KaMi PeTuaLaNG PeNCaRi KeBeNaRaN, MeNCaRi MaKNa SeRTa HaKiKaT MaNuSia, kAmI bErjUAng mEnEgAkkAn kEhOrmAtAn, hIdUp muLIA AtAU mAtI sEbAgAI syUhAdA!!!
Friday, February 27, 2009
BANGKIT + SEDAR = PEKA
Bismillahi wal Hamdulillah...
Agak sukar untuk menaip + berfikir setelah sekian lama tidak melakukannya secara bersungguh-sungguh.. InsyaAllah, dengan masa yang ada ini penaip cuba memanfaatkan kurniaan Allah yang berupa pinjaman ini untuk manfaat kita bersama. Penaip merasa terpanggil untuk menaip mengenai isu PPSMI yang masih lagi tidak disedari oleh sesetengah pihak akan kepentingan untuk memperjuangkannya. Pernah ditimbulkan isu ini di dalam kelas Thinking Skills in Education dimana Dr Aishah menyoal kami,
"Which one do you prefer, teaching Science and Mathematic in English or in Bahasa?”.
Serentak kami pelajar tahun 2 program TESL dan Sains, Fakulti Pendidikan menjawab “ in Bahasa!!”..
Lalu beliau menceritakan pengalaman beliau semasa bercuti di Negara China baru-baru ini. Setiap kali beliau mahu bergerak ke satu2 destinasi tertentu, beliau akan meminta pekerja yang berada di meja pendaftaran hotel untuk menulis nama destinasi tersebut(di dalam bahasa mandarin) di atas sehelai kertas dan kertas tersebut akan diberikan kepada pemandu teksi yang berada di luar. Begitu juga apabila beliau ingin pulang semula ke hotel, beliau akan menunjukkan sehelai kertas yang tertulis nama hotel (dalam bahasa mandarin) tersebut kepada pemandu teksi. Begitulah cara beliau berkomunikasi di negara tersebut, just using a piece of paper. Walaupun, penduduk di Negara tersebut tidak mampu untuk berkomunikasi dengan baik dengan ‘foreigner’ but still, their country could develop better than us. Bahasa tidak menjamin kemajuan sesuatu Negara tetapi apa yang perlu diubah ialah mentaliti dan sikap penduduk di sesebuah Negara itu. Sekiranya pelaksanaan PPSMI ini beralasan kearah peningkatan kemajuan di Negara ini, penaip nasihatkan, lupakanlah..
Untuk pengetahuan sahabat2, kedudukan negara-negara dalam pertandingan tahunan Olimpiad Antarabangsa Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi,iaitu kedudukan pertama hingga sepuluh digondol oleh negara-negara yang bahasa pengantar sekolahnya dalam bahasa ibundanya. Contoh, Olimpiad Matematik Antarabangsa 2002 menintakan Republik China sebagai johan, diikuti oleh Rusia dan Amerika Ayarikat, Bulgaria, Vietnam, Korea Selatan, Taiwan, Romania, India ( satu-satunya bukan bahasa ibunda), dan Jerman. Negara2 ini merupakan negara2 maju di dalam bidang masing2 dan mereka masih menggunakan bahasa ibunda mereka! Lebih daripada 80 orang penerima Anugerah Nobel dalam bidang Fizik dan Kimia adalah mereka yang menuntut pelbagai disiplin dalam kedua2 bidang ini termasuk Matematik dalam bahasa Jerman, Perancis, Belanda, Jepun, China, Polish dan beberapa bahasa yang bukannya bahasa Inggeris.
Benar, kita perlu belajar bahasa Inggeris kerana ianya bahasa antarabangsa. Ia adalah alat untuk kita membuat rujukan dan memperluaskan bacaan. Kalau mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kita rendah, maka itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena tentang sistem dan metodologi pengajaran bahasa tersebut dan kita perlu mencari jalan untuk mengatasinya.
Tetapi, bukan dengan cara mengajar Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris kerana ini adalah sama macam mengajar bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu dengan harapan para pelajar akan memahami bahasa Inggeris. Dan benar juga betapa kita tidak mempunyai buku rujukan dan bahan bacaan yang mencukupi dalam bahasa Malaysia. Tapi bukankah sepatutnya kita telah pun mengatasi masalah ini?
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah ditubuhkan pada September 1993. Setelah 15 tahun berlalu, berapa banyakkah buku ilmiah terutamanya dalam bidang Sains dan Matematik serta Teknologi yang telah berjaya diterjemahkan oleh ITNM? Adakah segala usaha2 ini hanya dibiarkn begitu sahaja tanpa mampu dimanfaaatkan oleh pencinta2 ilmu sepenuhnya??
Penaip tertarik dengan cadangan supaya isu ini menjadi tajuk khutbah Jumaat supaya masyarakat dapat sedar dan peka dengan isu2 semasa yang berlegar2 di sekitar kita. Sekurang2nya, jumlah mata2 yang biasanya terlelap ketika khutbah Jumaat akan kembali celik ketika isu2 semasa dibincangkan... Akhir kata, penaip menyeru sahabat2 sekalian supaya turun beramai-ramai pada 7 Mac ini bagi menyatakan bantahan anda terhadap PPSMI ( PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DI DALAM BAHASA INGGERIS). Suara anda mampu membawa perubahan.. Penaip ada menyentuh mengenai isu ini di dalam entry yang terdahulu, sila klik labels : pandangan peribadi.
~ Kenaikan tol di 5 buah lebuhraya dibatalkan oleh kabinet sebentar tadi, adakah ianya dipengaruhi oleh 3 pilihanraya kecil yang bakal berlangsung.. mmmm....~
Monday, February 23, 2009
Kami bertemu didunia fantasi,dibaiah didunia realiti...
Assalamualaikum ww...
Buat tatapan Ateh dan K.Ctku yang dikasihi fillah...
Syukran a'la kulli hal Ya HABIBI Ya ALLAH atas persahabatan dan persaudaraan yang kunjung tiba tanpa diduga dan tanpa dipinta..Aremeen2 YA RABB...
Aku bersyukur atas kurniaan yg tiada nilai dan harganya..Hanya ALLAH sahaja yang bisa mentafsir apa yang tersirat dilubuk hatiku sekian lama...
bak nukilanku yang lalu..Kembara Musafir 1430H bakal merungkai segala kekusutan yang tiba,namun diantara realiti dan fantasi ku yakini ianya pasti...kami bertemu di dunia fantasi ,dibaiah didunia realiti...InsyaALLAH doaku moga kami kan terus berusaha untuk tetap teguh bagai karang di dasar lautan yang tak terusik dilanda badai..Moga roh2 kami terus bersatu menuju yang Maha Satu..janjiMU kan kami pegang demi meraih Syurga Firdausi..Biar nyawa jadi taruhan,asal thabat dalam perjuangan.... Sang Puteri jadi idaman...
sajak ini ku tujukan buat kalian yang dicintai...
moga kita terus maju dan bersatu demi CINTANYA yang Satu...Aremeen2 YA RABB...
Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)
Sahabat…,
Andainya kematianku kau tangisi,
Pusaraku siram dengan air matamu,
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh,
Nyalakaniah obor untuk umat ini,
Dan,
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan,
Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan,
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu,
Taman-taman indah disyurga Tuhan,
Terhampar menanti,
Burung-burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagialah hidupku di sana,
Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur,
Fajarkan menyingsing,
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi,
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi,
Di sana cahaya fajar memancar.....
-Sayyid Qutub-1966-
PUPUS- FIRDAUS
Pertemuan yang kuidam masih belum bersua..
Perpisahan yang ku takutkan hadir sudah tiada ku pinta...
Harapan pudar mati tuk mencari lagi..
Bagai lilin yang menerangi lagu padam jua..
Apalah yang mampu ku beri..
Agar rasa ingin berkasih hadir dalam diri..
Tak mampu ku mendusta hati ini lagi..
Cinta yang tersulam tulus..
Pasti takkan pupus..
Hingga tiada yang terluka...
Pada setiap bicaraku..
Kasih yang mengukir mesra..
Hilang dalam tawa..
Namun inginku semula..
Merasai nikmatNYA..
Mampukah rayuan ku ini...
Membuatkan ia kembali..
Setiap kemanisan kasih tulus dan suci..
Hadirkanlah sekali lagi cuma..
Agar bernyawa kasih semula..
MAafkan aku andai keterlaluan pintaku...
huhuhu...maafla ek atas kekhilafan yang hadir smaada disedari atau pun tidak...
cayang slalu...
by,
acik@a'ishah sa'ad
~ Entry kali ini, penaip memberi peluang kepada sahabat penaip yang amat2 penaip sayangi,Nur A'ishah Mohd Sa'ad untuk menunjukkan bakat terpendam beliau.. Di antara kami semua, Aishah lah yang paling pandai mengarang ayat2 bunga... hehe... tak sabar2 nak tunggu blog dia siap.. ~
Friday, February 20, 2009
SeCeBiS MaSa, SekeLuMiT BiCaRa..
Bismillah wal hamdulillah
Jutaan kemaafan dipohon buat sahabat2 sekalian kerana membiarkan laman ini hampir 3 minggu tidak di update. Alasan penaip, laptop kesayangan dalam perjalanan ke bengkel untuk dipulihkan atas serangan virus yang telah lama beranak pinak di dalamnya. Nak dekat sebulan laptop penaip tidak bersama-sama dengan penaip, jadi tak dapat nak berkongsi sesuatu dengan sahabat2 sekalian meskipun cuba untuk menumpang laptop sahabat2 yang lain. Lain ‘feeling’nya menaip di laptop sendiri berbanding menaip di laptop orang lain, termenung kat depan laptop sendiri pun lain perasaannya dengan termenung di depan laptop orang lain. Nak taip kat laptop orang pun kena tekan slow2, nanti jahanam lak laptop orang. Huhu.. Memandangkan kelas pada tengahari ini dibatalkan, dapatlah penaip menekan2 papan kekunci lab komputer mencoretkan sekelumit berita..
Seribu satu kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Dari isu Palestin yang sehingga kini tiada penyelesaiannya, kes di Perak, isu PPSMI,Pilihanraya kecil di 3 bukit, , isu peralihan kuasa PM kepada Najib pada Mac ini, kes Elizabeth, isu pemberhentian sementara tenaga kerja hinggalah kes di fakulti penaip sendiri (Fakulti Pendidikan). Isu yang sengaja dibesar2kan@ diadakan oleh pihak2 tertentu bagi menghalang kebenaran disingkap dan keadilan ditegakkan. Isu2 yang ditimbulkan mungkin juga bertujuan untuk menutup beberapa isu lain agar perhatian negara@ masyarakat umum dapat dialihkan kearah berita2 tertentu sahaja. Ketidakadilan kepada mahasiswa/i jurusan Pendidikan Al-quran dan Pendidikan Islam di Fakulti Pendidikan juga menjadi agenda sesetengah pihak tertentu. InsyaAllah, penaip akan cuba mencari waktu untuk menaip mengenai isu yang berlaku di fakulti penaip yang tercinta ini.
akhir kata...
buat sahabat2 sekalian...
Subscribe to:
Posts (Atom)