Thursday, March 26, 2009

MaRi BeLaJaR BaHaSa iNGGeRiS 3...

Bismillahi wal hamdulillah..



Dah lama tak bukak klas.. mesti korang semua da naik lemak kan?? Baiklah, mari kita pecahkan lemak tu sket-sket.. Pada sesi kali ini cikgu nak ajar satu lagi kaedah untuk memantapkan lagi diri kita dalam Bahasa Inggeris.. Kaedahnya ialah ( ayat skima lak.. huhu) melalui penulisan a.k.a writing.. Cikgu tau korang semua tak suka menulis especially bila cikgu suh tulis essay dalam kelas, betol tak? Cikgu tau, sebab cikgu pun macam tu jugak masa sekolah dulu-dulu.. hehe.. Dan menulis adalah perkara yang paling cikgu tak suka sebab bila kita menghadap kertas putih kat depan mata, idea-idea yang diingin-inginkan tak keluar pada saat-saat kita memerlukannya… Bila sebut je ‘ok class, please write an essay about….’ Kepala otak terus blank… Apa yang aku nak tulis ni… hu….

Cikgu mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan sejak dari tingkatan satu apabila cikgu mula diperkenalkan dengan satu homework subject favourite cikgu… English.. he… Kami diarahkan supaya menyimpan sebuah ‘journal book’.. Di dalam buku inilah segala idea, perkara, peristiwa, luahan perasaan dirakamkan, macam diari sket-sket… Setiap minggu journal ni akan dikutip oleh teacher dan disemak.. Sebarang kesalahan grammar akan dibetulkan oleh teacher dan teacher akan beri komen pada setiap entry di dalam journal.. Dia ala-ala blog jugaklah.. Bleh bagi komen kat tiap-tiap entry cuma yang bagi komen tu teacher sorang je la dan hanya teacher sahaja yang bleh baca 'journal book' tu.. orang lain tak bleh.. Masa form 1 dulu wat main-main je journal tu... Warna-warni je lebih.. Huhu.. Penaip pun tak tau nak tulis apa sebab tak biasa tulis apa-apa catatan sebab penaip tak suka orang baca apa yang penaip curahkan kat atas kertas.. Masa sekolah rendah, salah satu rutin wajib yang ayah penaip akan lakukan pada setiap minggu ialah beliau akan wat 'spotcheck' kat beg-beg sekolah kami adik-beradik, dan setiap apa yang kami catat atau tulis, hatta pada sekeping kertas sekalipun, tak terlepas dari pengetahuan beliau... Pernah sekali ayah terjumpa kertas yang tertulis nama adik penaip (lelaki) dan nama seorang budak perempuan sekelas ngan dia.. Biasalah zaman budak-budak kecik dulu, dorang main pasang-pasangkan nama.. Teruk gak kena jawab ngan ayah.. Huhu... Apa-apa yang tak berkait ngan pelajaran, akan dibasmi oleh ayah.. Huhu..


Penaip mula berminat dalam penulisan sejak di tingkatan empat apabila penaip diperkenalkan dengan 'Mr Feeling Box'... Hehe... 'Mr Feeling Box' ini diperkenalkan oleh Miss Najihah dalam kelas EST ( English Science and Technology).. Beliau akan meminta kami menulis sesuatu untuk diletakkan di dalam 'Mr Feeling Box' setiap kali selepas kelas berakhir.. Tulis je apa-apa tapi pendek je la, sekadar 3,4 ayat atas sekeping kertas kecil, lipat kecik-kecik, dan masukkan dalam kotak tu.. Setiap orang dalam kelas tu ada nama samaran masing-masing dan segala identiti kami akan dirahsiakan,hanya Miss Najihah je yang tahu siapa penulis sebenarnya.. Jadi, kami bebas untuk menulis apa sahaja.. Beliau akan pilih 3 tulisan di dalam 'Mr Feeling Box' dan akan merespon tulisan kami pada kelas yang berikutnya.. Di kelas inilah nama 'ubi kayu' diwujudkan oleh penaip sebagai nama samaran diri ini di dalam setiap tulisan yang penaip letakkan di dalam 'Mr Feeling Box'.. Mungkin disebabkan Miss Najihah merespon setiap tulisan yang penaip berikan pada setiap kelas EST, telah menumbuhkan minat penaip untuk terus menulis...



Jadi,sahabat-sahabat sekalian, sediakan sebuah journal dan mulalah menulis... Tulis je apa-apa yang terlintas di dalam kepala anda.. Dan apabila saat-saat 'malas' untuk menulis itu datang, tak payah tulis apa-apa.. Jangan paksa diri... Menulislah di saat-saat idea datang mencurah-curah... Kadang-kadang kita mampu untuk menulis sebuah kisah berdasarkan serangkap kata-kata yang kita dengar pada hari tersebut.. Sahabat-sahabat akan rasa puas setelah membacanya kembali dan anda mungkin tidak sangka itu adalah hasil tulisan anda...

Ok, untuk homework murid2 sekalian, cikgu (macam-macam kata ganti diri dah..)akan berikan tajuk2 yang perlu kamu siapkan dalam masa sebulan ni.. untuk minggu pertama, kamu perlu buat 3 entry di dalam minggu ini..

a) MYSELF
b) MY LEISURE ACTIVITY
c) IF I CAN RETURN BACK TO THE PAST, I WILL....

Minggu kedua dan seterusnya hanya dua entry setiap minggu.. Untuk minggu kedua:

a) MOST IMPORTANT PERSON IN MY LIFE
b) MY BEST FRIEND

Minggu ketiga :

a) IF I AM A STUDENT LEADER, I WILL.....
b) IF I AM A DEPUTY VICE CANSELOR OF STUDENT AFFAIRS, I WILL....

Minggu Keempat :

a) MY DREAM GADGET
b) I WANT TO CHANGE MALAYSIA INTO.........

~Selamat Menulis~

Tuesday, March 24, 2009

Banned??

Bismillahi Wal Hamdulillah…

Pada tahun ini, catatan sejarah mengenai dunia politik dipenuhi dengan peristiwa2 baru yang terlakar . Apa yang paling ketara melalui peristiwa2 yang berlaku ini adalah pemerintahan di Negara kita menuju kearah pemerintahan kuku besi.Keputusan dibuat sesuka hati mereka. Hari ini, hak kebebasan media alternatif Negara kita telah disekat dengan sewenang-wenangnya. HARAKAH dan SUARA KEADILAn merupakan lidah rasmi PAS dan Keadilan tidak dibenarkan menerbit sebarang cetakan atas arahan permit mereka digantung selama 3 bulan. Selain itu juga sekurang-kurangnya enam media internet, termasuk Malaysiakini, gagal mendapat pas media dari Umno untuk membuat liputan perhimpunan agung parti itu bermula hari ini. Betapa takutnya mereka apabila kebenaran disingkap oleh pengamal media yang berani membawa maklumat2 yang benar untuk disampaikan kepada umum. Begitu juga apabila FRU mengganas di Sungai Petani, tanpa mengira kanak-kanak dan wanita, tembakan gas dan pemedih mata bertalu-talu ‘dihadiahkan’ buat mereka. Ini jelas membuktikan bakal PM Negara kita akan pemerintahan kuku besi…

Penaip teringat akan kata-kata mujahidah agung Zainab Al-Ghazali apabila ada yang bertanya mengapa beliau menerima siksaan yang begitu berat daripada pihak pemerintah Jamal Abdul Nassier yang mana beliau menerima siksaan seperti seorang lelaki ketika berada dalam tahanan. Dengan tenang beliau menjawab “ bergembira lah wahai anakku, ini membuktikan bahawa sesungguhnya mereka telah takut kepada seorang nenek tua yang sudah tidak mampu untuk berdiri”…

~ kejayaan yang disangka akan menjadi kekuatan akhirnya menjadi penyebab kepada kekalahan ~

JaDiLah kaTak YanG PeKak..


Salam’alaik..
Entry kali ni, Penaip teringin sangat nak berkongsi dengan sahabat2 mengenai sebuah kisah ni.. Da seminggu duk dalam laptop,xpublish2.. Alhamdulillah arini baru ada kesempatan. Mgkin ramai yang dah taw mengenai kisah ni.. Penaip amik artikel ni dari blog Presiden ISIUKM, Ust Idris Mohd Yusoff. www.tintaduat.blogspot.com

Renungkan...

Pertandingan maraton peringkat hutan simpan, sempena meraikan ulangtahun kelahiran Raja Katak akan diadakan pada minggu depan. Pertandingan tersebut terbuka kepada semua katak yang tinggal di situ.

“Ish, jauhnya, 5 km!” Rungut beberapa ekor katak yang terpandang pada poster yang ditampal pada sebatang pokok. Namun, 10 ekor katak nekad menyertainya kerana hadiahnya lumayan. Maka bermulalah sesi latihan.

“Apalah bodoh sangat kamu semua ni, 5 km tu jauh,” sapa seekor katak yang kebetulan lalu di tempat katak-katak yang berminat menyertai pertandingan maraton itu sedang berlatih.

“Lebih baik balik tidur lagi baik,”.

”Tak usah la kamu terlibat benda-benda buang masa macam tu”.

Demikianlah antara suara-suara sumbang yang berbunyi setiap hari ketika mereka berlatih. Akibatnya, pada hari pertandingan, 4 ekor katak menarik diri kerana merasakan diri tidak mampu menghadapi laluan yang jauh dan mencabar.
Katak-katak selebihnya tetap nekad. Setelah beberapa kilometer, mereka rasa terlalu letih. Di pertengahan perlumbaan, mereka terpaksa berhadapan dengan cabaraan bertemu dengan kata-katak lain yang bertindak sebagai penonton.

“Tengok la tu, mereka dah letih, aku dah cakap, ini semua kerja bodoh!” kata seorang penonton.

“Mereka takkan mampu, jauh lagi garisan penamat,” rungut penonton yang lain.

Akibatnya, kesemua katak tadi berhenti dan menarik diri kecuali seekor katak. Dia terus melompat dengan sepenuh tenaga dan akhirnya dia menang dan mendapat hadiah lumayan yang dijanjikan.

Seorang wartawan menghampiri katak tersebut untuk menemuramahnya.

“apakah rahsia kejayaan sehingga kamu berjaya sebegini,” tanya wartawan tersebut.

Namun tidak ada jawapan. Wartawan tadi bertambah bengang apabila 3 kali soalan sama diajukan namun tiada jawapan. Kebetulan, adik katak yang menjadi juara tadi datang lalu dia menjawab,

“sebenarnya, abang saya ni pekak”. Maka wartawan tadi mendapat jawapan yang tepat kepada soalannya tadi iaitu “pekak”.




Begitulah lumrah kehidupan kita, pelbagai pandangan dan kritikan orang lain terhadap apa yang kita usahakan dan kita perjuangkan. Sekiranya, kita tidak berprinsip dan hanya mengikut kata orang lain semata-mata, kita akan gagal. Merenung kepada ayat dalam surah Al-Maidah, ayat 54 :

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaanNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


Salah satu kelebihan golongan yang didatangkan Allah sebagai pengganti mereka yang berpaling tadah ialah, “mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela”.
Justeru, penulis tidak menyeru supaya kita menjadi katak atau merosakkan telinga kita untuk menjadi pekak, tetapi marilah kita memasang “filter” di telinga kita agar tidak terpengaruh dengan kata-kata atau kritikan yang hanya untuk menjahanamkan kita. Alangkah malangnya katak-katak yang normal, dan beruntungnya katak yang pekak tadi. Wallahua’lam.


~ Dalam hidup yang sementara ini, kita tak dapat lari dari kata2 orang terhadap diri kita... Samada yang berbentuk positif atau negatif.. Apa yang penting, bagaimana kita menghadapinya pastikan 'Filter' yang dipasang harus cekap memainkan peranannya untuk menginterpretasi kata2 yang diterima supaya ia boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi diri.. ~

Mencari Spirit Yang Hilang…

Bismillahi wal Hamdulillah…



Setelah sekian lama tidak menaip, tiba2 terasa nak menaip skang. Sebelum ni dok taip surat ngan kertas kerja je walau hakikatnye keja tu tak siap2 sampai sekarang.. Huhu..Da siap tapi ada sikit je lagi nak kena tambah (alasan semata2). Maaflah bos, jiwa tengah kacau.. Penaip menyepi untuk mencari diri sendiri sebab penaip tak rasa sejak 2 menjak, ini adalah diri penaip yang sebenar.. Did anyone ever met Nabilah binti Mohamad Maiyidin before the election day??? I miss her… Tp, jgn riso, kejap je ni.. Dalam 2,3 minit je.. Jap gi normal la balik.. Mmm.. Tukar kata ganti diri la pulak.. Let me talk with myself… Terlalu banyak yang ingin diperkatakan, namun aku hanya selesa membiarkan ia berlegar-legar dalam kotak fikiran ini. ( kotak fikiran?? Patutlah ada istilah berfikir di luar kotak.. think out of the box.. sape la yang cipta frasa ‘kotak fikiran’ ni…) Masa berjalan pantas seiring dengan peristiwa2 yang berlaku disekeliling yang akhirnya akan menghasilkan pengalaman2 baru di dalam hidup yang sementara ini.. Pengalaman2 inilah yang akan membawa kita berjalan dari satu fasa ke satu fasa yang lain. Pengalaman2 ini juga yang banyak mengajar kita seterusnya mematangkan diri kita. Ia bergantung kepada diri kita untuk mempergunakan pengalaman2 tersebut kearah memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik atau ia mungkin boleh merosakkan diri kita (naudzubillah)…. Yang menjadi persoalannya ialah masa yang kita akan ambil untuk menginterpretasikan peristiwa2 tersebut seterusnya menjadikan ianya sebagai salah satu pengajaran dalam hidup ini. Adakah kita akan terus leka dan terlena dengan apa yang telah terjadi atau kita akan bangkit, mengorak langkah dengan lebih laju dalam perjuangan yang kita cintai ini? Alhamdulillah, hampir sehari menghabiskan masa bersama-sama dengan 3orang insan istimewa (antara figure2 yang aku respek di perbukitan ilmu ini) pada hujung minggu lepas telah mengetuk kesedaran kepada diri yang hina ini. Terima kasih akak2 sekalian.. Sejak hari itu, aku cuba untuk membawa diri ini keluar dari ‘kepompong’ keselesaan dan angan-angan. InsyaAllah, aku akan cuba keluar sebagai seekor rama2 sebenar, walaupun idea yang dikeluarkan tidak secantik rama2 yang lain dan kibasan kepakku mungkin tidak selaju mereka, aku akan cuba mengutip mutiara2 madu berharga seterusnya menyebarkannya dan membantu proses pendebungaan agar bunga2 Islam berkembang mekar di bumi milik Sang Pencipta Yang Esa..



~ Jadikan Hari Ini Lebih Baik Dari Hari Semalam ~

Tuesday, March 10, 2009