Sunday, October 31, 2010

~The Power of Doa~

Bismillahi Wal Hamdulillah


Setiap doa pasti Allah beri perhatian. Allah berfirman yang bermaksud:

“Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan.” (Surah Ghafir : 60 )

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat al-Tirmizi no. 3556 dan Abu Daud no. 1448)

Lihat betapa hebatnya sifat Pemurah dan Pengasih Allah, Dia bukan sahaja memerintahkan kita berdoa, malah Dia mengajar apa yang patut kita doakan dan bagaimanakah caranya kita harus berdoa. Tidak cukup sekadar itu, Allah berjanji untuk mempertimbangkan doa-doa itu.

Sebuah syair mengungkapkan hakikat ini dengan begitu indah sekali:

“Allah s.w.t. murka jika engkau tidak memohon kepada-Nya.
Sebaliknya manusia murka apabila kau sering minta kepadanya.”

Berdoa itu satu langkah yang produktif. Bahkan menurut pandangan ulama tasawuf, apabila Allah telah ringankan lidah seseorang hamba-Nya untuk berdoa, itu petanda Allah telah memberi lampu hijau untuk memperkenankan doa itu.

Kata Imam Ibn Ataillah:

“Tatkala Allah membukakan mulut anda dengan bermohon kepada-Nya maka ketahuilah, sesungguhnya Allah berkehendakkan doa anda diperkenankan.”

Yakinlah bahawa apabila Allah mengilhamkan kepada hati kita untuk berdoa, maka sudah tentu Allah akan memperkenankan doa kita itu. Tetapi jika Allah tidak berkehendak memperkenankan sesuatu doa, maka sudah tentu Dia tidak mengilhamkan kepada hati kita ke arah itu.

Apabila hati dilembutkan untuk berdoa, bererti seseorang itu telah berasa kefakirannya di hadapan Allah. Apabila kita sudah benar-benar berhajat kepada-Nya, maka Allah pasti tidak akan mengecewakan hajat kita itu.

Sebenarnya doa itu sendiri merupakan satu kurnia daripada Allah. Malah doa itu adalah modal asas yang memungkinkan seseorang itu menerima kurnia-kurnia Allah selanjutnya. Malangnya, orang yang mengetahui hakikat ini tidak ramai dalam kalangan kita. Firman Allah yang bermaksud:

“Apakah ada siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa, dan menghilangkan keburukan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada di samping Allah tuhan yang lain? Terlalu amat sedikit apa yang dapat kamu mengingati.” (Surah al-Naml 27: 62)

Hamba Allah yang benar-benar mengenal Allah (arif billah) dapat rasakan apabila seseorang itu diizinkan Allah untuk mengucapkan doa (ada sesetengah orang dikelukan lidah lalu tidak boleh berdoa) adalah lebih berharga daripada termakbulnya doa itu. Hal ini kerana seorang yang berdoa itu hakikatnya sedang berdialog dengan Allah. Bagi mereka, ini adalah satu anugerah Allah yang lebih bernilai berbanding apa yang diperoleh daripada doanya.

Bukankah Pemberi hadiah itu lebih patut kita hormati dan kasihi daripada hadiah yang diberikan-Nya?

Mungkin ada yang bertanya apakah benar Allah akan memperkenankan setiap doa hamba-hamba-Nya?

Jawabnya, ya jika apa yang kita ajukan itu doa yang benar dan elok. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa antara kamu yang dibukakan pintu hatinya supaya berdoa, nescaya Allah bukakan padanya pintu-pintu rahmat. Dan tidak ada doa yang dipohon itu yang lebih disukai Allah selain daripada memohon kemaafan (keselamatan di dunia dan akhirat).” (Riwayat al-Tarmizi no 3548)

Jelas di sini, doa yang dimaksudkan itu mempunyai ciri-cirinya. Antara ciri-ciri doa yang baik ialah isinya mestilah ke arah memohon kemaafan dosa dan kesalahan terhadap Allah. Rentetan daripada itu mereka pasti berdoa akan keselamatan diri dan orang lain, bukan permusuhan dan kekacauan). Dan yang paling penting, berdoa dalam keadaan merendah diri dan penuh harapan.

Oleh sebab itu, janganlah berdoa dalam keadaan terlalu mendesak dan memaksa Allah. Itu bukan sifat seorang hamba yang baik. Untuk mengatasi sikap ini tanamkanlah ke dalam jiwa satu keyakinan bahawa nikmat yang telah Allah berikan adalah lebih banyak dan lebih bernilai daripada apa yang sedang kita minta dalam doa kita itu.

Cara Allah Makbulkan Doa

Bagaimanakah cara Allah memakbulkan doa hamba-hamba-Nya?

Ini memerlukan penjelasan yang tersirat dan maknawi. Sesungguhnya akal kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha Luas. Fahaman kita tentang makbulnya sesuatu doa mungkin hanya mampu menyingkap selapis daripada kenyataan itu, tetapi di sisi Allah punyai makna dan tafsiran yang berlapis-lapis.

Untuk menyingkap rahsia itulah Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah seorang yang berdoa kepada Allah dengan doa kecuali Allah akan memberikan kepadanya, sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi. Atau disimpankan untuknya kebaikan di akhirat atau ditutupkan (kifarat) dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturahim atau mohon disegerakan.

Maka sahabat berkata: “Ya Rasulullah bagaimana doa minta segera itu? Baginda berkata; seseorang itu berdoa, aku berdoa tuhanku, maka perkenanlah segera.”
(kata Abu Isa hadis ini gharib, sunan Al-Tarmizi, 3968)

Melalui hadis ini para ulama telah merumuskan bahawa doa itu dikabulkan menerusi pelbagai kaedah dan keadaan. Antaranya termasuk:

1. Doa Itu Dikabulkan Serta-Merta

Kebanyakan doa yang diajukan oleh para rasul dan nabi dikabulkan serta-merta. Doa Rasulullah s.a.w. menjelang perang Badar misalnya, dikabulkan oleh Allah serta-merta. Begitu juga doa Ibn Abbas r.a. ketika meminta hujan semasa umat Islam dilanda kemarau yang dahsyat. Belum pun sempat Ibn Abbas meletakkan tangannya ke bawah, hujan telah turun mencurah-curah.

Begitulah juga dengan cerita bagaimana tiga orang pemuda yang berdoa dengan wasilah amal masing-masing apabila terperangkap dalam sebuah gua seperti yang diberitakan dalam sebuah hadis yang panjang lagi masyhur. Pintu gua itu tergerak (membuka ruang) serta-merta setiap kali salah orang mereka selesai berdoa.

Inilah bukti jaminan Allah melalui firman-nya yang bermaksud:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka beritahulah mereka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah 2: 186)

2. Dikabulkan pada Waktu Lain

Acap kali juga sesuatu doa walaupun baik, dan datang daripada orang yang baik, pada waktu yang baik, tetapi Allah tangguhkan ke waktu lain. Hal ini kerana Allah sayangkan hamba-Nya itu. Allah sengaja berbuat demikian bagi mengujinya sehingga seorang hamba itu bersedia untuk menerima nikmat-nikmat-Nya.

Misalnya, Allah kurniakan kekayaan apabila hati seorang hamba telah ada rasa syukur kerana memberikannya sebelum itu akan menjadikan seseorang itu kufur. Allah kurniakan kekuasaan setelah ada dalam hati seseorang ada rasa tawaduk dan sifat adil, supaya dia boleh menjadi pemerintah yang baik apabila sudah berkuasa.

Jika tidak bersedia, dibimbangkan nikmat itu boleh bertukar menjadi bala. Itulah yang disebut “istidraj” – yakni pemberian Allah yang merupakan satu kutukan dan memudaratkan untuk iman dan Islam seseorang yang derhaka kepada-Nya. Oleh sebab itu, sering kali juga Allah menahan pemberian-Nya kerana kasih sayang-Nya terhadap seseorang.

Inilah yang dinukilkan oleh Prof Dr. K.H. Muhibbuddin Waly dalam bukunya Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf:

“Sebab kadang-kadang Allah memperlambat dalam memperkenankan doa mereka kerana Allah sangat sayang dan cinta mendengar suara doa yang selalu diucapkan oleh hamba-Nya itu kepada-Nya.”

3. Menghindarkan Bahaya

Doa kita kadang-kadang dikabulkan Allah dengan dihindarkan daripada bahaya yang mungkin datang. Kita tidak tahu apa bahaya yang ada di hadapan, lalu Allah datangkan halangan. Boleh jadi kita akan ditimpa penyakit yang kronik, mengalami kemalangan jalan raya, difitnah atau sebagainya. Namun dengan doa yang kita panjatkan kepada Allah, Allah selamatkan kita sebagai ganti apa yang didoakan.

Hakikat ini sangat sulit untuk difahami kerana ditunaikan tanpa sedar.

Mengapa?

Yalah, kita minta yang lain, tetapi Allah berikan sesuatu yang lain. Namun yang lain itu lebih besar dan bernilai ertinya berbanding apa yang kita minta. Misalnya, kita minta kejayaan dalam perniagaan, sebaliknya Allah hindarkan kita daripada penyakit-penyakit kronik.

Bukankah itu sesuatu yang lebih baik?

Ingatlah apa yang Allah tegaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud:

“Difardukan kamu peperangan padahal kamu membencinya, boleh jadi ada yang kamu benci baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai tetapi itu mungkin membawa mudarat bagi kamu. Allah lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al Baqarah 2: 216)

4. Allah Berikan Sesuatu yang Lebih Baik di Akhirat

Hidup di dunia cuma sementara. Akhirat itu yang lebih baik dan lebih kekal. Firman Allah, mafhumnya:

“Dan akhirat lebih baik dan kekal.” (Surah al-A‘la 87: 17)

Beruntunglah jika kita mendapat sesuatu kurnia di akhirat berbanding kurnia di dunia ini.

Sebagai perbandingan, sehelai rumput di syurga adalah lebih baik daripada sebutir mutiara di dunia.

Kenapa?

Kerana rumput di syurga itu lebih kekal berbanding sebutir mutiara di dunia. Itu baru sehelai rumput, bayangkan sebutir mutiara di syurga. Ia sesungguhnya, bukan sahaja lebih kekal malah lebih bernilai daripada sebutir mutiara di dunia.

Orang yang berdoa dan doanya tidak dikabulkan di dunia, akan dikabulkan doa itu di akhirat kelak, insya-Allah. Doa yang dikabulkan di akhirat itu sesungguhnya lebih baik dan kekal daripada dikabulkan di dunia lagi. Kadang-kadang Allah menahan kekayaan yang kita pinta di dunia kerana Allah hendak memberikan kita kekayaan di akhirat. Kekayaan di akhirat bererti syurga.

Menyedari hakikat ini, seharusnya kita tidak akan jemu berdoa dan tidak akan berputus asa hanya kerana doa kita belum ataupun tidak dikabulkan di dunia. Kita tahu doa itu akan menjadi “saham akhirat”. Oleh sebab itu, keyakinan kepada hari akhirat sangat penting ketika kita berdoa di dunia ini. Bagi orang yang yakin akan kehidupan di akhirat, mereka akan terus-terusan berdoa sekalipun doa mereka seolah-olah tidak dikabulkan di dunia ini.

Banyak doa-doa yang diajarkan oleh Allah kepada kita, manfaatnya untuk hari akhirat. Doa minta dimatikan dengan iman, masuk ke dalam syurga dengan iman, terhindar daripada api neraka, minta dibangkitkan dalam keadaan bersama-sama orang yang membuat kebaikan dan jangan ditempatkan bersama-sama orang yang zalim.

Misalnya, Allah menganjurkan kita berdoa dengan doa ini:

“Ya tuhan kami, berilah keampunan bagiku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang Mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim 14: 41)

5. Dijadikan Kifarat kepada Dosa-Dosa

Manusia sentiasa berdosa kepada Allah sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan. Dosa adalah pendinding untuk kita mendapat bantuan, keampunan dan kasih sayang Allah. Kita mengharapkan dosa itu diampunkan dengan taubat. Dan untuk itu kita diwajibkan untuk bertaubat atas dosa-dosa yang kita sedari.

Namun, apakah jaminan taubat kita telah diterima sekalipun telah menempuh syarat-syaratnya? Dan bagaimana pula dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari? Itu lebih sukar diatasi. Mana mungkin kita bertaubat atas dosa-dosa yang kita rasa kita tidak melakukannya? Maka di sinilah peranan doa-doa yang kita panjatkan kepada Allah s.w.t. Doa-doa itu menjadi sebab untuk dosa-dosa kita itu diampunkan walaupun bukan itu yang kita pohon daripada Allah s.w.t.

Orang yang berdoa kepada Allah, sentiasa disayangi-Nya. Tanda sayang Allah kepadanya ialah mengampunkan dosa-dosa orang itu walaupun dia tidak meminta ampun. Inilah kehebatan dan kebesaran sifat al-Afu (Yang Maha Pemaaf) dan al-Ghaffar (Yang Maha Mengampuni) Allah s.w.t. Salah satunya ialah Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya walaupun hamba yang berdoa itu tidak meminta ampun.

ADAB BERDOA

Walau bagaimanapun doa yang dipanjatkan masih tetap ada adab dan syarat-syaratnya. Selain adab-adab lahiriah, seperti menghadap kiblat, berwuduk (lihat adab-adab berdoa seperti yang dinyatakan), ada lagi adab batin (soal hati) yang lebih utama dilaksanakan. Antaranya termasuk:

i) Berdoa dengan penuh keyakinan

Hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan bahawa doa itu akan dikabulkan. Jangan ada rasa ragu, syak dan waham (waswas) waktu berdoa kerana Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang dalam hatinya berbolak-balik antara percaya dan tidak akan doanya diperkenankan. Jadi, sangka baik (husn zan) terhadap Allah itu penting apabila kita berdoa.

Bagaimana membina keyakinan dalam doa?

Tentulah ini bersumberkan keyakinan kita kepada Allah s.w.t. Oleh sebab itu, kita terlebih dahulu mestilah mengenali sifat-sifat dan asma’ (nama-nama) Allah s.w.t.

Antara sifat Allah ialah al-Rahman, al-Rahim, al-Wahhab, al-Ghani, al-Razzaq, al-Afu, al-Ghaffar, al-Salam dan lain-lain lagi, pasti akan timbul keyakinan semasa berdoa. Apabila sudah kenal sifatnya, barulah kita boleh memohon kepada Allah dengan penuh yakin. Sebagai contoh yang paling mudah, apabila kita yakin seseorang itu pemurah, tentu kita yakin bahawa dia akan melayan permintaan kita. Apabila kita yakin seseorang itu kaya-raya, maka kita yakin dia mampu memberikan apa yang kita minta.

Oleh sebab itu, kita dianjurkan berdoa dengan menggunakan Asma’ al-Husna (nama-nama Allah yang baik) mengikut keperluan doa itu. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah al-A‘raf 7: 180)

Satu cara lain untuk menambah keyakinan kita dalam berdoa adalah iringilah doa itu dengan usaha dan persediaan yang baik. Keyakinan juga dibina oleh persiapan. Apabila kita berdoa minta kesihatan, usaha dan persediaan kita juga selaras ke arah itu, maka keyakinan diri kita akan meningkat. Ya, doa yang digandingkan dengan usaha akan meningkatkan lagi tahap harapan dan harapan yang tinggi itulah yang akan membuahkan keyakinan.

ii) Jangan Berdoa Sesuatu yang Membawa Permusuhan dan Dosa

Doa yang buruk hakikatnya bukan doa. Doa yang berpaksikan permusuhan tidak akan dimakbulkan Allah. Oleh sebab itu berhati-hatilah agar tidak berdoa dengan hati yang kotor. Jangan kita ajukan kepada Allah sesuatu yang berbentuk dosa dan kefasiqan. Doa hanyalah untuk yang baik-baik dan dengan tujuan yang baik-baik pula.

Begitu juga berdoa untuk menang dalam pertaruhan (judi), berjaya dalam pertandingan yang dalamnya ada perbuatan mendedahkan aurat dan pergaulan bebas, kaya dengan perniagaan yang berunsur riba, berkuasa melalui kaedah yang kotor dan fitnah serta lain-lain bentuk kemungkaran yang seumpamanya adalah dilarang dan tidak akan dikabulkan. Kita juga tidak dibolehkan mendoakan sesuatu yang boleh memutuskan ikatan silaturahim sesama Islam.

iii) Jangan Berdoa Tanpa Bertahmid dan Berselawat

Ulama ada menjelaskan bahawa sesuatu doa itu tidak akan dikabulkan tanpa bertahmid (memuji) kepada Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kedua-dua faktor ini sangat penting untuk melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Tanpa rasa syukur, sukar doa kita itu didengari dan seterusnya diperkenankan oleh Allah s.w.t.

Bayangkan jika seseorang meminta tambahan atas nikmat yang sedia ada, dia mestilah menunjukkan rasa berterima kasih atas nikmat yang telah diberikan itu terlebih dahulu. Rasa syukur itulah yang akan menggamit turunnya nikmat yang baru.

Firman Allah yang bermaksud:

“Jika kamu bersyukur nescaya kami akan tambahkan nikmat-nikmat Kami. Dan sebaliknya jika kamu kufur, azab Allah amat pedih.” (Surah Ibrahim 14: 7)

Dengan bertahmid, kita menyatakan syukur kepada Allah. Dengan berselawat kita mengucapkan terima kasih kepada insan yang paling banyak berjasa kepada kita yakni Nabi Muhammad s.a.w. Hanya setelah bersyukur, Allah yang bersifat al-Wahhab (Maha Pemberi) akan menambahkan lagi nikmat-nikmat-Nya.


Benarlah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud:

“Sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, tidak akan bersyukur dengan yang banyak.”

Itulah tiga sebab mengapa doa terhijab.

Dalam konteks yang sama, apa yang dinyatakan oleh Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawuf) tentang punca-punca doa terhijab sangat perlu dijadikan renungan. Namun, walau apapun keadaan kita, sama ada dalam keadaan taat atau derhaka, dalam keadaan senang ataupun susah, doa mesti terus dipanjatkan. Makbul atau tidak itu soal kedua. Yang paling utama adalah jangan sekali-kali berputus asa untuk terus berdoa kepada Allah s.w.t.

Dan jangan sekali lupa, apa yang telah Allah berikan kepada kita sebenarnya lebih banyak daripada apa yang sedang kita minta (doa).

~ Sekadar perkongsian.. Diambil dari sebuah blog.. Moga bermanfaat...Tiada daya upaya serta kekuatan melainkan dengan (izin dan pertolongan) Allah Subhanahu wata'ala-

Monday, October 25, 2010

Don't Celebrate These !!


Bismillahi wal hamdulillah..

Rupanya-rupanya banyak perayaan-perayaan yang disambut oleh orang-orang Islam tanpa menyedari hakikat sebenar perayaan tersebut.. Mari kita lihat apa perayaan-perayaan tersebut dan sejarah kemunculannya..

VALENTINE DAY


Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

APRIL FOOL



Ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

ST. PATRICK DAY


Disambut pada setiap 17 Mac setiap tahun. St. Patrick adalah biskop untuk menyelamatkan bangsa Ireland, khususnya kaum kerabat, bangsawan dan rakyat jelata ke agama Kristian. Dalam budaya rakyat Ireland, dipercayai bahawa salah satu kaedah pendakwahan Patrick adalah menggunakan syamrok untuk menerangkan Sangti Trinitas (Bapa, Anak, Roh Suci) kepada warga Ireland. Setelah menghabiskan hampir 30 tahun mengajar dan menyebarkan agama Kristian, Patrick menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Mac 461 M, lalu dimakamkan di Downpatrick, itupun mengikut kepercayaan tradisi. Sungguhpun disusuli oleh mubaligh Rom yang lebih berjaya di Ireland, namun Patrick bertahan sebagai pejuang utama agama Kristian di Ireland, oleh itu beliau amat disanjungi dalam Gereja Ireland.



Mengikut legenda, St Patrick menggunakan tumbuhan syamrok berdaun tiga, untuk menerangkan Sangti Trinitas kepada warga Ireland. Oleh itu pemakaian dan peragaan lambang dan reka bentuk syamrok sentiasa ada di mana sahaja perayaan ini disambut

DAY OF THE DEAD


Adalah hari yang ditetapkan oleh Gereja Roman Katolik dan gereja-gereja lain bagi memperingati orang-orang beriman yang telah meninggal dunia. Perayaan ini adalah berlandaskan doktrin bahawa roh-roh orang beriman yang sewaktu matinya tidak dibersihkan daripada dosa-dosa kecil, atau belum ditebus kesalahan lamanya, tidak berupaya untuk memperoleh penglihatan rahmat, dan mereka dapat dibantu dengan doa dan dengan penyerahan Misa.

HALLOWEEN


Ini yang paling terdekat.. Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Perayaan ini juga dikenali sbg All Saints’ Day. (Saint = St = org yg diisytiharkan oleh gereja kristian sudah mendapat ketakriman melalui kehidupan suci, melalui mukjizat dsb.) Seraca umumnya Halloween juga adalah perayaan yang berasal dari Gereja Kristian. Pada tahun ini, 2008, penduduk US akan menyambut Halloween pada hari Jumaat. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram dan menonton filem seram.

Perayaan Halloween ini dibawa oleh imigran Ireland ke US sekitar abad ke-19

Terdapat banyak percanggahan dalam perayaan Halloween dari sudut agama. Antaranya, perayaan ini adalah diatas kepercayaan bahaya pada tarikh 31 oktober, jurang antara dunia nyata dan dunia roh adalah agak samar. Maksudnya, roh boleh berkomunikasi dengan manusia. Dipercayai pada malam halloween adalah malam dimana ruh kembali kerumah masing-masing untuk melawat sanak saudara dan kaum kerabat. Malam Halloween juga merupakan malam untuk menilik nasib, perbuatan menilik nasib dan mempercayainya adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Terdapat banyak lagi sambutan dan aktiviti ritual sepanjang sambutan Halloween yang bercanggah dengan kepercayaan Islam.

Teras kepada sambutan Halloween juga bercanggah dengan ajaran Islam. Sejarah awal sambutan Halloween sebahgiannya adalah berteraskan kepercayaan bahawa semangat ruh jahat yang mempunyai kuasa untuk merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit.

Hujjah dan Dalil

Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.

- Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

~Ironinya, media-media elektronik di Malaysia yang menjadi agen hebahan dan pendorong mengenai perayaan-perayaan ini sehingga anak-anak kecil dan remaja hari ini hanya menurut tanpa menyedari hakikat sebenar...~

Wednesday, October 13, 2010

.::.Reminder.::.



Bismillahi wal hamdulillah


I am not a good reader or educator, but reading and educating are my passion. Not a single day passed pleasantly if I haven't did one of those. Alhamdulillah, having Alia,Nana,and Baby recently makes my day went better. It was my own personal 'drug' that I need to take everyday onwards. Sort of my special therapy. Thanks to my 'life and hereafter friend', K.siti..

Talking about reading, millions copy of reading material are easily to get out there. Newspaper, magazines,notes,textbook, journal, pamphlets,novel,diary, advertisement sheets,flyers and etc. Book is the most common form of reading material. There is an extra huge oceans of books that we can find, either on the net or on the shelf in a bookstore or public library. The question is, which book that are really fit our mentally and spiritually needs? I've been searching for list of books that I wish to read and I found this : '1001 books you must read before you die'. Most of the list are from western country and unfortunately 'my series' are not in the list. Mm.. I wish I could find list of Islamic version.. Well, if you asked me, I'll rather have :

120 must read(compulsory) books for abnaul harakah

1 Usrah & Harakah : Ya’qub Muhammad Hussin
2 Usrah & Dakwah : Hassan al – Banna
3 Teks Usrah : Idris Ahmad
4 Risalah Usrah : Abu Urwah
5 Adab – Adab Usrah : Ikhwan Muslimim
6 Tajuk – tajuk Asasi untuk Remaja yang Soleh : Teh Izanuri Jamaluddin
7 Fiqh Sirah 1 : Said Ramadhan al - Buti8 Pngertian Tauhid ( Hakikat Tauhid ) : Dr. Yusof Qardawi
9 Muqaddimah Aqidah Muslim : Tuan Guru Abd. Hadi Awang
10Aqidah & Perjuangan : Fadzil Noor
11Aqidah Islamiah :Sayyid Sabiq
12Manhaj Hidup Muslim: Sayyid Qutb & Abu'l A'la Al-Maududi
13Tauhid dan Makna Syahadatain
14 40 Perkara yang Membatalkan Iman Menurut al – Quran & Sunnah : Dr. Hanafi Mohamed
15Syahadatul Haq: Abu a’la al –Maududi
16Asas – asas Islam : Abu a’la al –Maududi
17Dasar – Dasar Islam : Abu a’la al –Maududi
18Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur'an dan Sunah : Dr. Yusof Qardawi19Masa Depan Islam : Dr. Abdullah Azzam
20Konsep – konsep Umum Islam : Abu Urwah
21Salah Faham Terhadap Islam : Syed Qutb
22Beberapa studi Tentang Islam : Syed Qutb
23Apa Ertinya Anda Seorang Muslim : Abu a’la al –Maududi
24Apa Erti saya Menganut Agama Islam : Fathi Yakan
25Cara Hidup Islam : Abu a’la al –Maududi
26Islam dan Jahiliyah : Abu a’la al –Maududi
27Islam Yang Mesti Difahami : Ali at-Thontowi
28Islam : Fikrah, Harakah & Daulah : Tg Hj. Abd. Hadi Awang
29Islam Kesejahteraan Untuk Seluruh Manusia : Syed Qutb
30Bagaimana kita Menyeru kepada Islam : Fathi Yakan
31 Bimbingan Mukminin : Imam al – Ghazali
32 Ikhlas dalam Ibadah dan Perjuangan : Dr. Yusof Qardawi
33 Asas – asas akhlak bagi Harakah Islamiah : Abu a’la al –Maududi
34 Akhlak Dan Kaunseling Islam : Mohd Nasir Omar
35 Jundullah Thaqafatan Wa Akhlakan : Said Hawa
36Keperibadian Muslim : Mohd Ali Hashimi
37Adab Pergaulan Menurut Al – Quran & Sunnah : Dr. Rokiah Ahmad
38 Virus – virus Ukhuwah : Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir
39 Ukhuwah Islamiah: Abdullah Nasih Ulwan.
40 Tarbiyah Islam & Madrasah al – Banna : Dr. Yusof Qardawi
41Risalah Ta’lim : Imam Hassan al – Banna
42Manhaj Daurah Tadribiyah
43Islam dan Dakwah : Dr. Abd. Karim Zaidan
44Jalan Dakwah : Mustafa Masyhur
45Islam Dakwah yang syumul : Dr. Yusuf Qardawi
46Buku Panduan Badan Dakwah Di Sekolah Menengah : Ust. Fahrul Irfan Ishak
47Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah : Mustafa Masyhur
48Dakwah Fardiah : Mustafa Masyhur
49Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah : Fathi Yakan50Fiqh Dakwah Dalam al – Quran : Muhammad hanif Hassan
51Bahtera Penyelamat : Fathi Yakan
52Golongan yang tercicir di Jalan Dakwah : Fathi Yakan
53Beberapa Peringatan untuk Para Daie : Fathi Yakan
54Fiqah Berinteraksi dengan Non Muslim : Mohammad Nizam Abd. Kadir
55Bagaimana Menyentuh Hati : Abbas as - Siisi
56Iman dan Harakah ( Ghulam Dakwah ) : Hisyam Soqr
57Amal Jamai Gerakan Bersama : Mustafa Masyhur
58Amal Jamaie : Pengertian & Tuntutan : Yahya Othman
59Tasawur Asasi Gerakan Islam : Fathi Yakan60Beberapa Pelajaran dalam Amal Islami : Said Hawa
61Keutamaan Harakah Islamiah dalam Menghadapi Cabaran Mendatang : Dr. Yusof Qardawi
62.Organisasi Kerajaan Pimpinan Rasulullah (Mohamad Yasin Mashar
63Pembangunan Pentadbiran Menurut Perspektif Islam (Muhammad Al Buraey)
64Pengurusan Dakwah (Rozhan Othman)
65Gerakan Pelajar (Md. Suhaimi Embong)
66Khilafah dan Kerajaan (Al Maududi)
67Islamic Threat (Prof. Esposito)
68Islamic Fundamentalists (Philip Hiro)
69Al-Ahkam Al-Sultaniah wal-Wilayah ad-Diniah (Imam Mawardi)
70Teknik berfikir – Konsep & Proses (Ainon & Abdullah)
71Pengurusan Dalam Islam
72Siasah Syariyyah
73Mengurus Secara Islam
74Dunia Islam dan Tipudaya Antarabangsa (Fathi Yakan)
75Jahiliah Abad 20 (Muhammad Qutb)
76Penentangan Terhadap Aliran Pemikiran Perosak (Dr. Muhammad Al Baki
77Jalan Dakwah - Di antara Keaslian dan Penyelewengan (Mustaffa Masyhur)
78Jalan Dakwah - Di antara Pimpinan dan Tentera (Mustaffa Masyhur)
79Perspektif Pendidikan – Syarah Risalah At-Ta’lim (Said Hawa)
80Risalah At-Taklim (Hassan Al-Banna)
81Amal Islami 2 (Syed Hawa)
82Jamaah Islam: ‘Ulama’ Dan Peranannya’ (Mokhtar Senik)
83Fiqh Al-Jamaie (Mokhtar Senik)
84Isra’ Mikraj Dan Kaitannya Dengan Gerakan Islam Masa Kini (Harun Taib)
85Berbilang-bilang Jamaah(Harun Taib)
86Muslimat Dan Pembangunan Ummah (Harun Taib)
87Akidah Dan Perjuangan (Fadhil Noor)
88Pra Syarat Kejayaan Harakah Islam
89Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam
90Beberapa Peringatan Untuk Para Daie
91Pembebasan Al Wala’ (Syed Hawa)
92Konsep Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah Dan Pendakwah (Fathi Yakan)
93Suri Teladan Di Sepanjang Jalan Dakwah (Mustaffa Masyhur)
94Fiqh Kenegaraan (Dr. Yusuf Al-Qardhawi, ABIM) atau dalam edisi lain Fiqh Daulah
95Menurut Perspektif Islam (Maktabah Al-Qardhawi)
96Fiqh Keutamaan Berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah (Yusuf Al-Qardhawi, ABIM)
97Panduan Memahami Syariat Islam (Yusuf Al-Qardhawi, Pustaka
98Fiqh Al Harakah 1 & 2 (Haji Abdul Hadi Awang)
99Figh As Seerah 1, 2 & 3 (Said Ramadan Al-Buti)
100Seerah Nabawiyyah (Mustaffa As-Sabaie’)
101Risalah Usrah Jilid 3 – Bab: Seerah Nabawiyyah Dan Perjuangan (Abu Urwah)
102Risalah Hidup Rasulullah
103Hayatu Sahabah 1-4
104Fiqh Asd Seerah 1 & 2 (Muhammad Al-Ghazali)
105Bimbingan Mukminin (Imam Ghazali)
106Detik-detik Hidupku (Hassan Al-Banna)
107Manusia Yang Dimurkai Dan Dikasihi Allah (Said Hawa)
108Keperibadian Muslim 1 & 2 (Muhammad Ali Hashim)
109Siri Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz (empat buah)
110Sepuluh Wasiat Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna
111Hadith 40 (Imam Nawawi)
112Hadith-hadith Politik (Shafie Ibrahim)
113Sahih Bukhari & Muslim 1-4
114Sahih Bukhari 1-6
115Tafsir Fil Zilalil Quran (Juz ‘Amma & Di Bawah Naungan al-Quran) Syed Qutb
116Tafsir Ibnu Kathir
117Tafsir Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang(Al Tibyan: As-Saff, Al-Hujurat, Al-Maidah, Al-Hasyr, Al-Luqman)
118TOKOH-TOKOH BESAR GERAKAN ISLAM DALAM SEJARAH(Saari Sungip)
119GELOMBANG KEBANGKITAN DAKWAH KAMPUS oleh Ummu Anis
120PASANG SURUT GERAKAN ISLAM Dr. Yusuf al-Qardhawi

There were thousand more that not in this list such as books from Tuk Guru Nik Aziz, books 'Belajar dari Perang Badar,Khandak and Uhud and so many motivation novels that I did not mention here. Roughly, I just read not more than 5 books from this list and well, its time to rearrange my schedule to give more time to read these books than the 'genre' which I couldn't resist on getting to read them all the time)..

~ keep reading to enhance your knowledge and language~