Monday, April 6, 2009

PiLiHaN RaKyaT!!

Bismillahi wal Hamdulillah..

TAKBIR!! Alhamdulillah.. Kemenangan tetap berpihak kepada kebenaran..


Teringat sesi dialog dengan ayah penaip hujung minggu lalu...

“Assalamu’alaikum..”

“Wa’alaikummussalam. Kat mane ni?”

“ Ada kat umah.. Nape?”

“ Bukan kat Bukit Gantang? “

Penaip hanya ketawa mendengar soalan yang diajukan oleh ayah.

“ Bukan.. Kalo ada kat Bukit Gantang pon, nape?" Sengaja ingin memprovok..

“ Tak payah la pegi.." Seperti biasa, ayah tak pernah menggalakkan anak kesayangannya ini untuk turun padang ke dunia luar..

“Ada masuk berita ke? Brita cakap apa?” Penaip mengalihkan perhatian ayah.

“ Tak de apa-apa.. Berita malam ni, pergantungan harakah ngan keadilan dah ditarikbalik” Jelas ayah..

“Alhamdulillah.. lagi?” Celah penaip..

“Lagi, 13 orang anggota ISA akan dibebaskan..”

“oo… lagi?”

“Lagi, sokonglah Najib..”

Pada ayat ini kami berdua serentak ketawa dan penaip terus bertanya,

“ Nape kena sokong Najib lak?”

“ Ye la.. kan dia dah bebaskan tahanan ISA, da bagi harakah keluar balik.. baik la tu..”

Penaip tergelak.

Penaip kurang pasti, adakah ayah sengaja ingin memprovok penaip atau betul-betul percaya dengan ‘kebaikan segera’ yang digelapkan oleh MR New PM.Kan ayah tak suka Najib??

Kadang-kadang sukar untuk mentafsir apa yang tersirat di fikiran ayah… Insan istimewa yang amat-amat penaip kagumi.. Sifat-sifatnya banyak diwarisi oleh penaip... Hmmm.. Teringat sesi ‘perdebatan’ di dalam kereta mengenai isu PPSMI dalam perjalanan pulang ke Terengganu minggu lalu. Ayah dan mak menyokong isu PPSMI sedangkan penaip keras-keras membantahnya. Ini kali pertama kami berbahas secara terbuka mengenai satu-satu isu. Biasanya, penaip hanya mendiamkan diri ketika mereka berbincang. Tetapi, pada kali ini, penaip telah memecahkan 'tradisi' itu dan menyuarakan ketidakpuasan hati penaip mengenai perkara tersebut. Sekurang-kurangnya mereka tahu pendirian penaip mengenai perkara itu. Alhamdulillah, walaupun saling ‘fire’-mem’fire’, mereka dapat menerima hujah-hujah yang penaip berikan dan ada beberapa hujah penaip yang mereka tak boleh nak terima. ( Tapi, ayah sokong penaip last-last.. hehe.. kitorang memang satu kepala ) Kadang-kadang sukar untuk kita menjelaskan sesuatu perkara kepada orang yang paling kita sayang sepertimana kita menjelaskannya kepada sahabat-sahabat kita..

~Pertahankan apa yang kita pegang dan sebaik-baiknya kita sendiri perlu betul-betul faham mengenainya..~

4 comments:

sya_ais said...

salam...

koi tak tau nak bagitau macam mana...
koi tengah tension sekarang ni...
koi rindu ang...rindu sangat2...
ang rindu koi tak??
susah nak fahamkan orang yang kita sayang tapi itulah cabaran....
tapi koi penat...koi asyik nangis ja sekarang ni..

zinnirah said...

wsalam...

Syakila!! lama xdengar cite ang? bila nk mai ukm lagi?? mai la sini.. nanti kite cite banyak2 e..
My Dear Syakila... Dalam hidup yang sementara ni, kita xkan pernah tlepas dari ujian dan cabaran... Apa yang penting, bagaimana kita menghadapi semua tu.. Anggaplah semua ni,satu hadiah yang amat2 bernilai dari Allah buat ang.. Mungkin ang tak jumpa lagi salotape yang membalut hadiah tu.. Dan mungkin ang akan penat sebab masih tak jumpa cari salotape untuk bukak hadiah tu, tapi once bila ang da berjaya bukak, ang akan bersyukur sangat2 sbb itulah anugerah dari Allah yang tak ternilai tuk ang.. Never give up....

p/s: koi pun windu jugak.. Bila ang ngn Selah nak belanja koi lagi?? heee... Mai la cni..

Mun said...

owh... bila kelik ganu nye?x oyat pun...
kalu kelik lagi bgtau la...boleh cik niroh ngejah kelik jugak..
xpun mai la jalan2 kelante pulok... ajok ayah ngan mak...

pstt...nabilah dah berubah banyak... x sbar plak nak jumpa nabila nih..

zinnirah said...

hehe.. Balik ganu baru2 ni pon on the spot je.. ari khamis ayah tepon ajak balik, jumaat trus balik sana.. balik kjap je.. ayah ajak balik tgok tok sakit.. hu.. xsempat tido umah tokki, singgah kjap je petang 2, kebetulan Wan ikut skali nak balik Kelantan, mak antar kat stesen bas Ganu.. Lama xjumpe Cik Niroh... huhu.. Ari2 pun tserempak ngan ayah adib kat dpn Sogo masa PPSMI, xsempat nak sembang panjang.. Ayah adib busy me'rodger' orang masa tu.. hee.. Nabilah xjumpe lagi Nurudin... Xsempat la nabilah nak dukung dia nanti, dia da pandai jalan... huhu..