Wednesday, August 1, 2012

Santai Ramadhan 1433H

Bismillahi wal Hamdulillah...

Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah... Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua dan memberi petunjuk serta jalan keluar bagi segala kesulitan.. Tidak ada yang mustahil disisiNya.. Penaip masih mencari cara-cara untuk menyesuaikan diri di sekolah baru.. Sekolah penaip merupakan sebuah sekolah menengah yang mempunyai majoriti pelajar cina sebanyak 60%.. Kelas depan2 hampir semuanya pelajar cina.. Sekolah ini sangat sinonim dengan masalah disiplin... Ya Allah bantulah hambamu ini.. Setiap kali berhadapan dengan pelajar-pelajar ini, berkali-kali penaip bisikkan kata-kata ini kepada diri penaip sebagai pemangkin motivasi..

"Andai Rasulullah berada di tempatku apa yang Rasulullah akan lakukan??"..

Mengimbau kembali bagaimana akhlak Rasulullah terhadap golongan bukan Islam dan juga golongan Islam.. Allahu.. Menyesuaikan dengan komuniti yang baru bukanlah semudah yang disangka.. Penaip hanya mengambil sikap sederhana.. Tidak terlalu tegas dan tidak terlalu berlembut.. Terus dibulatkan niat penaip untuk ke sekolah bukanlah untuk mengajar subjek opsyen semata-mata,namun akhlak Rasululllah yang ingin diterapkan.. Allahu.. Allah... Masih mencari metodologi yang digunakan oleh Saad b Abu Waqas ketika menyebarkan Islam di negara China dan juga bahan-bahan yang berkaitan.. Sekiranya sahabat2 ada pandangan bolehlah letakkan judul buku dan penerbit,penaip akan mencarinya..

Alhamdulillah,penaip mengajar opsyen sendiri iaitu Bahasa Inggeris. Kawan penaip yang diposting sekali ke sekolah ini mempunyai opsyen perakaunan tetapi dia kena mengajar subjek sivik,pendidikan seni,ICTL, dan pendidikan jasmani. Hikmah bagi dirinya semua subjek tidak termasuk dalam subjek utama peperiksaan jadi tidak banyak tekanan disitu.. Guru opsyen Bahasa Inggeris hanya ada dua orang, iaitu penaip dan Teacher Ivy. Cikgu sains yang banyak kena ajar subjek English di kebanyakan kelas.. Teacher Ivy ialah Guru Cemerlang bahasa Inggeris di sekolah. Boleh rujuk dia kalo ada masalah.. She's a super woman.. Sangat bertanggungjawab dan komited.. Respect dengan beliau.. Beliau juga merupakan isteri Sir Chew yang merupakan guru Bahasa Inggeris penaip ketika penaip berada di sekolah rendah.. :).. Alhamdulillah,penaip diamanahkan untuk mengajar kelas pertama dan kedua.. Kurang tekanan daripada kelas-kelas belakang.. Penaip mengajar tingkatan 3,4,dan 5.. Penaip juga menjadi guru kelas tingkatan 4 dan guru yang bertanggungjawab menguruskan Biasiswa Yayasan Pahang.. Kelebihannya,penaip dapat lebih peluang untuk berinteraksi dengan mereka..

Out of all.. Sangat tidak sabar untuk balik ke rumah pada setiap hari... Kenapa?? Sebab ada 2 orang anak2 pintar solehah yang menyambut penaip balik.. Sejak mula mengaji dengan penaip, Farisha (5thn) dan Ariana (2thn), anak K.tini (jiran rumah satu pagar) sudah tidak malu2 untuk datang ke rumah penaip.. Bahkan, hampir satu hari suntuk mereka menghabiskan masa di rumah ini.. Penat umminya menjemput balik setiap hari,tapi penaip dan adik2 langsung tak kisah malah lebih suka jika mereka datang.. Lagi semangat nak belikan ole2 untuk budak2 kecik ni tiap kali balik sekolah..

Santai petang tadi..

Penaip : Eh, ni kucing Ariana kan? Mana adik? Dah balik?
Farisha: A'ah.. Adik dah balik.. Ada kat umah..
Penaip : Farisha nak balik nanti bawak skali kucing adik ni.. Panggil apa kucing ni?
Farisha: Aa.. Kucing adik ni nama dia "afifah"..
Penaip : hah?? Afifah?? (tak sangka kucing ni ada nama, da 5 hari kucing ni duk umah penaip)
Farisha: A'ah..
Penaip: Mak Kucing ni nama apa pulak? Yang kucing besar tu?
Farisha: Mak dia nama "Sha'barun Meow Belang2"..
Penaip : .............. Apa?? Sebut sekali lagi nama mak dia?
Farisha:"Sha'barun Meow Belang2"..
Penaip: Apa??
Farisha: "Sha'barun Meow Belang2"..
Penaip: Ok.. (macam kartun je cara dia sebut,laju dan dgn nada xbersalah,adeehh..) :D

Ariana dan 'Afifah'


Friday, July 6, 2012

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

Alhamdulillah.. Allahuakbar 3x… Tiada kata-kata yang mampu penaip nukilkan bagi menggambarkan kebesaran,limpah rahmat Yang Maha Kuasa terhadap apa yang penaip lalui.. Mengharungi fasa perubahan tempat tinggal dan kehilangan sahabat-sahabat yang sentiasa di sisi amat menguji diri ini.. Namun,rahmat Allah mengatasi segala-galanya.. Terima kasih Ya Allah, Tuhan yang Maha Penyayang kerana menganugerahkan ibu bapa yang memahami diri ini..



Atas inisiatif mak memberitahu 2 orang jiran supaya menghantar anak-anak mereka belajar mengaji dengan penaip,kini hari-hari yang dilalui semakin bermakna.. Pada hari pertama 2 orang anak-anak pandai dan soleh, pada hari kedua 4 orang anak pandai dan soleh datang mengaji dan pada hari ketiga 5 orang anak pandai dan soleh jadi anak didik penaip.. Alhamdulillah.. Kini rutin harian sepertimana penaip berada di Bangi hampir sama kecuali kelas-kelas pengajian dan juga gerak kerja parti.. Xpe.. Ada hikmahnya.. Senyum dengan setiap kesudahan.. Teringat kata-kata Kak Na pada hari ketiga dia menghantar anak-anaknya mengaji selepas maghrib,

“ pukul 6 ptg lagi hazim dah siap2 nak datang mengaji,akak ingat nk cuti harini tapi kesian pulak tengok dia semangat nak datang..”cerita Kak Na. Hazim yang masih bersekolah di PASTI malu-malu menyorok di belakang umminya.

 “ Esok cuti ye kaklong? Aaa.. Hazim esok cuti ye.. bgtau dia esok cuti..” Bisik Kak Na.

“Aah,esok cuti Hazim,dtg minggu depan e..” Terhibur dengan keletah mereka. Semoga mereka membesar dengan didikan Al-Quran..

Selain daripada itu, hikmah yang tersembunyi disebalik semua yang berlaku adalah penaip juga dapat mentarbiyah sedikit sebanyak adik-adik penaip yang kini berada di institusi tinggi. Kini kami 4 beradik berada di rumah sehingga cuti semester ini tamat.. Alhamdulillah, mereka mahu menurut kata jika diajak solat berjemaah,berpuasa isnin dan khamis, serta membaca Al-Quran bersama.. Subhanallah,Maha Suci Allah,tak dapat digambarkan dengan kata-kata nikmat melakukan perkara-perkara ini bersama-sama.. Walaupun mereka masih perlu disuruh dan pengaruh movie dan animasi sangat kuat menguasai mereka,namun menghabiskan masa bersama mereka merupakan saat-saat bermakna bagi penaip. Allahuakbar… Ya Allah,Yang Maha Kuasa,berilah kekuatan kepadaku untuk mendidik mereka dengan sebaik-baiknya.. Ayat 6 dari Surah At-Tahrim masih tergiang-ngiang di fikiran penaip.. Allahu,sangat berat tanggungjawab ini..

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;”

:: Tak sabar nak tunggu bulan Ramadhan,semoga hati-hati mereka lembut untuk menerima didikan dan berjaya mengaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari::

Monday, July 2, 2012

Sirih pulang ke gagang


Bismillahi wal Hamdulillah…

Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar… hampir 2 tahun meninggalkan medan ini,Alhamdulillah jari-jari ini kembali mengetuk-ketuk kekunci keyboard.. Hampir 2 tahun juga blog ini tidak dapat dibuka kerana penaip gagal mengenalpasti password untuk membukanya namun segala puji bagi Allah, Allah izinkan penaip membuka kembali medan penulisan ini. Setting blog ni pun dah lain,kena explore sket2.. Walaubagaimana canggih sekalipun,penaip tetap sukakan gaya lama.. Penaip percaya pada saat dan ketika ini,blog ini tidak akan dibuka oleh mana-mana individu melainkan Allah menggerakkan hatinya untuk membukanya.. Nasihat dan doa kalian amat diperlukan.. Semoga Allah balas dengan balasan yang berlipat kali ganda..


Ayam pulang ke lubuk

Pada hari ini sudah sebulan lebih penaip berada di kampung halaman, tempat di mana penaip mula mengenal apa itu erti kehidupan sebelum keluar merantau ke negeri orang.. genap 12 tahun merantau menimba ilmu dan hanya pulang ketika ada kelapangan.. 12 tahun merupakan satu jarak waktu yang amat jauh untuk mengimbau kembali nostalgia lama.. Yang paling terkesan adalah kenangan bersama arwah aki dan arwah wan memandangkan kenangan bersama merekalah yang tinggal sebelum penaip meninggalkan kampung,satu-satunya sebab yang membuatkan penaip berat hati untuk ke asrama setiap kali abis cuti.. 12 tahun,satu masa yang cukup lama sehinggakan penaip mengambil masa untuk mengimbau kembali jalan-jalan,jiran-jiran,sedara mara dan mengadaptasi kawasan-kawasan baru yang ada.. Tempat lepak-lepak tepi sungai a.k.a Bera Waterfront(heh..) dan yang paling terkejut dah ada papan nama “Kg. Lubuk Ayam” kat depan rumah jiran seberang jalan,ingatkan mitos je nama sebenar kampong ni...

Kita merancang,Allah menentukan

5 tahun di Bandar Baru Bangi,Bandar Islam mengajar seribu macam perkara.. Disana penaip mula mengerti tujuan hidup sebagai hambaNya dan bertatih-tatih di dalam alam perjuangan.. Usai sahaja 4 tahun di perbukitan ilmu membawa penaip melangkah keluar ke medan luar.. Allahu rabbi, mengenangkan coretan perjuangan di bumi Bangi Bandar Islam membuatkan hati ini bertambah sebak.. Penaip benar-benar jatuh hati dengan biah dan cara hidup di sana.. Serasi benar dengan penduduk dan kerjaya di sana.. Perancangan bersama-sama teman seperjuangan untuk bermastautin di sana serta berkhidmat bersama PAS kawasan Serdang mungkin tertunda buat sementara waktu, memandangkan tanggungjawab penaip terhadap harapan kedua ibu dan bapa lebih besar awlawiyatnya ketika ini…..

Doakan moga istiqomah

Berbicara mengenai perjuangan bersama PAS kawasan, jutaan terima kasih diucapkan kepada pakcik-pakcik PAS kawasan Bera yang tidak jemu-jemu follow-up penaip sejak penaip melapor diri ketika di tahun akhir pengajian. Walaupun penaip pernah menyatakan bahawa penaip akan menetap di kawasan Serdang,pakcik-pakcik masih tetap keep in touch dengan penaip dan atas takdir Allah juga yang meletakkan penaip di kawasan Bera pada ketika ini.. Ada hikmahnya.. Manisnya hidup dalam perjuangan, mereka akan menyambut kita seperti menyambut anak kesayangan yang sudah lama tidak pulang ke kampong..Bersama-sama makcik-makcik muslimat dan adik-adik seolah-olah kembali ke pangkuan keluarga yang besar..  Mohon tunjuk ajar ye.. Semoga Allah merahmati kita semua..

::Terima kasih Ya Allah, kerana memilih hambaMu yang lemah ini berada di antara mereka yang berusaha meraih redhaMu::