Tuesday, December 9, 2008

TaLi PinGGanG KeLeDar???

Salam'alaik..

Alhamdulillah, semalam penaip sekeluarga selamat sampai rumah ayah di Kota Damansara. Kami berkonvoi 2 buah kereta yang dipandu sendiri oleh ayah dan mak. Dalam keadaan kami yang bersesak-sesakkan di dalam kereta, timbul persoalan mengenai pemakaian tali pinggang keledar buat penumpang belakang yang akan berkuatkuasa pada tahun hadapan. Bagaimana dengan keluarga yang mempunyai ahli yang ramai seperti kami?? Suka penaip ambil kembali kata2 seorang warga prihatin yang menghiasi sebuah ruangan di dalam sebuah akhbar...


Saya menyokong penuh syor Gabungan Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (cuepacs) agar ditangguhkan pelaksanaan dasar pemakaian tali pinggang belakang. Saya lebih setuju sekiranya dasar itu tidak dikuatkuasakan kerana ia langsung tidak praktikal. Antara alasannya adalah :

• menyusahkan mereka yang mempunyai bilangan anak melebihi 3 orang. Tidak adil meninggalkan seorang anak di rumah manakala 3 lagi dapat bersama dalam kenderaan.
• Menyusahkan rakyat negara ini yang bukan semua mampu membeli kereta besar. Dasar yang cuba dilaksanakan ini seolah-olah mengajak semua orang membeli kereta lebih besar sesuai dengan keperluan keluarga sedangkan sebenarnya tidak setara dengan pendapatan. Kerajaan meminta rakyat berjimat bukan beli kereta baru.
• Tidak perlu meniru dasar negara lain seperti Singapura dan sebagainya yang mengamalkan dasar ini. rakyat di negara berkenaan tidak digalakkan mempunyai ramai anak manakala kemampuan mereka lebih besar berbanding rakyat negara kita. Kita hanya perlu melaksanakan dasar mengikut kesesuaian keadaan di negara kita dan tidak perlu meniru dasar negara lain yang sesuai bagi mereka tetapi menyeksakan rakyat sendiri.
• Jika mengatakan penumpang belakang adalah punca berlaku kemalangan, itu tidak benar. Bukan mereka yang memegang stereng, menekan pedal minyak atau menekan brek. Sebenarnya pemandu perlu diberi kesedaran dan perhatian lebih agar pemanduan menjadi lebih berhemah. Apabila penumpang belakang lengkap memakai tali pinggang dan pemandu tetap memandu laju, tiada perbezaan. Kemalangan tetap berlaku.
• Tanya ibubapa, apakah yang dilakukan oleh anak kecil ( usia 1 hingga 5 tahun) lakukan ketika berada dalam kenderaan. Mereka tidak pernah duduk diam sepanjang perjalanan jauh dengan hanya memakai tali pinggang keledar. Amat sukat untuk mengawal mereka. Bagaimana jika anak tidur di belakang. Perlukah mereka tidur secara duduk dengan tali pinggang terpasang selama berjam-jam lamanya? Atau bagaimanakah jika mereka berbaring? Adakah kita akan disaman kerana anak kita tidur dan tidak memakai tali pinggang belakang?
• Penumpang yang tidak memakai tali pinggang belakang akan disaman. Penumpang di belakang adalah kanak-kanak yang berusia 1tahun hingga 5 tahun. Tidak logik mengeluarkan saman kepada budak kecil yang baru mengenali dunia. Jangan beri imej yang buruk kepada mereka. Mengajar hendaklah sesuatu yang menggembirakan bukan menakutkan.

No comments: