Thursday, December 31, 2009

Key of Success..

(entry ini hasil 'editing' entry yg terdahulu..)

Salam'alaik..

Sejak akhir-akhir ini, penaip seringkali mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang pernah singgah di dalam kehidupan yang sementara ini. Teringat bait-bait lirik sebuah lagu,

Kiasan hidup ibarat roda
Kekadang di atas di bawah di atas semula
Redha dan syukur apa kehendak-Nya
Itulah tanda kasih sayang kita

Tujuan diri ini mengimbau kenangan-kenangan lalu adalah ingin mencari, mengingatkan kembali dan memperbaharui azam serta memastikan tindakan yang diambil selepas ini adalah lebih baik dari masa lalu seterusnya meningkatkan keyakinan diri terhadap kemampuan diri melakukan sesuatu.. Salah satu kunci daripada kunci-kunci kejayaan adalah yakin akan kebolehan diri sendiri..

Dalam subjek pengurusan masa, bab 13 ( membina keyakinan kendiri),ada disebutkan mengenai hal ini. Antaranya ialah kaedah2 membina keyakinan. Ada 4 kaedah semuanya :




Apa yang penaip lakukan adalah penaip cuba mengingati kejayaan-kejayaan kecil yang pernah penaip capai suatu masa dahulu.. ( kejayaan besar tak tahu lagi bila nak capai.. tunggu saat2 manis Islam kembali dijulang di dunia ini..) Selain itu, penaip juga ingin menjejak kembali sisa-sisa keistimewaan yang masih ada pada diri sendiri. Bagaimana penaip memanfaatkan keistimewaan-keistimewaan tersebut untuk mencapai kejayaan-kejayaan di masa lalu.. Bagaimana penaip memupuk dan membaja kelebihan-kelebihan yang ada pada diri agar ia bisa mekar menghiasi dan mengimbangi kekurangan2 yang sentiasa menghantui diri dan menguasai diri. Kita selalu lihat/pandang kelemahan seseorang tapi kita lupa disebalik 1 kelemahan yang ada pada diri seseorang, terkandung 10 kelebihan yang kita tak sedar kewujudannya.. Kadang-kadang kita menilai seseorang melalui 1 kelemahan yang ada pada dirinya.. We tend to judge someone through his/her weakness. Kelebihan-kelebihan yang tidak kelihatan ini mungkin menjadi penyebab kearah kejayaan-kejayaan kecil ini. Penaip juga ingin mengimbau bagaimana penaip berusaha ke arah kejayaan-kejayaan demikian. Penaip akui ianya bukan senang dan ianya memerlukan mujahadah dan rasa kebergantungan kepada Allah yang sangat tinggi untuk mencapainya..

Mehnah-mehnah yang diterima seakan-akan hadiah yang sangat mahal dari Allah kerana ia mempunyai maksud dan hikmah yang penuh tersirat. Penaip masih dalam perjalanan meneguk titisan-titisan mutiara ilmu dan pengalaman daripada sahabat-sahabat sekalian yang jauh lebih berpengalaman dan faqih dari diri ini.

~Cita-citaku Islam cemerlang, cita-citaku Islam tinggi menjulang~

No comments: