Saturday, January 31, 2009

SYAHID KEBANGGAAN KAMI


Berderau darah dan tiba - tiba nafas menjadi kencang sebaik saya mendengar kenyataan live seorang serikandi HAMAS di Gazzah semalam (28Januari) sebagaimana yang paparkan oleh RTM 1 .

Ketika ditanya mengenai situasi getir yang dihadapi oleh ummat Islam di Gazzah , Dughmush Nawal seorang ibu berusia 50an dengan bangga memberitahu bahawa seorang anaknya telah syahid dan seorang lagi sedang berjuang di medan menentang Yahudi Alaihi Laknatullah .

" Saya tidak menyesal , syahid tidak mati tetapi hidup disisi Allah dan dia akan masuk syurga sementara yahudi akan masuk neraka ." kata Dughmush .

Apa yang lebih menarik , beliau menegaskan bahawa setiap orang yang gugur syahid dikalangan anak - anak mereka [ muslimah Palastine ] , nescaya kami akan melahirkan seorang lagi pejuang baru untuk meneruskan perjuangan dan syahid .

Amnah Gaber pula seorang guru dengan tenang dan berani menggesa supaya ummat Islam bangun berjihad membebaskan al Aqsa dan mendapatkan janji - janji Allah buat mereka yang berjihad di jalan Allah swt .

Sungguh mengharukan ! demikianlah semangat jihad yang sebelum ini kita hanya membacanya di dalam kitab - kitab silam yang meriwayatkan keperwiraan atau kesatriaan serikandi Islam menentang kuffar dan musuh - musuh Allah swt .

Kini Gazzah menjadi kitab besar untuk dihayati oleh seluruh pejuang - pejuang Islam . Semangat jihad mereka sungguh mulia dan jitu . Bagaimanalah kita pula ?

Bumi kita ini aman . Perjuangan di urus dalam keadaan serba mudah dan senang . Begitu pun masih ada yang takut dan enggan untuk bersusah payah menyertai perjuangan mendaulatkan syariat Allah swt di bumi ini .

Banyak pula alasan dikemukakan . Semuanya menjurus ke arah mengelak diri dari menyertai perjuangan suci untuk meninggikan kalimah Allah swt . Terkadang mereka bijak bermain alasan sehingga kelihatan mereka pula berada di pihak yang benar .

Malu kita dengan muslimah Palastine . Mereka hidup dalam dunia bergolak dan senantiasa mengancam nyawa . Mereka ada tawaran untuk selamat iaitu berdamai dengan Israel . Tapi mereka memilih untuk pertahankan al Aqsa dan berjihad menyelamatkan agama dan tanahair mereka dari cengkaman Yahudi .

Kita ni , sebahagiannya hanya kerana JQAF . Tergamak mereka mengelak diri dari seruan jihad untuk mengaktifkan amal Islami , berdakwah dan memimpin ummah untuk berjuang membebaskan mereka dari belenggu jahiliyyah moden hari ini .

Bukanlah semua , tapi jumlah mereka ramai .

Tidak tahulah , bagaimana kalau kita ditaqdir duduk di tempat ummat Palastine ? atau apa yang berlaku di Palastine berlaku pula di negara kita ? waliyazubillah .

Patutlah hari ini ramai yang leka dan lalai , hanyut dalam arus hedonisme dan terjebak dalam perangkap maksiat dan mungkar . Semuanya kerana kegagalan mereka mendekatkan diri kepada Islam dan kegagalan Muslim memperjuangkan Islam agar ia tegak dan hampir kepada masyarakat .

Marilah kita bangkit bersama dengan sebuah keinsafan atas kelalaian kita yang lalu .

(dipetik dari blog ustaz nasruddin tantawi http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/)

Kagum dengan didikan muslimah di Palestin dalam menanamkan ruh jihad dalam diri anak-anak mereka,pelapis dan penyambung mata-mata rantai perjuangan yang didasari tunjang akidah yang teguh. Penaip baru selesai menghabiskan novel sejarah islam,SALAHUDIN AYUBI,PENAKLUK JERUSALEM Oleh Abdul Latip Talib terbitan PTS Millenia. Mengimbau kembali saat-saat getir tentera islam dalam usaha menawan kembali Jerusalem setelah lebih 80 tahun diduduki tentera salib. Buku ini banyak berkisar mengenai strategi peperangan pada ketika itu. Keimanan yang jitu, Semangat yang kental, Wala' yang tinggi pada ketua dan kecantikan akhlak merupakan antara rahsia kejayaan tentera Islam pada ketika itu. Suka penaip bawakan satu klausa dari buku ini:

"Jalan-jalan dipenuhi mayat ketika tentera kristian menawan Baitul Maqdis buat kali pertama pada tahun 1099. Darah orang Islam tersimbah ke bumi ketika tentera kristian memasuki Jerusalem, namun tiada setitik darah orang kristian tertumpah semasa tentera Islam menawan Jerusalem."

Kini, sejarah berulang kembali di mana orang-orang islam yang tidak bersenjata dibunuh sesudah diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat oleh yahudi laknatullah...

Memetik kata-kata mujahidah agung Zainab Al-Ghazali, Palestin tidak mungkin dibebaskan selagi taghut menguasai bumi itu dan mengikut telunjuk israel, samada dalam memusuhi, menyokong ataupun menjadi bonekanya.

" Selagi 'zionisma antarabangsa' menerajui sistem pemerintahan blok Barat dan Timur, selagi pemimpin dua kuasa besar dunia itu taat melaksanakan arahan zionisma. Ketika itu tidak ada siapa yang dapat memerdekakan bumi Palestin kecuali ISLAM. Pada hari Islam berkuasa, barulah Palestin dapat dimerdekakan," Zainab Al - Ghazali.

~ Cita-citaku Islam Cemerlang, Cita-citaku Islam Tinggi Menjulang ~

1 comment:

Khalisah said...

Cita2ku islam cemerlang, cita2ku islam tinggi menjulang...=)