Showing posts with label current issues. Show all posts
Showing posts with label current issues. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

RMK10

Bismillahi wal hamdulillah

Hari ini, 10 jun 2010, RMK10 telah dibentangkan di parlimen. Serasa pejam celik ketika isu RMK9 diwar-warkan dahulu. Tinggal 10 tahun sahaja lagi Malaysia ke arah mencapai wawasan 2020. Sepuluh tahun itu sebentar cuma, pejam celik jugalah rasanya. Apa yang penaip dapat simpulkan, dalam kemelesetan ekonomi dunia RMK10 ini masih tidak dapat menyelesaikan masalah di bahagian pendidikan, gaji penjawat awam jua pendidik, begitu juga masalah miskin tegar di seluruh negara. Malaysia maju 2020 bukan bermakna 'satu kawasan kecil maju' tetapi merangkumi keseluruhan negera termasuk Sabah dan Sarawak. Berikut merupakan intipati RMK10 :


* RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.

* Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.
* Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.* RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.
*Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.
* Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.
* Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.

* RMK10: 10 PREMIS UTAMA

Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.
Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.
Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

*RMK10: 5 TERAS STRATEGIK

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

* Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.

* Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.

* Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti:
(i) Minyak dan gas(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta(xi) Pertanian(xii) Greater Kuala Lumpur

* Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.

* Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.

* Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.
*Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau “Facilitation Fund“ bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta.

*Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.

*Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.
*Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.
*Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.

*Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.

*Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko
terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.
*Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar.
*Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf.

*Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baharu, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.
*Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara.
*Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.

*Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.

*Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.
*Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank.
*Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.

*Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:

Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.

Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.

Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.
Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.

Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.


* Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.

* Subsidi dirasionalkan secara berperingkat, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan.

* Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.

* Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama.

* Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan.

* Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah kampung baru Cina membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan melalui Bank Simpanan Nasional.


* Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar.

* Prestasi pelajar dalam mata pelajaran kritikal, terutamanya bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, akan juga dipertingkatkan
dengan menambah bilangan guru berkualiti.

* Syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.

* Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dengan sijil SPM akan dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian di institut pendidikan guru bagi program bahasa Cina bagi memenuhi keperluan guru bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Kebangsaan.

* Pertimbangan yang sama kepada calon lepasan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama kelolaan Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang telah memiliki SPM untuk menjadi guru program pendidikan agama Islam dan J-Qaf.

* Bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan ditambah kepada 100 buah pada akhir tahun 2012 terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.

* Sekolah Amanah atau Trust Schools, akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah-sekolah kerajaan yang terpilih dan akan diberi autonomi.

* RM280 juta bantuan disalurkan kepada sekolah bantuan modal bagi tempoh 2011 dan 2012. Setiap satu kategori sekolah bantuan modal, iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangssan Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh akan menerima peruntukan tambahan RM70 juta setiap satu dalam tempoh 2011 dan 2012.

* Kerajaan akan memberi bantuan berdasarkan bil elektrik dan air sebenar sehingga RM2,000 sebulan bagi setiap daripada hampir 1,900 sekolah bantuan modal.

* Penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan dipertingkatkan daripada 67 peratus pada tahun 2010 kepada 87 peratus pada tahun 2012.

* Insentif RM10,000 akan diberi kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah swasta.

* Kerajaan sedang menimbang mengurangkan umur persekolahan formal daripada enam tahun kepada lima tahun pada akhir tempoh Rancangan tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

* Komposisi pekerja berkemahiran tinggi perlu ditambah kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara maju.

* RM500 juta akan disediakan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran untuk latihan sekurang-kurangnya 38,000 pekerja.

* Tabung pembiayaan bersama kerajaan dan majikan akan ditubuhkan untuk membiayai pekerja melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang yang berkaitan.

*Peruntukan kewangan kepada universiti bergantung kepada pencapaian KPI dan universiti diberi autonomi secara berperingkat bagi mengukuhkan peranan dan prestasi universiti.

* Kualiti staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 peratus bagi universiti penyelidikan atau research university, dan 60 peratus bagi universiti awam lain.

* MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran, akan digiatkan bagi meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015.

* Pakej penggajian akan dikaji semula untuk menarik minat pensyarah asing dan staf akademik yang telah bersara.

* Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai universiti penyelidikan selepas Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.


* Dasar penggajian pekerja asing akan diperkemas dengan kadar levi berbeza mengikut nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja dalam syarikat dan berbeza mengikut tahap kemahiran. Kadar yang lebih tinggi akan dikenakan bagi pekerja kurang mahir dan akan akan ditingkatkan setiap tahun.

* Talent Corporation akan ditubuhan oleh kerajaan bagi menarik dan mengekal modal insan berkemahiran yang diperlukan termasuk rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi.

* Talent Corporation akan menyediakan Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran dengan kerjasama sektor awam dan swasta dan menjadi pusat sehenti bagi memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk urusan imigresen bagi kemasukan tenaga kerja mahir ke Malaysia.

* Perancangan strategik dan terurus bagi mewujudkan kawasan bandar mampat dan efisien dan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman.

* Pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk.

* Liputan bekalan air luar bandar yang lebih berkualiti dengan sasaran liputan sebanyak 99 peratus di Semenanjung Malaysia, 98 peratus di Sabah dan 95 peratus di Sarawak.

* Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar akan diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.

* Pelaksanaan projek mega Mass Rapid Transit berkapasiti tinggi di Greater Kuala Lumpur meliputi kawasan dalam lingkungan 20 km dari pusat bandar dan melibatkan pembinaan landasan lebih kurang 150 km yang membolehkan dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding dengan 480,000 perjalanan penumpang sistem pengangkutan bandar masa kini.

* Meningkatkan peratus penggunaan pengangkutan awam dengan ketara di Greater Kuala Lumpur daripada 12 peratus pada tahun 2009 kepada 30 peratus pada tahun 2015.

* Sistem pengangkutan awam darat akan diperluaskan kepada bandar raya lain, iaitu sistem Bas Rapid Transit akan diperkenalkan di Wilayah Iskandar, Johor, dan jumlah bas awam akan ditambah sebanyak 200 buah di Pulau Pinang untuk menampung 26 laluan dengan penambahan kapasiti sebanyak 75,000 penumpang sehari.

* Pembinaan lapan hospital, termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah klinik dan juga tambahan 50 klinik 1Malaysia akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama RMK10.

* 78,000 buah rumah mampu milik akan dibina di bawah RMK10.

* Dana RM500 juta bagi membiayai kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan rumah mampu milik awam mahupun swasta berdasarkan perkongsian 50-50 kerajaan dengan pengurusan atau persatuan penduduk rumah berkenaan.

*Keselamatan dan ketenteraman awam akan dipertingkatkan, rondaan polis akan ditambah terutama di 50 "hot spots" yang telah dikenal pasti dan 496 CCTV sedang dipasang di seluruh negara bagi meningkatkan keupayaan pemantauan.

* Undang-undang dan peraturan berkaitan sedia ada akan disesuaikan bagi mendorong penyertaan lebih besar daripada wanita.

* Sektor swasta diminta meningkatkan bilangan wanita dalam jawatan peringkat tertinggi seperti ketua pegawai eksekutif dan ahli-ahli Lembaga Pengarah.

* Putrajaya akan dijadikan lokasi tumpuan belia bagi menjalankan aktiviti dan program yang bermanfaat dan bersesuaian.

* Golongan warga emas mendapat infrastruktur yang lebih mesra, akses kemudahan kesihatan yang mampu dibiayai, rumah perlindungan yang mencukupi dan juga supaya mereka dapat mengukuhkan kewangan serta peluang pekerjaan.

* Langkah diteruskan untuk menyediakan pelbagai peluang termasuk latihan kemahiran, pekerjaan serta keusahawanan bagi orang kurang upaya.

* Feed in Tariff dan Dana Tenaga Boleh Diperbaharu akan diperkenalkan bagi menggalakkan perkembangan aplikasi tenaga boleh diperbaharu.

* Garis panduan, piawaian dan undang-undang berkaitan akan diperkenal bagi memastikan kecekapan penggunaan tenaga, termasuk penurunan tahap pelepasan gas rumah hijau.

* Putrajaya dan Cyberjaya akan dijadikan model perintis bagi bandar hijau contoh dan bangunan baru kerajaan akan direka bina untuk mematuhi piawaian bangunan hijau.

* Peruntukan program dan projek pembangunan RMK10 akan dibuat untuk setiap dua tahun bermula dengan 2011-2012 dan "rolling plan" pertama akan dikeluarkan pada akhir Ogos 2010.

* Peruntukan RM230 bilion untuk RMKe10 bagi perbelanjaan pembangunan dengan 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan 5 peratus kepada sektor pentadbiran.

~5% untuk pentadbiran?? cukup banyak... Mmmm... Esok merupakan hari pertama buat piala dunia dan bilamana Malaysia 'menghalalkan' judi, selagi itulah ekonomi negara 'meleset'~

Tuesday, June 1, 2010

Yaumun Nuqbah/hari malapetaka umat islam

Sekadar perkongsian..

Pulang dari check up di klinik, singgah makan di restoran berdekatan rumah. Baru sahaja selesai makan, mata tertumpu ke skrin televisyen di restoran, tv3, buletin 1.30. Suara televisyen tidak jelas kedengaran lantaran jauh dan perlahan suaranya, namun, terus berdebar jantung melihat tulisan di hadapan berita tersebut, Israel menyerang! Melihat gambaran seolah-olah serangan berlaku di atas kapal, mengiyakan kata hati, bahawa benar, Israel telah menunjukkan kezaliman, kederhakaan dan kebinatangannya apabila menyerang kapal Lifeline 4 Ghaza, konvoi kapal yang membawa ubat-ubatan, bantuan kepada penduduk Palestin di Ghaza secara aman. Terus sahaja pulang ke rumah dengan hati yang sangat tidak senang, menahan air mata dan sebak. Dalam perjalanan, sms abang, ”betul kata abang, kemungkinan Israel serang kapal dah berlaku! ” Sampai di rumah, terus buka siaran Awani di Astro dan Al-Jazeera, mengiyakan serangan dengan belasan yang terkorban. Sedih sangat-sangat. . Sedih atas pengorbanan mereka, sedih kerana kebinatangan zionis Israel laknatullah dan sedih bercampur rasa cemburu kerana tidak dapat bersama-sama mereka yang terkorban merasai syahid dan tidak dapat berada bersama membantu ummat Islam di Ghaza.

Benarlah kata abang dalam kuliahnya tempoh hari dengan tajuk Yaumun Nuqbah/ ‘Aamun Nuqbah ( Hari/Tahun Malapetaka) : “ Kapal yang belayar dalam misi kemanusiaan Lifeline 4 Ghaza sebenarnya berhadapan dengan risiko diserang oleh zionis laknatullah.” Semasa kami ke KLIA menghantar mama dan baba ke Afrika Selatan kerana program bersama masyarakat Islam di sana, kami berkesempatan bertemu dengan 11 orang rakyat Malaysia dan keluarga mereka yang mewakili NGO masing-masing ke Turki dalam misi LifeLine 4 Ghaza. Ada yang sanggup mengambil cuti sebulan tanpa gaji, ada yang telah meninggalkan wasiat kepada anak-anak dan isteri serta keluarga, mereka semua hanya membeli tiket pergi sahaja dan tidak membeIi tiket pulang, alangkah kuatnya semangat mereka untuk membantu ummat Islam di sana. Kali terakhir melihat berita pagi tadi (1 Jun 2010, Selasa) di Al-Jazeera dan Astro Awani, masih lagi tidak dapat disahkan identiti mereka yang terkorban dan anak kapal telah dibawa ke Ashdod. Menurut kuliah abang sebelum ini, terdapat sebuah penjara di sana bagi menempatkan mereka yang terlibat dengan misi ini.


Paling menyakitkan hati apabila dengan secara jelas, tentera Israel menyerang kapal yang berada di perairan antarabangsa, yang menurut undang-undang antarabangsa, mereka tiada hak untuk menyerang! Menurut Menteri di Turki, dalam siaran langsung Al-Jazeera, mengatakan bahawa Israel BERBOHONG apabila mengatakan bahawa terdapat senjata dalam kapal tersebut kerana tentera Turki telah pun memeriksa sepenuhnya kapal tersebut daripada sebarang senjata. Kapal yang diduduki seramai lebih 600 orang yang cintakan keamanan dan ingin menghantar bantuan ubatan dan pelbagai bantuan lain terdiri juga dari masyarakat Israel yang cintakan keamanan, pemenang hadiah Nobel keamanan, wartawan-wartawan, wanita dan baby berusia 3bulan! Israel masih lagi menyembunyikan identiti mereka yang terkorban kerana takut dengan kecaman dahsyat lagi dari negara-negara terlibat. Sehingga tulisan ini ditulis, berita menunjukkan, rakyat Turki, sebelum Subuh lagi telah turun ke jalanan setelah mengetahui berita tersebut. Masyarakat Jordan, Amerika di Washington, masyarakt Pakistan dan United Kingdom telah turun di jalanan menyatakan kutukan dan kecaman terhadap tindakan Israel. Kerajaan Turki telah memanggil pihak UN ’helds the emergency session’ membincangkan tentang perkara ini di Turki. Sebelum ini, Turki telah memberi amaran kepada Israel, sekiranya mereka menggunakan kekerasan tentera dan menyerang kapal-kapal tersebut, mereka tidak akan teragak-agak menurunkan tentera Turki untuk menyerang balas.

Selama 4 kali mengikuti kuliah abang dalam bulan Mei ini, abang kata memang ingin berkuliah tentang ’Aamun Nuqbah/ Yaumun Nuqbah. Terlalu banyak isi yang dapat dikutip meneliti setiap butiran kata. Saya cuba untuk membentangkan tajuk ini satu persatu walaupun tidak dapat secara detail. Yaumun Nuqbah/ Naqbah ataupun ’Aamun Nuqbah/ Naqbah merupakan hari malapetaka bagi ummat Islam kerana hari itu, 14 Mei 1948, tertubuhnya negara Haram Israel yang diiktiraf dunia dan PBB. Ianya disambut oleh seluruh ummat Islam sebagai hari malapetaka! Kita akan membincangkan tentang 4 point penting ini :-

1. Mengapa isu Palestin ini dekat di hati kita?
2. Sejarah penubuhan negara haram Israel.
3. Pengajaran ’aamun Nuqbah
4. Tanggungjawab kita terhadap Palestin


Mengapa isu Palestin dekat di hati kita?

1. Al-Aqsa merupakan kiblat pertama ummat Islam. Tempat isra’ dan mikraj Rasulullah SAW. Masjidil Aqsa merupakan tempat di mana Rasulullah SAW mendirikan solat menjadi imam bermakmumkan seluruh Rasul-Rasul sebelum baginda SAW. Al-Aqsa juga disebut dalam Al-Quran menunjukkan pentingnya kiblat pertama ummat Islam itu dipertahankan. ”Al-Aqsa adalah sebahagian dari kita, dan kita adalah sebahagian daripada Al-Aqsa.”

2. Menurut penganalisis politik, Isu Palestin merupakan ’Mothers of Conflict’ dalam dunia ketika ini. Lihatlah apa yang berlaku di dunia ketika ini. Dunia dilanda ketakutan dan kebencian yang teramat sangat kepada Israel dan Amerika sehingga ada yang meletupkan diri di mana sahaja, di New York, di Bali dan di pelbagai tempat selain Palestin, Iraq dan Afghanistan. Kita sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang meletupkan diri dan menyerang mereka yang tidak bersalah, rakyat biasa di negara tersebut kerana ada dari mereka juga tidak setuju dengan tindakan kejam Zionis Israel di Palestin, Iraq dan Afghanistan. Namun, ini menunjukkan bahawa dunia sekarang tidak akan aman selagi Israel dan Amerika tidak menghentikan kekejaman dan kebongkakakan mereka terhadap dunia Islam khususnya Palestin. Meletupkan diri di zon perang adalah dianggap syahid oleh ulama’, iaitu di Palestin, Iraq dan Afghanistan, namun tidak dibenarkan menyerang di tempat lain selain itu.

Sejarah Penubuhan Negara Haram Israel

Saya bukanlah orang yang ‘terer’ menghuraikan perihal sejarah, namun, kita boleh melihatnya secara ringkas bagaimana boleh wujudnya negara haram Israel ini. Pada tahun 1917, dalam Balfour Declaration, mengatakan bahawa Palestin merupakan negara rasmi bangsa Yahudi. Mengapa mereka mengisytiharkan perkara tersebut? Menurut sejarah, dapat dilihat bahawa masyarakat dan kerajaan Eropah tidak senang dengan keberadaan Yahudi yang berada di negara mereka. Mereka telah memikirkan tempat yang sesuai untuk diletakkan Yahudi laknatullah ini dan tempat yang paling sesuai adalah di negara Palestin lantaran mereka mahukan negara bagi memecahbelahkan ummat Islam dan mengambil kesempatan terhadap kelemahan kerajaan Islam yang ketika itu dijajah oleh kuasa besar Britiish. Selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah, negera-negara Arab dan negara ummat Islam telah dibahagi-bahagikan kepada negara-negara penjajah seperti kek yang dimakan rakus oleh kuasa penjajah. Palestin telah dijajah oleh British sepertimana Malaya ketika itu. Yahudi telah banyak menimbulkan masalah kepada negara Eropah dan mereka akhirnya secara rasmi, mengiktiraf Israel sebagai kerajaan dalam PBB dan itu berlaku pada 14 Mei 1948, setelah Israel melobi di PBB dan hari itu disebut sebagai Yaumun Nuqbah, hari malapetaka ummat Islam dan ia disambut setiap tahun oleh mereka yang mengetahui dan merasai.

Sebelum peristiwa Mei 1948, hanya 20% tanah yang diduduki oleh Yahudi, namun setelah persitiwa tersebut, sebanyak 78% tanah Palestin telah diduduki oleh Yahudi. Pada tahun 1936-1939, Syeikh Izzuddin Al-Qassam dan pencinta syahid telah melaksanakan penentangan nyata walaupun negara-negara Arab sekitarnya telah lumpuh. Penentangan mereka telah menyebabkan Israel hampir mengisytiharkan dharurat. Pada 1948, Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin telah membina seramai 12,000 orang ikhwanul muslimin dan membantu tentera dan rakyat Palestin di sana. Walaupun Masyarakat Israel menafikan mereka terkesan dengan intifadah yang dilakukan oleh Hamas dan masyarakat Palestin, namun hakikatnya, jutaan ringgit mereka kerugian lantaran intifadah yang dilancarkan. Setiap kali roket Hamas yang ’kurang canggih’ dilancarkan, setiap kali itu mereka berada dalam ketakutan dan bersembunyi di bawah tanah dan takut ke tempat kerja. Penganalisis sejarah mengatakan, sekiranya para ulama’ seperti Dr yusuf Al-qardhawi mengatakan dan melancarkan intifadah yang ketiga, bukan sahaja rakyat Palestin bangkit, namun rakyat di negara-negara Arab seperti Mesir dan Jordan juga akan bangkit menentang Israel dan kerajaan mereka yang penakut dan tali barut Israel!

Pengajaran ’Aamun Nuqbah

1. Kepimpinan dunia Islam, khususnya dunia Arab telah dikuasai oleh zionis. Di Mesir, jelas menunjukkan Hosni Mubarak menghalang bantuan yang ingin disalurkan kepada rakyat Ghaza, malah membunuh mereka yang ingin mendapatkan bantuan dari dalam terowong. Ia bukan hanya menutup terowong yang disalurkan makanan di dalamnya menerusi terowong ke Ghaza, malah melepaskan gas asid yang membunuh pejuang-pejuang yang berada dalam terowong. Rakyat Mesir bukan sahaja marah kepada Israel, namun sangat marah kepada pemimpin mereka. Sudahlah demokrasi dicabuli, setiap kali pilihanraya di Mesir bakal dilaksanakan, mereka memenjara dan menangkap bakal calon pembangkang yang terdiri dari Ikhwanu Muslimin. Hanya 17% masyarakat Mesir yang turun mengundi. Demokrasi apakah itu? Begitu juga Raja Jordan, pemerintahan monarki mereka. Sekiranya di Myanmar, Amerika beriya-iya menunjukkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan demokrasi dan melawan junta Myanmar, namun, di Jordan, mereka membiarkan Raja Jordan memerintah secara monarki kerana mereka tahu, dengan berkuasanya Raja Jordan, ia adalah boneka Yahudi dan mengikut kata Israel. Begitu juga dengan PM Palestin, Mahmoud Abbas, pimpinan Fatah, mereka dengan senang memperkotak- katikkan rakyat Palestin khususnya di Ghaza. Semasa Pilihanraya terbersih 2006 menurut ketua pengawas pilihanraya ketika itu, Jimmy Carter, Hamas terus dinafikan hak memerintah Palestin walaupun menang lebih 2/3 kerusi. Rakyat Palestin tahu siapa yang bersama-sama mereka berlapar dan terbunuh kerana mempertahankan negara mereka, iaitulah pemimpin-pemimpin HAMAS. Mereka tahu, pemimpin Fatah yang apabila diberikan kepada mereka 10ringgit, mereka mengambil 9 tetapi hanya 1ringgit yang diberikan kepada rakyat Paelstin. Rakyat Palestin tahu pemimpin Fatah mempunyai rumah mewah di Jordan, setelah habis waktu pejabat, menaiki helikopter pulang ke rumah mewah mereka. Mana mereka tidak marah dengan pemimpin seperti itu?

2. Pengajaran kedua menunjukkan bahawa hanya Islam yang memberi kekuatan kepada umat Islam. Pada 1967, Perang Ramadhan ketika itu telah berjaya mengalahkan Israel ketika itu dan Intifadah kedua telah berjaya menyebabkan kerugian berjuta-juta USD Israel setiap hari! Lihat sahajalah mereka yang syahid mempertahankan maruah Islam dengan mengorbankan diri mereka untuk Islam. Jika kita di Malaysia, hari ini makan ayam, esok makan daging, lusa makan kambing, tetapi di Ghaza dan Palestin, mereka bukan sahaja tidak cukup makan, malah mereka yang sakit pun hanya menahan sakit kerana tiada ubat yang dapat diberikan. Wanita yang bersalin, kematian bayi-bayi mereka lantaran komplikasi dan ketiadaan ubat. Namun, mereka tidak pernah mahu lari dari negara tanah tumpah mereka. Mengapa? Kerana setiap hari mereka mengangkat tubuh sahabat mereka yang syahid, mereka terbau harumnya syurga, setiap kali mereka mengangkat tubuh sahabat mereka, mereka melihat syurga! Mana muingkin mereka tidak mahu berjuang mempertahankan tanah tumpah darah mereka dan maruah Islam!

Tanggungjawab kita terhadap Palestin

1. Doa dalam munajat-munajat kita. Pernah kita mendengar kata-kata Mahmud Siyam, Imam Masjidil Aqsa semasa datang ke Malaysia dahulu mengatakan dalam maksud begini : ”Kami di sana mempertahankan Al-Aqsa dengan jiwa-jiwa kami, kami harapkan doa kalian. Kalaulah kalian tidak mengingati kami dalam doa-doa kalian, kami akan serahkan kalian kepada Allah!” Sungguh, kita merasa sangat pedih di sini, sahabat-sahabat kita bertarung nyawa di sana. Setiap waktu solat, angkatlah tangan berqunut nazilah, dan bermunajatlah memohon doa. Sekiranya kita tidak dapat bersama-sama mereka di sana, harapannya, dapat bersama mereka di Jannah Firdausi, sekiranya kita tidak dapat bersama mereka, harapnya, anak zuriat kita dapat bersama-sama membantu agama Allah di sana.

2. Sumbangan kita kepada rakyat Palestin. Bagi yang bergaji tetap, peruntukkanlah sebanyak 2% darinya setiap bulan bagi memberi sumbangan kepada mereka. Boleh membuat potongan terus ke bank-bank yang menyalurkan terus ke tabung Ghaza dan Palestin seperti Yayasan Amal, Muslim Care dan Aman Palestin walaupun hanya RM10 sebulan. Lebih efektif berbuat potongan begitu lantaran keterlupaan kita.

3. Sebarkanlah maklumat dan pelbagaikan vehicle kita untuk menyebarkan maklumat. Maklumat ini bagaikan pedang. Seperti di UK, mereka telah mendapat berita terus dari dalam Ghaza sehingga mereka berdemonstrasi di hadapan BBC dan CNN kerana menyiarkan berita palsu dan propaganda jahat. Mereka telah mewujudkan siaran mereka sendiri. Mereka begitu cepat mendapat maklumat, sehingga kita lihat, mereka yang berwajah putih, berambut perang dan bermata biru inilah yang menyuarakan bantahan secara terang dan sanggup menaja misi-misi kemanusiaan malah mereka ramai yang menyertainya hatta dari ahli parlimen mereka sendiri. Sebarkanlah maklumat melalui blog, facebook, twitter dan lain-lain wasilah bagi menyebarkan tentang isu Palestin ini. Janganlah, sehingga terkena sekarang, baru kita tahu bahawa ada misi Lifeline 4 Ghaza untuk menghantar bekalan makanan. Ingin mengharapkan TV dan radio menyiarkan sepenuhnya dan membangkitkan isu ini? Tentunya kita lebih banyak melihat tayangan hiburan melebihi segalanya.

Saya hanyalah menterjemahkan dalam bentuk tulisan kebanyakan kuliah dan ceramah abang tentang Yaumun Nuqbah ini dalam blog saya, mudah-mudahan, kita mendapat maklumat yang benar dan nyata tentang apa yang berlaku. Sebarang kesilapan dalam tulisan mohon dimaafi dan diharap dapat disebarkan buat pengetahuan semua. Moga Allah menerima amal kita yang sedikit supaya dapat bersama mereka yang syahid di medan di Jannah kelak.... Amiin....

~Diambil dari sebuah blog yang di-email kepada penaip.. khaibar2 ya yahud!!~

Monday, May 31, 2010

Berita terkini..

Bismillahi wal hamdulillah..

Lifeline 4 Gaza..

Kalo saat ini perut kita kosong,
bayangkan perut-perut saudara kita yang telah lama kontang dari keperluan asasnya,
Kalo saat ini kita kehilangan kekasih,
bayangkan saudara-saudara kita yang telah lama menagih kasih dan simpati sejak sekian lama,
Kalo saat ini kita kekurangan duit,
bayangkan saudara-saudara kita yang telah lama tidak mengenal apa itu erti keamanan dan kedamaian,
Kalo saat ini kita berjauhan dari ibu bapa kita,
bayangkan saudara-saudara kita yang telah lama tidak bertemu dengan ibu bapa mereka malahan sebahagian besarnya hilangan tempat mereka bergantung buat selama-lamanya..

Kini..


Pasukan bantuan yang dihantar untuk membantu saudara-saudara kita yang telah dikenakan sekatan sejak 2007 telah diserang oleh israel laknatullah.. Sehingga kini, sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu. Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan. Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.-sumber http://malaysiakini.com/news/133181.

Mesyuarat tergempar, Hamas isytihar intifadha!! - http://malaysiakini.com/news/133236

"Ya Allah, moga bantuan yang ingin dihulurkan oleh tentera sukarelawanMu sampai kepada penduduk Gaza dan kurniakanlah syahid kepada hamba-hambaMu yang terpilih..."

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah belahkanlah dan kacau bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,
Wahai Tuhan yang gagah perkasa,
Wahai Tuhan yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan yang bersifat murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang menggerakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,
Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amin…

Malaysia???

Kelihatan satu hubungan yang selari antara AUKU yang menindas hak-hak mahasiswa dengan tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan di Palestin...

Jika seluruh dunia mengutuk tindakan israel laknatullah atas perlanggaran hak kemanusiaan yang cintakan keamanan dan keadilan, bagaimana dengan pihak yang mewujudkan AUKU??

4 Mahasiswa jurusan sains politik akan dikenakan tuduhan atas kesalahan melanggar seksyen 15(5)(a)
sumber- http://gm-ukm.blogspot.com/2010/05/kenyataan-rasmi-media-gmukm-berhubung.html

~ masih menanti kenyataan rasmi dan tindakan kerajaan Malaysia-APCO terhadap serangan israel ke atas pasukan bantuan keamanan~

Monday, July 13, 2009

MARWA AL-SHERBINI

Bismillahi Wal Hamdulillah

Alhamdulillah, malam ni penaip sempat meninjau-ninjau laman maya dan penaip tertarik untuk merespon mengenai isu saudari Marwa al- Sherbini. Pada mulanya terbaca sedikit kisah beliau di blog Presiden ISIUKM, dan kebetulan sahabat penaip, Syakilaisma ada menyebut tentang kisahnya di blog beliau membuatkan penaip ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya. Dengan bantuan En Google, darah ini meluap-luap mendidih setelah mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Marwa al- Sherbini telah memfailkan saman kepada seorang pemuda warganegara German yang tidak mempunyai pekerjaan kerana pemuda tersebut telah menggelarkan Saudari Marwa al - Sherbini sebagai seorang pengganas kerana Marwa memakai tudung. Dia memanggil dengan panggilan ' terrorist' terhadap Marwa ketika mereka berselisih di sebuah taman. Marwa telah memfailkan saman terhadap beliau dan ketika hakim telah memutuskan hukuman bahawa Marwa al- Sherbini memenangi perbicaraan tersebut dan pemuda tersebut perlu membayar denda sebanyak 2800 euros, pemuda tersebut telah meluru ke arah Marwa dan telah menikam Marwa yang sedang mengandung 3 bulan sebanyak 18 tikaman. Ketika kejadian berlangsung, suami Marwa telah bertindak untuk membantu namun dia telah salah tembak oleh pegawai polis yang berada di dalam mahkamah dan mendapat 3 tikaman daripada pemuda German tadi. Suaminya berada di dalam keadaan yang kritikal di sebuah hospital. Kejadian ini turut disaksikan oleh anak lelaki mereka yang berumur 3 tahun.

Bayangkan 18kali tikaman!! Penaip bukanlah seorang ahli forensik tapi berdasarkan siri-siri CSI, untuk menikam seseorang sebanyak 18kali bukanlah satu tugas yang mudah dalam masa yang singkat melainkan pemuda tersebut mempunyai kekuatan yang luar biasa. Begitu benci dia pada seorang wanita muslim yang berhijab. 18 kali sahabat2. Berapa lama masa orang-orang yang terlibat ketika perbicaraan menyedari mengenai peristiwa ini dan berusaha untuk menolong Marwa??

ok,cuba kita tikam angin sebanyak 18kali cepat2..

Nampak x?

Sebagai manusia biasa, berapa lama masa yang kita ambil untuk merespon terhadap apa yang berlaku di depan mata kita?
Masa yang diambil untuk menghalang kejadian tersebut?
Masa untuk kita menjerit "berhenti!".
Masa untuk kita berkata "cukup!"
Sebagai manusia biasa, tanpa mengira agama, tanpa mengira jantina.
Hanya sebagai seorang manusia biasa yang sedang menyaksikan seorang insan ditikam berkali-kali oleh orang lain.
Berapa lama?
Adakah ianya mencecah kali ke 18?
Sangat kejam....

Dimana media2 kita? kenapa tiada liputan mengenai perkara ini? Dan apa yang menghairankan, bagaimana boleh seseorang masuk ke mahkamah dengan membawa pisau. Banyak persoalan yang timbul mengenai peristiwa ini.

Siapa pengganas yang sebenar? Marwa al - Shebini atau pemuda German terbabit??

~ maaf, penaip menulis dengan emosi jadi tiada resolusi yang dipaparkan, sekadar penjelasan awal mengenai isu ini ~

Tuesday, June 2, 2009

Secebis Pengalaman..

Bismillahi Wal Hamdulillah..

Apabila memikirkan ke manakah hala tuju anak muda zaman sekarang, penaip amat risau.. Bagaimana dengan nasib anak-anak muda pewaris generasi masa akan datang.. Terbayang wajah adik- adik penaip yang kini menginjak ke alam dewasa. Persekitaran baru yang amat penaip risaukan. Kes keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang kian membarah sudah terlalu banyak didengari,ditonton malah dilihat sendiri oleh mata kasar kita. Namun, apa tindakan kita? Ianya seolah-olah seperti gigitan nyamuk bagi kita, sekejap terasa gatalnya tapi dilupakan semula.

Menyentuh mengenai peluang pendidikan yang diterima di sekolah, mungkin ramai yang bertuah kerana masih mempunyai mak dan ayah yang menanggung perbelanjaan persekolahan. Bagaimana dengan kawan-kawan yang terpaksa membantu keluarga mereka mencari sesuap rezeki disamping mengejar pembelajaran yang diadakan di sekolah. Begitu juga kawan-kawan yang tidak bernasib baik untuk meneruskan pengajian di sekolah atas desakan hidup. Itu bagi mereka yang benar-benar mahu meneruskan pengajian, ada keinginan untuk belajar tetapi tidak mempunyai kesempatan. Bagaimana pula dengan golongan yang mempunyai segala-galanya, keluarga, wang dan kelengkapan lengkap untuk ke sekolah? Tapi, mereka masih tidak berminat untuk meneruskan pengajian atas alasan “ alah, gaji mak bapak aku setahun pun da cukup biaya aku dan 7 keturunan aku”.. Namun begitu,ada juga di kalangan mereka yang tidak bernasib baik ini, tidak berminat untuk menuntut ilmu malah mensia-siakan usaha,titik peluh ibu bapa yang menghantar mereka ke sekolah.. Di mana silapnya? Jiwa mereka kosong…

Teringat satu peristiwa semasa prapraktikal dulu, di mana pernah terdetik dalam fikiran penaip untuk marahkan seorang murid kerana cuba mengoyakkan seluar sekolahnya di bahagian lutut. Terngiang-ngiang ayat-ayat yang penaip ingin hamburkan padanya, bergema-gema di dalam kepala penaip namun semua ayat-ayat itu tak mampu penaip keluarkan. Apa yang penaip lakukan hanyalah meminta pisau nipis yang sedang dipegang olehnya yang digunakan untuk mengoyakkan seluar tersebut. Pada mulanya dia enggan, lalu dia memotong rambut kawannya pula. Penaip bertegas inginkan pisau yang berada di tangannya. Pada ketika itu, mungkin atas desakan rakan sekelasnya dan mereka tidak pernah melihat penaip menunjukkan muka marah yang teramat sangat di dalam kelas itu, akhirnya dia menyimpan kembali pisau itu. Bukan penaip marahkan dia membawa pisau itu, tapi tindakannya yang ingin mengoyakkan seluar itu yang penaip tak boleh nak maafkan. Penaip kenal ibu bapanya. Mereka berhempas pulas mencari wang seringgit dua untuk menyara hidup mereka anak beranak, namun tindakan murid ini,hampir-hampir menggugat kesabaran penaip pada ketika itu. Andai mereka tahu betapa susahnya ibu bapa mereka mencari wang untuk membeli seluar sekolah tersebut, nescaya untuk mengotorkannya sahaja mereka tidak sanggup.

“ Sekali lagi cikgu nampak awak buat macam tu, cikgu amik pisau tu,”. Hanya itu yang mampu penaip ucapkan.

Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini. Saat itu, terasa betapa beratnya tugas sebagai pendidik.Ingin sekali penaip membebel dan meleteri kelas itu mengenai jasa ibu bapa yang selama ini bersusah payah mencari sesuap rezeki untuk kita, tapi kita tak menghargai langsung usaha mereka. Tapi, entah mengapa, sukar benar mahu dituturkan pada ketika itu. Melihat wajah-wajah di dalam kelas itu yang sememangnya kerap menjadi mangsa leteran cikgu-cikgu lain membuatkan penaip membatalkan niat tersebut. Kelas itu terdiri daripada 12 murid-murid tingkatan satu yang masih tidak tahu membaca dan menulis. Ada 3 orang murid perempuan manakala yang lain adalah lelaki. Pada peristiwa tersebut, penaip ditugaskan supaya menggantikan GPK HEM, Ustazah Azizah untuk subjek Agama Islam. Ini merupakan kali kedua penaip ditugaskan untuk masuk ke kelas ini dan merupakan kelas yang paling penaip suka masuk. Selalu tertunggu-tunggu bila nak dapat ‘relief class’ kat kelas ni..

Kali pertama, penaip ditugaskan untuk menjaga peperiksaan subjek pendidikan seni. Pada ketika itu, memang tak macam periksa pun penaip jaga. Mereka bebas datang kepada penaip untuk bertanyakan apa yang soalan mahukan. Dan satu tabiat murid dalam kelas ni, diorang memang tak lekat di tempat duduk masing-masing. Mesti ada yang berjalan ke sana ke mari. Ketika penaip berada di meja rakan mereka untuk menerangkan mengenai kehendak soalan, mesti ada seorang dua yang datang mendengar sekali. Penaip sukakan semangat ingin tahu mereka dan membiarkan sahaja mereka bergerak kesana kemari ketika peperiksaan berlangsung. Pada waktu tersebut, penaip menyalahkan sistem peperiksaan yang memberikan soalan yang sama dengan tahap murid-murid yang berada di kelas-kelas yang lebih maju daripada mereka. Mana mungkin mereka boleh menjawab soalan sedangkan murid-murid di dalam kelas tersebut masih merangkak untuk membaca. Soalan yang diberikan adalah berbentuk soalan objektif dan beberapa soalan subjektif.

Pada kali kedua, Ustazah Azizah mengarahkan penaip memberi jawapan peperiksaan kepada mereka. Ketika melangkah masuk ke kelas mereka, beberapa murid yang bukan beragama Islam keluar dari kelas dan tinggallah beberapa orang sahaja di dalam kelas tersebut. Semuanya lelaki. Yang perempuan 2 orang merupakan penduduk pribumi ( orang asli) manakala seorang lagi adalah berketurunan India, beragama Hindu. Selain itu, beberapa orang lelaki ‘pribumi’ turut keluar. Sebelum membenarkan penaip mengambil alih kelas tersebut, Ustazah Azizah memberikan kembali kertas-kertas jawapan mereka. Kebanyakkannya ‘kosong’ tanpa ada sepatah perkataan. ‘No wonder’ lah, sebab mereka dapat soalan yang sama dengan murid-murid lain. Ustazah Azizah berpesan kepada penaip supaya mengarahkan mereka membuat latihan ejaan perkataan yang ada dalam agama Islam. Penaip terpana seketika.

“ Semua perkara dalam dunia ni ada kaitan dengan agama Islam, contohnya pokok kat luar tu, mesti ada penciptanya, begitu juga dengan diri kita…..” Penaip memulakan pelajaran pada hari itu.

Ketika penaip meminta setiap orang sediakan sehelai kertas kosong dan pen untuk sesi ejaan seperti yang diarahkan oleh Ustazah Azizah, hanya beberapa orang sahaja yang mengeluarkannya. Yang lain tidak mempunyai kertas kosong malah buku-buku yang lain juga tiada. Alasannya tertinggal di rumah.

“awak nak suruh wan awak baca buku kat umah ke?” sindir penaip. Dah macam mak nenek dah aku masa tu.

“ Sape ada ketas lebih, bagi kat kawan awak ni, ketas kecik pun tak pe, asal boleh tulis..”

“Pensel pun tak de? Sape nak dapat pahala, bagi pinjam pensel kat kawan awak ni..”

Penaip banyak menggunakan bahasa kampung dalam sesi pelajaran kerana penaip lebih selesa menggunakannya. Ternyata mereka jenis yang mendengar kata, cuma mereka agak lambat untuk menerima sesuatu. Memang penat melayan ‘hujah-hujah’ mereka namun melaluinya penaip dapat menyelami perasaan mereka. Ketika kelas berlangsung, rakan-rakan non muslim berlegar-legar di luar kelas. Rupa-rupanya subjek pendidikan moral diorang takde cikgu yang masuk, jadi penaip pun arahkan mereka masuk ke kelas.

“ Eh, mana boleh masuk kelas agama Islam ustazah, dorang kan orang asli,” ucap salah seorang murid.

“ La.. apa salahnya, sape cakap dorang tak leh masuk? Ha, yang kat luar tu, masuk, duduk dalam kelas ” Balas penaip, sedikit kecewa dengan mind setting mereka terhadap pelajar bukan Islam.


Ketika kelas hampir berakhir, barulah penaip perasan akan tingkah laku seorang murid ni. Kelihatan dia mengguris-guriskan sesuatu di lututnya. Terjadi la peristiwa yang penaip ceritakan dia atas tadi.

Bermacam-macam karenah murid-murid yang penaip hadapi ketika pra praktikal dahulu. Pernah penaip dipermainkan oleh seorang ‘budak kecik bertelinga cegeng’ dan pada ketika itu, satu blok kelas ketawakan penaip. ‘Aduh, membara gila ku rasakan ketika itu. Heh, nasib baik aku kenal mak bapak korang, buatlah pelik-pelik, aku report kat mak bapak korang’. Tapi yang tak tahannya, penaip tergelak sekali ngan dorang, huhu.. Tak sempat nak marah ‘budak telinga cegeng’ tu.. Agaknya sebab tu kot orang lain gelak sekali.. Jujur penaip katakan dalam minggu pertama, memang takde semangat langsung nak jadi cikgu. Soalan ‘betul ke aku nak jadi cikgu ni’ seringkali berlegar-legar dalam kepala penaip. Tapi, bila dah kenal sedikit sebanyak ‘feel’ dan telatah murid-murid, azam untuk membentuk mereka menjadi ‘manusia’ terpahat tebal di jiwa ini.. Manusia zaman ini sudah tidak lagi berfungsi sebagai seorang manusia.

~Berdasarkan pemerhatian penaip ketika prapraktikal, kepada pendidik di luar sana, elakkan bersikap terlalu cepat menghukum. Kadang-kadang sikap kita yang terlalu cepat menghukum akan membentuk pelajar yang cepat menerima apa sahaja pandangan negatif kita terhadap dirinya dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa dirinya tidak mempunyai harapan untuk berubah kearah yang lebih baik~

Saturday, May 9, 2009

CiLi aPi + iKaN Bilis + PeRaHaN LiMau NiPis = PeDaS TaPi SeDaP..

Bismillahi Wal Hamdulillah...



Beberapa penguasa tidak dikenali tanpa uniform, dengan hanya mengenakan tag 'pegawai rasmi' telah menyerbu Pasar Malam Jalan SS6/1, Kelana Jaya dan merampas kuih denderam Mak Mah.

Mak Mah yang nama sebenarnya Semah Manis terkenal dengan denderam yang membawa pelbagai jenis slogan seperti 'Denderam Hadhari', 'Denderam Harapan Baharu', 'Denderam For All', 'Membangun Bersama Denderam', 'Pandang ke Denderam', 'Mohon Restu Denderam', dan 'Denderam 2020'.

Dua hari lepas, Mak Mah memperkenalkan 'OneBlackDenderam' yang lebih rapuh dan sedap digigit sambil menonton berita perdana di stesen televisyen utama.

Mak Mah memberitahu Buletin Berita Hairan, beberapa lelaki berbadan sasa datang tiba-tiba ke gerai, dan berusaha merampas tapak gerainya. Mak Mah bagaimanapun berdegil dan duduk di atas tong gas dari jam 9 pagi sehingga 3 petang.

Dalam pada itu, apa yang lebih membingungkan seorang lelaki yang tidak dikenali telah datang di hadapan gerainya dan tidak semena-mena mengaku tapak gerai tersebut adalah tapak gerainya. Lelaki itu mendakwa tong gas Mak Mah adalah tong gasnya. Mak Mah yang terkejut dengan dakwaan itu telah melaung dan meneriakkan kata-kata seperti 'pembohong', 'penyewa tapak haram', 'kau keluar' dan berbagai-bagai lagi. Mereka kemudian berbalas kata-kata dengan riuh rendah sekali. Wartawan Buletin Berita Hairan melaporkan berlaku tolak menolak, tumbuk menumbuk dan singgung menyinggung antara satu sama lain.

Drama perampasan tapak gerai, dan kuih denderam itu ditonton oleh ramai pengunjung pasar malam yang terkejut naga melihat episod pencabulan hak Mak Mah sebagai penjual denderam yang telah lama berada di situ. Mereka kemudian beredar setelah muncul lebih ramai 'pegawai rasmi' yang menahan seorang demi seorang pemerhati.

Setelah Mak Mah berdegil tidak mahu bergerak, kumpulan lelaki sasa dengan tag 'pegawai rasmi' itu telah bergasak dengan Mak Mah seraya mencekik lehernya dengan tali rafia. Ini termasuklah menyucuk buntut Mak Mah dengan sudip dan senduk supaya buntut Mak Mah yang melekat pada tong gas tersebut terjungkit. Lelaki berbadan sasa turut menerbalikkan kuali menggoreng denderamnya sehingga terlambak minyak panas di atas jalan. Mak Mah kemudian dicekam dan diheret keluar dari tapak gerainya. Mak Mah hanya sempat menjerit, 'Aku kena tangkap.'

Oleh kerana Mak Mah ditarik keluar secara paksa, ia telah membolehkan lelaki yang tidak dikenali dengan sepantas kilat duduk di atas tong gas Mak Mah sambil menjerit, 'Yahoo yabeda bedu, dapat duduk yeye; dapat duduk yeye. Dapat duduk atas tong gas.'

Seorang pengunjung yang mengaku kebetulan lalu di lokasi kejadian untuk membeli bihun goreng memberitahu Buletin Berita Hairan, "Saya tak pasti apa yang berlaku. Tapi mereka ternyata berebutkan tong gas agaknya."

Mak Mah mendakwa beliau kemudian telah dikurung di sebuah kontena berdekatan. Kejadian aneh tersebut dipercayai berlaku kerana Mak Mah menjual denderam berwarna hitam.

"Soalnya, mana ada denderam warna biru, merah atau warna-warna lain? Mak Mah sangat kecewa, ini adalah hari yang 'hitam-hitam denderam' untuk penjual kuih seperti Mak Mah." Ujar Mak Mah sambil mengesat air matanya dengan hujung kurung. Kutang baju Mak Mah turut tercabut, nyaris menampakkan pusat. Adalah tidak dipastikan apakah kutang itu tercabut ketika bergelut atau memang Mak Mah sendiri mencarikkan bajunya supaya tampak lebih dramatik.

"Mak Mah masih pemilik tong gas dan penyewa tapak yang sebenar. Mak Mah tak redha, tak redha..." Tangis Mak Mah lagi dengan bersungguh-sungguh.

Sejauh manakah Mak Mah akan kembali menjual denderamnya yang popular itu tidaklah diketahui. Ekoran kejadian mengejutkan tersebut, pasar malam di Kelana Jaya telah ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.


sumber : http://tehranifaisal.blogspot.com

~ seswai ke tajuk tu?? mmm ~

Monday, April 6, 2009

PiLiHaN RaKyaT!!

Bismillahi wal Hamdulillah..

TAKBIR!! Alhamdulillah.. Kemenangan tetap berpihak kepada kebenaran..


Teringat sesi dialog dengan ayah penaip hujung minggu lalu...

“Assalamu’alaikum..”

“Wa’alaikummussalam. Kat mane ni?”

“ Ada kat umah.. Nape?”

“ Bukan kat Bukit Gantang? “

Penaip hanya ketawa mendengar soalan yang diajukan oleh ayah.

“ Bukan.. Kalo ada kat Bukit Gantang pon, nape?" Sengaja ingin memprovok..

“ Tak payah la pegi.." Seperti biasa, ayah tak pernah menggalakkan anak kesayangannya ini untuk turun padang ke dunia luar..

“Ada masuk berita ke? Brita cakap apa?” Penaip mengalihkan perhatian ayah.

“ Tak de apa-apa.. Berita malam ni, pergantungan harakah ngan keadilan dah ditarikbalik” Jelas ayah..

“Alhamdulillah.. lagi?” Celah penaip..

“Lagi, 13 orang anggota ISA akan dibebaskan..”

“oo… lagi?”

“Lagi, sokonglah Najib..”

Pada ayat ini kami berdua serentak ketawa dan penaip terus bertanya,

“ Nape kena sokong Najib lak?”

“ Ye la.. kan dia dah bebaskan tahanan ISA, da bagi harakah keluar balik.. baik la tu..”

Penaip tergelak.

Penaip kurang pasti, adakah ayah sengaja ingin memprovok penaip atau betul-betul percaya dengan ‘kebaikan segera’ yang digelapkan oleh MR New PM.Kan ayah tak suka Najib??

Kadang-kadang sukar untuk mentafsir apa yang tersirat di fikiran ayah… Insan istimewa yang amat-amat penaip kagumi.. Sifat-sifatnya banyak diwarisi oleh penaip... Hmmm.. Teringat sesi ‘perdebatan’ di dalam kereta mengenai isu PPSMI dalam perjalanan pulang ke Terengganu minggu lalu. Ayah dan mak menyokong isu PPSMI sedangkan penaip keras-keras membantahnya. Ini kali pertama kami berbahas secara terbuka mengenai satu-satu isu. Biasanya, penaip hanya mendiamkan diri ketika mereka berbincang. Tetapi, pada kali ini, penaip telah memecahkan 'tradisi' itu dan menyuarakan ketidakpuasan hati penaip mengenai perkara tersebut. Sekurang-kurangnya mereka tahu pendirian penaip mengenai perkara itu. Alhamdulillah, walaupun saling ‘fire’-mem’fire’, mereka dapat menerima hujah-hujah yang penaip berikan dan ada beberapa hujah penaip yang mereka tak boleh nak terima. ( Tapi, ayah sokong penaip last-last.. hehe.. kitorang memang satu kepala ) Kadang-kadang sukar untuk kita menjelaskan sesuatu perkara kepada orang yang paling kita sayang sepertimana kita menjelaskannya kepada sahabat-sahabat kita..

~Pertahankan apa yang kita pegang dan sebaik-baiknya kita sendiri perlu betul-betul faham mengenainya..~

Tuesday, March 24, 2009

Banned??

Bismillahi Wal Hamdulillah…

Pada tahun ini, catatan sejarah mengenai dunia politik dipenuhi dengan peristiwa2 baru yang terlakar . Apa yang paling ketara melalui peristiwa2 yang berlaku ini adalah pemerintahan di Negara kita menuju kearah pemerintahan kuku besi.Keputusan dibuat sesuka hati mereka. Hari ini, hak kebebasan media alternatif Negara kita telah disekat dengan sewenang-wenangnya. HARAKAH dan SUARA KEADILAn merupakan lidah rasmi PAS dan Keadilan tidak dibenarkan menerbit sebarang cetakan atas arahan permit mereka digantung selama 3 bulan. Selain itu juga sekurang-kurangnya enam media internet, termasuk Malaysiakini, gagal mendapat pas media dari Umno untuk membuat liputan perhimpunan agung parti itu bermula hari ini. Betapa takutnya mereka apabila kebenaran disingkap oleh pengamal media yang berani membawa maklumat2 yang benar untuk disampaikan kepada umum. Begitu juga apabila FRU mengganas di Sungai Petani, tanpa mengira kanak-kanak dan wanita, tembakan gas dan pemedih mata bertalu-talu ‘dihadiahkan’ buat mereka. Ini jelas membuktikan bakal PM Negara kita akan pemerintahan kuku besi…

Penaip teringat akan kata-kata mujahidah agung Zainab Al-Ghazali apabila ada yang bertanya mengapa beliau menerima siksaan yang begitu berat daripada pihak pemerintah Jamal Abdul Nassier yang mana beliau menerima siksaan seperti seorang lelaki ketika berada dalam tahanan. Dengan tenang beliau menjawab “ bergembira lah wahai anakku, ini membuktikan bahawa sesungguhnya mereka telah takut kepada seorang nenek tua yang sudah tidak mampu untuk berdiri”…

~ kejayaan yang disangka akan menjadi kekuatan akhirnya menjadi penyebab kepada kekalahan ~

Saturday, January 31, 2009

SYAHID KEBANGGAAN KAMI


Berderau darah dan tiba - tiba nafas menjadi kencang sebaik saya mendengar kenyataan live seorang serikandi HAMAS di Gazzah semalam (28Januari) sebagaimana yang paparkan oleh RTM 1 .

Ketika ditanya mengenai situasi getir yang dihadapi oleh ummat Islam di Gazzah , Dughmush Nawal seorang ibu berusia 50an dengan bangga memberitahu bahawa seorang anaknya telah syahid dan seorang lagi sedang berjuang di medan menentang Yahudi Alaihi Laknatullah .

" Saya tidak menyesal , syahid tidak mati tetapi hidup disisi Allah dan dia akan masuk syurga sementara yahudi akan masuk neraka ." kata Dughmush .

Apa yang lebih menarik , beliau menegaskan bahawa setiap orang yang gugur syahid dikalangan anak - anak mereka [ muslimah Palastine ] , nescaya kami akan melahirkan seorang lagi pejuang baru untuk meneruskan perjuangan dan syahid .

Amnah Gaber pula seorang guru dengan tenang dan berani menggesa supaya ummat Islam bangun berjihad membebaskan al Aqsa dan mendapatkan janji - janji Allah buat mereka yang berjihad di jalan Allah swt .

Sungguh mengharukan ! demikianlah semangat jihad yang sebelum ini kita hanya membacanya di dalam kitab - kitab silam yang meriwayatkan keperwiraan atau kesatriaan serikandi Islam menentang kuffar dan musuh - musuh Allah swt .

Kini Gazzah menjadi kitab besar untuk dihayati oleh seluruh pejuang - pejuang Islam . Semangat jihad mereka sungguh mulia dan jitu . Bagaimanalah kita pula ?

Bumi kita ini aman . Perjuangan di urus dalam keadaan serba mudah dan senang . Begitu pun masih ada yang takut dan enggan untuk bersusah payah menyertai perjuangan mendaulatkan syariat Allah swt di bumi ini .

Banyak pula alasan dikemukakan . Semuanya menjurus ke arah mengelak diri dari menyertai perjuangan suci untuk meninggikan kalimah Allah swt . Terkadang mereka bijak bermain alasan sehingga kelihatan mereka pula berada di pihak yang benar .

Malu kita dengan muslimah Palastine . Mereka hidup dalam dunia bergolak dan senantiasa mengancam nyawa . Mereka ada tawaran untuk selamat iaitu berdamai dengan Israel . Tapi mereka memilih untuk pertahankan al Aqsa dan berjihad menyelamatkan agama dan tanahair mereka dari cengkaman Yahudi .

Kita ni , sebahagiannya hanya kerana JQAF . Tergamak mereka mengelak diri dari seruan jihad untuk mengaktifkan amal Islami , berdakwah dan memimpin ummah untuk berjuang membebaskan mereka dari belenggu jahiliyyah moden hari ini .

Bukanlah semua , tapi jumlah mereka ramai .

Tidak tahulah , bagaimana kalau kita ditaqdir duduk di tempat ummat Palastine ? atau apa yang berlaku di Palastine berlaku pula di negara kita ? waliyazubillah .

Patutlah hari ini ramai yang leka dan lalai , hanyut dalam arus hedonisme dan terjebak dalam perangkap maksiat dan mungkar . Semuanya kerana kegagalan mereka mendekatkan diri kepada Islam dan kegagalan Muslim memperjuangkan Islam agar ia tegak dan hampir kepada masyarakat .

Marilah kita bangkit bersama dengan sebuah keinsafan atas kelalaian kita yang lalu .

(dipetik dari blog ustaz nasruddin tantawi http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/)

Kagum dengan didikan muslimah di Palestin dalam menanamkan ruh jihad dalam diri anak-anak mereka,pelapis dan penyambung mata-mata rantai perjuangan yang didasari tunjang akidah yang teguh. Penaip baru selesai menghabiskan novel sejarah islam,SALAHUDIN AYUBI,PENAKLUK JERUSALEM Oleh Abdul Latip Talib terbitan PTS Millenia. Mengimbau kembali saat-saat getir tentera islam dalam usaha menawan kembali Jerusalem setelah lebih 80 tahun diduduki tentera salib. Buku ini banyak berkisar mengenai strategi peperangan pada ketika itu. Keimanan yang jitu, Semangat yang kental, Wala' yang tinggi pada ketua dan kecantikan akhlak merupakan antara rahsia kejayaan tentera Islam pada ketika itu. Suka penaip bawakan satu klausa dari buku ini:

"Jalan-jalan dipenuhi mayat ketika tentera kristian menawan Baitul Maqdis buat kali pertama pada tahun 1099. Darah orang Islam tersimbah ke bumi ketika tentera kristian memasuki Jerusalem, namun tiada setitik darah orang kristian tertumpah semasa tentera Islam menawan Jerusalem."

Kini, sejarah berulang kembali di mana orang-orang islam yang tidak bersenjata dibunuh sesudah diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat oleh yahudi laknatullah...

Memetik kata-kata mujahidah agung Zainab Al-Ghazali, Palestin tidak mungkin dibebaskan selagi taghut menguasai bumi itu dan mengikut telunjuk israel, samada dalam memusuhi, menyokong ataupun menjadi bonekanya.

" Selagi 'zionisma antarabangsa' menerajui sistem pemerintahan blok Barat dan Timur, selagi pemimpin dua kuasa besar dunia itu taat melaksanakan arahan zionisma. Ketika itu tidak ada siapa yang dapat memerdekakan bumi Palestin kecuali ISLAM. Pada hari Islam berkuasa, barulah Palestin dapat dimerdekakan," Zainab Al - Ghazali.

~ Cita-citaku Islam Cemerlang, Cita-citaku Islam Tinggi Menjulang ~

Monday, January 19, 2009

GeLoMBaNg KeaDiLaN..



Salam'alaik....

Most favourite video... TAKBIR!!!

~ Seorang sahabat KUIS telah menceritakan bahawa pensyarahnya memberitahu mereka bahawa setakat ini, tentera Israel laknatullah telah menggunakan keseluruhan kekuatan mereka ke atas penyerangan di Palestine, sedangkan HAMAS baru menggunakan 3% kekuatan tentera yang mereka ada... ALLAHUAKBAR...~

Tuesday, January 6, 2009

GeNDang MuLa DipaLu..

SaVe ThE PaLeSTiNe!!

Salam’alaik…




Hati ini begitu panas apabila mendengar dan melihat sahaja saudara-saudara di Palestin yang kini sedang bersengkang mata mempertahankan bumi Palestin. Ingin sekali penaip terbang ke sana dan bersama-sama mereka mengacukan senjata dan menembak semua askar-askar Israel laknatullah. Dengan angkuh mereka berkata semua serangan ini adalah salah kerajaan Hamas di Semenanjung Gaza. Dengan alas an rapuh ini,mereka terus-terusan menyerang penduduk di bumi suci itu. Pihak Israel laknatullah sangat takut akan pentadbiran Hamas di negara itu kerana bumi itu bakal melahirkan mujahid-mujahid yang akan bangkit merampas kembali tanah air mereka yang tercinta. Apa yang paling penaip kagumi ialah bagaimana kerajaan Hamas mendidik kanak-kanak dan remaja-remaja mereka mengenal erti kehidupan dan menanamkan dalam diri mereka semua bahawa mati syahid itu adalah perkara yang teramat mulia dan semua orang mengejarnya. Media-media di bawah pentadbiran Hamas memainkan peranan penting dalam perkara ini. Program-program televisyen untuk kanak-kanak dan remaja-remaja di sana sangat memberi manfaat dan berguna. Teramat jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan negara kita. Sangat jauh dan tak layak untuk dibuat perbandingan dengan mereka. Di sini penaip ada sertakan beberapa video mengenainya.



- ISLAM MEMIMPIN DUNIA.. (world leadership under islamic leadership)



- SYAHID LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN SELURUH ISINYA..



- THE GIFTED

Inilah yang sangat-sangat ditakuti oleh Israel laknatullah. Lahirnya pejuang-pejuang Islam yang tidak mahukan apa-apa balasan selain mati syahid di jalanNya....

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah belahkanlah dan kacau bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,
Wahai Tuhan yang gagah perkasa,
Wahai Tuhan yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan yang bersifat murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang menggerakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,
Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amin…

Thursday, December 18, 2008

Planned By Youths...


Salam'alaik....

Penaip cukup tertarik dengan sedutan Buletin Utama TV3 pada 17 Disember 2008 yang memaparkan mengenai satu rusuhan terancang yang dilakukan oleh remaja2 di Greece di mana mereka merempuh masuk ke stesen televisyen utama negara itu ketika tayangan ucapan perdana menteri itu sedang disiarkan dan menggesa penduduk menyertai mereka berdemonstrasi di jalanan. Lalu penaip mencari mengenai berita ini di ruangan maya dan akhirnya menemui laman Greece TV News.. Berikut merupakan apa yang penaip temui setakat ini..
Siri2 rusuhan yang bermula pada 7 Disember lalu merupakan satu ledakan luahan perasaan sebaik sahaja seorang remaja yang ditembak mati oleh polis dikebumikan. Kejadian itu berlaku pada hari Sabtu 6 Disember 2008 apabila seorang pegawai polis menembak mati seorang remaja berusia 16 tahun yang dikenali sebagai,Alexandros Grigoropoulos. Greece, merupakan sebuah negara dimana seorang daripada lima orang penduduknya merupakan rakyat yang berada di bawah status kemiskinan, telah menyaksikan kebangkitan gelombang anti-kerajaan dan bantahan di kalangan remaja, beberapa bulan kebelakangan ini. Ini adalah berikutan ekonomi dunia yang semakin merudum dan kelembapan kerajaan Greece menanganinya. Dalam satu kenyataan polis berkata, seorang pegawai polis telah melepaskan 3 das tembakan selepas keretanya telah diserang oleh sekumpulan remaja yang berjumlah kira-kira 30 orang di tempat kejadian,Exarchia. Pegawai polis yang menembak Alexandros itu berkata, tembakan yang dilepaskannya adalah tembakan amaran kepada kumpulan remaja itu, namun seorang saksi memberitahu pihak Greek TV, pegawai polis itu sememangnya mengacukan senjatanya ke arah mangsa. Ianya merupakan kejadian pertama sejak 1985 yang melibatkan kematian yang berlaku di kalangan pendemonstrasi dan polis. 1985 menyaksikan hampir setiap hari kematian yang berlaku dikalangan polis dan pendemonstrasi..

Berikut merupakan kenyataan Perdana Menterinya..
Prime Minister Costas Karamanlis, whose government has been rocked by scandal and an economic slowdown, pledged action in a public apology to the father of the dead boy.
"I know nothing can relieve your pain, but I assure you ... the state will act, as it ought to, so that yesterday's tragedy won't be repeated," he said. "
huhu.. kenyataan yang cukup tenang.."

Penaip cukup kagum dengan keberanian remaja-remaja di Greece dimana selepas kejadian yang menimpa Alexandros, mereka bangkit membantah kekejaman polis. Kini, sudah masuk 2 minggu rusuhan di Greece berlaku dan keadaan di sana memang sangat dahsyat kerana kebakaran kenderaan, bangunan, berada di mana-mana... Bukan kedahsyatan kemusnahan di negara itu yang penaip kagumi, namun melihat semangat dan keberanian remaja-remaja di negara itu membuatkan penaip terfikir jika kematian Alexandros membangkitkan beribu-ribu remaja di Greece berdemonstrasi selama hampir 2 minggu disebabkannya, bagaimana pula dengan kita, apabila hak2 kita dinafikan??? Hakikatnya, kematian Alexandros merupakan satu ledakan untuk menyedarkan pihak2 berkenaan dan membuka mata orang ramai akan kekejaman pihak polis (dan pihak2 tertentu akibat tidak memberi perhatian kepada bantahan2 yang dilakukan). Bayangkan sekiranya rakyat tidak bangkit menentang perkara ini, entah berapa banyak lagi nyawa yang tidak berdosa akan dikorbankan.. Bantahan ini hanyalah satu revolusi sosial oleh remaja-remaja yang terdesak apabila melihatkan tiada masa depan bagi mereka berikutan nilai gaji bagi pekerja2 di negara itu jatuh merudum dan gejala korupsi yang kian bernanah di setiap peringkat..

~ "None are more hopelessly enslaved than those who falsely believe they are free." -Goethe ~

Tuesday, November 18, 2008

SaJaK kEmATiaN

Assalamua'alaikum..
Sambil2 penaip melayari blog2 di alam maya ni, terjumpa satu artikel yang wajib kita kongsi bersama..

BILA KEMATIAN DI TAYANGKAN



Alkisah 8sep2008 di TV3 Buletin Utama, penyampai berita menyebut ada ibubapa mengatakan yang tanyangan visual 'sajak kematian' di sebuah sekolah rendah sebagai ekstrim.Tayangan itu di buat semperna program menggalakkan murid2 solat & akibat meninggalkannya apabila mati kelak dan bagi mewujudkan kesedaran tentang solat. Visual tu membayangkan keadaan seaakan2 siksaan dalam kubur. Ada la satu ibubapa ni yang mengadu pada TV3(boleh tengok di TV3.com.my,part 2). Yang laki kata ianya boleh bagi kesan psikologi,gangguan emosi anak2,terlalu menakutkan,patut dihadkan pada 18thn keatas (mcm cerita 18SG plak). Yang si mak pulak yang mana DR xxxx kata, tarik balik,diberhentikan atau kerajaan siasat pembuat video tu,kalau ada di pasaran mesti dibasmikan sebab tayangan tu boleh merosakkan minda murid2 tanpa kerelaan mereka dan mereka ini perlu di berikan bantuan kaunseling psikologi.

Komen aku..pertama sekali mengucaplah bebanyak wahai ibubapa yang budiman. Sedarlah visual itu adalah perkara yang benar lagi benar dan pasti akan berlaku tak kira pada murid2(budak2 sekarang pun ada jugak buat dosa) atau makbapak. Dah macam2 formula di gunakan utk mendidik akhlak generasi sekarang. TAHNIAH aku ucapkan pada guru2 dan sekolah yang Berjaya menayangkan visual itu. Satu usaha yang murni sesangat yang patut disokong dan dicontohi oleh sekolah2 yang lain (pejabat2 pun termasuk juga). Memang pun siksaan yang Allah sediakan itu utk kita takut & geruni agar kita bersiap sedia bekalan yang cukup, mengikuti perintahnya dan menjauhi larangannya. Macam undang2 yang kita buat utk org yg buat salah. Supaya takde org yg berani melakukannya(itu pun ada yg buat). Jadi kalau kita ni hamba ada juga hukuman di dunia,takkan ALLAH yg maha mencipta ni takde. DIA MAHA KASIH & PENYAYANG dan DIA JUGA MAHA MENYIKSA. Kena ingat tu.

Baguslah kalau dari kanak2 lagi mereka ni dah didedahkan dgn visual mcm tu. Siksaan kubur ni dah lama di sebut dlm alquran,Cuma kita jer yg tak tau @ buat2 tak tau. Sebabnya alquran ni kita baca waktu tadarus bulan Ramadan,pertandingan tilawah dll tapi menghayatinya takde. Jadi adalah insan2 yang mulia yang tergerak hati(moga Allah memberkati beliau) memvisualkan keaadaan siksaan dalam kubur. Itu pun tak sedahsyat lagi bila yang real punya. Biarlah ianya menjadi buah mulut kanak2 sekarang. Sebabnya di kaca TV dulu,kini dan selamanya terlalu banyak menayangkan hal dunia dan mengalpakan.

Pada ibubapa yang mengadu,Allah mencipta sesuatu sesuai dgn ciptaannya. Aku jamin 100% takde budak yg akan kena gangguan emosi(kalau bercinta tu ada la). Kalau nak kata takut mcmana pulak filem SAW V (tengok iklan jer) pembunuhan yg begitu+terlalu+terlampau kejam. Org tua pun boleh kena gangguan emosi&makhluk halus. Banyak lagi filem lain kalau nak di sebutkan di sini yg seram yg ada yang tak masuk akal(mereka inilah yg patut ditangkap)ini takut yg negative. Siksa kubur memang patut takut dan ianya takut yg positif.bila org takut takdelah yg nak buat dosa sbb tau siksaan yg akan di terima lepas mati. Bila takde org buat dosa maka terselamatlah mcm2 bencana kemusnahan akhlak remaja sekarang. Kalau nak didik biarlah dr rebung. Kita semua ni akan mati.. Kena tau la juga keadaan destinasi abadi yg kita akan tuju kelak. Sebenarnya tugas ibubapa yang patut beritahu semua ni,guru hanya membantu. Bila yg buruk serbu sekolah,yang baik sendiri mendabik dada(tak semua). Anak2 seperti kain yg putih,terpulang pd ibubapa utk mewarnainya(kalau tak paham tak taulah)

Nah! dah jumpa resepi mendidik anak2 yg dah lama dikhabarkan. Cuma atas kita nak gunakan atau tidak. Sebelum penutup, Nabi bersabda..3 perkara utk melembutkan hati manusia. 1)menziarahi org mati. 2)mendampingi orang Alim. 3)mendengar majlis ilmu.
sumber : http://na5wa.blogspot.com/

~ hanya org yg takut dgn KEBENARAN sahaja yg akan menafikan kebenaran seksaan kubur, mungkin mereka leka dgn kemewahan dunia yang sementara dan lupa yg satu hari nanti mereka akan mati ~