Monday, October 25, 2010

Don't Celebrate These !!


Bismillahi wal hamdulillah..

Rupanya-rupanya banyak perayaan-perayaan yang disambut oleh orang-orang Islam tanpa menyedari hakikat sebenar perayaan tersebut.. Mari kita lihat apa perayaan-perayaan tersebut dan sejarah kemunculannya..

VALENTINE DAY


Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

APRIL FOOL



Ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

ST. PATRICK DAY


Disambut pada setiap 17 Mac setiap tahun. St. Patrick adalah biskop untuk menyelamatkan bangsa Ireland, khususnya kaum kerabat, bangsawan dan rakyat jelata ke agama Kristian. Dalam budaya rakyat Ireland, dipercayai bahawa salah satu kaedah pendakwahan Patrick adalah menggunakan syamrok untuk menerangkan Sangti Trinitas (Bapa, Anak, Roh Suci) kepada warga Ireland. Setelah menghabiskan hampir 30 tahun mengajar dan menyebarkan agama Kristian, Patrick menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Mac 461 M, lalu dimakamkan di Downpatrick, itupun mengikut kepercayaan tradisi. Sungguhpun disusuli oleh mubaligh Rom yang lebih berjaya di Ireland, namun Patrick bertahan sebagai pejuang utama agama Kristian di Ireland, oleh itu beliau amat disanjungi dalam Gereja Ireland.



Mengikut legenda, St Patrick menggunakan tumbuhan syamrok berdaun tiga, untuk menerangkan Sangti Trinitas kepada warga Ireland. Oleh itu pemakaian dan peragaan lambang dan reka bentuk syamrok sentiasa ada di mana sahaja perayaan ini disambut

DAY OF THE DEAD


Adalah hari yang ditetapkan oleh Gereja Roman Katolik dan gereja-gereja lain bagi memperingati orang-orang beriman yang telah meninggal dunia. Perayaan ini adalah berlandaskan doktrin bahawa roh-roh orang beriman yang sewaktu matinya tidak dibersihkan daripada dosa-dosa kecil, atau belum ditebus kesalahan lamanya, tidak berupaya untuk memperoleh penglihatan rahmat, dan mereka dapat dibantu dengan doa dan dengan penyerahan Misa.

HALLOWEEN


Ini yang paling terdekat.. Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Perayaan ini juga dikenali sbg All Saints’ Day. (Saint = St = org yg diisytiharkan oleh gereja kristian sudah mendapat ketakriman melalui kehidupan suci, melalui mukjizat dsb.) Seraca umumnya Halloween juga adalah perayaan yang berasal dari Gereja Kristian. Pada tahun ini, 2008, penduduk US akan menyambut Halloween pada hari Jumaat. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram dan menonton filem seram.

Perayaan Halloween ini dibawa oleh imigran Ireland ke US sekitar abad ke-19

Terdapat banyak percanggahan dalam perayaan Halloween dari sudut agama. Antaranya, perayaan ini adalah diatas kepercayaan bahaya pada tarikh 31 oktober, jurang antara dunia nyata dan dunia roh adalah agak samar. Maksudnya, roh boleh berkomunikasi dengan manusia. Dipercayai pada malam halloween adalah malam dimana ruh kembali kerumah masing-masing untuk melawat sanak saudara dan kaum kerabat. Malam Halloween juga merupakan malam untuk menilik nasib, perbuatan menilik nasib dan mempercayainya adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Terdapat banyak lagi sambutan dan aktiviti ritual sepanjang sambutan Halloween yang bercanggah dengan kepercayaan Islam.

Teras kepada sambutan Halloween juga bercanggah dengan ajaran Islam. Sejarah awal sambutan Halloween sebahgiannya adalah berteraskan kepercayaan bahawa semangat ruh jahat yang mempunyai kuasa untuk merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit.

Hujjah dan Dalil

Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.

- Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

~Ironinya, media-media elektronik di Malaysia yang menjadi agen hebahan dan pendorong mengenai perayaan-perayaan ini sehingga anak-anak kecil dan remaja hari ini hanya menurut tanpa menyedari hakikat sebenar...~

No comments: