Friday, February 27, 2009

BANGKIT + SEDAR = PEKA



Bismillahi wal Hamdulillah...

Agak sukar untuk menaip + berfikir setelah sekian lama tidak melakukannya secara bersungguh-sungguh.. InsyaAllah, dengan masa yang ada ini penaip cuba memanfaatkan kurniaan Allah yang berupa pinjaman ini untuk manfaat kita bersama. Penaip merasa terpanggil untuk menaip mengenai isu PPSMI yang masih lagi tidak disedari oleh sesetengah pihak akan kepentingan untuk memperjuangkannya. Pernah ditimbulkan isu ini di dalam kelas Thinking Skills in Education dimana Dr Aishah menyoal kami,

"Which one do you prefer, teaching Science and Mathematic in English or in Bahasa?”.

Serentak kami pelajar tahun 2 program TESL dan Sains, Fakulti Pendidikan menjawab “ in Bahasa!!”..

Lalu beliau menceritakan pengalaman beliau semasa bercuti di Negara China baru-baru ini. Setiap kali beliau mahu bergerak ke satu2 destinasi tertentu, beliau akan meminta pekerja yang berada di meja pendaftaran hotel untuk menulis nama destinasi tersebut(di dalam bahasa mandarin) di atas sehelai kertas dan kertas tersebut akan diberikan kepada pemandu teksi yang berada di luar. Begitu juga apabila beliau ingin pulang semula ke hotel, beliau akan menunjukkan sehelai kertas yang tertulis nama hotel (dalam bahasa mandarin) tersebut kepada pemandu teksi. Begitulah cara beliau berkomunikasi di negara tersebut, just using a piece of paper. Walaupun, penduduk di Negara tersebut tidak mampu untuk berkomunikasi dengan baik dengan ‘foreigner’ but still, their country could develop better than us. Bahasa tidak menjamin kemajuan sesuatu Negara tetapi apa yang perlu diubah ialah mentaliti dan sikap penduduk di sesebuah Negara itu. Sekiranya pelaksanaan PPSMI ini beralasan kearah peningkatan kemajuan di Negara ini, penaip nasihatkan, lupakanlah..

Untuk pengetahuan sahabat2, kedudukan negara-negara dalam pertandingan tahunan Olimpiad Antarabangsa Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi,iaitu kedudukan pertama hingga sepuluh digondol oleh negara-negara yang bahasa pengantar sekolahnya dalam bahasa ibundanya. Contoh, Olimpiad Matematik Antarabangsa 2002 menintakan Republik China sebagai johan, diikuti oleh Rusia dan Amerika Ayarikat, Bulgaria, Vietnam, Korea Selatan, Taiwan, Romania, India ( satu-satunya bukan bahasa ibunda), dan Jerman. Negara2 ini merupakan negara2 maju di dalam bidang masing2 dan mereka masih menggunakan bahasa ibunda mereka! Lebih daripada 80 orang penerima Anugerah Nobel dalam bidang Fizik dan Kimia adalah mereka yang menuntut pelbagai disiplin dalam kedua2 bidang ini termasuk Matematik dalam bahasa Jerman, Perancis, Belanda, Jepun, China, Polish dan beberapa bahasa yang bukannya bahasa Inggeris.


Benar, kita perlu belajar bahasa Inggeris kerana ianya bahasa antarabangsa. Ia adalah alat untuk kita membuat rujukan dan memperluaskan bacaan. Kalau mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kita rendah, maka itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena tentang sistem dan metodologi pengajaran bahasa tersebut dan kita perlu mencari jalan untuk mengatasinya.

Tetapi, bukan dengan cara mengajar Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris kerana ini adalah sama macam mengajar bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu dengan harapan para pelajar akan memahami bahasa Inggeris. Dan benar juga betapa kita tidak mempunyai buku rujukan dan bahan bacaan yang mencukupi dalam bahasa Malaysia. Tapi bukankah sepatutnya kita telah pun mengatasi masalah ini?

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah ditubuhkan pada September 1993. Setelah 15 tahun berlalu, berapa banyakkah buku ilmiah terutamanya dalam bidang Sains dan Matematik serta Teknologi yang telah berjaya diterjemahkan oleh ITNM? Adakah segala usaha2 ini hanya dibiarkn begitu sahaja tanpa mampu dimanfaaatkan oleh pencinta2 ilmu sepenuhnya??


Penaip tertarik dengan cadangan supaya isu ini menjadi tajuk khutbah Jumaat supaya masyarakat dapat sedar dan peka dengan isu2 semasa yang berlegar2 di sekitar kita. Sekurang2nya, jumlah mata2 yang biasanya terlelap ketika khutbah Jumaat akan kembali celik ketika isu2 semasa dibincangkan... Akhir kata, penaip menyeru sahabat2 sekalian supaya turun beramai-ramai pada 7 Mac ini bagi menyatakan bantahan anda terhadap PPSMI ( PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DI DALAM BAHASA INGGERIS). Suara anda mampu membawa perubahan.. Penaip ada menyentuh mengenai isu ini di dalam entry yang terdahulu, sila klik labels : pandangan peribadi.

~ Kenaikan tol di 5 buah lebuhraya dibatalkan oleh kabinet sebentar tadi, adakah ianya dipengaruhi oleh 3 pilihanraya kecil yang bakal berlangsung.. mmmm....~

3 comments:

Anonymous said...

salam juang sahabatku..
lame betul kite berdiam diri..he.. stuju sangat sebab kite amat merasainya..sgt mencabar bile blaja engineering in english..dulu masa kat skolah blaja fizik,kimia n biologi in malay xbanyak masalah dari segi nk faham..
bersemangat betul teacher kite ni..moh rmai2 trun pada 7 mac ni..huk..huk..sedey sgt xdpt trun..cz kite exam..:(

Khairunnisa Alias said...

Aplikasi Bahasa Inggeris yang merupakan Bahasa Barat ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada budaya dan peribadi anak-anak.
Sesetengah remaja rasa hebat, atau 'cool', "nampak 'glamour'/ mcm dlm tv...'modern' dsb" bila menggunakan Bhs Inggeris dalam percakapan.

Bagi mereka, kl brcakap guna Bahasa Inggeris, mestilah ada gaya/style sikit.. Rambut berdiri, kasut but paras lutut, pakai skirt, merokok dll yang dianggap 'matching' dengan bhs yang dituturkan. lebih malang lagi, apabila budaya barat yang memberi contoh pergaulan tanpa batasan atr lelaki dan perempuan, dan berfikir mengikut logik akal semata-mata.

jadi, bagi saya sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada budaya dan moral adik2 kita ni, tambahan pula dengan cerita dan filem Inggeris yang banyak disediakan di televisyen.

Saya pun dah terpengaruh dengan penggunaan bhs rojak ni. Maaf ye. Hrp dielakkan!!..

Zinnirah said...

100% setuju dgn kak khairun.. mm.. mcm kenal je.. (~,^)... Kalo bleh kita bina gagasan Islamic Engliah di Malaysia.. Sebarang kemasukan yang mengandungi bahasa inggeris, (lagu,movie,pakaian,makanan etc..) akan ditapis dan hanya yang terpilih sahaja boleh dibawa masuk ke dalam negara kita... Agak2 bleh tercapai x kak???