Saturday, August 21, 2010

Diari Ramadhan Baby

Bismillahi wal hamdulillah..

3 Ramadhan- Usai solat maghrib pada hari itu, kami bertiga pun bertolak menuju ke rumah di mana sahabat penaip mengajar mengaji. Hari itu, merupakan hari kedua Kak Siti menjalankan tugasnya setelah mengambil alih tempat Syamila yang mengajar mereka sebelum ini. Sudah banyak cerita yang penaip dapat mengenai keluarga ini dari Syamila dan Kak Siti sendiri. Tertarik mendengar pengalaman 1st day Kak Siti mengajar mereka, maka pada hari berikutnya penaip memenuhi undangan Kak Siti supaya mengikutnya ke rumah itu. Sebaik sahaja melangkah masuk, benarlah cerita yang dikhabarkan kepada penaip bahawa penghuni rumah ini menggunakan bahasa kedua sebagai bahasa pengantaraan mereka di rumah dalam erti kata lain ‘they speak English as their mother tongue’… (gulp..)

Nana, si cumel, adik perempuan yang bongsu membuka pintu pagar elektronik rumahnya dan kami pun masuk..

“Kak Syamila.. Kak Siti..” sambut mereka.

“This is my friend..” Kak Siti memperkenalkan penaip kepada mereka.

“What is her name, Kak Siti?” soal ‘baby’, adik lelaki yang paling bongsu.

“Ask her..” Balas Kak Siti

Penaip pun memperkenalkan diri sendiri “ Kak Nabilah..”

Kami pun bersalam-salaman. Ada 5 orang semuanya. 3 lelaki dan 2 perempuan..

“ Kak Siti, I want to read first.. I want to read first..I’ve got to finish my homework before I go to bed..” Abang mengangkat tangannya sambil memasukkan buku-buku ke dalam beg sekolahnya memandangkan dia bersekolah sesi pagi pada keesokkan harinya.

Kak Siti pun mengambil tempat.. Sementara itu, Nana mengambil sehelai kertas dan menuju kearah Syamila.

“Kak Syamila, jom main teka teki” Ucapnya.. Penaip hanya tersenyum lebar, teringat teka teki yang diceritakan oleh mereka kepada penaip semalam.. Syamila pun menumpukan perhatian kepada lukisan yang dilakarkan oleh Nana di atas kertas tersebut. Penaip pun menyibuk sekali melihat teka teki apakah yang ingin di soal oleh nana. Sementara itu, gelagat ‘baby’ yang sangat aktif mencuri perhatian penaip. Syamila memberitahu penaip bahawa ‘baby’ sangat suka akan simpulan bahasa yang dipelajarinya dalam pelajaran bahasa melayu di sekolah. Kak Siti juga pernah menceritakan kepada penaip bahawa di kalangan adik-adik tersebut, ‘baby’ seorang yang tak boleh cakap bahasa melayu sepenuhnya. Kalau dia cakap bahasa melayu, kita boleh dengar pelatnya. Berbual dengannya ibarat anda sedang berbicara dengan pelakon kanak-kanak dalam cerita 3 ninjas.. wee~


Baby mengambil balang yang berisi kapur dan terus menyenaraikan simpulan bahasa yang diketahuinya di pintu kaca (sliding door) yang berwarna hitam yang berada di sebelah kiri Kak Siti. Hmm.. aplikasi yang yang baik bagi penaip, tidak perlu membeli papan putih atau hitam untuk anak-anak anda dan tidak perlu risau akan contengan yang tidak boleh dihilangkan. Kapur tulis boleh dipadamkan dengan mudah dengan menggunakan whiteboard duster. Tambahan pula, ruang untuk ditulis sangat besar.. Tulislah sebanyak mana yang anda mahu di pintu tersebut.

Ketika abang selesai mengaji...

“Baby.. Baby puasa x harini?” Soal Kak Siti kepada baby yang sedang sibuk menulis di pintu kaca sebelahnya.

“Baby puasa sampai pukul 9 je..” Jawab Nana. Kami serentak tersenyum..

“ Turn sape lepas ni? Nana la..”Kata Kak Siti.

“Ok..” Nana bergegas ke bilik air untuk mengambil wuduk.

“ baby bangun sahur x?” soal penaip.

“ bangun.. tapi, kalo pegi sekolah baby mesti bawak bekal air sebab nanti baby rasa… aaa… thirsty.. baby bleh tahan lagi… pastu, kawan baby mesti mintak air baby sikit..” Jawab Baby.

“ Baby minum x air tu?” soal penaip lagi.

“minum..”Jawabnya . Serentak kami ketawa.

“ If u can fast for the whole day, I’ll buy u a chocolate..” Umpan Kak Siti.

“ Really? I want chocolate. Kak Siti, do you know the one with caramel inside? It has caramel filling inside. I want that chocolate.” Jawab baby excited.

“ Ok, but you must promise me that you will fast for the whole day..” Kata Kak Siti.

“ Not quarter day, not half day.. but full day..” tambah penaip.

“ Ok2.. Kak Siti, the chocolate with caramel inside..” Pinta baby.

“ What is the name of the chocolate? Cadbury?” Tanya Kak Siti.

“No,not cadbury.. the one with caramel filling.. mm..” jawab baby..

“Snickers?” Syamila meneka.

“ Ya..ya.. its like snickers.. but not snickers.. its like snickers..” jawabnya excited.

Pada masa yang sama, Nana berkeliaran mencari tudungnya yang hilang…

“Mars??” Teka penaip.

“Ya..ya.. Mars.. its Mars.. Kak Siti, I want Mars..” Luah Baby.

“Ok, but promise me, you will fast full day..”Janji Kak Siti.

"Try fasting for half day tomorrow, then go for longer time.. don’t force yourself,ok?” Nasihat penaip.

“Ya.. try it slowly..” Tambah Kak Siti.

“Ok.. Ok.. Only when I can fast for the whole day, you give me the chocolate, if not, don’t give..” balas baby.

“Ok,deal..” Kak Siti bersetuju. Nana dah bersedia untuk gilirannya.. Apa yang menariknya, ketika kami sibuk memikirkan jawapan untuk teka teki Nana, baby bertanya,

“Kak Siti, can I drink..?”

“Mm?Of course.. Malam-malam tak puasa la baby..” jawab Kak Siti. Untuk kesekian kali kami ketawa melihat gelagat baby.

“Yeah.. oo.. siang je tak makan e?” Soalnya sambil berlari mengambil minuman di dapur..

“ Yup, start at sunrise until maghrib” terang kami.. Pada jam 10.15, kami mula bertolak pulang. I learned a lot on that night..

Pada keesokkan harinya, usai sahaja Kak Siti pulang dari rumah mereka, Kak Siti menceritakan mengenai baby.

“ Mak baby cerita, lepas sahur je baby tak tidur.. Semangat je dia hari tu.. Pukul 9, mak baby tanya nak makan x, baby tak nak makan.. Terus main-main sampai tengahari nak pegi sekolah. Masa nak pegi sekolah baby tak makan apa-apa.. Dia kata dia janji dengan Kak Siti nak puasa.. Petang tu balik sekolah, Tanya nak makan x.. dia xnak makan, tapi dia mintak minum air sikit.. pukul 6.30ptg dia jumpa mummy, bagitau dia tak tahan.. Mak dia bagi la baby makan..” cerita Kak Siti..

Kesungguhan dan kegigihan oleh seorang anak kecil yang berusia 7 tahun yang baru sehari belajar untuk berpuasa.. Puasa bukanlah semata-mata menahan lapar dan dahaga, ianya lebih daripada itu. Amanah kita dengan Sang Pencipta..

~9 Ramadhan, Baby request "Kak Siti, can you bring Kak Nabilah?? I want to ask her on this game" Wee..~

4 comments:

me said...

yup..terharu dgr cite k.hindon esknye tu..smgt baby nk puasa..hope,he can full fill it one day..yup..he ask for bring k.nabilah next week..wanna follow me dis monday?
~puasa bkn shj melatih dri mnahan lapar n dahaga,tp,melatih mendidik nafsu spnjang syaitan dibelenggu..medan latihan yang baik untuk anak2 kecil juga..:)~

me said...

but i still bring a chocolate for him the next day..even though he dont fast for the full day..:)

Siti SArah Ahmad Rusli said...

urmm...cara yg bagus mendidik anak2 kecil,ok dh niih,(^ - ^)

Zinnirah said...

Kak Ct: ~mendidik nafsu sepanjang syaitan dibelenggu~ Totally true.. Ini baru dikatakan medan latihan, latihan untuk orang yang tidak lagi mengerti akan erti sebenar perkara yang dilakukan.. Once he knows and understand, ianya bukan lagi latihan, tapi penghayatan sebenar.. Age nor place does'nt matter.. two thumbs up Kak Siti..d(",)b..

Sarah: Kak Sarah nk ikot skali x? 'rugi' xikot... (^,-)v..