Monday, July 5, 2010

Think Wisely~

Bismillahi wal hamdulilah

Mengimbau hari pertama saya menjejakkan kaki ke lautan ilmu UKM 3 tahun lalu mengingatkan kembali akan hasrat dan harapan saya pada ketika itu. Melangkah ke dunia baru yang amat-amat saya risaukan, sama ada saya berjaya mengemudi arah perjalanan hidup saya mengikut jalan yang diredhai Allah atau sebaliknya. Bagi seseorang yang tidak pernah merasai kemanisan dan ketenangan berada di dalam suasana menuntut ilmu yang dilingkari hidup bersyariat, saya teringin untuk merasainya di perbukitan ilmu UKM. Setitis pengalaman kehidupan di matrikulasi telah mengenalkan saya akan insan-insan yang sangat menjaga peribadi dan patuh pada tuntutan agama membuatkan saya jatuh cinta akan suasananya. Suasana dan biah islam yang amat-amat saya rindui. Sejak itu, saya mula memasangkan niat untuk menyumbangkan keringat saya untuk mendaulatkan agama suci ini walau di mana saya berada. Benarlah, sesungguhnya saya memerlukan islam dan islam tidak memerlukan saya. Islam akan tetap berdiri teguh sehingga hari akhir zaman bersama-sama dengan orang-orang yang tetap istiqomah di jalannya. Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian saya panjatkan ke hadrat Illahi kerana hingga ke saat ini, Allah masih memberi saya peluang untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu berharga dan menimba jerih perih perjuangan serta meneguk kemanisan lautan ukhwahfillah bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan meneruskan agenda untuk mendaulatkan Islam di bumi UKM melalui penerapan nilai-nilai islam yang syumul. Semua aspek kehidupan perlu dilakukan mengikut syariat yang telah ditetapkan.

Sepanjang berada pada hari pendaftaran sesi kali ini pada ahad lepas, benar-benar mengingatkan diri saya pada suatu ketika dahulu. Masih ramai yang tercari-cari akan arah tuju hidupnya. Masih ramai yang memerlukan bimbingan. Dalam cabaran dunia globalisasi yang semakin tenat, remaja-remaja sekarang perlu diselamatkan fikrah mereka. Remaja pada hari ini perlu pandai menilai sebarang maklumat yang diterima. Perbualan sahabat-sahabat serumah saya pada pagi tadi merupakan contoh yang terbaik bagaimana kita menilai setiap perkara yang sampai kepada kita:

Siti Khadijah : jangan nyanyi, nanti hujan, xdapat akak nak balik banting japgi..

Aisyah Humaira : laa.. kan naik kereta Afifah.. ada bumbung..

Siti Khadijah : kereta Afifah mana ada bumbung…

Khaulah : yeke? kereta Kak Afifah xde bumbung? Kak Afifah guna kereta apa?

Aisyah Humaira : kereta sorong..

Khaulah : hah??

Khazinatul : aah.. motor Khazinatul ada bumbung…

Khaulah terlopong.. seolah-olah dia tidak pernah melihat kereta Kak Afifah dan motor Khazinatul…

Khazinatul : ala, kak Khaulah, tu pun percaya, kalau Khazinatul kata motor khazinatul ada bumbung akak percaya?

Lihat betapa mudahnya seseorang itu menerima maklumat dan percaya dengan apa yang didengarnya sedangkan perkara seperti itu sangat mudah untuk difikirkan logik akal akan kesahihannya. Bijaklah dalam menilai sebarang berita yang diterima…

~ learn to judge wisely ~

1 comment:

mel said...

hahaha.. sy br perasan post ni. sapela yg jadi khaulah tu.. tu lurus bendul namenye.. hahaha..

kadang2 saya pn cmtu..eh,, selalunye sy pn camtu.hihi..