Alhamdulillah.. Allahuakbar 3x… Tiada kata-kata yang mampu penaip
nukilkan bagi menggambarkan kebesaran,limpah rahmat Yang Maha Kuasa terhadap
apa yang penaip lalui.. Mengharungi fasa perubahan tempat tinggal dan
kehilangan sahabat-sahabat yang sentiasa di sisi amat menguji diri ini..
Namun,rahmat Allah mengatasi segala-galanya.. Terima kasih Ya Allah, Tuhan yang
Maha Penyayang kerana menganugerahkan ibu bapa yang memahami diri ini..
Atas inisiatif mak memberitahu 2 orang jiran supaya
menghantar anak-anak mereka belajar mengaji dengan penaip,kini hari-hari yang
dilalui semakin bermakna.. Pada hari pertama 2 orang anak-anak pandai dan
soleh, pada hari kedua 4 orang anak pandai dan soleh datang mengaji dan pada
hari ketiga 5 orang anak pandai dan soleh jadi anak didik penaip.. Alhamdulillah..
Kini rutin harian sepertimana penaip berada di Bangi hampir sama kecuali
kelas-kelas pengajian dan juga gerak kerja parti.. Xpe.. Ada hikmahnya.. Senyum dengan
setiap kesudahan.. Teringat kata-kata Kak Na pada hari ketiga dia menghantar
anak-anaknya mengaji selepas maghrib,
“ pukul 6 ptg lagi hazim dah siap2 nak datang mengaji,akak
ingat nk cuti harini tapi kesian pulak tengok dia semangat nak datang..”cerita
Kak Na. Hazim yang masih bersekolah di PASTI malu-malu menyorok di belakang
umminya.
“ Esok cuti ye
kaklong? Aaa.. Hazim esok cuti ye.. bgtau dia esok cuti..” Bisik Kak Na.
“Aah,esok cuti Hazim,dtg minggu depan e..” Terhibur dengan
keletah mereka. Semoga mereka membesar dengan didikan Al-Quran..
Selain daripada itu, hikmah yang tersembunyi disebalik semua
yang berlaku adalah penaip juga dapat mentarbiyah sedikit sebanyak adik-adik
penaip yang kini berada di institusi tinggi. Kini kami 4 beradik berada di
rumah sehingga cuti semester ini tamat.. Alhamdulillah, mereka mahu menurut
kata jika diajak solat berjemaah,berpuasa isnin dan khamis, serta membaca
Al-Quran bersama.. Subhanallah,Maha Suci Allah,tak dapat digambarkan dengan
kata-kata nikmat melakukan perkara-perkara ini bersama-sama.. Walaupun mereka
masih perlu disuruh dan pengaruh movie dan animasi sangat kuat menguasai mereka,namun
menghabiskan masa bersama mereka merupakan saat-saat bermakna bagi penaip.
Allahuakbar… Ya Allah,Yang Maha Kuasa,berilah kekuatan kepadaku untuk mendidik
mereka dengan sebaik-baiknya.. Ayat 6 dari Surah At-Tahrim masih
tergiang-ngiang di fikiran penaip.. Allahu,sangat berat tanggungjawab ini..
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;”
:: Tak sabar nak tunggu bulan Ramadhan,semoga hati-hati
mereka lembut untuk menerima didikan dan berjaya mengaplikasikan dalam
kehidupan sehari-hari::