Friday, July 6, 2012

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

Alhamdulillah.. Allahuakbar 3x… Tiada kata-kata yang mampu penaip nukilkan bagi menggambarkan kebesaran,limpah rahmat Yang Maha Kuasa terhadap apa yang penaip lalui.. Mengharungi fasa perubahan tempat tinggal dan kehilangan sahabat-sahabat yang sentiasa di sisi amat menguji diri ini.. Namun,rahmat Allah mengatasi segala-galanya.. Terima kasih Ya Allah, Tuhan yang Maha Penyayang kerana menganugerahkan ibu bapa yang memahami diri ini..



Atas inisiatif mak memberitahu 2 orang jiran supaya menghantar anak-anak mereka belajar mengaji dengan penaip,kini hari-hari yang dilalui semakin bermakna.. Pada hari pertama 2 orang anak-anak pandai dan soleh, pada hari kedua 4 orang anak pandai dan soleh datang mengaji dan pada hari ketiga 5 orang anak pandai dan soleh jadi anak didik penaip.. Alhamdulillah.. Kini rutin harian sepertimana penaip berada di Bangi hampir sama kecuali kelas-kelas pengajian dan juga gerak kerja parti.. Xpe.. Ada hikmahnya.. Senyum dengan setiap kesudahan.. Teringat kata-kata Kak Na pada hari ketiga dia menghantar anak-anaknya mengaji selepas maghrib,

“ pukul 6 ptg lagi hazim dah siap2 nak datang mengaji,akak ingat nk cuti harini tapi kesian pulak tengok dia semangat nak datang..”cerita Kak Na. Hazim yang masih bersekolah di PASTI malu-malu menyorok di belakang umminya.

 “ Esok cuti ye kaklong? Aaa.. Hazim esok cuti ye.. bgtau dia esok cuti..” Bisik Kak Na.

“Aah,esok cuti Hazim,dtg minggu depan e..” Terhibur dengan keletah mereka. Semoga mereka membesar dengan didikan Al-Quran..

Selain daripada itu, hikmah yang tersembunyi disebalik semua yang berlaku adalah penaip juga dapat mentarbiyah sedikit sebanyak adik-adik penaip yang kini berada di institusi tinggi. Kini kami 4 beradik berada di rumah sehingga cuti semester ini tamat.. Alhamdulillah, mereka mahu menurut kata jika diajak solat berjemaah,berpuasa isnin dan khamis, serta membaca Al-Quran bersama.. Subhanallah,Maha Suci Allah,tak dapat digambarkan dengan kata-kata nikmat melakukan perkara-perkara ini bersama-sama.. Walaupun mereka masih perlu disuruh dan pengaruh movie dan animasi sangat kuat menguasai mereka,namun menghabiskan masa bersama mereka merupakan saat-saat bermakna bagi penaip. Allahuakbar… Ya Allah,Yang Maha Kuasa,berilah kekuatan kepadaku untuk mendidik mereka dengan sebaik-baiknya.. Ayat 6 dari Surah At-Tahrim masih tergiang-ngiang di fikiran penaip.. Allahu,sangat berat tanggungjawab ini..

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;”

:: Tak sabar nak tunggu bulan Ramadhan,semoga hati-hati mereka lembut untuk menerima didikan dan berjaya mengaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari::

No comments: