Sunday, January 3, 2010

Mole..

Bismillahi wal hamdulillah..



Masih lagi dalam mood mengimbau kenangan-kenangan lama (hee), salah seorang sahabat penaip telah menggamit memori ini mengenai sebuah peristiwa.. Hanya yang mengetahui sahaja yang memahami.. haha.. Pada entry kali ini, penaip ingin bawakan sebuah kisah mengenai asal usul tahi lalat..



Mengikut sahih sahabat-sahabat penaip, tahi lalat yang terdapat pada badan manusia adalah salah satu asbab untuk mengangkat martabat muazin pertama di zaman Rasulullah S.A.W iaitu Bilal bin Rabah. Diriwayatkan Bilal bin Rabah merupakan seorang hamba Habsyi berkulit hitam yang merupakan antara golongan yang terawal memeluk Islam ketika Rasulullah S.A.W menyampaikan seruan dakwah secara rahsia di Kota Mekah. Keteguhan akidah beliau yang sangat-sangat padu pada ketika itu patut dijadikan contoh oleh kita semua. Peristiwa beliau yang diseksa dengan seketul batu besar yang diletakkan di atas dadanya, ditengah-tengah padang pasir yang terik telah dirakam sejarah sebagai salah satu bukti akan keyakinannya terhadap kalimah " Lailahailallah, Muhammadurrasulullah".



Bilal Bin Rabah juga telah dilantik sebagai muazin pertama yang mengumandangkan seruan azan. Pernah seorang sahabat meminta kepada Rasulullah S.A.W untuk mengumandangkan azan menggantikan Bilal Bin Rabah pada hari tersebut. Ternyata suara sahabat tersebut mempunyai suara yang merdu dan lunak. Tetapi pada hari tersebut, ramai sahabat merungut mengatakan mereka tidak mendengar seruan tersebut. Ternyata sahabat tersebut mempunyai niat yang lain semasa mengumandangkan azan pada hari itu. Mengikut riwayat, ikhlasnya Bilal Bin Rabah mengumandangkan azan sehinggakan malaikat dapat mendengar seruan azannya. Walaupun Bilal Bin Rabah merupakan seorang pemuda yang berkulit hitam gelap, tetapi hatinya putih ibarat kapas yang tak ternoda. Oleh itu, Allah ciptakan tahi lalat sebagai perhiasan yang paling indah di badan manusia. Hakikatnya, tahi lalat bukanlah mempunyai rupa bentuk yang menarik tetapi kehadirannya dikatakan sebagai 'penyeri' di badan manusia. Nak katanya, warna kulit Bilal bin Rabah ni sama dengan warna tahi lalat yang merupakan hiasan yang paling cantik Allah kurniakan kepada kita. Bersyukurlah atas setiap kurniaanNya.. Demikianlah, secebis kisah mengenai Bilal Bin Rabah. Kisah perjalanan hidup Bilal Bin Rabah merupakan salah satu kisah yang sangat baik untuk diambil pengajaran oleh kita semua..

Wallahu'alam..

~Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang membantu menghasilkan entry ini. Kepada sahabat-sahabat yang lain, kalau nak perbetulkan/tambah kisah di atas, amat-amat dialukan. mm.. Teringin nak dengar syair tahi lalat sekali lagi.. theehehe..~

No comments: