Setelah di congak-congak hampir 3 tahun saya menggantung blog yang pernah menjadi kesayangan saya suatu ketika dulu. Time changes people, but that doesn't change my basic. Sedar tak sedar saya, saya dah ada seorang anak bujang yang sangat comel. Punyalah lama xupdate blog dari zaman xkenal lagi En Suami sampailah anak saya dah berumur 3 bulan lebih. Honestly,saya sangat rindukan aktiviti jemaah bersama sahabat-sahabat ketika masih bujang dan sangat sedih xdapat join mana-mana program buat sementara waktu. Doakan saya istiqomah. En suami dah bising sebab banyak kali saya xjoin program di sini....
Baru-baru ini saya mula berjinak-jinak dengan bloggers susun atur rumah dan saya masih lagi bertatih menjadi suri rumah bekerjaya, ( I hope I can be a WAHM one day) apa salahnya saya berkongsi apa yang saya dapat di sini. Alhamdulillah, dikurniakan En suami yang sangat baik dan rajin membantu saya melakukan kerja umah sehinggakan saya rasa kerja rumah banyak dilakukan olehnya berbanding saya. Terima kasih abe. So, untuk menambah kecekapan saya menguruskan rumahtangga, saya banyak belajar dari bloggers susun atur rumah yang kebanyakannya merupakan Work At Home Mother ( WAHM ).
Rutin harian saya banyak dihabiskan di sekolah ( saya merasa sangat bersalah terpaksa bebankan suami dengan tugasan menjaga anak di rumah) dan saya akan berada di rumah pada jam 3 ptg pada hari bekerja. Tak termasuk sekiranya ada LADAP di sekolah dua minggu sekali yang mengambil masa saya sehingga jam 5 petang. Anak saya masih lagi menyusu badan dan diselangkan dengan susu formula. Namun, anak saya lebih mahu menyusu direct feeding berbanding menggunakan susu botol. Petang sampai di rumah, saya akan menyusukan nak kemudian siapkan makan malam. Waktu selepas isyak adalah ruang waktu yang ada untuk aktiviti menyusun atur. Mulai minggu ini saya cuba untuk bangun awal dan menyapu seluruh rumah sebelum solat subuh. Pada mulanya ingin mop sekali tetapi masa xsempat untuk solat jemaah bersama suami. Waktu selepas subuh adalah waktu untuk saya menyusu anak dan bersiap untuk ke sekolah. Okeh,saya masih belajar,masih belajar.. Phew.. Ujung minggu kami selalu travel untuk melunaskan tanggungjawab kami.. ececeh..
Untuk 'welcoming' entry ini saya tunjukan DIY saya yang pertama iaitu mail holder dan magazine holder. Buat yang paling basic mengikut kemampuan masa dan kewangan. Banyak lagi idea yang simple boleh diambil tapi xpe, akan digunakan untuk akan datang, di rumah sendiri nanti mungkin. InsyaAllah, ada rezeki umur panjang akan dipelbagaikan lagi.
Actually berkenan dengan DIY yang menggunakan hanger besi ni,
tapi cari punya cari xjumpa jenis hanger berkenaan.. design yang ni pun cantik juga tapi tak sesuai dengan ruang saya yang ada..
Jadinya gunalah cereal boxes yang ada kat dapur tu... Mula dengan yng basic dulu.. Esok-esok guna yang lain pula..
saya buat yang 'mail' punya, yang 'magazine' tu mintak tolong adik balutkan, tu yang cacat ada garis pembalut kat luar tu..kikiki.. xpelah,seniwistic namanya tu.. apa2pun tq tolong balut.. |
Yang ni pun menarik juga.. Reuse and Recycle..
3 comments:
台灣辣妹 , 台灣辣妹 , 台灣辣妹 , 台灣辣妹 , 台灣辣妹 , 台灣辣妹 , 台灣辣妹 , 台灣辣妹 , 台灣辣妹 , 台灣辣妹
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment