Monday, July 13, 2009

Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya..

Salam'alaik..

Sebesen besar buah rambutan tiba di rumah makngah petang semalam. Kebetulan, hujung minggu tersebut, mak dan ayah baru pulang dari rumah di Pahang, jadi banyaklah buah tangan yang dibawa. Disekeliling rumah memang penuh dengan pokok buah2an, jadi ketika musim buah, banyaklah hasilnya. Aku hanya memandang sebelah mata sahaja rambutan2 yang tiba.


“ dah tak larat nak makan rambutan, tiap2 hari ada orang bawak rambutan kat umah tu”, tuturku.


Tiba2 aku ternampak makngah mengopek sebiji manggis,


“ aik, ada manggis sekali ke?” soalku.


“ entah, makngah jumpa dalam besen tu,” balas makngah selamba. Aku hanya tergelak melihat gelagat makngah.


Dengan penuh semangat aku menghampiri besen yang dipenuhi dengan buah2 rambutan yang dipanjat oleh mak dengan harapan kot2 terjumpa sebiji dua buah manggis lagi. Mm.. macam xde je.. Lalu aku pun mencapai sebiji rambutan dan mengupasnya.


“SubhanAllah….” Terkesima aku seketika sebaik sahaja buah rambutan tersebut singgah di mulutku. Sudah lama aku tidak merasa perasaan ini. Inilah rasa buah rambutan yang sudah sebati dengan diriku. Dengan rasa rambutan inilah aku membesar, dengan aroma inilah aku mengenal erti rasa buah rambutan. Inilah rasa buah rambutan pertama yang aku jamah sejak aku mengenali dunia ini. Sungguh, saat itu, aku berasa amat terharu dan merindui zaman kanak2ku. Walaupun dah beberapa tahun aku tak menjamah buah rambutan yang tumbuh di sekeliling rumahku di Pahang, namun, rasa buahnya tak pernah berubah. (dahsyat x bagaimana muslimat boleh menceritakan betapa detailnya mengenai satu2 perkara kecil?? hehe)


Tiba2, ibu saudaraku yang bongsu bersuara,


“ banyak manapun awak makan rambutan orang lain, rasa dia x sama dengan rambutan yang aki awak tanam..”


“betul, rasa macam zaman kenit2 dulu” balasku.


Rindu untuk kembali ke zaman dulu2. Aku beruntung kerana sempat merasa zaman jerit perih mak dan ayah membangunkan dan berusaha memastikan kelangsungan keluarga untuk masa depan. Berbagai-bagai kenangan pahit dan manis diharungi bersama. Teringat perasaan ketika pertama kali mak bawak balik kereta kancil merah ke rumah. Kereta pertama keluargaku. Ayah guna kereta pejabat lagi masa tu. 'Kalau nak dapatkan sesuatu, kena berusaha sekuat mungkin dan jangan lupa semua yang berlaku adalah perancangan dari Allah'. Itulah yang diterapkan oleh mak dan ayah. Bukan senang untuk memiliki sesuatu. Aku cuba untuk mengutip ketabahan mereka untuk diaplikasikan dalam medan ini....


Walaupun hanya mampu meluangkan masa selama lebih kurang 2 jam bersama2 mereka, namun hatiku amat puas. Masa yang berkualiti tidak bergantung kepada berapa banyak masa yang dihabiskan bersama-sama tetapi bergantung kepada bagaimana kita mengisi masa yang kita ada. ( Bertolak dari stesen komuter UKM ke SOGO pada jam 3.30 petang, kemudian naik bas metro ke Selayang, berjalan kaki selama 25 minit untuk sampai ke PPR Intan Baiduri di Selayang.. 2 jam masa terbuang dalam perjalanan. Terpaksa meninggalkan satu event penting yang berlangsung di PKNS Bangi.. hu).. Lebih kurang jam 5.45petang, aku selamat tiba di rumah makngah yang terletak di tingkat 4. Tujuan pergi umah makngah : amik baju pendidik yang Cik Kaya jahit. Usai solat maghrib, ayah menghantar aku pulang ke kampus.


Banyaklah topik2 yang diperbincangkan dan yang paling best, pada kali ini makngah menawarkan sesuatu untukku. Alhamdulillah, walaupun untuk sementara, memandangkan tawaran makngah mempunyai kepentingan dalam gerak kerjaku di sini, aku terus sahaja bersetuju. Tapi, ayah bijak membuat tawaran yang lain, sebelum makngah membuat langkah seterusnya, aku harus membuktikan sesuatu padanya untuk semester ini. Setelah aku berjaya membuktikannya barulah aku akan dapat apa yang makngah tawarkan…


Untuk melancarkan gerak kerja dakwah ini, aku harus berusaha lebih. Perancangan dan strategi harus lebih sistematik. Pergantungan pada Yang Maha Kuasa juga penting. Biar semuanya seiring. Demi kelangsungan dakwah ini…


~ No pain, No gain ~

3 comments:

Mun said...

apa yang ditawarkan mak ngah?cam menarik gak nak tau...

em...syarat ayah cam dapat agak je...

Maimi Mat Khairi said...

Assalamualaikum bel..

Salam perjuangan kebenaran.. Tabahnya hatimu.. Myme doakan bel sentiasa diredhai dan diberkati Illahi hendaknya.. Sedapnya buah rambutan.. tak pelawa kita sikit ke?? hihihi..

Perjuangan menegakkan dakwah satu pegangan dan tanggungjawab yang berat.. Moga ALLAH sentiasa memberi petunjukNya dalam setiap inci kehidupan kita.. Bella, myme rindu sangat-sangat kat bel.. huhuhu.. sangat2 rindu..

Myme panjangkan doa semoga ikatan kita sentiasa terjalin hingga ke syurga kelaknya.. InsyALLAH..

~ Sayang kamu, Nabilah..
~ Myme berkesempatan membeli buku Tuan Haji Faisal Tehrani, maaf dari sorga dan rahsia ummi..

Zinnirah said...

to cik niroh :
huhu.. bijok cik niroh.. ayah biasalah.. academic must come first.. tawaran makngah?? hee.. InsyaAllah, sebuah kuda perang beroda 4.. tapi kene ikut syarat ayah la... Doakan e... Ke cik niroh ada nok buwi ko nabilah kuda perang lain?? hehe..

to siti maimi mat khairi :
amiinn.. sayang myme jugak.. nnt kite jmpa e.. bwk buku faisal tehrani skali... nnt bel knfomkn tarikh..