Thursday, July 23, 2009

Bakal Generasi Ulul Albab..

Salam’alaik…

Sementara bersiap-siap menyelesaikan urusan untuk program petang ini, sempat penaip membelek-belek surat khabar tempatan di bilik Pendidik sementara Aisyah khusyuk menatap gambar-gambar program sekolah lamanya.. Tertarik melihat salah sebuah tajuk membuatkan penaip terus mencari maklumat mengenainya di laman maya.. Subhanallah.. Hati ini begitu teruja dan terharu apabila melihat apa yang berlaku..



“MRSM DITERAP SISTEM PENDIDIKAN ULUL ALBAB”

Program Ulul Albab (UA) di MRSM Kota Putra adalah satu program pendidikan gabungan antara program sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran Agama termasuk Tahfiz Al-Qur'an. Program ini adalah untuk melahirkan ahli profesional dan teknokrat serta mahir dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.


Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang bercirikan :

1. Qur'anikMenghafaz 30 juzuk Al-Qur'an serta memahaminya berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar. Sasaran hafazan ialah 30 juzuk Al-Qur'an selama 3 tahun.



2. Ensiklopedik- Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi sumber rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.- Mengadakan kelas Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin.- Berkemahiran menggunakan kemudahan ICT yang lengkap dan tekini.- Mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti Kemahiran Asas Tingkatan 1 (KAT 1), Kemahiran Amalan Belajar (KAB) dan Kursus Kemahiran Berfikir (KKB)




3. Ijtihadik- Berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian masalah ummah, memaksimakan keupayaan berfikir, berfikiran kreatif dan inovatif serta menguasai bidang teknologi.- Menyertai kelab-kelab berteknologi tinggi seperti Avionik, Robotik dan Solar.- Aktiviti ko-kurikulum konvensional bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal para pelajar.- Aktiviti keusahawanan bagi melahirkan pelajar yang mampu menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.



Pelajar-pelajar yang terpilih menyertai MRSM Ulul Albab itu nanti akan didedahkan dengan kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran dalam Tingkatan Satu bagi membolehkan mereka menghafaz 30 juzuk Al-Quran apabila masuk Tingkatan Tiga, dengan bantuan tenaga hafiz Al-Quran dari Sekolah Menengah Imtiaz. Alangkah beruntungnya mereka...... Sangat2 beruntung...


Teringat ketika penaip mula-mula menjejakkan kaki di MRSM YT Dungun pada bulan 5 2001. Penaip merupakan pelajar intake yg kelima dan hanya 3 orang sahaja yang mendaftar pada ketika itu.Pada ketika itu merupakan minggu study week, tinggal seminggu sebelum peperiksaan semester 1. Seminggu mendaftar masuk, terus amik exam semester. Masa exam, banyak topik – topik yang penaip tak belajar lagi dan akibatnya, pointer pertama penaip amat teruk.. Suasana belajar di MRSM sangat berbeza dengan sekolah berasrama penuh harian. Silibus-silibus pelajaran diajar dengan sangat laju. Satu minggu abis satu topik besar. Pada semester kedua Tingkatan satu, kami dah mula belajar silibus untuk Tingkatan 2. Begitulah seterusnya dan pada semester kedua Tingkatan 3, semua silibus untuk PMR telah selesai dikhatamkan dan pada semester itu, kami hanya menjawab kertas-kertas soalan yang diberikan oleh guru-guru dan membuat persediaan untuk menjawab soalan percubaan dari MARA.Soalan percubaan MARA merupakan antara soalan exam yang sangat-sangat sukar sehinggakan keluarnya ayat tradisi di kalangan kami, “ sape2 yang boleh jawab trial MARA, konfom xde masalah ngn PMR dan SPM, sebab soalan PMR dan SPM yang sebenar lebih mudah berbanding trial MARA”… Inilah akibatnya system exam oriented. Semuanya dinilai melalui kertas peperiksaan.


Penaip sangat-sangat berharap program ini diterapkan kepada seluruh warga MRSM diseluruh negara, bukan sahaja terhad kepada pelajar2 tertentu.. Mereka juga mempunyai potensi untuk menjadi professional huffaz (profaz).. Jika dari mula lagi golongan-golongan ini diterapkan bi’ah sebegini, insyaAllah, akan berkurang masalah-masalah akhlak di kalangan remaja-remaja kita kerana mereka dididik dengan Al-Quran.. Moga diterapkan dalam peribadi harian, bukan setakat hafalan semata-mata.. Dan jujur penaip katakan, cara hidup dan perangai kami ketika berada di menengah rendah adalah sangat menyedihkan. Tiada penerapan nilai agama dalam kehidupan seharian melainkan wajib solat subuh, maghrib dan isyak secara berjemaah. Teringat kat Ust weil.. ( Namanya ustaz Ismail tapi orang Kelantan dan Terengganu akan panggil orang yang namanya ismail jadi ‘weil’). Banyak sangat kenangan dengan dia. Dari jauh lagi dia akan memanggil nama penaip, dan mengungkapkan ayat yang sama.. Ayat teguran buat diri ini.. Ustaz Weil adalah orang yang paling banyak tegur penaip ketika berada disana. ‘Terima kasih Ust, walaupun saya tak dengar cakap ustaz masa ustaz tegur saya dulu, tapi sampai sekarang saya ingat apa yang ust pesan’…

lawati : http://ululalbabkoputra.blogspot.com


p/s : Sekiranya program SEEDS yang bertujuan untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar MRSM dijalankan kepada semua warga MRSM, mengapa tidak untuk modul 'Ulul Albab'?

2 comments:

Khalisah said...

salam..
ateh, ade tmbhan sikit..
bkal ibu2 pn blh mnyumbang kearah pembentukan generasi ulul albab.. (^_~)!!!keep up ur good work.. cayam kamu..=)

cheekylulu said...

wah mantap~~
moga mrsm kota putra dpt menandingi mrsm bitara..biar smua mrsm contohi mrsm kota putra.. (^.^)