Friday, June 18, 2010

Pelajar Kemasukan baru KUIS dizalimi

Bismillahi wal hamdulillah

Istilah zalim secara bahasanya bermaksud 'meletakkan sesuatu BUKAN pada tempatnya'. Istilah ini sudah menjadi kebiasaan kepada pihak-pihak yang menegakkan kebenaran dan keadilan. Pepatah melayu ada menyebut ibarat bagai jatuh ditimpa tangga. Berkali-kali dizalimi, sudahlah haknya dinafikan, malah dikenakan tindakan sama ada secara halus mahupun terang-terangan atas perlakuan melaksanakan haknya. Kini, istilah secara terang-terangan ini telah menimpa kepada pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Selangor.



Pihak KPT telah mengeluarkan arahan kepada PTPTN untuk menahan permohonan seluruh mahasiswa baru sesi 2010/2011 Kuis untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN akibat keterlibatan seorang mahasiswa tahun tiga kampus itu, Ahmad Shukri Kamarudin dalam kempen pilihan raya Hulu Selangor April lalu. Selepas Mohd Shukri didapati terlibat dalam kempen pilihan raya di Hulu Selangor, PTPTN menerusi Ketua Eksekutifnya, Wan Ahmad Wan Yusoff telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada pihak pengurusan Kuis dengan pemakluman tindakan untuk menahan permohonan seluruh mahasiswa baru Kuis yang dianggarkan berjumlah hampir 1,500 orang untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN sehingga penjelasan yang memuaskan diperoleh.

Tindakan penahanan permohonan mahasiswa baru untuk mendapatkan biaya PTPTN ini menghasilkan satu istilah lain yang dinamakan sebagai salah satu bentuk UGUTAN. Pihak KPT mengugut kepada mana-mana mahasiswa yang terlibat dengan aktiviti pilihanraya tidak akan mendapat tajaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara. Bukankah ini juga merupakan satu bentu PENGANIAYAAN kerana mengenakan hukuman kepada mereka yang tidak bersalah??

~ gubal peraturan hak kelayakan untuk mengundi kepada individu adalah selepas tamat pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi negara~

No comments: