Friday, June 25, 2010

Perhimpunan Hari Guru

PERHIMPUNAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
Tarikh : 26 Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Padang Majlis Perbandaran Seremban
Perasmian oleh:Y.A.B. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan(Menteri Besar Negeri Sembilan)

Situasi 1
(dalam bilik guru sesi pagi)
GPK 1 : Perhatian kepada semua guru sila ambil kad jemputan anda di pejabat ke majlis Perhimpunan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan pada Sabtu ini. Semua orang wajib hadir kerana JPNS telah menyediakan sebanyak 126 kerusi untuk SMK Bukit Mewah. Kerajaan da abis berpuluh-puluh ribu untuk menganjurkan majlis ini. Khas untuk menghargai guru-guru sekalian. YAB Perdana Menteri kita pun akan hadir sekali pada malam tersebut. Jadi saya berharap semua orang dapat datang la pada malam tersebut. Saya tak nak la bila menteri tengok tempat kosong je.. Bila dia tanya tu sekolah mana tu, SMK Bukit Mewah.. Tak nak macam tu ye.. Kepada sape-sape yang tak ambil lagi kad, sila la ambil..

Situasi 2:
(dalam bilik guru sesi pagi keesokkanya)
GPK 1: Perhatian kepada semua guru, semalam saya baru balik daripada meting dengan JPNS, mereka risau ramai yang tak dapat hadir, jadi di peringkat JPNS mereka minta senarai nama guru-guru dari sekolah, jadi sampai sahaja di sana anda perlu tandatangan kehadiran pada senarai nama yang dikeluarkan.. Kepada mana-mana cikgu yang tak dapat datang, tolong cari pengganti.. Macam saya, saya da ambil 4 tiket cikgu lain, jadi saya akan tandatangankan untuk 4 orang ni.. Satu lagi pengumuman, anda tidak digalakkan untuk membawa kereta sendiri, jadi mana-mana cikgu yang duduk satu kawasan tu, berkongsi-kongsi la kereta ye.. Ingat, pakai baju batik merah sekolah.. Meja sekolah kita kat depan sekali.. Meja nombor A.. Ingat ye cikgu tandatangan senarai nama nanti.. Ada cenderamata atas meja nanti untuk sape-sape yang pergi.. rugi tak pergi..

Kak Rashidah berjalan ke arah penaip : Nabilah, ko free x Sabtu ni? Nak tiket akak?
Penaip: Aaa?? X Nak.....

Situasi 3
(dalam bilik bantu mengajar)
Miss Koo berjalan ke arah penaip: Ticket2... Who want my ticket??
Penaip: No thanks.. :)

Situasi 4
(dalam bilik guru)
Miss Shanty : Do you want the ticket on this Saturday?
penaip: ( menggeleng-gelengkan kepala dengan cepat)

Situasi 5
(dalam kereta)
Kak Majita : Cikgu kat sekolah saya cakap baik bagi elaun kat cikgu daripada buat majlis ni. dorang abis hampir satu juta untuk program ni..
Penaip : Betul2.. Tak pun bagi guru praktikal kat Negeri Sembilan elaun........


Situasi 6
(ketika melalui padang tempat kejadian pada 2 hari sebelum majlis..)
Kak Majita : Kat sini ek majlis tu?
Penaip: ye kot..
Khalisah : Waa.. Warna tema Biru Gelap (BN) ngan putih..
Penaip ngn K.Majita: mmm.. (",(,")


~ Pembaziran di mana-mana~

Wednesday, June 23, 2010

One goes.. Ten comes..

Bismillahi wal Hamdulillah..
23 Jun 2010, genaplah 8 tahun pemergian Mujahid Agung, Almarhum Dato' Ust Fadzil Noor.. Al-Fatihah..


Tahniah diucapkan buat Kak Mimi Izzati Md Yunus ( Mantan YDP PENDIDIK ) kerana telah berjaya melahirkan seorang bakal mujahidah pada 20hb Jun lalu.. Iman Nurhumaira'..

PERGI SEORANG PEJUANG, LAHIR SEPULUH ORANG YANG MENGGANTIKANNYA..

Islam tetap akan subur sehingga hari kiamat...

Monday, June 21, 2010

Pharaoh


~part 7~


~part 8~

Saturday, June 19, 2010

" there is no day, I dont pray for you "

Bismillahi wal hamdulillah..

Pada kali ini penaip ingin memaparkan luahan rasa seorang insan terhadap pemimpin negaranya yang dia tahu misi pemimpinnya itu adalah ingin mendaulatkan kalimah "Lailahailallah,Muhammad Rasulullah".. Kepimpinan yang terbaik adalah Rasulullah S.A.W itu sendiri, selepasnya zaman sahabat khulafa' ar-rasyidin, seterusnya, zaman pemerintahan islam yang akhirnya tumbang pada zaman pemerintahan Bani Uthmaniyyah. Menonton video di bawah bisa membuatkan sesiapa sahaja yang inginkan seorang pemimpin negara seperti beliau.. Dalam ucapannya wanita tua itu menunjukkan kecintaan yang luar biasa sekali buat pemimpinnya.

Selepas pulang dari Malaysia beberapa tahun lalu, melihat pembangunan pesat Malaysia, Dr Ahmadinejad berikrar untuk terus membangunkan Republik Islam Iran. Dalam satu pertemuan dengan beberapa rakyat kecil yang dianjurkan sebuah NGO, seorang wanita tua memberitahu; "Selepas tuan pulang dari Malaysia saya bersumpah untuk terus bersama tuan. Saya membayar sedekah setiap bulan atas nama tuan. Tuan tidak keseorangan kerana saya mendoakan tuan sentiasa."
~ (T,T) ~

Friday, June 18, 2010

Pelajar Kemasukan baru KUIS dizalimi

Bismillahi wal hamdulillah

Istilah zalim secara bahasanya bermaksud 'meletakkan sesuatu BUKAN pada tempatnya'. Istilah ini sudah menjadi kebiasaan kepada pihak-pihak yang menegakkan kebenaran dan keadilan. Pepatah melayu ada menyebut ibarat bagai jatuh ditimpa tangga. Berkali-kali dizalimi, sudahlah haknya dinafikan, malah dikenakan tindakan sama ada secara halus mahupun terang-terangan atas perlakuan melaksanakan haknya. Kini, istilah secara terang-terangan ini telah menimpa kepada pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Selangor.



Pihak KPT telah mengeluarkan arahan kepada PTPTN untuk menahan permohonan seluruh mahasiswa baru sesi 2010/2011 Kuis untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN akibat keterlibatan seorang mahasiswa tahun tiga kampus itu, Ahmad Shukri Kamarudin dalam kempen pilihan raya Hulu Selangor April lalu. Selepas Mohd Shukri didapati terlibat dalam kempen pilihan raya di Hulu Selangor, PTPTN menerusi Ketua Eksekutifnya, Wan Ahmad Wan Yusoff telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada pihak pengurusan Kuis dengan pemakluman tindakan untuk menahan permohonan seluruh mahasiswa baru Kuis yang dianggarkan berjumlah hampir 1,500 orang untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN sehingga penjelasan yang memuaskan diperoleh.

Tindakan penahanan permohonan mahasiswa baru untuk mendapatkan biaya PTPTN ini menghasilkan satu istilah lain yang dinamakan sebagai salah satu bentuk UGUTAN. Pihak KPT mengugut kepada mana-mana mahasiswa yang terlibat dengan aktiviti pilihanraya tidak akan mendapat tajaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara. Bukankah ini juga merupakan satu bentu PENGANIAYAAN kerana mengenakan hukuman kepada mereka yang tidak bersalah??

~ gubal peraturan hak kelayakan untuk mengundi kepada individu adalah selepas tamat pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi negara~

Wednesday, June 16, 2010

Student Board of Judges




Bismillahi wal hamdulillah..

Anda pernah menonton siri kartun 'Hey Arnold'?? Siri kartun ini menjadi kegemaran kami adik beradik 5/6 tahun lepas.. Malah, muka Arnold,watak utama siri ini banyak terdapat di dinding-dinding rumah penaip. Lukisan tangan.. (Penaip hanya menyumbang tak sampai 5% untuk lukisan muka Arnold).. Siri kartun ini mula disiarkan pada Oktober tahun 1996 di Amerika dan mula disiarkan di Malaysia beberapa tahun lepas oleh RTM dan boleh didapati dalam versi bahasa melayu.. Baru-baru ini penaip berkesempatan menonton salah satu siri ini di rumah mak saudara penaip.. Episod ini mengenai Eugene, salah seorang rakan Arnold, yang telah dituduh menyebabkan penggera kebakaran di sekolahnya berbunyi dan menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut. Akibatnya pihak sekolah telah membawa Eugene ke mahkamah sekolah untuk dibicarakan atas kesalahannya. Jadi Arnold cuba membantu Eugene kerana dia tahu Eugene tidak bersalah. Apa yang menarik dalam episod yang penaip paparkan disini ialah barisan juri yang ditetapkan untuk mendengar kes ini terdiri daripada para pelajar itu sendiri. Sangat menarik.. Lebih-lebih lagi tertuduh diwakili 'peguam' yang merupakan rakan tertuduh.. Bagaimana dengan Mahkamah-mahkamah universiti IPT di Malaysia???

~masih menunggu perkembangan perbicaraan Kes Rosmah Puaka yang berlangsung pada 15 & 16 Jun ini dan Injuksi kes UKM4 pada 17 Jun~

Tuesday, June 15, 2010

The Tree

Malaysia’s most influential spiritual leader Nik Aziz offers commentary on the virtuous and Islamic way to conduct ethical commerce in his inimitable style.

SATU MASALAH YANG TIMBUL DI SELURUH DUNIA YANG DITIMBULKAN OLEH MUSUH ISLAM IALAH MENGASINGKAN HIDUP DARIPADA PERATURAN ALLAH

~ Usai sahaja muktamar PAS,media-media perdana mula memainkan isu calon bukan Islam dari PAS.. Pesan Tuk Guru Nik Aziz,"Tolong bagitahu kawan kita Umno, nabi dulu sampai sanggup berkawan rapat dengan orang bukan Islam demi menyebarkan dakwah Islam. Nabi sampai tahap mahu padam perkataan Rasulullah pada surat-surat yang dihantar kepada orang bukan Islam agar tidak menyekat mesej dakwah sampai kepada mereka"..~

Sunday, June 13, 2010

Saturday, June 12, 2010

We Are Brothers and Sisters

Bismillahi Wal Hamdulillah

A nice song by Genius Aulad.. Will replacing 'Barney & Friends' or 'Sesame Street' one day... Keep it up... I'm waiting.. We all are waiting...






We ARE BROTHERS AND SISTERS

Chorus :
We are brothers, we are sisters
Facing one qiblah
We should feel for one another
Share the tears and joy ,in this small world we share
We are brothers and sisters, help the world together

Alif ba and Ta we learn the al Quran together
Allahu Akbar we raise our hand takbir together
No matter how smart we are, the earth is just a tiny space
Born like white cloth, cloth then dyed with sins and deeds.

Chorus :
We are brothers, we are sisters
Facing one qiblah
We should feel for one another
Share the fear and hope, in this small world we share
We are brothers and sisters, lend your hand together


Chorus :
We are brothers, we are sisters
Facing one qiblah
We should feel for one another
Share the fear and hope, in this small world we share
We are brothers and sisters, lend your hand together

~ Don't forget to recite qunut nazilah as much as you can~

Thursday, June 10, 2010

RMK10

Bismillahi wal hamdulillah

Hari ini, 10 jun 2010, RMK10 telah dibentangkan di parlimen. Serasa pejam celik ketika isu RMK9 diwar-warkan dahulu. Tinggal 10 tahun sahaja lagi Malaysia ke arah mencapai wawasan 2020. Sepuluh tahun itu sebentar cuma, pejam celik jugalah rasanya. Apa yang penaip dapat simpulkan, dalam kemelesetan ekonomi dunia RMK10 ini masih tidak dapat menyelesaikan masalah di bahagian pendidikan, gaji penjawat awam jua pendidik, begitu juga masalah miskin tegar di seluruh negara. Malaysia maju 2020 bukan bermakna 'satu kawasan kecil maju' tetapi merangkumi keseluruhan negera termasuk Sabah dan Sarawak. Berikut merupakan intipati RMK10 :


* RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.

* Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.
* Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.* RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.
*Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.
* Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.
* Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.

* RMK10: 10 PREMIS UTAMA

Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.
Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.
Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

*RMK10: 5 TERAS STRATEGIK

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

* Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.

* Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.

* Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti:
(i) Minyak dan gas(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta(xi) Pertanian(xii) Greater Kuala Lumpur

* Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.

* Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.

* Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.
*Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau “Facilitation Fund“ bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta.

*Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.

*Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.
*Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.
*Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.

*Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.

*Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko
terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.
*Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar.
*Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf.

*Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baharu, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.
*Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara.
*Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.

*Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.

*Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.
*Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank.
*Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.

*Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:

Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.

Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.

Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.
Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.

Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.


* Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.

* Subsidi dirasionalkan secara berperingkat, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan.

* Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.

* Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama.

* Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan.

* Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah kampung baru Cina membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan melalui Bank Simpanan Nasional.


* Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar.

* Prestasi pelajar dalam mata pelajaran kritikal, terutamanya bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, akan juga dipertingkatkan
dengan menambah bilangan guru berkualiti.

* Syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.

* Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dengan sijil SPM akan dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian di institut pendidikan guru bagi program bahasa Cina bagi memenuhi keperluan guru bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Kebangsaan.

* Pertimbangan yang sama kepada calon lepasan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama kelolaan Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang telah memiliki SPM untuk menjadi guru program pendidikan agama Islam dan J-Qaf.

* Bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan ditambah kepada 100 buah pada akhir tahun 2012 terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.

* Sekolah Amanah atau Trust Schools, akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah-sekolah kerajaan yang terpilih dan akan diberi autonomi.

* RM280 juta bantuan disalurkan kepada sekolah bantuan modal bagi tempoh 2011 dan 2012. Setiap satu kategori sekolah bantuan modal, iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangssan Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh akan menerima peruntukan tambahan RM70 juta setiap satu dalam tempoh 2011 dan 2012.

* Kerajaan akan memberi bantuan berdasarkan bil elektrik dan air sebenar sehingga RM2,000 sebulan bagi setiap daripada hampir 1,900 sekolah bantuan modal.

* Penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan dipertingkatkan daripada 67 peratus pada tahun 2010 kepada 87 peratus pada tahun 2012.

* Insentif RM10,000 akan diberi kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah swasta.

* Kerajaan sedang menimbang mengurangkan umur persekolahan formal daripada enam tahun kepada lima tahun pada akhir tempoh Rancangan tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

* Komposisi pekerja berkemahiran tinggi perlu ditambah kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara maju.

* RM500 juta akan disediakan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran untuk latihan sekurang-kurangnya 38,000 pekerja.

* Tabung pembiayaan bersama kerajaan dan majikan akan ditubuhkan untuk membiayai pekerja melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang yang berkaitan.

*Peruntukan kewangan kepada universiti bergantung kepada pencapaian KPI dan universiti diberi autonomi secara berperingkat bagi mengukuhkan peranan dan prestasi universiti.

* Kualiti staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 peratus bagi universiti penyelidikan atau research university, dan 60 peratus bagi universiti awam lain.

* MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran, akan digiatkan bagi meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015.

* Pakej penggajian akan dikaji semula untuk menarik minat pensyarah asing dan staf akademik yang telah bersara.

* Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai universiti penyelidikan selepas Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.


* Dasar penggajian pekerja asing akan diperkemas dengan kadar levi berbeza mengikut nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja dalam syarikat dan berbeza mengikut tahap kemahiran. Kadar yang lebih tinggi akan dikenakan bagi pekerja kurang mahir dan akan akan ditingkatkan setiap tahun.

* Talent Corporation akan ditubuhan oleh kerajaan bagi menarik dan mengekal modal insan berkemahiran yang diperlukan termasuk rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi.

* Talent Corporation akan menyediakan Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran dengan kerjasama sektor awam dan swasta dan menjadi pusat sehenti bagi memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk urusan imigresen bagi kemasukan tenaga kerja mahir ke Malaysia.

* Perancangan strategik dan terurus bagi mewujudkan kawasan bandar mampat dan efisien dan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman.

* Pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk.

* Liputan bekalan air luar bandar yang lebih berkualiti dengan sasaran liputan sebanyak 99 peratus di Semenanjung Malaysia, 98 peratus di Sabah dan 95 peratus di Sarawak.

* Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar akan diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.

* Pelaksanaan projek mega Mass Rapid Transit berkapasiti tinggi di Greater Kuala Lumpur meliputi kawasan dalam lingkungan 20 km dari pusat bandar dan melibatkan pembinaan landasan lebih kurang 150 km yang membolehkan dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding dengan 480,000 perjalanan penumpang sistem pengangkutan bandar masa kini.

* Meningkatkan peratus penggunaan pengangkutan awam dengan ketara di Greater Kuala Lumpur daripada 12 peratus pada tahun 2009 kepada 30 peratus pada tahun 2015.

* Sistem pengangkutan awam darat akan diperluaskan kepada bandar raya lain, iaitu sistem Bas Rapid Transit akan diperkenalkan di Wilayah Iskandar, Johor, dan jumlah bas awam akan ditambah sebanyak 200 buah di Pulau Pinang untuk menampung 26 laluan dengan penambahan kapasiti sebanyak 75,000 penumpang sehari.

* Pembinaan lapan hospital, termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah klinik dan juga tambahan 50 klinik 1Malaysia akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama RMK10.

* 78,000 buah rumah mampu milik akan dibina di bawah RMK10.

* Dana RM500 juta bagi membiayai kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan rumah mampu milik awam mahupun swasta berdasarkan perkongsian 50-50 kerajaan dengan pengurusan atau persatuan penduduk rumah berkenaan.

*Keselamatan dan ketenteraman awam akan dipertingkatkan, rondaan polis akan ditambah terutama di 50 "hot spots" yang telah dikenal pasti dan 496 CCTV sedang dipasang di seluruh negara bagi meningkatkan keupayaan pemantauan.

* Undang-undang dan peraturan berkaitan sedia ada akan disesuaikan bagi mendorong penyertaan lebih besar daripada wanita.

* Sektor swasta diminta meningkatkan bilangan wanita dalam jawatan peringkat tertinggi seperti ketua pegawai eksekutif dan ahli-ahli Lembaga Pengarah.

* Putrajaya akan dijadikan lokasi tumpuan belia bagi menjalankan aktiviti dan program yang bermanfaat dan bersesuaian.

* Golongan warga emas mendapat infrastruktur yang lebih mesra, akses kemudahan kesihatan yang mampu dibiayai, rumah perlindungan yang mencukupi dan juga supaya mereka dapat mengukuhkan kewangan serta peluang pekerjaan.

* Langkah diteruskan untuk menyediakan pelbagai peluang termasuk latihan kemahiran, pekerjaan serta keusahawanan bagi orang kurang upaya.

* Feed in Tariff dan Dana Tenaga Boleh Diperbaharu akan diperkenalkan bagi menggalakkan perkembangan aplikasi tenaga boleh diperbaharu.

* Garis panduan, piawaian dan undang-undang berkaitan akan diperkenal bagi memastikan kecekapan penggunaan tenaga, termasuk penurunan tahap pelepasan gas rumah hijau.

* Putrajaya dan Cyberjaya akan dijadikan model perintis bagi bandar hijau contoh dan bangunan baru kerajaan akan direka bina untuk mematuhi piawaian bangunan hijau.

* Peruntukan program dan projek pembangunan RMK10 akan dibuat untuk setiap dua tahun bermula dengan 2011-2012 dan "rolling plan" pertama akan dikeluarkan pada akhir Ogos 2010.

* Peruntukan RM230 bilion untuk RMKe10 bagi perbelanjaan pembangunan dengan 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan 5 peratus kepada sektor pentadbiran.

~5% untuk pentadbiran?? cukup banyak... Mmmm... Esok merupakan hari pertama buat piala dunia dan bilamana Malaysia 'menghalalkan' judi, selagi itulah ekonomi negara 'meleset'~

Friday, June 4, 2010

History @ HIS Story??






Setelah menonton siri kali ini, adakah anda lihat persamaan dengan ini..

jatanegeri johor
dan ini...
jatanegara malaysia

Kemerdekaan 'percuma' yang diperolehi pada tahun 1957 masih lagi mempunyai rahsia yang belum dipaparkan kepada umum.. Bahkan saya sendiri masih menjejakinya... 3 tujuan utama penjajahan British ke Asia iaitu : God,Gold and Glory... Apabila Tanah Melayu diserahkan atas alasan untuk 'memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negaranya sendiri', matlamat yang mana telah dipenuhi?? Saya kongsikan video ini untuk tatapan umum: -









~ Ini belum termasuk perjuangan para ulama yang menegakkan Islam di tanah air tercinta yang tidak didokumentarikan dan dipaparkan kepada umum.. "only the winner will wrote the history" ~

~mind control~

The Arrivals Part 02 (Penguasaan Minda) - Malay Sub



Senjata yang mereka gunakan terhadap kita, telah pun berada di rumah kita.. Menghibur setiap ahli keluarga kita dan secara tidak langsung, mempengaruhi kehidupan kita.. Dalam kehidupan kini, manusia menghabiskan lebih banyak masa mereka dengan saluran media. Televisyen,wayang,permainan computer, internet, cerita dongeng, lagu-lagu, ia menjadi satu aspek penting dalam kehidupan manusia.. Semua ini, menyalurkan maklumat yang banyak ke dalam minda kita secara sedar ataupun tidak..

Maklumat berkenaan kemasyarakatan yang terdiri daripada pendidikan moral, dan perbezaan di antara baik dan buruk sehingga bagaimana sesebuah masyarakat dan ekonomi harus dibentuk sedang disalurkan kepada kamu tiap-tiap hari.. Media ini memainkan peranan yang penting dalam menyediakan asas untuk menentukan pandangan seseorang individu terhadap dunia ini dan segala yang wujud. Oleh itu mana-mana pihak yang menguasai maklumat ini dan media massa akan dapat mengawal dan mempengaruhi setiap populasi di bumi ini dengan cara pemikiran mereka. Dan inilah yang dilakukan oleh freemasons. Mereka menggunakan media untuk mempengaruhi manusia dengan cara pemikiran mereka. Samada secara terbuka atau tersirat. Cara yang mereka gunakan berbeza, tetapi matlamatnya tetap sama. Untuk mempengaruhi kita dengan cara pemikiran dan kepercayaan mereka sehinggakan kita menganggap mereka sebahagian dari kehidupan kita.

Bukti-buktinya amat senang dicari, kita hanya perlu mengkaji siapa yang memiliki dan menguasai media massa di dunia ini. Kita akan dapati, mereka merupakan kumpulan yang sama yang hidup dalam kumpulan rahsia. ZIONIST, LUCIFIER(penyembah syaitan), YAHUDI. Kebanyakan mereka datang dari German. Mereka menguasai industry muzik, wayang, hiburan dan bahan lucah. Hanya untuk satu tujuan iaitu mempengaruhi kamu melalui penguasaan minda!

Bolehkah sebuah masyarakat yang berfikiran bebas dididik dengan baik akan dikuasai oleh orang-orang zalim? Tidak! Jadi dengan mempengaruhi kita dengan ideology mereka, mereka telah merangka dengan baik satu pelan jahat untuk menyebarkan keruntuhan akhlak di kalangan manusia. Masyarakat yang tidak berakhlak dan tiada arah tuju lebih mudah dikuasai oleh mereka. “ seseorang yang tiada pendirian lebih mudah untuk mengikut kejahatan”. Masyarakat inilah yang sedang dibentuk oleh mereka...

Apa yang mereka lakukan?? Evolusi bintang-bintang ternama atau ‘idola’ adalah mercu utama pelan mereka. Lihat bagaimana artis-artis diagung-agungkan, ditiru, dipuja, dihargai sedemikian rupa. Hasilnya, lahirlah program-program reality tv yang mendoktrin anak-anak muda untuk menjadi sebahagian daripada hidup mereka..

~ relakah minda anda dikuasai oleh mereka??? fikir-fikirkanlah..~

The Arrivals in malay subtitle

Bismillahi wal hamdulillah..

Saya sangat mementingkan asas pengetahuan di dalam sesuatu perkara sebelum kita memperkatakan mengenainya. Educate people and at the same time we educate ourselves.. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menyiarkan beberapa siri The Arrivals (yang sesuai untuk tontonan umum) di dalam blog ini. Siri-siri ini memaparkan perancangan dan agenda yahudi laknatullah dalam memanipulasi dan mendominasi dunia ini mengikut cara-cara mereka yang sedikit pun tidak kita sedari selama ini. Dari sekecil-kecil perkara seperti corak checkerboard sehinggalah sistem mereka dalam sistem pemerintahan. Semuanya dirungkai satu persau di dalam siri-siri ini. Sebagai umat islam, perkara-perkara seperti ini harus diambil cakna dan bertindak. Masyarakat luar perlu tahu mengenai perkara ini. Keluarga saya perlu sedar akan hakikat ini. Begitu juga dengan diri saya sendiri. Segalanya bermula dengan diri kita.. Saya bukanlah orang yang selayaknya berbahas mengenai perkara ini dan secara jujurnya saya sendiri masih belum khatam sepenuhnya The Arrivals english version.. Alhamdulillah, kini telah ada The Arrivals versi bahasa melayu.. Ayuh, sama - sama kita jana neutron-neutron otak kita dan mula berfikir mengenainya seterusnya merancang for our next step..



~ The Arrivals Intro~




~ The Arrivals Part 1 ( bukti dari Al-Quran) ~

Nantikan episod seterusnya..

Tuesday, June 1, 2010

Yaumun Nuqbah/hari malapetaka umat islam

Sekadar perkongsian..

Pulang dari check up di klinik, singgah makan di restoran berdekatan rumah. Baru sahaja selesai makan, mata tertumpu ke skrin televisyen di restoran, tv3, buletin 1.30. Suara televisyen tidak jelas kedengaran lantaran jauh dan perlahan suaranya, namun, terus berdebar jantung melihat tulisan di hadapan berita tersebut, Israel menyerang! Melihat gambaran seolah-olah serangan berlaku di atas kapal, mengiyakan kata hati, bahawa benar, Israel telah menunjukkan kezaliman, kederhakaan dan kebinatangannya apabila menyerang kapal Lifeline 4 Ghaza, konvoi kapal yang membawa ubat-ubatan, bantuan kepada penduduk Palestin di Ghaza secara aman. Terus sahaja pulang ke rumah dengan hati yang sangat tidak senang, menahan air mata dan sebak. Dalam perjalanan, sms abang, ”betul kata abang, kemungkinan Israel serang kapal dah berlaku! ” Sampai di rumah, terus buka siaran Awani di Astro dan Al-Jazeera, mengiyakan serangan dengan belasan yang terkorban. Sedih sangat-sangat. . Sedih atas pengorbanan mereka, sedih kerana kebinatangan zionis Israel laknatullah dan sedih bercampur rasa cemburu kerana tidak dapat bersama-sama mereka yang terkorban merasai syahid dan tidak dapat berada bersama membantu ummat Islam di Ghaza.

Benarlah kata abang dalam kuliahnya tempoh hari dengan tajuk Yaumun Nuqbah/ ‘Aamun Nuqbah ( Hari/Tahun Malapetaka) : “ Kapal yang belayar dalam misi kemanusiaan Lifeline 4 Ghaza sebenarnya berhadapan dengan risiko diserang oleh zionis laknatullah.” Semasa kami ke KLIA menghantar mama dan baba ke Afrika Selatan kerana program bersama masyarakat Islam di sana, kami berkesempatan bertemu dengan 11 orang rakyat Malaysia dan keluarga mereka yang mewakili NGO masing-masing ke Turki dalam misi LifeLine 4 Ghaza. Ada yang sanggup mengambil cuti sebulan tanpa gaji, ada yang telah meninggalkan wasiat kepada anak-anak dan isteri serta keluarga, mereka semua hanya membeli tiket pergi sahaja dan tidak membeIi tiket pulang, alangkah kuatnya semangat mereka untuk membantu ummat Islam di sana. Kali terakhir melihat berita pagi tadi (1 Jun 2010, Selasa) di Al-Jazeera dan Astro Awani, masih lagi tidak dapat disahkan identiti mereka yang terkorban dan anak kapal telah dibawa ke Ashdod. Menurut kuliah abang sebelum ini, terdapat sebuah penjara di sana bagi menempatkan mereka yang terlibat dengan misi ini.


Paling menyakitkan hati apabila dengan secara jelas, tentera Israel menyerang kapal yang berada di perairan antarabangsa, yang menurut undang-undang antarabangsa, mereka tiada hak untuk menyerang! Menurut Menteri di Turki, dalam siaran langsung Al-Jazeera, mengatakan bahawa Israel BERBOHONG apabila mengatakan bahawa terdapat senjata dalam kapal tersebut kerana tentera Turki telah pun memeriksa sepenuhnya kapal tersebut daripada sebarang senjata. Kapal yang diduduki seramai lebih 600 orang yang cintakan keamanan dan ingin menghantar bantuan ubatan dan pelbagai bantuan lain terdiri juga dari masyarakat Israel yang cintakan keamanan, pemenang hadiah Nobel keamanan, wartawan-wartawan, wanita dan baby berusia 3bulan! Israel masih lagi menyembunyikan identiti mereka yang terkorban kerana takut dengan kecaman dahsyat lagi dari negara-negara terlibat. Sehingga tulisan ini ditulis, berita menunjukkan, rakyat Turki, sebelum Subuh lagi telah turun ke jalanan setelah mengetahui berita tersebut. Masyarakat Jordan, Amerika di Washington, masyarakt Pakistan dan United Kingdom telah turun di jalanan menyatakan kutukan dan kecaman terhadap tindakan Israel. Kerajaan Turki telah memanggil pihak UN ’helds the emergency session’ membincangkan tentang perkara ini di Turki. Sebelum ini, Turki telah memberi amaran kepada Israel, sekiranya mereka menggunakan kekerasan tentera dan menyerang kapal-kapal tersebut, mereka tidak akan teragak-agak menurunkan tentera Turki untuk menyerang balas.

Selama 4 kali mengikuti kuliah abang dalam bulan Mei ini, abang kata memang ingin berkuliah tentang ’Aamun Nuqbah/ Yaumun Nuqbah. Terlalu banyak isi yang dapat dikutip meneliti setiap butiran kata. Saya cuba untuk membentangkan tajuk ini satu persatu walaupun tidak dapat secara detail. Yaumun Nuqbah/ Naqbah ataupun ’Aamun Nuqbah/ Naqbah merupakan hari malapetaka bagi ummat Islam kerana hari itu, 14 Mei 1948, tertubuhnya negara Haram Israel yang diiktiraf dunia dan PBB. Ianya disambut oleh seluruh ummat Islam sebagai hari malapetaka! Kita akan membincangkan tentang 4 point penting ini :-

1. Mengapa isu Palestin ini dekat di hati kita?
2. Sejarah penubuhan negara haram Israel.
3. Pengajaran ’aamun Nuqbah
4. Tanggungjawab kita terhadap Palestin


Mengapa isu Palestin dekat di hati kita?

1. Al-Aqsa merupakan kiblat pertama ummat Islam. Tempat isra’ dan mikraj Rasulullah SAW. Masjidil Aqsa merupakan tempat di mana Rasulullah SAW mendirikan solat menjadi imam bermakmumkan seluruh Rasul-Rasul sebelum baginda SAW. Al-Aqsa juga disebut dalam Al-Quran menunjukkan pentingnya kiblat pertama ummat Islam itu dipertahankan. ”Al-Aqsa adalah sebahagian dari kita, dan kita adalah sebahagian daripada Al-Aqsa.”

2. Menurut penganalisis politik, Isu Palestin merupakan ’Mothers of Conflict’ dalam dunia ketika ini. Lihatlah apa yang berlaku di dunia ketika ini. Dunia dilanda ketakutan dan kebencian yang teramat sangat kepada Israel dan Amerika sehingga ada yang meletupkan diri di mana sahaja, di New York, di Bali dan di pelbagai tempat selain Palestin, Iraq dan Afghanistan. Kita sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang meletupkan diri dan menyerang mereka yang tidak bersalah, rakyat biasa di negara tersebut kerana ada dari mereka juga tidak setuju dengan tindakan kejam Zionis Israel di Palestin, Iraq dan Afghanistan. Namun, ini menunjukkan bahawa dunia sekarang tidak akan aman selagi Israel dan Amerika tidak menghentikan kekejaman dan kebongkakakan mereka terhadap dunia Islam khususnya Palestin. Meletupkan diri di zon perang adalah dianggap syahid oleh ulama’, iaitu di Palestin, Iraq dan Afghanistan, namun tidak dibenarkan menyerang di tempat lain selain itu.

Sejarah Penubuhan Negara Haram Israel

Saya bukanlah orang yang ‘terer’ menghuraikan perihal sejarah, namun, kita boleh melihatnya secara ringkas bagaimana boleh wujudnya negara haram Israel ini. Pada tahun 1917, dalam Balfour Declaration, mengatakan bahawa Palestin merupakan negara rasmi bangsa Yahudi. Mengapa mereka mengisytiharkan perkara tersebut? Menurut sejarah, dapat dilihat bahawa masyarakat dan kerajaan Eropah tidak senang dengan keberadaan Yahudi yang berada di negara mereka. Mereka telah memikirkan tempat yang sesuai untuk diletakkan Yahudi laknatullah ini dan tempat yang paling sesuai adalah di negara Palestin lantaran mereka mahukan negara bagi memecahbelahkan ummat Islam dan mengambil kesempatan terhadap kelemahan kerajaan Islam yang ketika itu dijajah oleh kuasa besar Britiish. Selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah, negera-negara Arab dan negara ummat Islam telah dibahagi-bahagikan kepada negara-negara penjajah seperti kek yang dimakan rakus oleh kuasa penjajah. Palestin telah dijajah oleh British sepertimana Malaya ketika itu. Yahudi telah banyak menimbulkan masalah kepada negara Eropah dan mereka akhirnya secara rasmi, mengiktiraf Israel sebagai kerajaan dalam PBB dan itu berlaku pada 14 Mei 1948, setelah Israel melobi di PBB dan hari itu disebut sebagai Yaumun Nuqbah, hari malapetaka ummat Islam dan ia disambut setiap tahun oleh mereka yang mengetahui dan merasai.

Sebelum peristiwa Mei 1948, hanya 20% tanah yang diduduki oleh Yahudi, namun setelah persitiwa tersebut, sebanyak 78% tanah Palestin telah diduduki oleh Yahudi. Pada tahun 1936-1939, Syeikh Izzuddin Al-Qassam dan pencinta syahid telah melaksanakan penentangan nyata walaupun negara-negara Arab sekitarnya telah lumpuh. Penentangan mereka telah menyebabkan Israel hampir mengisytiharkan dharurat. Pada 1948, Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin telah membina seramai 12,000 orang ikhwanul muslimin dan membantu tentera dan rakyat Palestin di sana. Walaupun Masyarakat Israel menafikan mereka terkesan dengan intifadah yang dilakukan oleh Hamas dan masyarakat Palestin, namun hakikatnya, jutaan ringgit mereka kerugian lantaran intifadah yang dilancarkan. Setiap kali roket Hamas yang ’kurang canggih’ dilancarkan, setiap kali itu mereka berada dalam ketakutan dan bersembunyi di bawah tanah dan takut ke tempat kerja. Penganalisis sejarah mengatakan, sekiranya para ulama’ seperti Dr yusuf Al-qardhawi mengatakan dan melancarkan intifadah yang ketiga, bukan sahaja rakyat Palestin bangkit, namun rakyat di negara-negara Arab seperti Mesir dan Jordan juga akan bangkit menentang Israel dan kerajaan mereka yang penakut dan tali barut Israel!

Pengajaran ’Aamun Nuqbah

1. Kepimpinan dunia Islam, khususnya dunia Arab telah dikuasai oleh zionis. Di Mesir, jelas menunjukkan Hosni Mubarak menghalang bantuan yang ingin disalurkan kepada rakyat Ghaza, malah membunuh mereka yang ingin mendapatkan bantuan dari dalam terowong. Ia bukan hanya menutup terowong yang disalurkan makanan di dalamnya menerusi terowong ke Ghaza, malah melepaskan gas asid yang membunuh pejuang-pejuang yang berada dalam terowong. Rakyat Mesir bukan sahaja marah kepada Israel, namun sangat marah kepada pemimpin mereka. Sudahlah demokrasi dicabuli, setiap kali pilihanraya di Mesir bakal dilaksanakan, mereka memenjara dan menangkap bakal calon pembangkang yang terdiri dari Ikhwanu Muslimin. Hanya 17% masyarakat Mesir yang turun mengundi. Demokrasi apakah itu? Begitu juga Raja Jordan, pemerintahan monarki mereka. Sekiranya di Myanmar, Amerika beriya-iya menunjukkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan demokrasi dan melawan junta Myanmar, namun, di Jordan, mereka membiarkan Raja Jordan memerintah secara monarki kerana mereka tahu, dengan berkuasanya Raja Jordan, ia adalah boneka Yahudi dan mengikut kata Israel. Begitu juga dengan PM Palestin, Mahmoud Abbas, pimpinan Fatah, mereka dengan senang memperkotak- katikkan rakyat Palestin khususnya di Ghaza. Semasa Pilihanraya terbersih 2006 menurut ketua pengawas pilihanraya ketika itu, Jimmy Carter, Hamas terus dinafikan hak memerintah Palestin walaupun menang lebih 2/3 kerusi. Rakyat Palestin tahu siapa yang bersama-sama mereka berlapar dan terbunuh kerana mempertahankan negara mereka, iaitulah pemimpin-pemimpin HAMAS. Mereka tahu, pemimpin Fatah yang apabila diberikan kepada mereka 10ringgit, mereka mengambil 9 tetapi hanya 1ringgit yang diberikan kepada rakyat Paelstin. Rakyat Palestin tahu pemimpin Fatah mempunyai rumah mewah di Jordan, setelah habis waktu pejabat, menaiki helikopter pulang ke rumah mewah mereka. Mana mereka tidak marah dengan pemimpin seperti itu?

2. Pengajaran kedua menunjukkan bahawa hanya Islam yang memberi kekuatan kepada umat Islam. Pada 1967, Perang Ramadhan ketika itu telah berjaya mengalahkan Israel ketika itu dan Intifadah kedua telah berjaya menyebabkan kerugian berjuta-juta USD Israel setiap hari! Lihat sahajalah mereka yang syahid mempertahankan maruah Islam dengan mengorbankan diri mereka untuk Islam. Jika kita di Malaysia, hari ini makan ayam, esok makan daging, lusa makan kambing, tetapi di Ghaza dan Palestin, mereka bukan sahaja tidak cukup makan, malah mereka yang sakit pun hanya menahan sakit kerana tiada ubat yang dapat diberikan. Wanita yang bersalin, kematian bayi-bayi mereka lantaran komplikasi dan ketiadaan ubat. Namun, mereka tidak pernah mahu lari dari negara tanah tumpah mereka. Mengapa? Kerana setiap hari mereka mengangkat tubuh sahabat mereka yang syahid, mereka terbau harumnya syurga, setiap kali mereka mengangkat tubuh sahabat mereka, mereka melihat syurga! Mana muingkin mereka tidak mahu berjuang mempertahankan tanah tumpah darah mereka dan maruah Islam!

Tanggungjawab kita terhadap Palestin

1. Doa dalam munajat-munajat kita. Pernah kita mendengar kata-kata Mahmud Siyam, Imam Masjidil Aqsa semasa datang ke Malaysia dahulu mengatakan dalam maksud begini : ”Kami di sana mempertahankan Al-Aqsa dengan jiwa-jiwa kami, kami harapkan doa kalian. Kalaulah kalian tidak mengingati kami dalam doa-doa kalian, kami akan serahkan kalian kepada Allah!” Sungguh, kita merasa sangat pedih di sini, sahabat-sahabat kita bertarung nyawa di sana. Setiap waktu solat, angkatlah tangan berqunut nazilah, dan bermunajatlah memohon doa. Sekiranya kita tidak dapat bersama-sama mereka di sana, harapannya, dapat bersama mereka di Jannah Firdausi, sekiranya kita tidak dapat bersama mereka, harapnya, anak zuriat kita dapat bersama-sama membantu agama Allah di sana.

2. Sumbangan kita kepada rakyat Palestin. Bagi yang bergaji tetap, peruntukkanlah sebanyak 2% darinya setiap bulan bagi memberi sumbangan kepada mereka. Boleh membuat potongan terus ke bank-bank yang menyalurkan terus ke tabung Ghaza dan Palestin seperti Yayasan Amal, Muslim Care dan Aman Palestin walaupun hanya RM10 sebulan. Lebih efektif berbuat potongan begitu lantaran keterlupaan kita.

3. Sebarkanlah maklumat dan pelbagaikan vehicle kita untuk menyebarkan maklumat. Maklumat ini bagaikan pedang. Seperti di UK, mereka telah mendapat berita terus dari dalam Ghaza sehingga mereka berdemonstrasi di hadapan BBC dan CNN kerana menyiarkan berita palsu dan propaganda jahat. Mereka telah mewujudkan siaran mereka sendiri. Mereka begitu cepat mendapat maklumat, sehingga kita lihat, mereka yang berwajah putih, berambut perang dan bermata biru inilah yang menyuarakan bantahan secara terang dan sanggup menaja misi-misi kemanusiaan malah mereka ramai yang menyertainya hatta dari ahli parlimen mereka sendiri. Sebarkanlah maklumat melalui blog, facebook, twitter dan lain-lain wasilah bagi menyebarkan tentang isu Palestin ini. Janganlah, sehingga terkena sekarang, baru kita tahu bahawa ada misi Lifeline 4 Ghaza untuk menghantar bekalan makanan. Ingin mengharapkan TV dan radio menyiarkan sepenuhnya dan membangkitkan isu ini? Tentunya kita lebih banyak melihat tayangan hiburan melebihi segalanya.

Saya hanyalah menterjemahkan dalam bentuk tulisan kebanyakan kuliah dan ceramah abang tentang Yaumun Nuqbah ini dalam blog saya, mudah-mudahan, kita mendapat maklumat yang benar dan nyata tentang apa yang berlaku. Sebarang kesilapan dalam tulisan mohon dimaafi dan diharap dapat disebarkan buat pengetahuan semua. Moga Allah menerima amal kita yang sedikit supaya dapat bersama mereka yang syahid di medan di Jannah kelak.... Amiin....

~Diambil dari sebuah blog yang di-email kepada penaip.. khaibar2 ya yahud!!~