Monday, December 29, 2008

Muharam DiRai, Masihi DiNanTi..




Dunia dikejutkan dengan serangan terbaru zionis Israel ke atas Gaza, sabtu lepas. Tirai tahun baru 1430 Hijrah telah disingkap dengan tumpahnya ratusan darah umat islam yang berada di Gaza. Satu kezaliman yang penuh penghinaan ke atas seluruh umat islam! Penaip masih lagi hairan dan sedih dengan segelintir rakyat negara kita sendiri yang sanggup bersama-sama menyambut Perayaan sambutan Krismas dengan penganut agama lain sedangkan saudara seagama Islam di Gaza sedang berhempas pulas mempertaruhkan nyawa untuk mempertahankan maruah agama yang tercinta ini. Moga Allah sudi memberikan petunjuk kepada kita semua...
Sempena tahun baru hijrah 1430 ini, marilah kita bersama-sama berusaha untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Mengenangkan peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W membuatkan penaip memperingati kembali pengorbanan-pengorbanan yang dilakukan oleh baginda sendiri dan juga sahabat-sahabat baginda yang lain. Bermula dari perintah Allah yang meminta Baginda berhijrah ke Yathrib, diikuti dengan kesanggupan Saidina Ali untuk menggantikan Baginda di tempat pembaringan, kesudian Saidina Abu Bakar untuk menemani dan menjadi teman disepanjang perjalanan hijrah, kecekalan serikandi Asma’ binti Abu Bakar yang membawa bekalan untuk Rasulullah dan ayahnya dan begitu juga dengan keberanian Abdullah yang menjadi penunjuk jalan dan menghilangkan jejak-jejak Rasulullah S.A.W dan Saidina Abu Bakar… Semuanya menuntut pengorbanan yang tinggi..
Buat semua yang baru mendaftar bagi sesi baru pada hari ini, selamat kembali ke kampus dan selamat menyambut Maal Hijrah 1430. Semoga pengorbanan yang bakal dilakukan beroleh rahmat dari Allah dan jangan lupa doakan saudara-saudara kita yang sedang berjuang di Gaza sana!! Sahabat2 sekalian,tetapkan matlamat anda dan buat perancangan yang rapi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ingat, busur panah yang laju dan kuat tidak akan berguna sekiranya tiada sasaran untuk dilepaskan…

~Pasakkan azam, kukuhkan tekad dan istiqomah dengan usaha-usaha untuk membentuk diri ke arah yang lebih baik~

No comments: