yang ada di dalam telefon bimbitku. Kak Dayah Fpend. Sejurus kemudian, Kak Dayah membalas mesejku.
'Sape ni? kolej mana?' Dengan pantas aku menaip nama,kolej,no bilik dan blok kediamanku.
Aku mula mengambil Al-Quran dan membacanya tanpa menghiraukan apa yang berlaku di luar bilik. Begitu juga dengan Aisyah. 3 penghuni bilik yang lain masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Maafkan ku sahabat, aku tidak mampu memberitahu perkara yang sebenar ketika ini. Roomate Ezzatie mula mencari doa pelindung 'mohon diselamatkan dari musuh' dan memberikannya kepada kami. Tidak lama selepas itu, pintu diketuk sekali lagi dan namaku disebut.
’Nabilah, Nabilah.. Bukak pintu ni.. Kak Dayah ni..’
Sambil membetulkan tudung, aku membuka pintu. Kebetulan Kak Dayah juga berada di kolej yang sama denganku, jadi masa untuknya sampai ke bilikku adalah singkat. Hampir tidak percaya dengan apa yang aku lihat, hampir berbelas-belas orang berada di depan bilik kami. Beberapa orang akak senior masuk ke bilikku manakala beberapa orang JAKSA mula melihat-lihat siapakah orang yang bernama Nabilah.
'Ha, ni bukan Nabilah bt Mohamad.' ujar kawan coursemate ku yang bertugas membantu Jaksa malam itu.
Rupa-rupanya sebelum Kak Dayah berjaya sampai ke bilikku, mereka telah mengadakan sekatan di pertengahan jalan dan bertanyakan nama penuhku sebelum membenarkan Kak Dayah menghampiri blokku. Dipendekkan cerita, Kak Dayah mula mempersoalkan kepada mereka akan tindakan mereka mengetuk pintu bilik kami di tengah-tengah malam. Alasan yang diberikan oleh JAKSA tersebut adalah sangat tidak munasabah iaitu mereka mendakwa aku setinggan di bilik tersebut. Aku menjawab aku hanya singgah di bilik Ezzatie untuk bersahur sahaja. JAKSA tersebut turut meminta kad matrik kami semua yang berada di dalam bilik itu. Aku mengutip semua kad matrik mereka dan menunjukkan kepada mereka tanpa membenarkan mereka memegang kad matrik kami. Apa yang membuatkan roomate Ezzatie berang pada malam itu ialah, ketika mereka sedang menyoal siasat kami, tiba-tiba kedengaran suara lelaki di hujung aras blok kami. Apa lagi mengamuklah Kak Cici, roomate Ezzatie apabila mengetahui lelaki boleh masuk sewenang-wenangnya ke dalam blok siswi. Kemudian kami diarahkan untuk mengosongkan bilik itu dengan alasan felo ingin berjumpa dengan kami di tingkat atas. ( Bilikku berada di paras 0 a.k.a bawah tanah).
Setibanya di atas, ramai orang telah berkumpul menunggu kehadiran kami. Setelah bersoal jawab dengan felo dan JAKSA kolej, mereka tidak ada bukti untuk mendakwa aku setinggan di bilik Ezzatie. Dan ada satu peristiwa lain yang berlaku usai sahaja kes pencerobohan bilik di blokku. Ketika kekecohan berlaku, Aisyah berjaya menyelinap keluar mengikut seorang lagi senior ke biliknya. Selepas bersalaman dengan beberapa orang JAKSA, kami pulang semula ke bilik. Terima kasih kepada Ezzatie, roomateku dan Kak Cici kerana memahami situasiku pada malam itu. Malam itu, aku dan roomateku tidur di bilik Ezzatie. Alang-alang ada orang mendakwa kami setinggan, biar kami setinggan betul2 malam itu, seloroh Kak Cici di dalam bilik..
~~ Ya Allah, thabatkan hati kami di jalan perjuangan ini ~~
Friday, October 30, 2009
AkHirnYa.....
Bismillah wal hamdulillah..
Setelah sekian lama penaip membiarkan ‘teratak minda’ ni x ber up-date, akhirnya sempat penaip luangkan sedikit masa untuk menyapu sedikit habuk-habuk yang da mula melekat.. Bukanlah sibuk sangat dengan kerja mahupun study, tapi perasaan untuk menulis begitu malap saat-saat ini. Lebih selesa untuk memerhati. Macam-macam alasan penaip boleh bagi kenapa x up date blog.. Tambah-tambah apabila da ada akaun Facebook, semakin kerap pula perasaan ’rajin’ itu datang. Ya Allah, moga aku istiqamah dalam bidang penulisan blog.
Terima kasih kepada sahabat2 penaip kerana disebabkan mereka ada agenda lain malam ni, dapatlah penaip up date blog jap. Walaupun suara-suara ’merdu’ dari cerita yang mereka tonton jelas didengari oleh penaip, penaip tetap buat-buat cool dan cuba untuk tidak menghiraukan kewujudan mereka dan laptop itu. Namun, apabila mereka menyambung pelayaran dengan membuka cerita seram kedua, penaip pun mengambil peluang untuk meminjam laptop seorang lagi sahabat dan membuat keputusan untuk mencoretkan sesuatu di blog ini.
Sebenarnya, masih lagi berfikir nak post apa kali ni.. Mmm.. Ni merupakan salah satu alasan kenapa blog x ber-up date.. Walhal punya la banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita untuk direspon dan diambil pengajaran....
Tulisan yang lahir dari hati adalah yang terbaik kerana maksud yang kita ingin sampaikan akan sampai kepada pembaca. Mungkin tompokan2 hitam dosa2 yang bertimbun di hati ini menyukarkan untuk penaip menyampaikan sesuatu buat kalian.... Maafkan penaip.. Sehingga bertemu di post yang seterusnya... InsyaAllah..
Semoga Berjaya!! Bittaufiq wannajah!!!
~~ masih menjejak hakikat manusia ~~




