Tuesday, March 24, 2009

Banned??

Bismillahi Wal Hamdulillah…

Pada tahun ini, catatan sejarah mengenai dunia politik dipenuhi dengan peristiwa2 baru yang terlakar . Apa yang paling ketara melalui peristiwa2 yang berlaku ini adalah pemerintahan di Negara kita menuju kearah pemerintahan kuku besi.Keputusan dibuat sesuka hati mereka. Hari ini, hak kebebasan media alternatif Negara kita telah disekat dengan sewenang-wenangnya. HARAKAH dan SUARA KEADILAn merupakan lidah rasmi PAS dan Keadilan tidak dibenarkan menerbit sebarang cetakan atas arahan permit mereka digantung selama 3 bulan. Selain itu juga sekurang-kurangnya enam media internet, termasuk Malaysiakini, gagal mendapat pas media dari Umno untuk membuat liputan perhimpunan agung parti itu bermula hari ini. Betapa takutnya mereka apabila kebenaran disingkap oleh pengamal media yang berani membawa maklumat2 yang benar untuk disampaikan kepada umum. Begitu juga apabila FRU mengganas di Sungai Petani, tanpa mengira kanak-kanak dan wanita, tembakan gas dan pemedih mata bertalu-talu ‘dihadiahkan’ buat mereka. Ini jelas membuktikan bakal PM Negara kita akan pemerintahan kuku besi…

Penaip teringat akan kata-kata mujahidah agung Zainab Al-Ghazali apabila ada yang bertanya mengapa beliau menerima siksaan yang begitu berat daripada pihak pemerintah Jamal Abdul Nassier yang mana beliau menerima siksaan seperti seorang lelaki ketika berada dalam tahanan. Dengan tenang beliau menjawab “ bergembira lah wahai anakku, ini membuktikan bahawa sesungguhnya mereka telah takut kepada seorang nenek tua yang sudah tidak mampu untuk berdiri”…

~ kejayaan yang disangka akan menjadi kekuatan akhirnya menjadi penyebab kepada kekalahan ~

No comments: