Saturday, November 27, 2010

Pieces of Experience..

Bismillahi wal hamdulillah..

Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita semua terutamanya 3 nikmat terbesar iaitu nikmat Islam,Iman dan Ihsan.. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat seterusnya kepada pejuang-pejuang gerakan Islam yang telah syahid mahupun yang masih meneruskan perjuangan hingga ke saat ini...


Masih terngiang-ngiang lagu ini di dalam minda penaip.. Lagu di atas merupakan lagu tema bagi program Kembara Anak Soleh anjuran Aura Imtiyaz.. Usai seminggu bersama-sama dengan adik-adik di sekitar kawasan tempat tinggal penaip telah menambahkan cebisan-cebisan pengajaran dan pengalaman demi pengalaman yang berjaya ditimba di sini.


" Anak-anak ibarat kain putih, tanggungjawab ibubapa yang mencorakkan mereka, samada mahu dicorakkan mengikut acuan Islam ataupun sebaliknya"

Alhamdulillah, kesedaran di kalangan penduduk di kawasan ini terhadap kepentingan tarbiyah Islam di dalam diri anak-anak adalah tinggi dan kesungguhan untuk mengisi masa cuti anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah adalah sangat memberangsangkan. Anak-anak yang berusia seawal 5 tahun hingga 12 tahun telah dihantar oleh mereka dan berjaya mengikuti program ini.. Pelbagai gelagat dan karenah yang harus ditangani..

Segala perlakuan dan perbuatan mereka merupakan terjemahan ataupun manifestasi kepada perasaan sebenar mereka.. Kurangnya perhatian mahupun kasih sayang daripada ibu dan bapa di rumah antara penyebab anak-anak ini mempunyai masalah bersosial dengan rakan-rakan sebaya yang lain.. Samada mereka akan menjadi terlalu pendiam dan terasing mahupun seseorang yang selalu menimbulkan masalah dengan rakan-rakan kerana dahagakan perhatian.. Terdapat beberapa peserta yang mengalami masalah keluarga seperti ibu bapa yang berpisah dan bayangkan bagaimana anak-anak kecil ini mahu memahami apa yang terjadi dan masih tidak mengerti apa-apa mengenai permasalahan ibu bapa mereka.. Sesetengah anak-anak yang terlibat di dalam situasi ini menjadi cepat matang dalam berfikir kerana mereka juga cuba memikirkan cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Begitu juga dengan persekitaran mereka.. Rakan-rakan mereka yang mengetahui masalah yang dihadapi oleh rakan yang lain namun cara mereka berdepan dengan situasi ini bisa menjadikan suasana semakin keruh.. Perkara ini betul-betul terjadi di hadapan mata penaip.. Ketika itu, penaip dan beberapa adik muslimat sedang berehat-rehat di sudut bacaan tadika..

Maisarah : Teacher, Teacher... Teacher tau x, dulu Ainin ni diam je.. Sekarang dia dah banyak cakap sikit.. Ayah dia dah xde.. Dia tinggalkan mak Ainin pastu dia pindah jauh2.. Tak balik-balik dah.. Tinggal je Ainin kat sini.. Ainin da xde ayah dah..

( Saat Maisarah menceritakan perkara ini, Ainin berada di sebelah penaip.. Muka penaip da pucat dah.. Dan penaip sudah mengetahui masalah Ainin pada awal-awal program kerana Pn Norlia telah menerangkan mengenai masalah-masalah peribadi setiap peserta.. Mendung kesedihan mula terukir di wajahnya.. Penaip mengusap-usap belakangnya.. Ya Allah, kuatkanlah adik solehah ini.. Dah la tu Maisarah.. Jangan cakap lagi.. Sambil itu, penaip mula mencari ayat-ayat yang sesuai.. Apa aku nak cakap ni.. Ya Allah, bantulah hambaMu ini... ) Sambil membetulkan kedudukan, penaip memegang tangan Maisarah dan mula menjawab,

" Xpe la.. Nabi Muhammad lagi kesian.. Sebelum dia lahir lagi, ayah dia dah meninggal.. tak kenal pun ayah dia.. tak sempat pun tengok muka ayah dia.. Lepas tu, mak dia pulak meninggal.. Masa tu dia kecik lagi.. Ainin ada mak lagi.. ramai lagi yang sayang Ainin.. Tok Ainin sayang Ainin.. Teacher sayang Ainin.. Kak Anis sayang Ainin.. Abang-abang fasi pun sayang Ainin.." Tutur penaip berhati-hati.. Maisarah mula terdiam..

Alhamdulillah.. Ainin mula tersenyum dan berkata,

" Macam adik Ainin, xkenal pun lagi ayah.." kaitnya dengan cerita Nabi Muhammad tadi..

"Ha.. Sama je.. Allah sayang sangat kat Nabi Muhammad.. Ainin nak Allah sayang x? Kena buat baik2 la lepas ni.." Sambung penaip..

Ainin hanya mengangguk.. Persekitaran anak-anak yang mengalami masalah ini, juga memainkan peranan dan mampu mempengaruhi emosi mereka.. Seawal usia 7 tahun, adik Ainin perlu menyesuaikan diri dengan kejadian seperti ini.. Dimana silapnya?? Sama-sama kita fikir dan renungkan..

Demikianlah secebis dari lembaran besar kisah yang penaip dan sahabat-sahabat fasilitator team Aura Imtiyaz alami dan pelajari sepanjang program ini, yang dapat dikongsikan untuk kita renungi bersama...

Akhir kata, segunung penghargaan buat Kak Nisah atas peluang yang diberikan kepada penaip.. Begitu juga kepada Kak Amin yang banyak berkongsi petua dan pengalaman beliau.. Tak lupa juga buat Ust Syihab,Ust Mahfuzan,Ust Saiful,Ust Afiq,Ust Zharif,Lan dan Razak atas kerjasama kalian ketika program.. Kerdil sungguh diri ini berada di kalangan team Aura Imtiyaz.. Moga segala usaha dan jerih perih kalian diberkati dan dipermudahkan.. Aihh, panjang pulak penghargaan.. Time post mortem aritu xtau nak cakap apa.. Dan yang paling penaip hargai ialah keindahan ukhwah bersama-sama sahabat-sahabat satu negeri.. Walaupun Kak Amin dan Tasya je negeri lain, tapi loghat kami masih dapat difahami.. Bukannye pelik benor ktorg cakap pahang kan? Wee~ I found myself there.. Dah lama sangat tak jadi unit jamuan.. Sangat-sangat merindui suasana ketika 1st year dan 2nd year dimana kebanyakan program, penaip dan Kak Syifak Rodzi akan jadi ajk tetap unit jamuan... Alhamdulillah..

~ A week full of therapy~

No comments: