Thursday, November 5, 2009

~Melentur buluh biarlah dari rebungnya~

Salam'alaik...

Ketika sedang membuat persediaan untuk exam esok hari, tiba-tiba sahabat-sahabat penaip mengimbau kembali lagu-lagu mereka ketika zaman kanak - kanak dahulu. Tertarik dengan salah sebuah lagu yang didendangkan membuatkan penaip mencari melalui laman sesawang yang ada dan hasilnya, sepanjang malam lagu-lagu ini menemani kami.. Dibawah merupakan salah sebuah lagu dendangan kumpulan Soutus Sofwa..


Berkelah

Sungguh indah ciptaan tuhan

Lautan biru nyiur melambai

Ombak menderu memukul pantai

Hati yang resah menjadi damai

Dihari minggu pergi berkelah

Ditepi pantai yang sangat indah

Bersama keluarga dan rakan sedarjah

Dapat melihat kebesaran Allah

Pasirnya putih kilau-kilauan

Banyak terdapat siput dan kerang

Adik bermain hatinya girang

Ibu melihat hatinya tenang

Didalam laut banyak hidupan

Udang, ketam, sotong dan ikan

Menjadi rezeki para nelayan

Nikmat berharga pemberian tuhan

Sewaktu mandi ayah berpesan

Ombak yang kecil menjadi kawan

Bila membesar lawan

Itulah dia resminya alam


Nasyid kanak-kanak merupakan salah satu tarbiyah awal yang amat berkesan buat mereka. Daya ingatan mereka pada ketika ini adalah sangat baik. Sebab itulah, para ilmuwan islam menerapkan penghafalan Al-Quran pada peringkat ini. Saat-saat jiwa mereka bersih dan suci tanpa secalit dosa. Pada peringkat ini juga kanak-kanak cenderung untuk meniru apa sahaja yang sering diperhatikan dan didengari oleh mereka saban waktu. Teringat keletah sepupu penaip yang baru berusia 3 tahun yang sering terdedah dengan media massa muktahir yang tenat. Dia mampu menghafal dialog-dialog iklan televisyen dalam masa yang sangat singkat dan yang menariknya, dia hanya menghafal dailog-dialog iklan yang memaparkan pelakon-pelakon wanita yang bertudung sahaja. Dan pernah satu ketika, ketika lagu Irwansyah 'Pencinta Wanita' sedang hangat di kaca televisyen, beliau telah menukar chorus lirik lagu itu menjadi 'aku memang pencinta Allah'.. Sungguh terharu.. Dan siapa lagi yang mendidiknya jikalau bukan ibu bapa si anak kecil.. Baiklah, ini bukan merupakan topik utama entry penaip kali ini, cuma ingin berkongsi mengenai nasyid kanak-kanak yang bukan sahaja sangat baik untuk pendidikan awal kanak-kanak malah terbaik untuk orang dewasa juga.. Wallahu'alam..




~ Suka lagu jam tujuh jugak ~

8 comments:

AcHik said...

best2x...(^_^)..cm thu je sape yg dendangkan 2...huk3x..nila lagu kumpulan faviuriteku mase kecik2x dlu...ermmm terkesan smpai sekarg...ape yg dismpaikan oleh nasyid kumpulan ini membuatkan kami terdidikmelalui lagu secara tidak lnsung dn mngaplikasikannya dlm kehidupan mse kecik2x dlu...huuu..(^_-)!!!

AcHik said...

...salah eja favourite td...huhu..xcited sgt...(^_^)..take care..barakallahu fik...

Farid Albariti said...

maaf, mcm mana nk download lagu ni???
:-)

Zinnirah said...

Kepada sesiapa yang ingin mendownload lagu ini dan lagu-lagu soutus sofwa yang lain :

1) buka laman web www.4shared.com
2) taip perkataan 'soutus sofwa'
3) klik kt 'download'

~selamat mendengar~

k.ct said...

owh..buat jugak eh entry psal ni..t'baiklah ateh..di tgh mlm,mngimbau knangn zaman kanak2..huhu~ lagu ni dulu kmpuln die bwah al-arqam..suke sgt time kecik2 n besar2 pn..huhu~

Has88 said...

ateh..tringat gak kumpulan nasyid kanak2 yng menyanyi dalm kreta kita mlm tadi...sedap jugak kan suara dorang..terutama budak yang pakai tudung pink duk kat blakang kan ateh...nnti kalo jmpe lg kanka2 tu kim slm ek...msti kanak2 tu rindu suasana masa dlm kreta time tu kan..:) hheheeh..

AcHik said...

ape ni ude...kanka2x..mna ada kanka..pokka adala...hihi...hai ude2x...lwak nye...kanak2xla..huuu^_^....tau

Zinnirah said...

apo la cik ni.. pokka lak.. huhu.. 'kenangan' 2 uda.. (^,^)/