Monday, January 12, 2009

BeRSaTu BeRuBah!!!



Salam’alaik..
Bismillah wal hamdulillah.. Setelah 4 hari berkempen untuk pilihanraya kampus yang bakal berlangsung pada 15 Januari ini, sempat penaip mencuri sekelumit masa yang ada untuk menaip sedikit coretan di laman maya ini. Pagi tadi, buat pertama kalinya penaip melangkahkan kaki ke Kolej Tun Sri Syed Nasir yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sebelum kami meneruskan misi di dalam KTSN, kami mengambil kesempatan untuk melawat ke pusat pameran Untukmu Palestin yang dianjurkan oleh mahasiswa dan mahasiswi di sana. Misi pertama pada pagi itu berjalan lancar cuma sasaran pada ketika itu tidak begitu besar kerana pameran itu terbuka untuk semua warga kota ,jadi kami hanya bejumpa dengan beberapa orang sahaja mahasiswa UKM KL selain urusetia-urusetia yang terlibat. Seterusnya kami diberitahu bahawa di kafetaria KTSN akan diadakan speaker corner pada jam 11 tengahari. Tepat jam 10.45 pagi kami bersiap-siap untuk masuk ke dalam KTSN. Sebaik sahaja tiba di pondok pengawal, kami ditahan oleh seorang pengawal keselamatan dan meminta kami menunjukkan kad matrik kami. Setelah diperiksa dan pengawal keselamatan tersebut mendapati kami semua adalah mahasiswa dari UKM Bangi, dia mengeluarkan kenyataan “ Saya dapat arahan yang pelajar dari UKM Bangi tak boleh masuk ke dalam”. Cabaran pertama pada hari ini.. Akhirnya setelah berfikir sejenak, dia membenarkan kami masuk ke dalam dengan syarat kami berkempen secara sihat. Alhamdulillah,lepas.. Sebaik sahaja sampai di depan kafetaria KTSN, mata ini terus menangkap ke arah serombongan calon aspirasi dan penyokong – penyokong mereka dari UKM Bangi....
Jadi, apakah maksud pengawal keselamatan tadi yang tidak membenarkan kami masuk ke dalam??? Diskriminasi secara terang-terangan…

Kemudian, pada jam 6.30 petang tadi, kami meneruskan kempen di kafetaria Kolej Tun Husin Onn. Kami seramai 5 orang calon dan beberapa pengiring melangkah masuk ke dalam. Namun, beberapa pihak telah bersikap tidak profesional apabila mereka menutup semua pintu kafetaria dan menguncinya. Bukan sahaja pintu, malah tingkap pun mereka tutup. Penaip juga telah diberitahu ketika kami berada di dalam kafetaria, sebuah trak polis tiba di depan kafetaria namun, trak tersebut telah kembali ke tempat asalnya setelah seorang pegawai polis (wanita) meninjau di tempat kejadian dan berkata ”tak ada apa-apa pun”. Sehingga ke malam ini, kafetaria di Kolej Tun Husin Onn terus ditutup. Cerita selanjutnya sila klik http://www.gm-ukm.blogspot.com/


Teringat zaman pilihanraya masa sekolah dahulu, semua calon diberi peluang sama rata oleh GPK HEM.. Penaip mula melibatkan diri dalam piliharaya maktab sejak di tingkatan satu lagi. Walaupun bukan sebagai calon, tetapi penaip mengikuti setiap perkembangan pilihanraya yang berlaku di maktab.. Bermulanya penamaan calon sehinggalah ke hari pengundian semuanya berjalan secara demokrasi.. Kami juga mempunyai kumpulan-kumpulan tertentu dan semuanya dilayan sama rata... Malam manifesto diadakan dengan begitu meriah sekali. Pelbagai gelagat dan aktiviti diadakan oleh calon2 untuk meraih undi... Bagi penaip, latihan yang bermula dari sekolah, matrikulasi dan universiti inilah medan latihan sebelum pilihanraya sebenar di luar sana. Sekiranya sewaktu di sekolah dan matrikulasi, pilihanraya dapat diadakan secara demokrasi, mengapa tidak di universiti??

~ We are given power to be responsible but, we are not given responsible to be powerful ~

3 comments:

Anonymous said...

Salamun'alaik. Teruskan dik! akak menanti kemenangan adik. semoga sentiasa tabah!

sya_ais said...

salam.....ALLAH sentiasa bersama hambaNYA...

letakkan pergantungan pada ALLAH ya...

koi doakan utk ang...di sini belum hangat lagi tapi as org atas, koi sgt2 dah tension skrg nie...

Anonymous said...

bkan senang yer nak berkempen..teruskan usaha sampai berjaya