Bismillahi wal hamdulillah..
Salam maal hijrah buat semua pembaca.. Alhamdulillah, penaip masih diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini.. Setapak meninggalkan tahun 1430H mengandungi 1001 pengajaran dan kenangan yang boleh dijadikan ibrah dalam kehidupan seharian kita. Maju selangkah ke dalam 1431H, menjanjikan 1001 pengorbanan dan hikmah yang perlu dikutip oleh kita semua.. Teringat kata-kata salah seorang bekas presiden ISIUKM,
“Dalam masa kita melangkah ke hadapan, jangan sesekali kita lupa untuk menoleh kebelakang, pengajaran dari masa lalu perlu dijadikan teladan sebagai peringatan. Samalah seperti kita menunggang motosikal, 70% tumpuan kita berada di hadapan, tapi dalam masa yang sama jangan lupa 30% lagi berada pada side mirror kiri dan kanan kita.”
Disepanjang perjalanan kehidupan kita, tentunya terlalu amat banyak pengajaran yang telah dikutip untuk dijadikan sempadan dan batu asas untuk diaplikasikan di dalam hidup kita. Semuanya adalah berpunca dari kesalahan dan kesilapan diri kita sendiri. Belajarlah dari kesilapan yang dilakukan. Jangan takut untuk melakukan kesalahan andai ia tidak disengajakan tetapi sengaja melakukan kesalahan adalah perkara yang amat tidak wajar.
“Memantap Ukhwah, Memperkasa Ummah” merupakan tema maal hijrah pada kali ini. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(surah Al-Hujurat:10)
Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. Seluruh kaum muslimin merupakan satu saudara kerana agama. bersatu atas ikatan satu akidah. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W, mafhumnya,
“Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya” (HR.Muslim, at-Tirmidzi, Abu Dawud, Ahmad).
Dalam hadits shahih lainnya disebutkan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
“Seorang mukmin terhadap orang mukmin lainnya adalah seperti satu bangunan yang sebagian dengan sebagian lainnya saling menguatkan.” Dan pada saat itu, Rasulullah S.A.W menjalinkan jari-jemari beliau.
Satu peristiwa yang penaip kagumi adalah semangat saling tolong-menolong yang masih menebal di dalam diri sesetengah penduduk kampung penaip. Pagi tadi, usai bersiap-siap untuk ke rumah ayah di ibu kota, penaip dan seorang lagi adik penaip bertekad meredah hujan untuk menunggu bas di simpang hujung jalan untuk ke Bandar. Sebelum sampai di simpang, adik penaip singgah sebentar di rumah jiran sebelah untuk meninggalkan pesan supaya tolong tengok-tengokkan Wan kami di rumah. Puas kami memujuk Wan supaya mengikut kami ke ibu kota walaupun sekejap, namun biasalah, dia tetap berkeras untuk tinggal di sana. Lusa, adik penaip akan kembali semula di rumah kerana kami ada urusan di ibu kota.. Baiklah, bukan itu kisah yang ingin penaip sampaikan.
Sedang asyik penaip mengimbau kenangan-kenangan lama di sepanjang perjalanan menuju ke Bandar, tiba-tiba pakcik bas memberhentikan bas di tepi jalan. Pakcik bas ni penaip kenal. Dulu penaip dan sorang lagi sahabat selalu keluar ke Bandar untuk menguruskan hal-hal sebelum masuk ke matrik. Kitorang panggil pakcik ni 'pakcik botak' sebab kepala dia botak, tapi dia xtaw la gelaran tu sebab yang keluar dari mulut kitorang 'pakcik' je.. tak sebut penuh nama gelaran dia. Hehe.. Bila naik bas dia je, kitorang xyah nak sibuk-sibuk tekan loceng sebab dia dah taw kitorang nak berhenti kat mana. Biasanya time naik bas selalu kalut cari tempat yang dekat ngan loceng sebab nanti senang nak tekan. Tapi tadi masa naik bas, dia dah xcam dah kat penaip.. Lagipun dulu penaip tak macam skang.. Da lama sangat agaknya tak jumpa dia.. Penaip pun satu, tak tegur jugak pakcik tu.. Huhu.. Apa yang penting Pakcik Botak masih lagi baik macam dulu.. buktinya?? Buktinya tadi, masa Pakcik Botak berhentikan bas dia kat tepi jalan, ada sorang wan ni naik ngan cucu dia, tanya kat Pakcik Botak,
“Bas nak ke Bukit Puchong bertolak dari Temerloh pukul berape? Sempat lagi tak koi nak naik bas tu nanti?Agak-agak sempat tak bas ni sampai Temerloh sebelum bas tu bertolak ke Bukit Puchong?”
Pakcik botak balas “ dalam kul 9.30 rasanya, sempat kot..”
Wan dan cucunya pun mengambil tempat di dalam bas. Sebaik sahaja sampai di depan Bangunan Wisma Persekutuan Bandar Temerloh, Pakcik Botak pun memberhentikan bas. Sejurus kemudian, sebuah bas yang berwarna merah berhenti di seberang jalan. Konduktor bas tersebut keluar melambaikan tangan kepada Pakcik Botak. Pakcik Botak pun bersuara,
" Mana wan yang nak pergi Bukit Puchong tadi? Bas tu ada kat depan,"
Wan dan cucunya pun turun dari bas sambil mengucapkan terima kasih kepada Pakcik Botak dan konduktor bas yang tunggu di seberang jalan tadi datang memimpin wan dan cucunya naik ke dalam bas. Subhanallah.. Begitu erat ikatan ukhwah dan prihatin yang masih menebal di dalam diri mereka semua. Sekurang-kurangnya perbuatan mereka pada hari ini telah menyedarkan beberapa orang mengenai pentingnya perasaan bertimbang rasa dan belas kasihan. Boleh je Pakcik Botak tu teruskan perjalanan sampai ke stesen bas Temerloh dan meminta wan dan cucunya tadi menunggu bas yang seterusnya untuk ke Bukit Puchong dalam 2 jam seterusnya. Tetapi, perasaan bertimbang rasa dan prihatin Pakcik Botak tadi telah memudahkan urusan wan tadi dan cucunya.
"Ya Allah, kurniakanlah rezeki yang halal buat pakcik tadi dan moga beliau dan keluarga sentiasa berada di bawah lindungan rahmatmu,"
Salam maal hijrah.. Moga lembaran baru kali ini membawa seribu satu pengalaman dan pengajaran yang boleh dimanfaatkan untuk semua..
~ rindu untuk kembali semula ke kampung~