Thursday, December 31, 2009

Key of Success..

(entry ini hasil 'editing' entry yg terdahulu..)

Salam'alaik..

Sejak akhir-akhir ini, penaip seringkali mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang pernah singgah di dalam kehidupan yang sementara ini. Teringat bait-bait lirik sebuah lagu,

Kiasan hidup ibarat roda
Kekadang di atas di bawah di atas semula
Redha dan syukur apa kehendak-Nya
Itulah tanda kasih sayang kita

Tujuan diri ini mengimbau kenangan-kenangan lalu adalah ingin mencari, mengingatkan kembali dan memperbaharui azam serta memastikan tindakan yang diambil selepas ini adalah lebih baik dari masa lalu seterusnya meningkatkan keyakinan diri terhadap kemampuan diri melakukan sesuatu.. Salah satu kunci daripada kunci-kunci kejayaan adalah yakin akan kebolehan diri sendiri..

Dalam subjek pengurusan masa, bab 13 ( membina keyakinan kendiri),ada disebutkan mengenai hal ini. Antaranya ialah kaedah2 membina keyakinan. Ada 4 kaedah semuanya :




Apa yang penaip lakukan adalah penaip cuba mengingati kejayaan-kejayaan kecil yang pernah penaip capai suatu masa dahulu.. ( kejayaan besar tak tahu lagi bila nak capai.. tunggu saat2 manis Islam kembali dijulang di dunia ini..) Selain itu, penaip juga ingin menjejak kembali sisa-sisa keistimewaan yang masih ada pada diri sendiri. Bagaimana penaip memanfaatkan keistimewaan-keistimewaan tersebut untuk mencapai kejayaan-kejayaan di masa lalu.. Bagaimana penaip memupuk dan membaja kelebihan-kelebihan yang ada pada diri agar ia bisa mekar menghiasi dan mengimbangi kekurangan2 yang sentiasa menghantui diri dan menguasai diri. Kita selalu lihat/pandang kelemahan seseorang tapi kita lupa disebalik 1 kelemahan yang ada pada diri seseorang, terkandung 10 kelebihan yang kita tak sedar kewujudannya.. Kadang-kadang kita menilai seseorang melalui 1 kelemahan yang ada pada dirinya.. We tend to judge someone through his/her weakness. Kelebihan-kelebihan yang tidak kelihatan ini mungkin menjadi penyebab kearah kejayaan-kejayaan kecil ini. Penaip juga ingin mengimbau bagaimana penaip berusaha ke arah kejayaan-kejayaan demikian. Penaip akui ianya bukan senang dan ianya memerlukan mujahadah dan rasa kebergantungan kepada Allah yang sangat tinggi untuk mencapainya..

Mehnah-mehnah yang diterima seakan-akan hadiah yang sangat mahal dari Allah kerana ia mempunyai maksud dan hikmah yang penuh tersirat. Penaip masih dalam perjalanan meneguk titisan-titisan mutiara ilmu dan pengalaman daripada sahabat-sahabat sekalian yang jauh lebih berpengalaman dan faqih dari diri ini.

~Cita-citaku Islam cemerlang, cita-citaku Islam tinggi menjulang~

Wednesday, December 30, 2009

GMUKM @ youtube..

Bismillahi wal hamdulillah..








more videos at

http://www.youtube.com/user/kerangcengkerang#grid/user/DC0AB502F95B95C5

Tuesday, December 22, 2009

Dream, Hope, and Change..

Assalamu'alaikum Warahmatullah. .Salam Perjuangan..


Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung kasih sayang dan rahmat Ilahi..

Pemimpin datang dan pergi silih berganti, tidak pernah putus walau semusim. Yang lama pergi meninggalkan kenangan dan pengalaman, yang baru datang membawa impian dan harapan.

Meluruskan Impian

Setiap insan mempunyai impian. Ada yang mempunyai impian yang kecil, ada yang mempunyai impian yang besar. Insan yang tidak memiliki impian, adalah insan yang tiada harapan.

Impian inilah yang akan memandu jalan kehidupan. Impian inilah yang akan menentukan setiap keputusan. Sekiranya impian ini terpesong daripada landasan Islam, maka kehidupan seseorang itu juga akan terpesong dan jatuh ke lembah kesesatan.

Oleh itu, wajib bagi setiap insan meluruskan impian mereka agar selari dengan fitrah dan tujuan manusia dijadikan oleh Allah S.W.T, iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Untuk meluruskan impian ini, setiap muslim perlu bertanya kepada diri masing-masing, Apa erti saya menganut Islam?

Begitu juga impian setiap ahli sesebuah organisasi, lebih-lebih lagi sebuah jemaah Islam, perlu diluruskan. Apa tujuan saya menyertai persatuan/jemaah ini?

Meluruskan sebuah impian bukanlah suatu yang sukar, kerana impian yang lurus terhasil daripada Aqidah yang lurus. Paksi kepada Aqidah yang lurus adalah ilmu yang benar.

Ilmu yang benar adalah ilmu yang bersumberkan wahyu yang sahih. Sumber kepada wahyu ada 2, iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah (al-Hadith).

Al-Qur'an sudah dijamin oleh Allah S.W.T akan keasliannya, namun As-Sunnah tiada jaminan secara langsung daripada Allah S.W.T namun telah diilhamkan kepada para alim ulama' untuk merangka suatu sistem bagi menjamin keaslian sesuatu Sunnah itu, benar-benar ada 'asal'nya daripada Rasulullah S.A.W..Lalu lahirlah apa yang dikenali sebagai ilmu Mustholah Hadith.

Oleh itu, bagi meluruskan sebuah impian, maka perlu dipastikan ilmu yang menjadi sumber kepada impian itu adalah benar2 sahih daripada wahyu.

Menguruskan Harapan

Setiap daripada insan juga memikul harapan, sama ada harapan itu adalah daripada diri sendiri, kerabat terdekat, sahabat handai dan yang paling penting harapan daripada Sang Pencipta, Allah Azzawajalla.

Begitulah halnya juga di dalam jemaah. Setiap ahli memikul harapan. Harapan yang datang daripada segenap sudut. Harapan yang menyesakkan minda sekiranya ingin dihitung satu persatu.

Dan harapan ini harus diuruskan dengan baik agar ianya dapat dilunasi. Sabar dan teliti adalah kuncinya manakala gopoh dan cuai adalah musuhnya.

Memulakan Perubahan

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya sendiri."

Perubahan perlu dimulakan di dalam diri. Jika diri tidak berubah untuk menjadi lebih baik, maka harapan dan impian untuk mengubah orang lain mungkin tidak akan berjaya.

Sesebuah jemaah itu sendiri perlu dimantapkan organisasi dan pengurusan dalamannya, barulah segala perancangan untuk menyampaikan dakwah, mengkaderkan ahli dan membina pengaruh akan berjaya.

Pengurusan yang cincai dan caca-merba hanya akan melahirkan tindakan yang sambil lewa. Ibarat melepaskan batuk di tangga.

Objektifnya perlu jelas, Sasarannya/Mad' unya perlu tepat, Konsepnya/Pengisian nya/Aturcaranya perlu selari, Bajetnya perlu mencukupi.

Ini adalah elemen yang penting di dalam menentukan jatuh bangunnya sebuah organisasi. Sekiranya elemen ini diabaikan atau dianggap karenah birokrasi yang menyusahkan, maka tunggulah sahaja saat dimana organisasi tersebut akan jatuh atau pemimpinnya akan dijatuhkan.

Kesimpulan

Seorang pemimpin adalah orang yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi.

Antara kunci kejayaan seorang pemimpin adalah dia faham apa tanggungjawabnya, dan dia tahu apa yang perlu dilakukannya untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Saya kongsikan di bawah 21 perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap pemimpin. Wallahua'alam.

1. KARAKTER : Anda Perlu Cekal Seperti Batu

2. KARISMATIK : Kadangkala Pandangan Pertama Sudah Mencukupi

3. KOMITMEN : Membezakan Antara yang Melakukan dengan yang Hanya Berangan-Angan

4. KOMUNIKASI : Tanpanya, Anda Hanya Bergerak Seorang Diri

5. KECEKAPAN : Jika Anda yang Melakukannya, Mereka Pasti akan Mengikut

6. KEBERANIAN : Satu Orang yang Berani Sama dengan Sebuah Majoriti

7. KEBIJAKSANAAN: Tiada Lagi Misteri yang Tidak Dapat Diselesaikan

8. FOKUS : Semakin Tajam Fokus Anda, Semakin Tajam Kemahiran Anda.

9. BERMURAH HATI : Cahaya Lilin Anda Tidak Malap Apabila Menyalakan Lilin yang Lain.

10. INISIATIF : Tanpanya Anda Tidak Mungkin Keluar Dari Rumah.

11. MENDENGAR : Bagi Menyentuh Perasaan Mereka, Gunakan Telinga Anda.

12. KEGHAIRAHAN : Hargai Setiap Hari dalam Hidup Anda.

13. SIKAP POSITIF : Jika Anda Percaya Anda Boleh, Anda Pasti Boleh.

14. MEYELESAIKAN MASALAH : Jangan Biarkan Masalah Anda Menjadi Masalah.

15. HUBUNGAN YANG BAIK : Jika Anda Mempunyai Hubungan yang Baik, Mereka Akan Mengikut Anda.

16. BERTANGGUNGJAWAB : Jika Anda Tidak Sanggup Memikulnya, Anda Tidak Layak Memimpin.

17. BERPENDIRIAN TEGUH : Kecekapan Tidak Mungkin Dapat Menggantikan Keyakinan Diri.

18. DISIPLIN : Kecekapan Pertama yang Perlu Anda Pimpin adalah Diri Anda Sendiri.

19. SEDIA BERKHIDMAT : Bagi Terus Maju, Dahulukan Orang Lain.

20. KEMAHUAN HENDAK BELAJAR : Teruslah Belajar Supaya Dapat Terus Memimpin.

21. VISI : Anda Tidak Boleh Kejar Apa yang Anda Tidak Dapat Lihat.


~ sekadar perkongsian,moga bermanfaat buat kita semua terutama diri yang hina ini .. Diambil dari sebuah laman blog (makasyeh ayah adib)~

Friday, December 18, 2009

Memantap Ukhwah, Memperkasa Ummah

Bismillahi wal hamdulillah..




Salam maal hijrah buat semua pembaca.. Alhamdulillah, penaip masih diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini.. Setapak meninggalkan tahun 1430H mengandungi 1001 pengajaran dan kenangan yang boleh dijadikan ibrah dalam kehidupan seharian kita. Maju selangkah ke dalam 1431H, menjanjikan 1001 pengorbanan dan hikmah yang perlu dikutip oleh kita semua.. Teringat kata-kata salah seorang bekas presiden ISIUKM,

Dalam masa kita melangkah ke hadapan, jangan sesekali kita lupa untuk menoleh kebelakang, pengajaran dari masa lalu perlu dijadikan teladan sebagai peringatan. Samalah seperti kita menunggang motosikal, 70% tumpuan kita berada di hadapan, tapi dalam masa yang sama jangan lupa 30% lagi berada pada side mirror kiri dan kanan kita.”

Disepanjang perjalanan kehidupan kita, tentunya terlalu amat banyak pengajaran yang telah dikutip untuk dijadikan sempadan dan batu asas untuk diaplikasikan di dalam hidup kita. Semuanya adalah berpunca dari kesalahan dan kesilapan diri kita sendiri. Belajarlah dari kesilapan yang dilakukan. Jangan takut untuk melakukan kesalahan andai ia tidak disengajakan tetapi sengaja melakukan kesalahan adalah perkara yang amat tidak wajar.

Memantap Ukhwah, Memperkasa Ummah” merupakan tema maal hijrah pada kali ini. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,

Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

(surah Al-Hujurat:10)

Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. Seluruh kaum muslimin merupakan satu saudara kerana agama. bersatu atas ikatan satu akidah. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W, mafhumnya,

Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya” (HR.Muslim, at-Tirmidzi, Abu Dawud, Ahmad).

Dalam hadits shahih lainnya disebutkan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,

“Seorang mukmin terhadap orang mukmin lainnya adalah seperti satu bangunan yang sebagian dengan sebagian lainnya saling menguatkan.” Dan pada saat itu, Rasulullah S.A.W menjalinkan jari-jemari beliau.

Satu peristiwa yang penaip kagumi adalah semangat saling tolong-menolong yang masih menebal di dalam diri sesetengah penduduk kampung penaip. Pagi tadi, usai bersiap-siap untuk ke rumah ayah di ibu kota, penaip dan seorang lagi adik penaip bertekad meredah hujan untuk menunggu bas di simpang hujung jalan untuk ke Bandar. Sebelum sampai di simpang, adik penaip singgah sebentar di rumah jiran sebelah untuk meninggalkan pesan supaya tolong tengok-tengokkan Wan kami di rumah. Puas kami memujuk Wan supaya mengikut kami ke ibu kota walaupun sekejap, namun biasalah, dia tetap berkeras untuk tinggal di sana. Lusa, adik penaip akan kembali semula di rumah kerana kami ada urusan di ibu kota.. Baiklah, bukan itu kisah yang ingin penaip sampaikan.

Sedang asyik penaip mengimbau kenangan-kenangan lama di sepanjang perjalanan menuju ke Bandar, tiba-tiba pakcik bas memberhentikan bas di tepi jalan. Pakcik bas ni penaip kenal. Dulu penaip dan sorang lagi sahabat selalu keluar ke Bandar untuk menguruskan hal-hal sebelum masuk ke matrik. Kitorang panggil pakcik ni 'pakcik botak' sebab kepala dia botak, tapi dia xtaw la gelaran tu sebab yang keluar dari mulut kitorang 'pakcik' je.. tak sebut penuh nama gelaran dia. Hehe.. Bila naik bas dia je, kitorang xyah nak sibuk-sibuk tekan loceng sebab dia dah taw kitorang nak berhenti kat mana. Biasanya time naik bas selalu kalut cari tempat yang dekat ngan loceng sebab nanti senang nak tekan. Tapi tadi masa naik bas, dia dah xcam dah kat penaip.. Lagipun dulu penaip tak macam skang.. Da lama sangat agaknya tak jumpa dia.. Penaip pun satu, tak tegur jugak pakcik tu.. Huhu.. Apa yang penting Pakcik Botak masih lagi baik macam dulu.. buktinya?? Buktinya tadi, masa Pakcik Botak berhentikan bas dia kat tepi jalan, ada sorang wan ni naik ngan cucu dia, tanya kat Pakcik Botak,

Bas nak ke Bukit Puchong bertolak dari Temerloh pukul berape? Sempat lagi tak koi nak naik bas tu nanti?Agak-agak sempat tak bas ni sampai Temerloh sebelum bas tu bertolak ke Bukit Puchong?”

Pakcik botak balas “ dalam kul 9.30 rasanya, sempat kot..”

Wan dan cucunya pun mengambil tempat di dalam bas. Sebaik sahaja sampai di depan Bangunan Wisma Persekutuan Bandar Temerloh, Pakcik Botak pun memberhentikan bas. Sejurus kemudian, sebuah bas yang berwarna merah berhenti di seberang jalan. Konduktor bas tersebut keluar melambaikan tangan kepada Pakcik Botak. Pakcik Botak pun bersuara,

" Mana wan yang nak pergi Bukit Puchong tadi? Bas tu ada kat depan,"

Wan dan cucunya pun turun dari bas sambil mengucapkan terima kasih kepada Pakcik Botak dan konduktor bas yang tunggu di seberang jalan tadi datang memimpin wan dan cucunya naik ke dalam bas. Subhanallah.. Begitu erat ikatan ukhwah dan prihatin yang masih menebal di dalam diri mereka semua. Sekurang-kurangnya perbuatan mereka pada hari ini telah menyedarkan beberapa orang mengenai pentingnya perasaan bertimbang rasa dan belas kasihan. Boleh je Pakcik Botak tu teruskan perjalanan sampai ke stesen bas Temerloh dan meminta wan dan cucunya tadi menunggu bas yang seterusnya untuk ke Bukit Puchong dalam 2 jam seterusnya. Tetapi, perasaan bertimbang rasa dan prihatin Pakcik Botak tadi telah memudahkan urusan wan tadi dan cucunya.

"Ya Allah, kurniakanlah rezeki yang halal buat pakcik tadi dan moga beliau dan keluarga sentiasa berada di bawah lindungan rahmatmu,"

Salam maal hijrah.. Moga lembaran baru kali ini membawa seribu satu pengalaman dan pengajaran yang boleh dimanfaatkan untuk semua..


~ rindu untuk kembali semula ke kampung~

Sunday, November 8, 2009

Usaha + Doa + Tawakal..

~study mode~


Khas buat semua adik-adikku dan sahabat-sahabat yang lain.. Gunakan masa yang berbaki ini sebaik-baiknya...


~Kredit tuk K.ct atas gambar yang dihasilkan.. Tima kasih..~

Thursday, November 5, 2009

~Melentur buluh biarlah dari rebungnya~

Salam'alaik...

Ketika sedang membuat persediaan untuk exam esok hari, tiba-tiba sahabat-sahabat penaip mengimbau kembali lagu-lagu mereka ketika zaman kanak - kanak dahulu. Tertarik dengan salah sebuah lagu yang didendangkan membuatkan penaip mencari melalui laman sesawang yang ada dan hasilnya, sepanjang malam lagu-lagu ini menemani kami.. Dibawah merupakan salah sebuah lagu dendangan kumpulan Soutus Sofwa..


Berkelah

Sungguh indah ciptaan tuhan

Lautan biru nyiur melambai

Ombak menderu memukul pantai

Hati yang resah menjadi damai

Dihari minggu pergi berkelah

Ditepi pantai yang sangat indah

Bersama keluarga dan rakan sedarjah

Dapat melihat kebesaran Allah

Pasirnya putih kilau-kilauan

Banyak terdapat siput dan kerang

Adik bermain hatinya girang

Ibu melihat hatinya tenang

Didalam laut banyak hidupan

Udang, ketam, sotong dan ikan

Menjadi rezeki para nelayan

Nikmat berharga pemberian tuhan

Sewaktu mandi ayah berpesan

Ombak yang kecil menjadi kawan

Bila membesar lawan

Itulah dia resminya alam


Nasyid kanak-kanak merupakan salah satu tarbiyah awal yang amat berkesan buat mereka. Daya ingatan mereka pada ketika ini adalah sangat baik. Sebab itulah, para ilmuwan islam menerapkan penghafalan Al-Quran pada peringkat ini. Saat-saat jiwa mereka bersih dan suci tanpa secalit dosa. Pada peringkat ini juga kanak-kanak cenderung untuk meniru apa sahaja yang sering diperhatikan dan didengari oleh mereka saban waktu. Teringat keletah sepupu penaip yang baru berusia 3 tahun yang sering terdedah dengan media massa muktahir yang tenat. Dia mampu menghafal dialog-dialog iklan televisyen dalam masa yang sangat singkat dan yang menariknya, dia hanya menghafal dailog-dialog iklan yang memaparkan pelakon-pelakon wanita yang bertudung sahaja. Dan pernah satu ketika, ketika lagu Irwansyah 'Pencinta Wanita' sedang hangat di kaca televisyen, beliau telah menukar chorus lirik lagu itu menjadi 'aku memang pencinta Allah'.. Sungguh terharu.. Dan siapa lagi yang mendidiknya jikalau bukan ibu bapa si anak kecil.. Baiklah, ini bukan merupakan topik utama entry penaip kali ini, cuma ingin berkongsi mengenai nasyid kanak-kanak yang bukan sahaja sangat baik untuk pendidikan awal kanak-kanak malah terbaik untuk orang dewasa juga.. Wallahu'alam..




~ Suka lagu jam tujuh jugak ~

Saturday, October 31, 2009

Tragedi 1 Oktober

Bismillahi wal hamdulillah
31 September 2007/11.45 mlm
Kami diarahkan balik serta – merta. Dengan perasaan kecewa, aku dan sahabat – sahabat yang lain mula bergerak menuju ke masjid. Malam itu merupakan pengalaman pertama aku turun berkempen untuk pilihanraya kampus. Kolej Burhanudin Helmi merupakan kolej pertama yang aku jejak untuk berkempen pada tahun itu. Kami gagal menerobos masuk ke kolej tersebut melalui pintu belakang kolej. Masih terbayang-bayang di ingatan situasi tegang di kolej tersebut.

Beberapa orang pelajar tahun 1 memegang erat jeriji besi pintu masuk untuk menghalang kami melepasi masuk. Masih lagi dengan nada yang berhemah, Kak Izan menunjukkan surat kebenaran masuk untuk berkempen di kolej yang ditandatangani sendiri oleh NC. Namun, mereka masih berdegil. Jaksa-jaksa kolej mula menjerit menghalang semua penghuni keluar dari bilik masing-masing. Suasana tegang. Beberapa orang pelajar yang berada di tingkat atas menjengukkan kepala ke bawah. Pelik dan hairan dengan arahan yang dikeluarkan.

"Kami ada surat kebenaran dari NC untuk masuk berkempen di kolej-kolej sehingga jam 12 tgh malam" terang K. Izan sambil memegang sekeping surat yang siap ber’laminate’ kepada mereka yang memegang erat besi penghadang pintu masuk.

Mereka terus diam seribu bahasa tanpa melepaskan pintu jeriji yang dipegang. Kelihatan beberapa orang sedang mendail dan menelefon menggunakan telefon bimbit masing-masing sambil membuat isyarat kepada ’team jaga pintu’ agar meneruskan ’tugas’ mereka. Hampir setengah jam lebih situasi tegang berlangsung di pintu masuk, kami mengambil keputusan untuk bergerak keluar.

Sampai di masjid, masing-masing bergerak mengambil wuduk untuk solat hajat secara berjemaah. Ketika menunggu imam untuk solat, bertalu-talu telefon bimbitku menerima sistem khidmat pesanan ringkas. Sambil membuka kesemua mesej yang diterima, aku menyeka setitis air mata yang mula mengalir. Tindakanku disedari oleh Kak S yang sememangnya merupakan temanku pada malam itu. Kak S merupakan orang yang bertanggungjawab menuntun langkah-langkah pertamaku di dalam gerakan ini. Terlalu banyak perkara yang aku belajar dari beliau. Murabbiahku yang pertama.

"Kenapa dik?" soalnya sambil mencuri – curi pandangannya ke arah telefon bimbit yang masih dipegang olehku. Aku hanya mampu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala.

"Harijadi adik e arini? Patutlah, da pukul 12," balasnya setelah mengetahui isi kandungan mesej yang diintainya.

"Selamat ari lahir, kebetulan malam kempen 'panas' sama ngan arijadi adik" ucapnya sambil memelukku. Aku hanya tersenyum mendengar selorohannya. Namun, kata-katanya pada malam itu, tidak akan aku lupa sampai bila-bila kerana ianya merupakan pelajaran pertamaku sejak aku ’dilahirkan semula’..

"Sepatutnya bukan orang lain yang ucap dan sambut hari jadi kita. Pada tarikh ini, orang yang sepatutnya kita sambut dan rai ialah mak kita. Sebab dia yang lahirkan kita. Dia yang layak dapat semua ucapan-ucapan tu, bukan kita. Kalau dia takde, takde la kita.."

Kata-kata ini terus menusuk ke dalam hatiku ketika itu. Betapa budaya Barat telah memonopoli kehidupan kita semua. Air mata mula penuh di kolam mataku. Cuba sepenuh hati agar tidak menitik dihadapan Kak S. Saat-saat aku membuka mesej dari kawan-kawan lama membuatkan aku sedar bahawa pada saat itu, aku bukan lagi Nabilah yang dahulu.. Aku adalah Nabilah yang telah dilahirkan semula ruhnya.. Ar-Ruhul Jadid.. Aku sangat-sangat merindukan saat itu. Saat aku merasakan bebanan amanah untuk menjulang kembali Islam di dalam diri,keluarga, masyarakat seterusnya negara terpundak di atas bahuku. Detik-detik aku merasakan diri ini amat kerdil untuk memikul bebanan yang sebegitu besar. Saat aku merasakan tiada siapa yang mampu aku minta pertolongan melainkan Allah. Ditambah dengan nasihat oleh Kak S membuatkan paradigma aku memandang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling berubah. Semuanya harus bermatlamat mencapai redha Yang Maha Esa.. Usai sahaja Kak S berkata-kata, imam mengangkat takbir memulakan solat hajat pada malam itu...
*******
Malam itu, kami balik ke kolej menaiki van yang dipandu oleh Ust Fadhil Hasbi Tan diiringi berbelas-belas penunggang motosikal yang berada di belakang van kami. Kelihatan beberapa orang pelajar mengawal di setiap blok kolej kediaman kami. Rakan coursemates ku juga tidak ketingalan menjalankan 'tugas' mereka. Aku mengajak Aisyah tidur di bilikku pada malam itu memandangkan kolejnya, Kolej Burhan telah dikawal ketat setelah kami datang berkempen pada malam itu. Ketika kami menapak menuju ke bilikku, aku terdengar derap tapak kasut mengikut kami dari belakang. Aku mempercepatkan langkah,begitu juga dengan Aisyah. Ketika sampai di tangga, aku berlari menuruni tangga sambil meraba-raba mencari kunci bilik di dalam beg. Apabila sampai di depan bilik, aku mengetuk-ngetuk bilik mengharapkan roomateku membuka pintu. Tiada jawapan. Terus aku menapak laju menuju bilik no 2 ku iaitu bilik kawan sekelasku ketika sekolah menengah, Ezzatie. Alhamdulillah, pintu tidak berkunci, aku dan Aisyah terus masuk. Kebetulan Aisyah merupakan rakan sekelas Ezzatie ketika mereka di MRSM Kuala Klawang, jadi situasi normal berlaku di dalam bilik. Roomate ku juga berada di bilik ini, menghabiskan masa sementara menunggu kehadiranku pulang. Ezzatie menjamu kami dengan bubur lambuk yang baru dibawanya dari rumah.
Saat aku menikmati bubur Ezzatie, tiba-tiba pintu bilik Ezzatie diketuk bertalu-talu. Seisi bilik terdiam. Aku membuat isyarat agar mereka tidak membuka pintu. Aku dan Aisyah saling berpandangan. Ketukan semakin kuat dan bertalu-talu. Ezzatie, roomatenya, dan roomateku mula kehairanan. Aku memandang Aisyah dan Aisyah menggeleng-gelengkan kepala isyarat tidak membenarkan kami membuka pintu. Aku membuat isyarat meminta Aisyah membuat panggilan kepada sesiapa-sesiapa yang patut sementara aku cuba membuat penjelasan kepada 3 orang penghuni bilik yang lain. Aku hanya memberitahu sebaik sahaja kami balik dari masjid, ada orang yang mengejar kami sehingga ke bilik. Tiba-tiba tingkap bilik kami didatangi oleh beberapa orang yang tidak dikenali. Tapak – tapak kasut semakin ramai didengari berkumpul di depan bilik kami. 3 penghuni bilik yang lain masih tidak puas hati dengan penjelasanku. "Ya Allah, bantulah hambaMu ini",pasrahku. Namaku juga dilaungkan oleh mereka. Lantas aku menaip menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas,

'Tolong!! ada orang ketuk pintu bilik saya!'

Tanganku terketar-ketar, masih tidak tahu kepada siapa harus aku hantarkan mesej ini dan terus jari ini menekan pada nama pertama senior yang ada di dalam telefon bimbitku. Kak Dayah Fpend. Sejurus kemudian, Kak Dayah membalas mesejku.

'Sape ni? kolej mana?' Dengan pantas aku menaip nama,kolej,no bilik dan blok kediamanku.

Aku mula mengambil Al-Quran dan membacanya tanpa menghiraukan apa yang berlaku di luar bilik. Begitu juga dengan Aisyah. 3 penghuni bilik yang lain masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Maafkan ku sahabat, aku tidak mampu memberitahu perkara yang sebenar ketika ini. Roomate Ezzatie mula mencari doa pelindung 'mohon diselamatkan dari musuh' dan memberikannya kepada kami. Tidak lama selepas itu, pintu diketuk sekali lagi dan namaku disebut.

’Nabilah, Nabilah.. Bukak pintu ni.. Kak Dayah ni..’

Sambil membetulkan tudung, aku membuka pintu. Kebetulan Kak Dayah juga berada di kolej yang sama denganku, jadi masa untuknya sampai ke bilikku adalah singkat. Hampir tidak percaya dengan apa yang aku lihat, hampir berbelas-belas orang berada di depan bilik kami. Beberapa orang akak senior masuk ke bilikku manakala beberapa orang JAKSA mula melihat-lihat siapakah orang yang bernama Nabilah.

'Ha, ni bukan Nabilah bt Mohamad.' ujar kawan coursemate ku yang bertugas membantu Jaksa malam itu.

Rupa-rupanya sebelum Kak Dayah berjaya sampai ke bilikku, mereka telah mengadakan sekatan di pertengahan jalan dan bertanyakan nama penuhku sebelum membenarkan Kak Dayah menghampiri blokku. Dipendekkan cerita, Kak Dayah mula mempersoalkan kepada mereka akan tindakan mereka mengetuk pintu bilik kami di tengah-tengah malam. Alasan yang diberikan oleh JAKSA tersebut adalah sangat tidak munasabah iaitu mereka mendakwa aku setinggan di bilik tersebut. Aku menjawab aku hanya singgah di bilik Ezzatie untuk bersahur sahaja. JAKSA tersebut turut meminta kad matrik kami semua yang berada di dalam bilik itu. Aku mengutip semua kad matrik mereka dan menunjukkan kepada mereka tanpa membenarkan mereka memegang kad matrik kami. Apa yang membuatkan roomate Ezzatie berang pada malam itu ialah, ketika mereka sedang menyoal siasat kami, tiba-tiba kedengaran suara lelaki di hujung aras blok kami. Apa lagi mengamuklah Kak Cici, roomate Ezzatie apabila mengetahui lelaki boleh masuk sewenang-wenangnya ke dalam blok siswi. Kemudian kami diarahkan untuk mengosongkan bilik itu dengan alasan felo ingin berjumpa dengan kami di tingkat atas. ( Bilikku berada di paras 0 a.k.a bawah tanah).

Setibanya di atas, ramai orang telah berkumpul menunggu kehadiran kami. Setelah bersoal jawab dengan felo dan JAKSA kolej, mereka tidak ada bukti untuk mendakwa aku setinggan di bilik Ezzatie. Dan ada satu peristiwa lain yang berlaku usai sahaja kes pencerobohan bilik di blokku. Ketika kekecohan berlaku, Aisyah berjaya menyelinap keluar mengikut seorang lagi senior ke biliknya. Selepas bersalaman dengan beberapa orang JAKSA, kami pulang semula ke bilik. Terima kasih kepada Ezzatie, roomateku dan Kak Cici kerana memahami situasiku pada malam itu. Malam itu, aku dan roomateku tidur di bilik Ezzatie. Alang-alang ada orang mendakwa kami setinggan, biar kami setinggan betul2 malam itu, seloroh Kak Cici di dalam bilik..
Sebelum aku melelapkan mata malam itu, aku sedar perjalanan hidupku baru sahaja bermula......

~~ Ya Allah, thabatkan hati kami di jalan perjuangan ini ~~

Friday, October 30, 2009

AkHirnYa.....

Bismillah wal hamdulillah..

Setelah sekian lama penaip membiarkan ‘teratak minda’ ni x ber up-date, akhirnya sempat penaip luangkan sedikit masa untuk menyapu sedikit habuk-habuk yang da mula melekat.. Bukanlah sibuk sangat dengan kerja mahupun study, tapi perasaan untuk menulis begitu malap saat-saat ini. Lebih selesa untuk memerhati. Macam-macam alasan penaip boleh bagi kenapa x up date blog.. Tambah-tambah apabila da ada akaun Facebook, semakin kerap pula perasaan ’rajin’ itu datang. Ya Allah, moga aku istiqamah dalam bidang penulisan blog.

Terima kasih kepada sahabat2 penaip kerana disebabkan mereka ada agenda lain malam ni, dapatlah penaip up date blog jap. Walaupun suara-suara ’merdu’ dari cerita yang mereka tonton jelas didengari oleh penaip, penaip tetap buat-buat cool dan cuba untuk tidak menghiraukan kewujudan mereka dan laptop itu. Namun, apabila mereka menyambung pelayaran dengan membuka cerita seram kedua, penaip pun mengambil peluang untuk meminjam laptop seorang lagi sahabat dan membuat keputusan untuk mencoretkan sesuatu di blog ini.

Sebenarnya, masih lagi berfikir nak post apa kali ni.. Mmm.. Ni merupakan salah satu alasan kenapa blog x ber-up date.. Walhal punya la banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita untuk direspon dan diambil pengajaran....

Tulisan yang lahir dari hati adalah yang terbaik kerana maksud yang kita ingin sampaikan akan sampai kepada pembaca. Mungkin tompokan2 hitam dosa2 yang bertimbun di hati ini menyukarkan untuk penaip menyampaikan sesuatu buat kalian.... Maafkan penaip.. Sehingga bertemu di post yang seterusnya... InsyaAllah..

Semoga Berjaya!! Bittaufiq wannajah!!!


~~ masih menjejak hakikat manusia ~~

Monday, September 28, 2009


Current Status: Bunch of works

Thursday, September 10, 2009

HunT tHe BlesSinG NighT...

Salam'alaik..



~ Fasa 10 malam terakhir.... ~

Wednesday, September 9, 2009

Seorang Engineer adalah....


Salam'alaik...

Khas buat sahabat-sahabat bakal engineer sekalian ( Khalisah, Muslimah dan Roslina).. Penaip terjumpa kata-kata ni dan moga kalian terus kuat untuk mengharungi segalanya...


Pendakwah seperti Jurutera Awam
Membangunkan manusia dari sebuah bangunan usang menjadi bangunan kukuh dengan kekuatan akidah sebagai asasnya dan ibadah sebagai tiangnya.

Pendakwah seperti Jurutera Elektrik
Mengalirkan kekuatan arus dari sumber-Nya ke hati setiap muslim agar sentiasa bersinar dan menerangi sekeliling.

Pendakwah seperti Jurutera Mekanikal
Menghasilkan jentera-jentera manusia yang beroperasi sebagai penggerak menuju kemenangan Islam.


~ buat sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, jangan sedih-sedih ye (^^,),^^) ~

Monday, September 7, 2009

Let's Watch...

Bismillahi Wal Hamdulillah..

Sekadar perkongsian...




~ thanks Mel (^^,)~

Sunday, September 6, 2009

Ini Langkahku...

Salam'alaik..





Sedih..... Kenapa sedih???? Ada banyak sebab.... Mmm.. Bila ku sedih, salah satu perkara yang aku akan buat ialah aku akan ulang dengar lagu ini berkali-kali....




Aaa... Ini langkahku

Aaa... Terus melaju

Aaa... Ini langkahku

Aaa... Bangkitkan jihad

Ini Langkahku yang kan kuayun

Walaupun payah tak akan jera

Ini langkahku kan trus melaju

Setegar karang bangkitkan jihadku


Aral rintangan datang menghadang

Tapi syurga di bawah kilatan pedang

Hancurkan kedzaliman

Tegakkan keadilan


Pastikan langkahmu wahai pejuang

Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman

Hembuskanlah angin pembaharuan

Karena kita khalifaturrahman




~ Pembakar semangat di saat-saat seperti ini... Moga kalian terus kuat menghadapi cabaran yang bakal kita tempuhi selepas ini... Ya Allah, kurniakanlah ketabahan, kekuatan dan kesabaran yang luar biasa buat kami agar kami bisa menyumbangkan sesuatu di jalanMu.. (-.-) ~

Thursday, September 3, 2009

NAk KuiH RaYA???

Bismillahi Wal Hamdulillah..

Sedar tak sedar,kita telah memasuki fasa kedua bulan Ramadhan.. Fasa di mana pintu-pintu keampunan Allah terbuka luas buat hamba-hambaNya.. Manfaatkan masa yang ada selama kita masih diberikan peluang untuk mengecapinya.. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..



Pada entry kali ini, penaip nak promosi kuih raya yang dibuat sendiri oleh ibu sahabat penaip,Syakila.. Jauh kuih ni datang,dari Sungai Petani,Kedah.. Dah 2 tahun lebih penaip tak merasa kuih - kuih ni.. Masa matrik dulu, penaip yang banyak habiskan sampel-sampel yang Syakila bawak.. He.. Pastu beli satu balang je ( duit da takde ujung2 sem ) nak bawak balik Pahang tapi tak sempat nak bagi adik-adik rasa sebab dah makan abis dalam bas ngan kawan-kawan masa perjalanan balik Pahang ( 12 jam dari Perlis sampai Temerloh..) huhu.. Sahur ngan kuih Syakila je dalam bas.. So,kepada sesiapa yang berminat bolehlah tengok gambar-gambar kat tepi sebelah kanan ni dan mula buat tempahan.. Tempahan boleh diemelkan ke alamat: blue_butterflies110@yahoo.com Nyatakan nama penuh,nombor telefon dan jumlah tempahan sebelum 10 September 2009..


~ Mmm... Syakila, ang bagi koi free 1 balang crystal ball bleh?? (^^,) ~

Monday, August 31, 2009

FKAB Represents.....

Salam'alaik..

The only one and the most exciting event brought by Educated Community of Faculty of Engineering this semester...

For those who are free, grab this opportunity and be the one who will lead this issue..

Thursday, August 27, 2009

Life As...

Salam'alaik...


Tertarik dengan entry seorang sahabat.. Sama-sama kita renungkan..


Seringkali, kiter sentiasa mempunyai persepsi terhadap orang-orang di sekeliling kita. Betul, kita hanya mampu menilai luaran dan apa yang ditonjolkan individu tersebut. Namun, seringkali kita lupe untuk memahami hati dan perasaan manusia itu.

Manusia ada hati, jiwa dan emosi. Mereka bukan robot mahupun mesin yg boleh terus menerus disuruh melakukan tugas. Manusia mempunyai masalah yang datang dari persekitaran. Keluarga, kerja, peribadi dan macam2 lagi. Jadi, bekerja dengan manusia membawa erti yang jauh lebih besar berbanding bekerja dengan robot.Bayangkan, kita adalah bos kepada sebuah syarikat atau organisasi. Satu hari, salah seorang pekerja kita tidak menyiapkan laporan yang sepatutnya beliau siapkan. Jadi, kita dengan kuasa yang ada akan memarahi beliau. Namun, kita lupa satu lagi aspek, iaitu meraikan manusia. Mungkin beliau mempunyai masalah yang menyukarkan beliau menyiapkan tugasan. Walaupun aku akui, amat sukar nak praktikkan nilai ni dalam kehidupan sebenar.Pada suatu hari, di dalam tren komuter. Anda sedang duduk untuk perjalanan ke Rawang. Perjalanan mengambil masa 40 minit dari stesen Bank Negara. Di hadapan anda, seorang pakcik berumur 40-an dengan 3 orang anaknya. 3 orang anaknya itu melompat2 depan anda, membuat bising dan agak mengganggu anda yang hendak menghabiskan buku 'Bunga Kebahagiaan' karya Tuan Guru Nik Aziz. Namun, pakcik ni pulak senyap je, xnak tegur anak2 die. Apakah yg mungkin anda fikir?

'Isy, pakcik ni, tegurla anak die ni skit, kacau org je. X bertanggungjawab.'

Namun, cube kiter panjangkan cerita ini skit. Anda bertanya kepada pakcik tu:
"Pakcik, kenapa pakcik x suruh anak2 pakcik ni behave skit?"

Pakcik tu menjawab:
"Oh, maaf nak. Isteri pakcik baru meninggal. Pakcik tengah berfikir, macam mane nak bagitahu anak2 pakcik ni tentang mak diorg."

Tersenyap.

Bagaimanakah persepsi kita sekarang? Persepsi yg tadinya memarahi pakcik itu, berubah menjadi simpati. Dalam hati kita, terdorong perasaan ingin membantu, walaupun x pernah kenal pakcik ini. Mengapa? Kerana kita paham masalah yang dihadapi pakcik ini.Seringkali dalam tugas2 dalam persatuan mahupun apa2 organisasi, org atasan lupa tentang aspek kemanusiaan ini. Bagi mereka, kerja ini mestilah disiapkan begini dalam tempoh ini, dan menentukan orang-orang ini untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Dari sudut professionalisme kerja, memang patut untuk kerja ni dilaksanakan sedemikian rupa. Namun, dari aspek kerja2 kemasyarakatan, hal ini harus diambil berat. Jangan sampai nak mengejar deadline dan nak mencukupkan tenaga kerja, hati orang kita ketepikan. Pandangan aku ni mungkin x logik bagi sesetengah pihak, namun, apa yg aku nak bawakan, cube seimbangkan professionalisme kerja dan kemanusiaan.
Kita bekerja dengan manusia yg punya hati dan perasaan, bukan dengan robot yang tiada perasaan.

Wallahua'lam..

Sunday, August 23, 2009

Salah Siapa???

Bismillahi wal hamdulillah..

While downloading the lecture notes from SPIN ( i've got 2 quizes tomorrow..hu..), I accidently found these slides.. It was shown in my sport management class by Dr Tajul.. I would like to share it with all of you..

Pasukan Pendayung Malaysia


Untuk membuktikan semangat 'Malaysia Boleh', satu pertandingan mendayung tahunan menentang pasukan Pendayung Jepun akan diadakan.


Setelah menjalani latihan intensif selama beberapa bulan, perlawanan dimulakan!


Keputusannya, Pasukan Jepun memenangi perlawanan dengan jarak 1km di hadapan.

Rakyat Malaysia sangat marah dengan keputusan yang mengecewakan itu. Pihak pengurusan telah memutuskan untuk memenangi perlawanan itu dengan apa cara sekalipun pada tahun hadapan. Oleh itu, mereka menubuhkan satu pasukan analisis untuk mengkaji situasi yang terjadi dan mencari penyelesaian kepada masalah ini.

Setelah dianalisa dengan teliti, pasukan analisis itu mendapati Pasukan Pendayung Jepun mempunyai 7 orang pendayung dan seorang kapten.

Manakala Pasukan Pendayung Malaysia mempunyai TUJUH KAPTEN dan hanya SEORANG PENDAYUNG!

Didalam situasi yang sangat kritikal ini, pihak pengurusan telah mengambil satu 'langkah bijak'. Mereka telah mengupah sebuah syarikat konsultant untuk penstrukturan semula Pasukan Malaysia.

Selepas beberapa bulan..


Syarikat konsultant telah membuat kesimpulan bahawa Pasukan Malaysia mempunyai terlalu banyak kapten dan terlalu sedikit pendayung. Satu penyelesaian telah diusulkan berdasarkan analisa yang BIJAK ini.

Mulai hari ini, pasukan ini akan mempunyai : 4 kapten, 2 penyelia, 1 pengurus, 1 pendayung. Selain itu, mereka juga mencadangkan supaya mempertingkatkan suasana kerja si pendayung supaya lebih cekap.

Pada tahun seterusnya, Pasukan Jepun telah memenangi perlawanan dengan jarak 2 km!

Pasukan Malaysia telah memecat si pendayung dari pasukan tersebut serta merta disebabkan pencapaiannya yang kurang memuaskan.

Satu hadiah ganjaran telah diberikan kepada pihak pengurusan di atas motivasi yang sangat memberangsangkan yang telah ditunjukkan ketika fasa latihan pada tahun itu.

Syarikat Konsultant meneruskan menyediakan analisis baru mengenai pasukan Malaysia, dan satu keputusan telah diperolehi. Strategi yang baik, motivasi yang memberangsangkan tetapi peralatan perlu ditingkatkan prestasinya..

Pada masa ini, Pasukan Malaysia telah mereka bentuk sebuah Bot Pendayung yang BARU!

( Sampai bila nak menang???)



The conclusion is, add more worker,motivate and reward them.. It no use to upgrade the one who knows to talk only and happily sitting in the administration room..

~ Ya Allah, permudahkanlah untukku menjawab soalan pada esok hari (-.-)~

Sunday, August 16, 2009

Who Knows??



To all my dear friends, remember "Allah always knows"... Pour everything to Him... Keep smiling when everything goes wrong..

~ Ops.. Sowi k.ct, sama lak entry kite (^^,)v ~

Saturday, August 8, 2009

MuHaSaBaH...

Bismillahi wal hamdulillah...

Adakalanya dalam dunia ni kita hanyut.. Adakala kita tak sedar kita telah melampaui batasan.. Adakala kita rasa kitalah raja.. Adakala kita sangka apa yang kita buat itulah yang betul.. Adakala kita merasakan orang lain tak layak dapat apa yang kita dapat.. Adakalanya kita sangka kita tak memerlukan orang lain.. Adakala kita rasa diri kitalah yang paling hebat.. Adakala kita buat sesuatu yang tak sepatutnya dan sepadannya diri kita lakukan.. Adakala kita bersalah.. Adakala kita menyalahkan orang lain.. Adakalanya kita tiada semangat.. Adakalanya kita berada di dalam kondisi yang amat lemah.. Adakalanya segala perbuatan dan sangkaan kita tu meleset jauh dari lapangan kebenaran.. Kita perlukan batasan.. Kita bukanlah raja.. Tidak semestinya setiap apa yang kita lakukan itu betul.. Jika kita mendapat sesuatu anugerah tak bermakna orang lain tidak layak mendapatnya.. Kita perlukan orang lain untuk mentarbiah kita.. Kita bukanlah yang paling hebat.. Kita perlu ditegur daripada sesuatu yang tak sepatutnya kita lakukan.. Kita sememangnya bersalah dan sebaik2 orang yang bersalah adalah mereka yang menyedari kesalahan dan cuba sedaya upaya untuk mengubahnya.. Dalam perjuangan ini terkadang kita tersasar dari niat asal.. dahla tersasar.. mata terpejam pulak tu.. 2lapis kejahilan yang kita sememangnya tak ingini bagi diri kita untuk memiliki sikap "tak tahu yang kita ni tak tahu".. Terkadang kita mampu mengingatkan diri sendiri.. Terkadang kita cuba mengingatkan orang lain sedangkan diri kita sendiri kita lupai.. Sahabat yang baik bukanlah sahabat yang sekadar memuji.. Bahkan sahabat sedemikian pula yang lebih bakal merosakkan kita.. Adapun sahabat yang sejati itulah yang mampu memberikan teguran agar kita senantiasa tidak terjunam jauh ke jurang kejahilan.. Peringatan terhadap diri walaupun sekadar pengulangan kata "tajdid niat" mampu memberikan impak terhadap kesedaran kita yang sering alpa dalam perjuangan getir ini.. Segunung penghargaan buat sahabat 1 dan sahabat 2.. Tiada kata-kata merobek kalbu malah puisi indah yang mampu kucoretkan tanda terima kasih kerana sudi bersabar dengan karenah dan mengingatkan diri ini.. Tanpa jemu teguran datang silih berganti.. Itu tanda diri disayangi.. Muhasabahlah diri ego dicampak tepi.. Bukalah hati untuk menerima pendapat.. Bukalah minda untuk menerima perubahan kearah kebaikan.. Bukalah langkah untuk maju dan mara ke jalan kebenaran.. Sekian coretan muhasabah tika 'ujian kecil' melanda...

Thursday, July 23, 2009

Bakal Generasi Ulul Albab..

Salam’alaik…

Sementara bersiap-siap menyelesaikan urusan untuk program petang ini, sempat penaip membelek-belek surat khabar tempatan di bilik Pendidik sementara Aisyah khusyuk menatap gambar-gambar program sekolah lamanya.. Tertarik melihat salah sebuah tajuk membuatkan penaip terus mencari maklumat mengenainya di laman maya.. Subhanallah.. Hati ini begitu teruja dan terharu apabila melihat apa yang berlaku..



“MRSM DITERAP SISTEM PENDIDIKAN ULUL ALBAB”

Program Ulul Albab (UA) di MRSM Kota Putra adalah satu program pendidikan gabungan antara program sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran Agama termasuk Tahfiz Al-Qur'an. Program ini adalah untuk melahirkan ahli profesional dan teknokrat serta mahir dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.


Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang bercirikan :

1. Qur'anikMenghafaz 30 juzuk Al-Qur'an serta memahaminya berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar. Sasaran hafazan ialah 30 juzuk Al-Qur'an selama 3 tahun.



2. Ensiklopedik- Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi sumber rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.- Mengadakan kelas Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin.- Berkemahiran menggunakan kemudahan ICT yang lengkap dan tekini.- Mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti Kemahiran Asas Tingkatan 1 (KAT 1), Kemahiran Amalan Belajar (KAB) dan Kursus Kemahiran Berfikir (KKB)




3. Ijtihadik- Berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian masalah ummah, memaksimakan keupayaan berfikir, berfikiran kreatif dan inovatif serta menguasai bidang teknologi.- Menyertai kelab-kelab berteknologi tinggi seperti Avionik, Robotik dan Solar.- Aktiviti ko-kurikulum konvensional bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal para pelajar.- Aktiviti keusahawanan bagi melahirkan pelajar yang mampu menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.



Pelajar-pelajar yang terpilih menyertai MRSM Ulul Albab itu nanti akan didedahkan dengan kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran dalam Tingkatan Satu bagi membolehkan mereka menghafaz 30 juzuk Al-Quran apabila masuk Tingkatan Tiga, dengan bantuan tenaga hafiz Al-Quran dari Sekolah Menengah Imtiaz. Alangkah beruntungnya mereka...... Sangat2 beruntung...


Teringat ketika penaip mula-mula menjejakkan kaki di MRSM YT Dungun pada bulan 5 2001. Penaip merupakan pelajar intake yg kelima dan hanya 3 orang sahaja yang mendaftar pada ketika itu.Pada ketika itu merupakan minggu study week, tinggal seminggu sebelum peperiksaan semester 1. Seminggu mendaftar masuk, terus amik exam semester. Masa exam, banyak topik – topik yang penaip tak belajar lagi dan akibatnya, pointer pertama penaip amat teruk.. Suasana belajar di MRSM sangat berbeza dengan sekolah berasrama penuh harian. Silibus-silibus pelajaran diajar dengan sangat laju. Satu minggu abis satu topik besar. Pada semester kedua Tingkatan satu, kami dah mula belajar silibus untuk Tingkatan 2. Begitulah seterusnya dan pada semester kedua Tingkatan 3, semua silibus untuk PMR telah selesai dikhatamkan dan pada semester itu, kami hanya menjawab kertas-kertas soalan yang diberikan oleh guru-guru dan membuat persediaan untuk menjawab soalan percubaan dari MARA.Soalan percubaan MARA merupakan antara soalan exam yang sangat-sangat sukar sehinggakan keluarnya ayat tradisi di kalangan kami, “ sape2 yang boleh jawab trial MARA, konfom xde masalah ngn PMR dan SPM, sebab soalan PMR dan SPM yang sebenar lebih mudah berbanding trial MARA”… Inilah akibatnya system exam oriented. Semuanya dinilai melalui kertas peperiksaan.


Penaip sangat-sangat berharap program ini diterapkan kepada seluruh warga MRSM diseluruh negara, bukan sahaja terhad kepada pelajar2 tertentu.. Mereka juga mempunyai potensi untuk menjadi professional huffaz (profaz).. Jika dari mula lagi golongan-golongan ini diterapkan bi’ah sebegini, insyaAllah, akan berkurang masalah-masalah akhlak di kalangan remaja-remaja kita kerana mereka dididik dengan Al-Quran.. Moga diterapkan dalam peribadi harian, bukan setakat hafalan semata-mata.. Dan jujur penaip katakan, cara hidup dan perangai kami ketika berada di menengah rendah adalah sangat menyedihkan. Tiada penerapan nilai agama dalam kehidupan seharian melainkan wajib solat subuh, maghrib dan isyak secara berjemaah. Teringat kat Ust weil.. ( Namanya ustaz Ismail tapi orang Kelantan dan Terengganu akan panggil orang yang namanya ismail jadi ‘weil’). Banyak sangat kenangan dengan dia. Dari jauh lagi dia akan memanggil nama penaip, dan mengungkapkan ayat yang sama.. Ayat teguran buat diri ini.. Ustaz Weil adalah orang yang paling banyak tegur penaip ketika berada disana. ‘Terima kasih Ust, walaupun saya tak dengar cakap ustaz masa ustaz tegur saya dulu, tapi sampai sekarang saya ingat apa yang ust pesan’…

lawati : http://ululalbabkoputra.blogspot.com


p/s : Sekiranya program SEEDS yang bertujuan untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar MRSM dijalankan kepada semua warga MRSM, mengapa tidak untuk modul 'Ulul Albab'?

Tuesday, July 14, 2009

Lobak, Telur, Dan Kopi..

Salam'alaik....

Resepi motivasi.. Penaip copy paste dari blog sahabat..





~ Aura Gerai Selera Murni 2009 makin dirasai.... Nantikan promo seterusnya.. Tunggu... ~

Monday, July 13, 2009

MARWA AL-SHERBINI

Bismillahi Wal Hamdulillah

Alhamdulillah, malam ni penaip sempat meninjau-ninjau laman maya dan penaip tertarik untuk merespon mengenai isu saudari Marwa al- Sherbini. Pada mulanya terbaca sedikit kisah beliau di blog Presiden ISIUKM, dan kebetulan sahabat penaip, Syakilaisma ada menyebut tentang kisahnya di blog beliau membuatkan penaip ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya. Dengan bantuan En Google, darah ini meluap-luap mendidih setelah mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Marwa al- Sherbini telah memfailkan saman kepada seorang pemuda warganegara German yang tidak mempunyai pekerjaan kerana pemuda tersebut telah menggelarkan Saudari Marwa al - Sherbini sebagai seorang pengganas kerana Marwa memakai tudung. Dia memanggil dengan panggilan ' terrorist' terhadap Marwa ketika mereka berselisih di sebuah taman. Marwa telah memfailkan saman terhadap beliau dan ketika hakim telah memutuskan hukuman bahawa Marwa al- Sherbini memenangi perbicaraan tersebut dan pemuda tersebut perlu membayar denda sebanyak 2800 euros, pemuda tersebut telah meluru ke arah Marwa dan telah menikam Marwa yang sedang mengandung 3 bulan sebanyak 18 tikaman. Ketika kejadian berlangsung, suami Marwa telah bertindak untuk membantu namun dia telah salah tembak oleh pegawai polis yang berada di dalam mahkamah dan mendapat 3 tikaman daripada pemuda German tadi. Suaminya berada di dalam keadaan yang kritikal di sebuah hospital. Kejadian ini turut disaksikan oleh anak lelaki mereka yang berumur 3 tahun.

Bayangkan 18kali tikaman!! Penaip bukanlah seorang ahli forensik tapi berdasarkan siri-siri CSI, untuk menikam seseorang sebanyak 18kali bukanlah satu tugas yang mudah dalam masa yang singkat melainkan pemuda tersebut mempunyai kekuatan yang luar biasa. Begitu benci dia pada seorang wanita muslim yang berhijab. 18 kali sahabat2. Berapa lama masa orang-orang yang terlibat ketika perbicaraan menyedari mengenai peristiwa ini dan berusaha untuk menolong Marwa??

ok,cuba kita tikam angin sebanyak 18kali cepat2..

Nampak x?

Sebagai manusia biasa, berapa lama masa yang kita ambil untuk merespon terhadap apa yang berlaku di depan mata kita?
Masa yang diambil untuk menghalang kejadian tersebut?
Masa untuk kita menjerit "berhenti!".
Masa untuk kita berkata "cukup!"
Sebagai manusia biasa, tanpa mengira agama, tanpa mengira jantina.
Hanya sebagai seorang manusia biasa yang sedang menyaksikan seorang insan ditikam berkali-kali oleh orang lain.
Berapa lama?
Adakah ianya mencecah kali ke 18?
Sangat kejam....

Dimana media2 kita? kenapa tiada liputan mengenai perkara ini? Dan apa yang menghairankan, bagaimana boleh seseorang masuk ke mahkamah dengan membawa pisau. Banyak persoalan yang timbul mengenai peristiwa ini.

Siapa pengganas yang sebenar? Marwa al - Shebini atau pemuda German terbabit??

~ maaf, penaip menulis dengan emosi jadi tiada resolusi yang dipaparkan, sekadar penjelasan awal mengenai isu ini ~

Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya..

Salam'alaik..

Sebesen besar buah rambutan tiba di rumah makngah petang semalam. Kebetulan, hujung minggu tersebut, mak dan ayah baru pulang dari rumah di Pahang, jadi banyaklah buah tangan yang dibawa. Disekeliling rumah memang penuh dengan pokok buah2an, jadi ketika musim buah, banyaklah hasilnya. Aku hanya memandang sebelah mata sahaja rambutan2 yang tiba.


“ dah tak larat nak makan rambutan, tiap2 hari ada orang bawak rambutan kat umah tu”, tuturku.


Tiba2 aku ternampak makngah mengopek sebiji manggis,


“ aik, ada manggis sekali ke?” soalku.


“ entah, makngah jumpa dalam besen tu,” balas makngah selamba. Aku hanya tergelak melihat gelagat makngah.


Dengan penuh semangat aku menghampiri besen yang dipenuhi dengan buah2 rambutan yang dipanjat oleh mak dengan harapan kot2 terjumpa sebiji dua buah manggis lagi. Mm.. macam xde je.. Lalu aku pun mencapai sebiji rambutan dan mengupasnya.


“SubhanAllah….” Terkesima aku seketika sebaik sahaja buah rambutan tersebut singgah di mulutku. Sudah lama aku tidak merasa perasaan ini. Inilah rasa buah rambutan yang sudah sebati dengan diriku. Dengan rasa rambutan inilah aku membesar, dengan aroma inilah aku mengenal erti rasa buah rambutan. Inilah rasa buah rambutan pertama yang aku jamah sejak aku mengenali dunia ini. Sungguh, saat itu, aku berasa amat terharu dan merindui zaman kanak2ku. Walaupun dah beberapa tahun aku tak menjamah buah rambutan yang tumbuh di sekeliling rumahku di Pahang, namun, rasa buahnya tak pernah berubah. (dahsyat x bagaimana muslimat boleh menceritakan betapa detailnya mengenai satu2 perkara kecil?? hehe)


Tiba2, ibu saudaraku yang bongsu bersuara,


“ banyak manapun awak makan rambutan orang lain, rasa dia x sama dengan rambutan yang aki awak tanam..”


“betul, rasa macam zaman kenit2 dulu” balasku.


Rindu untuk kembali ke zaman dulu2. Aku beruntung kerana sempat merasa zaman jerit perih mak dan ayah membangunkan dan berusaha memastikan kelangsungan keluarga untuk masa depan. Berbagai-bagai kenangan pahit dan manis diharungi bersama. Teringat perasaan ketika pertama kali mak bawak balik kereta kancil merah ke rumah. Kereta pertama keluargaku. Ayah guna kereta pejabat lagi masa tu. 'Kalau nak dapatkan sesuatu, kena berusaha sekuat mungkin dan jangan lupa semua yang berlaku adalah perancangan dari Allah'. Itulah yang diterapkan oleh mak dan ayah. Bukan senang untuk memiliki sesuatu. Aku cuba untuk mengutip ketabahan mereka untuk diaplikasikan dalam medan ini....


Walaupun hanya mampu meluangkan masa selama lebih kurang 2 jam bersama2 mereka, namun hatiku amat puas. Masa yang berkualiti tidak bergantung kepada berapa banyak masa yang dihabiskan bersama-sama tetapi bergantung kepada bagaimana kita mengisi masa yang kita ada. ( Bertolak dari stesen komuter UKM ke SOGO pada jam 3.30 petang, kemudian naik bas metro ke Selayang, berjalan kaki selama 25 minit untuk sampai ke PPR Intan Baiduri di Selayang.. 2 jam masa terbuang dalam perjalanan. Terpaksa meninggalkan satu event penting yang berlangsung di PKNS Bangi.. hu).. Lebih kurang jam 5.45petang, aku selamat tiba di rumah makngah yang terletak di tingkat 4. Tujuan pergi umah makngah : amik baju pendidik yang Cik Kaya jahit. Usai solat maghrib, ayah menghantar aku pulang ke kampus.


Banyaklah topik2 yang diperbincangkan dan yang paling best, pada kali ini makngah menawarkan sesuatu untukku. Alhamdulillah, walaupun untuk sementara, memandangkan tawaran makngah mempunyai kepentingan dalam gerak kerjaku di sini, aku terus sahaja bersetuju. Tapi, ayah bijak membuat tawaran yang lain, sebelum makngah membuat langkah seterusnya, aku harus membuktikan sesuatu padanya untuk semester ini. Setelah aku berjaya membuktikannya barulah aku akan dapat apa yang makngah tawarkan…


Untuk melancarkan gerak kerja dakwah ini, aku harus berusaha lebih. Perancangan dan strategi harus lebih sistematik. Pergantungan pada Yang Maha Kuasa juga penting. Biar semuanya seiring. Demi kelangsungan dakwah ini…


~ No pain, No gain ~

Friday, July 3, 2009

Promo Keris 09..

Alhamdulillah.. Tahniah Dik Aida!!!

Thursday, July 2, 2009

Dulu ERA, Kini KERIS..

Salam'alaik..

Macam serabut lak ada dua gambar kat kiri dan kanan ni.. sape2 yang nak tengok bleh klik ke blog http://keris-o9.blogspot.com. Sebagai salah satu cara untuk kita berdakwah dalam situasi mad'u yang pelbagai, penghasilan video amat digalakkan. Penaip lebih sukakan video yang dibikin oleh kita sendiri.. Zaman matrik dulu, geng2 pusat islam sangat rajin melakukan 'shooting' untuk dimuatkan ke dalam video gimik perasmian majlis.. Jalan ceritanya boleh direka mengikut kreativiti kita sendiri, bukan hanya tertakluk pada gambar-gambar 2D dan 3D semata2.. Ditambah lagi dengan software2 khas yang disediakan untuk menyediakan video2 tersebut.. Hmm.. Kami punya perancangan untuk KERIS kali ini.. So, siapa yang berminat untuk menjayakan siri2 video 'shooting', sila hubungi penaip. ( untuk jadi pelakon, ada videocamera sendiri, software yang seswai, sangat2 dialu2kan) Stakat ini dulu.. Jumpa lagi.. Sebelum tu, hayati video dibawah.. Penaip sukakan pelakon kanak2 dan juga ending dia.. ( walaupun penaip tak bersetuju dengan jalan ceritanya..)


P/s : Fenomena video mula melanda..

Monday, June 29, 2009

MaRi BeLajaR BaHaSa InGGeRis 4...

Salam'alaik...




" I'm so tired"

"Tired of what?"

"Of all these people judging me."

"Who judged you?"

"Like that woman, every time I sit with her, she tells me to wear hijab."

"Oh, hijab and music! The mother of all topics!

"Yeah! I listen to music without hijab…haha!"

"Maybe she was just giving you advice."

"I don't need her advice. I know my religion. Can't she mind her own business?"

"Maybe you misunderstood. She was just being nice."

"Keeping out of my business, that would be nice..."

"But it's her duty to encourage you do to good."

"Trust me. That was no encouragement. And what do you mean `good` ?"

"Well, wearing hijab, that would be a good thing to do."

"Says who?"

"It's in the Quran, isn't it?"

"Yes. She did quote me something."

"She said Surah Nur, and other places of the Quran."

"Yes, but it's not a big sin anyway. Helping people and praying is more important."

"True. But big things start with small things."

"That's a good point, but what you wear is not important. What's important is to have a good healthy heart."

"What you wear is not important?"

"That's what I said."

"Then why do you spend an hour every morning fixing up?"

"What do you mean?"

"You spend money on cosmetics, not to mention all the time you spend on fixing your hair and low-carb dieting."

"So?"

"So, your appearance IS important."

"No. I said wearing hijab is not an important thing in religion."

"If it's not an important thing in religion, why is it mentioned in the Noble Quran?"

"You know I can't follow all that's in Quran."

"You mean God tells you something to do, you disobey and then it's OK?"

"Yes. God is forgiving."

"God is forgiving to those who repent and do not repeat their mistakes."

"Says who?"

"Says the same book that tells you to cover."

"But I don't like hijab, it limits my freedom."

"But the lotions, lipsticks, mascara and other cosmetics set you free?! What's your definition of freedom anyway?"

"Freedom is in doing whatever you like to do."

"No. Freedom is in doing the right thing, not in doing whatever we wish to do."

"Look! I've seen so many people who don't wear hijab and are nice people, and so many who wear hijab and are bad people."

"So what? There are people who are nice to you but are alcoholic. Should we all be alcoholics? You made a stupid point."

"I don't want to be an extremist or a fanatic. I'm OK the way I am without hijab."

"Then you are a secular fanatic. An extremist in disobeying God."

"You don't get it, if I wear hijab, who would marry me?!"

"So all these people with hijab never get married?!"

"Okay! What if I get married and my husband doesn't like it? And wants me to remove it?"

"What if your husband wants you to go out with him on a bank robbery?!"

"That's irrelevant, bank robbery is a crime."

"Disobeying your Creator is not a crime?"

"But then who would hire me?"

"A company that respects people for who they are."

"Not after 9-11"

"Yes. After 9-11. Don't you know about Hanan who just got into med school? And the other one, what was her name, the girl who always wore a white hijab…ummm…"

"Yasmeen?"

"Yes. Yasmeen. She just finished her MBA and is now interning for GE."

"Why do you reduce religion to a piece of cloth anyway?"

"Why do you reduce womanhood to high heals and lipstick colors?"

"You didn't answer my question."

"In fact, I did. Hijab is not just a piece of cloth. It is obeying God in a difficult environment. It is courage, faith in action, and true womanhood. But your short sleeves, tight pants…"

"That's called `fashion`, you live in a cave or something? First of all, hijab was founded by men who wanted to control women."

"Really? I did not know men could control women by hijab."

"Yes. That's what it is."

"What about the women who fight their husbands to wear hijab? And women in France who are forced to remove their hijab by men? What do you say about that?"

"Well, that's different."

"What difference? The woman who asked you to wear hijab…she was a woman, right?"

"Right, but…"
"But fashions that are designed and promoted by male-dominated corporations, set you free? Men have no control on exposing women and using them as a commodity?! Give me a break!"

"Wait, let me finish, I was saying…"

"Saying what? You think that men control women by hijab?"

"Yes."

"Specifically how?"

"By telling women how and what to wear, dummy!"

"Doesn't TV, magazines and movies tell you what to wear, and how to be`attractive' ?"

"Of course, it's fashion."

"Isn't that control? Pressuring you to wear what they want you to wear?"

[Silence]

"Not just controlling you, but also controlling the market."

"What do you mean?"

"I mean, you are told to look skinny and anorexic like that woman on the cover of the magazine, by men who design those magazines and sell those products."

"I don't get it. What does hijab have to do with products."

"It has everything to do with that. Don't you see? Hijab is a threat to consumerism, women who spend billions of dollars to look skinny and live by standards of fashion designed by men…and then here is Islam, saying trash all that nonsense and focus on your soul, not on your looks, and do not worry what men think of your looks."

"Like I don't have to buy hijab? Isn't hijab a product?"

"Yes, it is. It is a product that sets you free from male-dominated consumerism. "

"Stop lecturing me! I WILL NOT WEAR HIJAB! It is awkward, outdated, and totally not suitable for this society ...Moreover, I am only 20 and too young to wear hijab!"

"Fine. Say that to your Lord, when you face Him on Judgment Day."



"Nay! You prefer the life of this world; While the hereafter is better and more lasting."
[Noble Quran 87:16-17]"


You are the best community (Ummah) raised up for (the benefit of) humanity; enjoining what is right and forbidding what is wrong and believing in Allah."