Friday, January 22, 2010

Makanan Dicatu???

Bismillahi walhamdulillah..


Baru-baru ini penaip berpeluang untuk menjenguk adik bongsu penaip yang berada di sekolahnya yang terletak di Raub. Ayah memang sengaja singgah di sana pada hari Sabtu lepas ketika kami dalam perjalanan pulang dari Damansara ke Temerloh. Kebetulan minggu tersebut merupakan minggu giliran mak dan ayah datang untuk menjenguk dia. Sepatutnya kami perlu pergi ke satu tempat lagi iaitu di Muadzam Shah, ada seorang lagi adik penaip dan sepupu penaip bersekolah di sana, namun memandangkan perjalanan ke sana memakan masa, jadi kami pun buat keputusan untuk pergi ke sana pada keesokkan harinya. Bertolak dari Temerloh dekat sket. Betul la ayah cakap, masa hujung minggunya banyak dihabiskan di dalam kereta. Mmm.. Sebaik sahaja sampai di sekolah adik penaip, rutin yang biasa berlaku adalah mak dan ayah terpaksa menunggu kemunculan adik penaip yang mengambil masa yang lama.

‘Adooii… budak ni pun satu, dah taw mak ngan ayah nak datang minggu ni, tunggu la kat depan asrama ni ha.. telefon pun tidak minggu ni.. masa mula-mula masuk dulu kemain lagi telefon tiap2 minggu tanya bila mak nak datang.. masa ari mak nak datang,sepanjang perjalanan sebelum sampai 4/5 kali telefon tanya “ mak sampai kat mana da?”… mentang-mentang da naik tingkatan 2, da x telefon mak da minggu mak nak datang.. mmm… siap la dia japgi…’ bebel penaip di dalam kereta sementara menanti kemunculan adik penaip.

Mak dah bersembang ngan makcik kereta sebelah, ayah kuar jalan-jalan rehat betul-betulkan urat, sementara sepupu penaip yang ikut kitorang skali pegi cari adik penaip di kawasan sekolah. Nasib baik dia ikut, penaip xle nak masuk dalam asrama lelaki. Mmm.. Kat bilik xde, kat bilik tv pn xde, dewan makan pun kosong.. Kat kelas kot, mak kata.. Sepupu penaip pun pergilah menjejak adik penaip di kelas.. Tak berapa lama kemudian, muncullah Mohd Nabil di hadapan kami.. amboiii, selamber je dia jalan buat muka toye dia..

Usai bersalam-salam ngan mak dan ayah dan menerima amanat-amanat mak, barulah dia berjalan menuju ke bonet kereta untuk mengambil beberapa barang kiriman mak. Masih lagi tidak menyedari kehadiran penaip di dalam kereta…

“Eh, kaklong.. cuti ke?” Soalnya apabila menyedari kelibat seseorang di dalam kereta, sambil berjalan membuka pintu penaip.. Huluran tangan disambut. Kami sama – sama tergelak.. mm, tak jadi nak marah.. lama tak jumpa budak kecik ni..

“Doktor bagi cuti, kaki dia kena simen, jatuh..” terang mak kepada Nabil.

“patutla tak kluar kete.. Gone gaye bleh jatuh?? Padan muka..haha” balas Nabil.

Ampess btol budak ni.. hmmpph..

“ Da makan blom ni?” Soal penaip kepadanya memandangkan kami sampai pada waktu tengah hari.

“ Makan la apa-apa yang ada” jawab beliau.

“ Aik, tak pegi makan kat dewan makan ke?” soal penaip hairan.

“Laa.. kan ari sabtu ngan ahad sekolah tak sediakan makanan.. kena beli sniri.. Cikgu suh balik ujung minggu, warden pun balik kampong,” terang Nabil.



Penaip amat terkejut dengan kenyataan beliau. Pada hari tersebut barulah penaip mengetahui bahawa SBP seluruh Malaysia telah dicatu makanan pada hujung minggu. Ini bermakna, pada hari Sabtu dan Ahad, tiada lagi makanan yang disediakan di dewan makan manakala yuran makanan RM1 sehari yang dikenakan sebelum ini telah meningkat kepada RM3 sehari bagi ibubapa yang berpendapatan lebih dari RM5000. Alhamdulillah, adik-adik penaip masih tergolong dalam golongan RM1 sehari. Sabtu dan ahad tiada peruntukan makanan untuk pelajar dan pelajar dinasihatkan supaya balik ke kampong masing-masing pada hujung minggu???? Ini adalah perkara yang amat-amat tidak wajar. Ni tak termasuk masalah bekalan air di beberapa buah sekolah berasrama penuh yang masih tidak ada penyelesaiannya.. Bagaimana mungkin pelajar boleh mengulangkaji dengan tenang jika tiada makanan yang disediakan dan terpaksa membeli menggunakan duit poket sendiri?? Tentunya kes disiplin akan meningkat naik.. Bagaimana dengan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya diadakan pada hujung minggu di asrama sekiranya semua pelajar dinasihatkan balik ke rumah masing-masing pada hujung minggu?? Amalan gotong-royong?? Inspection?? Ko-kurikulum??

Ada banyak perkara yang penaip nak bebelkan tapi cukuplah sampai di sini.. Mungkin peruntukan kepada tadika KEMAS patut dicatu dan disalurkan keseluruh SBP di seluruh Negara bagi menangani masalah ini.. Kepada adik-adik penaip, berhemat semasa berbelanja, bijak mengatur dan merancang perbelanjaan anda. Lagi cantik kalo korang buat surat kat kementerian pendidikan, amik tandatangan semua kawan-kawan satu sekolah, mintak dikembalikan semula peruntukan makanan pada hujung minggu..
~PIBG sekolah pun kena amik peranan jugak kan?~

No comments: