Bismillahi wal Hamdulillah…
Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar… hampir 2 tahun
meninggalkan medan ini,Alhamdulillah jari-jari ini kembali mengetuk-ketuk
kekunci keyboard.. Hampir 2 tahun juga blog ini tidak dapat dibuka kerana penaip
gagal mengenalpasti password untuk membukanya namun segala puji bagi Allah, Allah
izinkan penaip membuka kembali medan penulisan ini. Setting blog ni pun dah lain,kena explore sket2.. Walaubagaimana canggih sekalipun,penaip tetap sukakan gaya lama.. Penaip percaya pada saat
dan ketika ini,blog ini tidak akan dibuka oleh mana-mana individu melainkan
Allah menggerakkan hatinya untuk membukanya.. Nasihat dan doa kalian amat
diperlukan.. Semoga Allah balas dengan balasan yang berlipat kali ganda..
Ayam pulang ke lubuk
Pada hari ini sudah sebulan lebih penaip berada di kampung halaman,
tempat di mana penaip mula mengenal apa itu erti kehidupan sebelum keluar
merantau ke negeri orang.. genap 12 tahun merantau menimba ilmu dan hanya
pulang ketika ada kelapangan.. 12 tahun merupakan satu jarak waktu yang amat
jauh untuk mengimbau kembali nostalgia lama.. Yang paling terkesan adalah kenangan
bersama arwah aki dan arwah wan memandangkan kenangan bersama merekalah yang
tinggal sebelum penaip meninggalkan kampung,satu-satunya sebab yang
membuatkan penaip berat hati untuk ke asrama setiap kali abis cuti.. 12 tahun,satu masa yang cukup lama
sehinggakan penaip mengambil masa untuk mengimbau kembali jalan-jalan,jiran-jiran,sedara
mara dan mengadaptasi kawasan-kawasan baru yang ada.. Tempat lepak-lepak tepi
sungai a.k.a Bera Waterfront(heh..) dan yang paling terkejut dah ada papan nama
“Kg. Lubuk Ayam” kat depan rumah jiran seberang jalan,ingatkan mitos je nama sebenar
kampong ni...
Kita merancang,Allah menentukan
5 tahun di Bandar Baru Bangi,Bandar Islam mengajar seribu
macam perkara.. Disana penaip mula mengerti tujuan hidup sebagai hambaNya dan bertatih-tatih
di dalam alam perjuangan.. Usai sahaja 4 tahun di perbukitan ilmu membawa
penaip melangkah keluar ke medan luar.. Allahu rabbi, mengenangkan coretan
perjuangan di bumi Bangi Bandar Islam membuatkan hati ini bertambah sebak..
Penaip benar-benar jatuh hati dengan biah dan cara hidup di sana.. Serasi benar
dengan penduduk dan kerjaya di sana.. Perancangan bersama-sama teman seperjuangan
untuk bermastautin di sana serta berkhidmat bersama PAS kawasan Serdang mungkin
tertunda buat sementara waktu, memandangkan tanggungjawab penaip terhadap
harapan kedua ibu dan bapa lebih besar awlawiyatnya ketika ini…..
Doakan moga istiqomah
Berbicara mengenai perjuangan bersama PAS kawasan, jutaan
terima kasih diucapkan kepada pakcik-pakcik PAS kawasan Bera yang tidak
jemu-jemu follow-up penaip sejak penaip melapor diri ketika di tahun akhir
pengajian. Walaupun penaip pernah menyatakan bahawa penaip akan menetap di
kawasan Serdang,pakcik-pakcik masih tetap keep in touch dengan penaip dan atas takdir Allah juga
yang meletakkan penaip di kawasan Bera pada ketika ini.. Ada hikmahnya.. Manisnya hidup dalam perjuangan, mereka akan menyambut kita seperti menyambut
anak kesayangan yang sudah lama tidak pulang ke kampong..Bersama-sama
makcik-makcik muslimat dan adik-adik seolah-olah kembali ke pangkuan keluarga
yang besar.. Mohon tunjuk ajar ye.. Semoga Allah merahmati kita
semua..
::Terima kasih Ya Allah, kerana memilih hambaMu yang lemah
ini berada di antara mereka yang berusaha meraih redhaMu::
No comments:
Post a Comment