Monday, January 19, 2009

MaNiSNya UkHuWahFiLLah...

Salam'alaik...

Alhamdulillah.. Sebanyak 12 kerusi MPP berjaya ditakluki oleh calon-calon GMUKM.. Satu titik permulaan untuk sinar harapan baru sekaligus menafikan majoriti 2/3 Aspirasi.. Moga peralihan wajah-wajah baru dalam pimpinan PMUKM kali ini mampu membawa perubahan dari segi corak kepimpinan yang lebih telus dan berwibawa. Segunung tahniah dan selautan takziah buat sahabat-sahabat yang telah berjaya. Kalian tidak bersendirian.. Sebagai sebuah keluarga, kami semua akan mencuba yang terbaik untuk membantu kalian ..
Apa yang memberi kesan kepada penaip pada prk kali ini ialah keprihatinan adik-adik 1st year yang tak jemu-jemu menghantar mesej kepada penaip, usai pengumuman malam itu. Terima kasih ye dik.. Allah lebih mengetahui bahawa akak tak mampu untuk memikul amanah yang sedemikian berat, dan akak amat bangga dengan kalian, moga ukhwah yang terjalin ini tidak putus dan semangat juang kalian yang membara tidak akan pudar kerana kalianlah yang akan menjadi penyambung perjuangan kami di bumi UKM ini kelak.. ( so, stadi rajin-rajin sem ni, score pointer tinggi-tinggi, tahun depan amik borang jadi calon e…(“,)v.. Kita tawan PMUKM sesi depan!! )


Jumaat lepas, penaip dan sahabat-sahabat muslimat yang lain telah pergi ke HUKM untuk menziarahi YB baru kita.. ( Faiz Ismail). Pada pagi tersebut, tatkala penaip mahu menyarungkan helmet di kepala, penaip menerima panggilan dari Kak CT yang mengajak penaip berkonvoi beramai-ramai ke HUKM dengan kereta. Memandangkan penaip terpaksa menghadiri kuliah jam 8 hingga 10 pagi tersebut, jadi kami berjanji untuk bertolak ke sana pada jam 10 pagi. Mengikut perancangan awal, kami akan bertolak bersama-sama dengan muslimin yang akan menjadi guide kami untuk ke sana namun apabila kami sampai di masjid, hanya 3 buah kereta muslimat sahaja yang akan ke sana. Penaip naik kereta sekali dengan Kak CT, Aishah Saad dan Kak Jamilah iaitu kereta yang akan mengetuai konvoi pada pagi itu. Apa yang menjadi masalahnya ialah, tiada seorang pun daripada kami yang tahu jalan ke HUKM.. huhu… Jadi, kami pun rodger la pihak-pihak yang boleh dipercayai, namun semua tak angkat telefon. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi mengikut highway.. Sampai sahaja di tol, kami pun cuba rodger lagi sekali untuk bertanyakan arah perjalanan.. Rupa-rupanya kami salah jalan.. Ada jalan yang lebih senang untuk ke sana selain dari jalan yang kami amik tu.. Dengan kecekapan kak CT sebagai pemandu, kepetahan Aishah sebagai tukang rodger, dan kebijaksanaan Kak Milah sebagai pembaca signboard (penaip?? penaip hanya mampu meniupkan kata-kata semangat buat mereka kerana penaip masih lagi kepenatan pada pagi itu.. huhu) akhirnya pengembaraan kami 3 pasukan berkuda, selamat sampai di HUKM lebih kurang jam 12.15 tghari.. Makasyeh kepada pihak yang dipercayai diatas guide perjalanan ke HUKM..
Sebelum masuk ke wad, barulah kami tersedar yang kami tak bawak buah tangan untuk Faiz.. Beg tangan je yang kami bawak.. he.. Jadi, kami pun berlegar-legar di kawasan kedai dalam HUKM tu untuk mencari buah tangan untuk Faiz.. Setelah selesai membuat pembayaran, kami pun naik ke tingkat 5, dimana wad Faiz ditempatkan.. Alhamdulillah, lega hati kami semua setelah melihat sendiri keadaan sahabat kami, Faiz. Walaupun terlantar di atas katil, beliau masih mampu menghiburkan kami dengan lawak jenakanya yang selamba.

“gigi ana da takde 4 batang, hensem lagi x ana? Ke ada sape-sape yang nak sponsor gigi.. bleh la..”
Aduh.. Nasib baik duduk dalam hospital, tahan perut je gelak dalam tu.. Hampir sejam kami berada di situ, dan sepanjang masa itu jugalah Faiz tak henti-henti bercerita. Kami lak yang jadi pendengar yang setia.. Selain kami, satu rombongan yang diketuai oleh seorang lagi YB ( Faiz Mat Zin) bersama pengikut-pengikutnya tiba sejurus sahaja kami sampai di sana.. Memandangkan kami mengejar masa untuk menyertai demo di masjid pada petang itu, kami pun mula bertolak pulang pada jam 1 petang.. Namun, sekali lagi, kami hilang arah dalam perjalanan pulang.. Akibatnya, kami sampai di perkarangan masjid UKM lebih kurang jam 3.30 petang dan pada ketika itu, kawasan masjid telah lengang..hu,sedih... Alhamdulillah, walaupun penat, namun penaip bersyukur sangat sebab setelah seminggu tidak dapat meluangkan masa bersama mereka semua, akhirnya penaip dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk melepaskan rindu kepada sahabat-sahabat yang disayangi..
Akhir cerita, buat sahabat-sahabat yang dikasihi fillah, moga ukhuwah yang terjalin dengan izinNya ini terus berkekalan kerana ukhuwah inilah yang akan menjadi pengikat untuk kita terus thabat di jalan ini.. Pada saat-saat kita diuji dengan ujian yang kita rasa kita tak mampu nak tanggung, Allah anugerahkan nikmat kemanisan berukhuwah keranaNya..Dan kemanisan itu tak mampu digambarkan dengan kata-kata melainkan kita sendiri yang merasainya...

”Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Amiinn...”



~ hakikatnya, kita hanya nampak apa yang zahir sahaja, namun kesusahan, kepedihan dan derita yang merimbun di dalam hati setiap seorang dari kita, hanya Allah yang lebih mengetahui.. Moga Allah beri kekuatan dan ketabahan yang luar biasa buat sahabat-sahabat sekalian~

1 comment:

Anonymous said...

ukhuwwahfillah
indah ungkapannya, sedap bunyinya, namun tinggi tuntutannya