Monday, November 24, 2008

PPSMI??

“ Percayakah awak semua sekiranya ana katakan pada 30-40 tahun akan datang, tidak akan ada orang bercakap dalam Bahasa Melayu di Malaysia,” soalan ustaz Isma menyentakkan diri penaip.
“ zaman anak ana yang kat belakang tu,zaman anak-anak antum, cuba kita tanya anak-anak kita, satu campur satu jadi berapa, mereka tak boleh nak jawab. Tapi kalo kita tanya one plus one equal to what, dengan pantas mereka menjawab one plus one equal to two.. two.. jangan sampai jadi macm tu.. Ana tak puas hati betul dengan cikgu-cikgu ni, ada cikgu-cikgu kat dalam ni?” soal Ustaz Isma. Penaip sekadar tersenyum macam kambing sakit gigi..
“ mintak maaf la kepada cikgu-cikgu atau ada bakal-bakal cikgu sekalian, tapi ana memang tak puas hati sebab apa, sebab golongan inilah yang patut kehadapan menentang habis-habisan pengajaran Matematik dan Sains didalam Bahasa Inggeris. Cuba bayangkan kalau semua guru-guru di Malaysia memboikot PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris), ada dorang nak teruskan rancangan ni?”.. Ingat balik isu Tulisan Jawi, apa dah jadi dengan kedudukan Tulisan Jawi hari ni? Kedudukan Bahasa Melayu akan jadi seperti kedudukan Tulisan Jawi sekarang..” Kata-kata Ustaz Isma semalam masih terngiang-ngiang di dalam kotak fikiran penaip. 'tulisan jawi... sebahagian besar khazanah-khazanah ilmu diambil dari sumber yang menggunakan tulisan ini... Kerakusan sesetengah pihak yang begitu takjub dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam kehidupan seharian membawa ke arah satu budaya yang dimana hampir keseluruhan nilai-nilai kehidupan dari barat dijadikan panduan tanpa menilai keburukan dan kebaikan sesuatu nilai.'

Sudah lama penaip ingin mengatakan sesuatu mengenai perkara ini. Ketika perkara ini diwar-warkan suatu ketika dahulu, penaip ketika itu masih berada di Tingkatan Dua. Miss Farah membuka meja debat mengenai isu ini di dalam kelas. Penaip berada di pihak yang membangkang isu ini. Penaip masih ingat satu isi yang penaip pernah berikan ketika itu, ”for student who already failed in English, they will get bad result in Science and Mathematic,meaning that they will get 5A and 3E rather than 7A and 1 E.” (lebih kurang macam 2 la ayat dia). Mata pelajaran Sains memerlukan kita untuk memahami konsep-konsep yang terdapat di dalamnya mengikut terma-terma yang spesifik. Ini menyukarkan guru-guru untuk menerangkan mengenai sesuatu tajuk dan akibatnya, masa banyak dibazirkan untuk penerangan sedangkan silibus yang perlu dihabiskan tidak dapat dihabiskan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Begitu juga dengan Matematik. Sesetengah orang kata takde masalah belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris sebab Matematik banyak guna nombor. Ada masalahnya.. Memang dalam pengiraan ia tidak banyak mempengaruhi, tetapi bagaimana sekiranya diberi satu permasalahan matematik dalam bentuk ayat yang panjang. Masalah pertama, apa maksud keseluruhan ayat tersebut dan kehendak soalan. Masalah kedua, bagaimana kita nak keluarkan maklumat-maklumat yang terdapat di dalam ayat tersebut. Masalah ketiga, bagaimana kita nak mengelaskan maklumat-maklumat tersebut. Seterusnya, formula apa yang kita nak gunakan. Ya,pelajar-pelajar boleh menjawab soalan tersebut sekiranya mereka diajar kaedah-kaedah untuk menjawab soalan itu dengan membuat latih-tubi yang banyak kerana mereka akan menghafal kaedah-kaedah tersebut. Tapi, seboleh-bolehnya kita belajar sesuatu bukan semata-mata untuk lulus peperiksaan dan menghafal kaedah bagaimana untuk menjawab sesuatu soalan. Kalo boleh, segala ilmu yang kita pelajari tu, kita boleh aplikasikan di dalam kehidupan seharian kita. Golongan yang menerima kesan paling buruk dari pelaksanaan PPSMI ini adalah bagi mereka yang berada di luar bandar ( rural areas) atas faktor persekitaran dan motivasi kendiri. Pengalaman prapraktikal di kawasan rumah penaip sedikit sebanyak membantu diri ini mengenali perwatakan dan karenah anak-anak murid dan juga kesan PPSMI ini dikalangan pelajar luar bandar. Disebabkan sekolah tersebut mempunyai masalah kekurangan tenaga pengajar, maka banyaklah relief class (kelas yang tidak mempunyai guru dan kita dikehendaki untuk mengambilalih kelas tersebut) yang penaip dapat setiap hari. Paling banyak dalam sehari ialah 8 relief class yang penaip dapat. Hehe..Memang kena buli betul,mentang-mentanglah penaip seorang je yang melaksanakan prapraktikal di sekolah tersebut. Takde la, pengalaman-pengalaman yang dikutip di Sek Men Keb Mengkarak merupakan antara pengalaman yang mahal buat diri penaip. Kebetulan masa tu time exam, maka banyak masa dihabiskan di dalam kelas-kelas peperiksaan. Pertama kali jaga relief class, penaip ditugaskan ke kelas Tingkatan Lima. Macam-macam plan yang penulis rangka di dalam minda. Nak berkenalan ngan setiap seorang pelajar dalam kelas tu, pastu nak bagi semangat sikit untuk SPM tahun ni, dan lain-lain. Sebaik sahaja sampai ke kelas tersebut, tak sampai separuh ahli-ahli kelas berada di dalam kelas. ‘mana pegi yang lain? Mentang-mentang ujian tengah tahun da abis, trus monteng kelas ke budak2 ni’.. andaian penaip yang 'baik'. Setelah mereka memberi salam, penaip mengarahkan mereka semua duduk. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang menyelesaikan folio sejarah manakala yang lain tengah buat hal masing-masing. Ada yang tengah bersembang, ada yang tidur dan ada yang keluar masuk kelas sesuka kaki mereka. Dengan sisa-sisa semangat yang masih ada, penaip memulakan bicara,
“ Cikgu Azreen ada hal di luar, jadi tak dapat masuk kelas arini. Kamu semua boleh buat kerja masing-masing dan jangan bising.”.. Penaip pun melangkah ke arah meja guru dan membaca buku panduan prapraktikum sehingga abis masa. Huhu…. Abis hilang semua plan-plan yang siap terlakar di kepala sebaik sahaja berhadapan dengan mereka.
Hari kedua kena jaga kelas Tingkatan Dua, kali ni penaip bersiap sedia dengan marker dan sedikit perkataan yang telah siap tertulis di atas sehelai kertas. Kelas ni ada lebih kurang 30 orang ahli. Disebabkan dorang ni muda sket, penaip lebih yakin untuk berhadapan dengan mereka. Setelah meminta mereka memperkenalkan diri, penaip memulakan sesi permainan. Penaip minta salah seorang daripada mereka ke hadapan untuk menjadi pembantu. Pembantu ini akan melukiskan gambar mengikut perkataan-perkataan yang telah penaip sediakan dan ahli-ahli kelas yang lain akan cuba meneka gambar tersebut (dalam Bahasa Inggeris, walaupun masa tersebut adalah masa Matematik,hu.. saje nak test skil) sebelum gambar tersebut selesai dilukis. Alhamdulillah, mereka memberikan kerjasama yang baik.( sampai aku pun jadi budak-budak dalam kelas tu,huhu). Err.. da lari dari tajuk ni, insyaAllah, sekiranya ada kesempatan, penaip akan coretkan seteguk pengalaman yang ditimba ketika prapraktikal di dalam entry yang lain.
Apa yang penaip ingin kongsi ialah penaip berhadapan dengan situasi penandaan kertas peperiksaan ujian penilaian pertengahan tahun Pelajar Tingkatan Dua. Kebetulan, kedudukan penaip di dalam bilik guru adalah berhadapan dengan Penyelaras Sains Tingkatan Dua, Kak Nor. Sepanjang masa dia menanda kertas anak-anak muridnya, mulutnya tidak henti-henti bercerita mengenai kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid-muridnya. Kebanyakkannya mempunyai masalah ejaan sesuatu perkataan di dalam Bahasa Inggeris. Yang paling penaip ingat ialah jawapan yang dikendaki oleh soalan ialah ‘type of plant’ , namun ramai pelajar yang memberikan jawapan seperti ‘ taip of plant’, ‘ type of plan’, dan ‘tep of plant’. Kesalahan mereka hanyalah ejaan sedangkan isi jawapan adalah betul. Adakah ini membuktikan pengajaran Sains dan Matematik dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar? Adakah cikgu Sains perlu mengadakan slot ‘spelling in science’ di dalam rancangan pembelajaran sedangkan sukatan pelajaran masih banyak lagi yang perlu dihabiskan.. Adakah peningkatan sebanyak 4.4% didalam UPSR baru-baru ini cukup membuktikan keberkesanan PPSMI??
Penaip berharap keputusan perbincangan mengenai PPSMI yang akan diadakan dalam masa yang terdekat ini, berakhir dengan satu keputusan yang boleh meningkatkan lagi mutu pendidikan ke atas anak-anak kita kearah melahirkan generasi-generasi yang benar-benar produktif dan proaktif didalam pemikiran dan tindakan bukan sebagai mangsa di dalam sistem penjajahan ini.
~ Tidak dikatakan seorang pemuda itu berjiwa pemuda apabila dia berkata “ayah aku begini-begini”,tetapi seorang pemuda itu akan berkata “ ini adalah aku, aku begini-begini” ~

Wednesday, November 19, 2008

SeLeSai sUDaH sATu FaSa..

Alhamdulillah.. Selesai sudah imtihan sem 3 penaip tepat jam 5.30 petang tadi.. Sekali lagi penaip meng'copy paste'kn sedikit kata2 buat peringatan kita bersama..

"jangan kita sangka usaha kita adalah penyebab kepada kejayaan kita.. Usaha semata-mata tanpa ada tawakal dan penyerahan diri yang jitu pada Allah tidak akan membuahkan apa2.. Wa Makaru Wa Makarallah Wallahu Khairul Makirin.. Kita merancang untuk jadi cemerlang.. Untuk mendapat keputusan terbaik.. Allah juga merancang.. Dan sesungguhnya perancangan Allah itulah yang lebih baik.. Kerja kita bukan merancang untuk menentukan keputusan.. Kita takkan mampu untuk menetapkan keputusan cemerlang itu milik kita dengan sekian sekian usaha.. Allah jualah yang terlebih layak untuk menentukan siapa kita.. Kerja kita..belajar..belajar..dan belajar.. Jika daripada awal lagi kita telah meletakkan kepercayaan kita pada Allah.. Maka kita akan sentiasa tenang hati dan tak pernah gundah apabila berperang dalam exam.. Apabila kita belajar semata-mata kerana ilmu.. Kita takkan pernah rasa tergugat walaupun exam yang dilalui tak mencapai target ataupun tak lepas-lepas.. Yang mudah, positif dengan Allah.. Jika kita positif dengan Allah.. Allah terlebih2 lagi lah positif dengan kita.. Kalau exam yang kita lalui lulus dengan cemerlang.. Kita minta biarlah ilmu yang kita dapat untuk exam tu benar2 lekat dalam hati.. Bukannya lepas exam habis terkubur.. Dua tiga hari lepas exam tanya balik langsung tak tau macam tak penah belajo langsung.. Bukan itu yang kita nak.. Memang sijil tak mampu melambangkan ilmu seseorang.. Tapi kita nakkan sijil yang mampu melambangkan kita sebenarnya layak memegang sijil tahap tersebut.. Bukan sekadar sijil yang diframekan tanpa ada frame pada ilmu dalam hati kita.. Kalau exam kita tak lepas-lepas pulak.. Positifnya kita dengan Allah.. Menandakan Allah nak kita belajar lagi la tu.. Ilmu yang kita telah dapat tu masih tak cukup.. Walaupun hakikatnya ilmu memang takkan pernah cukup untuk kita ambil.. Kalau lulus.. Alhamdulillah.. Kalau tak lulus.. Pun Alhamdulillah.."



~ Bagi sahabat2 yang masih belum habis imtihan, bittaufiq wannajah... Serahkan segala2nya pada Allah ~

Tuesday, November 18, 2008

SaJaK kEmATiaN

Assalamua'alaikum..
Sambil2 penaip melayari blog2 di alam maya ni, terjumpa satu artikel yang wajib kita kongsi bersama..

BILA KEMATIAN DI TAYANGKAN



Alkisah 8sep2008 di TV3 Buletin Utama, penyampai berita menyebut ada ibubapa mengatakan yang tanyangan visual 'sajak kematian' di sebuah sekolah rendah sebagai ekstrim.Tayangan itu di buat semperna program menggalakkan murid2 solat & akibat meninggalkannya apabila mati kelak dan bagi mewujudkan kesedaran tentang solat. Visual tu membayangkan keadaan seaakan2 siksaan dalam kubur. Ada la satu ibubapa ni yang mengadu pada TV3(boleh tengok di TV3.com.my,part 2). Yang laki kata ianya boleh bagi kesan psikologi,gangguan emosi anak2,terlalu menakutkan,patut dihadkan pada 18thn keatas (mcm cerita 18SG plak). Yang si mak pulak yang mana DR xxxx kata, tarik balik,diberhentikan atau kerajaan siasat pembuat video tu,kalau ada di pasaran mesti dibasmikan sebab tayangan tu boleh merosakkan minda murid2 tanpa kerelaan mereka dan mereka ini perlu di berikan bantuan kaunseling psikologi.

Komen aku..pertama sekali mengucaplah bebanyak wahai ibubapa yang budiman. Sedarlah visual itu adalah perkara yang benar lagi benar dan pasti akan berlaku tak kira pada murid2(budak2 sekarang pun ada jugak buat dosa) atau makbapak. Dah macam2 formula di gunakan utk mendidik akhlak generasi sekarang. TAHNIAH aku ucapkan pada guru2 dan sekolah yang Berjaya menayangkan visual itu. Satu usaha yang murni sesangat yang patut disokong dan dicontohi oleh sekolah2 yang lain (pejabat2 pun termasuk juga). Memang pun siksaan yang Allah sediakan itu utk kita takut & geruni agar kita bersiap sedia bekalan yang cukup, mengikuti perintahnya dan menjauhi larangannya. Macam undang2 yang kita buat utk org yg buat salah. Supaya takde org yg berani melakukannya(itu pun ada yg buat). Jadi kalau kita ni hamba ada juga hukuman di dunia,takkan ALLAH yg maha mencipta ni takde. DIA MAHA KASIH & PENYAYANG dan DIA JUGA MAHA MENYIKSA. Kena ingat tu.

Baguslah kalau dari kanak2 lagi mereka ni dah didedahkan dgn visual mcm tu. Siksaan kubur ni dah lama di sebut dlm alquran,Cuma kita jer yg tak tau @ buat2 tak tau. Sebabnya alquran ni kita baca waktu tadarus bulan Ramadan,pertandingan tilawah dll tapi menghayatinya takde. Jadi adalah insan2 yang mulia yang tergerak hati(moga Allah memberkati beliau) memvisualkan keaadaan siksaan dalam kubur. Itu pun tak sedahsyat lagi bila yang real punya. Biarlah ianya menjadi buah mulut kanak2 sekarang. Sebabnya di kaca TV dulu,kini dan selamanya terlalu banyak menayangkan hal dunia dan mengalpakan.

Pada ibubapa yang mengadu,Allah mencipta sesuatu sesuai dgn ciptaannya. Aku jamin 100% takde budak yg akan kena gangguan emosi(kalau bercinta tu ada la). Kalau nak kata takut mcmana pulak filem SAW V (tengok iklan jer) pembunuhan yg begitu+terlalu+terlampau kejam. Org tua pun boleh kena gangguan emosi&makhluk halus. Banyak lagi filem lain kalau nak di sebutkan di sini yg seram yg ada yang tak masuk akal(mereka inilah yg patut ditangkap)ini takut yg negative. Siksa kubur memang patut takut dan ianya takut yg positif.bila org takut takdelah yg nak buat dosa sbb tau siksaan yg akan di terima lepas mati. Bila takde org buat dosa maka terselamatlah mcm2 bencana kemusnahan akhlak remaja sekarang. Kalau nak didik biarlah dr rebung. Kita semua ni akan mati.. Kena tau la juga keadaan destinasi abadi yg kita akan tuju kelak. Sebenarnya tugas ibubapa yang patut beritahu semua ni,guru hanya membantu. Bila yg buruk serbu sekolah,yang baik sendiri mendabik dada(tak semua). Anak2 seperti kain yg putih,terpulang pd ibubapa utk mewarnainya(kalau tak paham tak taulah)

Nah! dah jumpa resepi mendidik anak2 yg dah lama dikhabarkan. Cuma atas kita nak gunakan atau tidak. Sebelum penutup, Nabi bersabda..3 perkara utk melembutkan hati manusia. 1)menziarahi org mati. 2)mendampingi orang Alim. 3)mendengar majlis ilmu.
sumber : http://na5wa.blogspot.com/

~ hanya org yg takut dgn KEBENARAN sahaja yg akan menafikan kebenaran seksaan kubur, mungkin mereka leka dgn kemewahan dunia yang sementara dan lupa yg satu hari nanti mereka akan mati ~

Monday, November 17, 2008

CeRiA-cEriA SeLaLu!!!

Salam'alaik.. Alhamdulillah... Baru bis jawap paper literature.. Perkara yang lepas usah dikenang.. Biarlah ia berlalu pergi, yang penting apa yang akan kita hadapi slps ini... Biarlah paper literature 2 berlalu..... Huhu.. Tawakaltu'Alallah.. Penaip (lps ni nk bahasakan diri sebagai penaip la.. :p)nak kongsi sesuatu ngn sahabat semua.. Jom baca artikel ni..
sumber: http://pamiesz.blogspot.com

ade le satu hari tu teman tengah duk belek2 laptop ostat nik.. tetibe mata teman ni tertumpu pada satu file dalam folder anime.. lalu hati kecik ini terus berkata sambil membayangkan kenangan zaman2 silam.. "ni cite yang aku tengok masa kekecik dulu.. mane pulak mamat ni dapat.. dulu mase zaman tu memang tepengaruh gile2 punyelah ngan cite nih.." nak tau cite ape? tengok gambo kat bawah neh..

mesti kome kenal kan kete ni kete ape.. tipu la kalo kome tak main natang nih dulu.. hehehe..

DASH YANKURO

cite yang teman maksudkan tu adelah cite dash yankuro.. dulu masa skolah rendah wabak cite ni mule merebak dikalangan bebudak skolah.. kalo tak silap ingatan yang masih belum hilang ni.. dalam darjah 3 atau 4 gitulah.. masa tu memang kuat tol pengaruh cite ni.. kitorang sanggup kumpui duit blanje skolah untuk membeli kete menan yang dinamakan kete tamiya tuh.. sanggup tak makan weh masa waktu rehat.. mase tu kete yang jenama tamiya memang mahey2 jugak regenye.. mencecah RM50.. tu blom masuk sparepart nak tuko enjin itam lagi..

kitorang siap ade tubuhkan team lagi.. kunon2 nak chalenge team lain macam team dash warrior dalam cite tu la. mane2 manusie yang tak berkemampuan mengumpui duet blanje skolah untuk beli kete tamiya.. ade pilihan lain tuk deme.. masa tu sape yang pakai kete tamiya kire kaye la.. yang kurang kaye tu pakai kete auldey ke audley lebih kuang tu la bunyinye.. murah sikit regenye.. teman sniri pun memule pake kete auldey ni.. bile dah berjaye ngumpui duit banyak sket teman pun bli le kete tamiya yang ori.. kete no 4 yg kale ijo tuh.. namanye cannonball milik pangkuro.. membe teman ade yang pake shooting star.. kete kale biru yang tayanye ade gerigi2 sket konon sesuai race kat tanah yang tak rate.. memula tuh cadang nak bli emperor tapi dah habes stok sebab glemer benor emperor tu.. yelah kan.. kete hero.. jadi masa tu orang kampung kate janji ade udah.. teman pun beli aje le cannonball.. janji bleh riak dan bangge ngan kengkawan yang miskin2 masa tu.. haha.. [kekecik ape aku tau.. tak blajo tasawuf lagi masa tu.. haha]

bile dah ade cannonball yang ori tu pun idak le reti2 nak besyukur lagi tuh.. rasa nak beli sparepart memacam plak.. [sifat manusia.. tak pernah cukup dengan apa yang ada..] lepeh tu nak beli spoiler plak.. tuko enjin.. nak beli litar race lagi.. nak beli sepit udang.. [kete mane ade sepit udang..tu beskal la ngong..] bila tak cukup duit siap curi duit mak dalam lemari lagi smate2 nak beli sparepart kete.. huhu.. jahat tui teman mase tu.. tapi satu mase tekantoi gak ngan mak.. kene basuh insap sampai nanes2.. lepeh tu insap dah tak mencuri dah sampai skang.. hehe.. dah mintak maap ngan mintak halal dah.. tunggu le mak kalo pamie dah keje nanti pami ganti balik dwet2 yang pami curi dulu tu ye.. rasa idak le banyak beno.. hehe..

lepeh tu bile mintak kat mak nak beli litar race kete mak tak bagi sebab membazir.. baik beli makan kate mak.. bile teman prast sebab tak dapat nak men kat litar.. maka litar semulajadi le yang menjadi mangse.. longkang2 kat skolah menjadi tempat pertandingan antare kengkawan.. tak cukup kat skolah.. balik umah pepetang main ngan bebudak skampung plak.. longkang tepi umah la pulak yg menjadi mangse.. bile dah bosan main dalam longkang.. mula la teman ngan kengkawan gi cari kayu kat stor blakang umah untuk dibuat kayu pemandu.. [yang macam kayu hoki tu.. alah kome pun tengok cite ni dulu kome tau le cemane ghopenye kayu tu..] semangat gile betukang buat kayu tu.. kunon blehla bagi kete tu kona2 melompat2 macam race dalam cite katun tu.. memang otak katun btui la.. bile dah siap kayu tu mula la main sambil merungut2 sebab kete tanak kona walaupun dah kene hentak ngan kayu tu.. asik tepikir2 camne plak katun tu bleh sentuh je kayu tu kat tepi kete tu ngikut je kona.. hahaha.. what a naive thinking.. ingat lagi masa tu kengkawan teman yang aktif main binatang ini adalah hanif dan hafiz.. rasenye dedua makhluk ni dah keje dah pun.. keje kfc kalo tak silap.. silap2 dah kawen beranak pinak dah.. kalo kome bace cite ni mesti kome rasa malu sebab tekenang balik zaman bebudak kita.. ngehehehe..

litar kedua yang menjadi mangse setelah kegagalan teman memujuk dan membodek mak membeli litar untuk men kat umah.. adalah litar race mingguan di paso rabu.. paso malam le.. kat situ la cine2 tayang kete power dan tunjuk bagus ngan kete2 deme yang dah habeh modifait tuh.. huh.. kaye blehlaa.. cume litar ni slalu teman tak main sangat.. sebab kompem kalah.. haha.. jadi teman pegi sane tetiap minggu untuk tengok orang race je.. dah le nak race kene bayo.. kire cam sewe litar jugak le.. maleh le teman.. baik teman gune duit wat beli cekocok ke.. murtabak ke..

udah2le tu cite pasal kete tamiya nih.. ngkome sume pun mesti tengah terkenang zaman ngkome bebudak dulu yedak? hehehe.. alah usah nak nipu le.. kalo ngkome lahir zaman2 baye teman.. lahir zaman2 80an ngkome mesti lalu jugak zaman2 ni.. toksah le nak blagak thiqah kunon2 daripade kecik dulu tak nengok cite2 katun gini.. ngeh3.. [ni cite pengalaman bebudak laki la.. bebudak pempuan tak berape nak pasti le plak aku ade ke yang join sama wat keje kurang pekdah ginih.. seingat aku bebudak pempuan ngajak aku men batu seremban ngan main tenteng je dulu.. jengket2 kapal terbang.. hahaha..]

team dash warrior.. warrior la sangat.. haha..

tengah2 teman nengok episod dash yankuro yang bertajuk "emperor didalam air" ni.. teman tegelak pulak sensorang sambil terasa macam muka jadi tebal malu kaw2 punye.. malu ngan diri sniri.. ostat os dah menjerit dah dari depan.. "hahhh tu apekehe pulak tu gelak sensorang kat blakang tuu! dah mereng kee~" dalam ati teman ni.. "tak sangke cite macamni yang aku nengok masa kekecik dulu.. rasa macam budak bodoh plak bila tengok balik masa dah beso ni.. hahaha.. cite macamni pun aku bleh tepengaruh.. rasa macam menyesal besungguh2 kumpui duit curi duit untuk mende2 cenggitu.. bleh plak pecaya plak tu mase tu.. hahaha.." memang kenangan tui la.. rasa lain bebenor tengok masa kekecik ngan tengok masa bebesor ni.. padehe cite yang same je.. sampai sanggup monteng skolah tuu.. punyela kuat pengaruh.. ngeh3..

selain daripada itu.. terdapat juga beberapa cerita lain lagi untuk dikongsikan bersama disini pada hari ini.. ceh.. skema le plak rasa ayatnye.. tak kesah le labuu.. teman cume nak kongsi je dah alang2 merapu ni bagi habeh jele.. bukan cite dash yankuro ni je yang menghantui bebudak masa zaman kita dulu.. ade lagi cite2 lain yang efeknye juge turut terkesan hingga ke hari ni.. rasanya kalau masa yang dihabehkan untuk tengok cite2 ni teman habehkan untuk ngapal Quran.. dah habis 30 juzuk siap ngan tafsir skali teman ngapal.. hehe..

ULTRAMAN

sape yang tak kenal otromen yang bertugas di jabatan memfire rasakse.. padahal cite same je.. bile dah sampai seru.. dah sampai ajal rasakse tu.. lampu kat dada otromen pun dah bekelip2.. lalu keluo le fire daripada lengan otromen yang tak bebulu tu.. tu jela pun ulang2 cite tetiap episod.. cume ade satu cite je yang teman ingat le sampai arini.. lain sket le jalan citenye.. tak silap cite otromen ace.. mase dia lawan resakse tu dia kalah.. pastu dia panggil adik dia datang tolong.. pastu kalah jugak.. resakse tu gune power ais.. abes sume beku.. sekor2 kalah.. pengabihnye abeh sume adik beradik makcik pakcik kaum kerabat sampai ke atuk dia semua kene beku.. pastu teman idak le ingat dah cemane ending cite tu.. otromen mane tah yang jadik hero slamatkan sume generasi otromen tu daripada kepupusan.. kalo ngkome ingat ngkome ce tulih kat dalam komen tu.. kalo ngkome ingat le.. tak payah le pulak ngkome nak susah payah cube nak ngingat plot cite tu sampai kome punye mukarar dan nota2 pekse yang kome dah hapey telupe terus.. hahaha..

ni otromen ace ngan otromen seven.. adik beradik lain bapak lain mak.. tapi ade bau2 bacang jugak la..

KESATRIA BAJA ITAM

kesatira baja itam.. suria baja itam.. hero blalang baja itam.. baja taik ayam itam.. memacam la nama orang panggil cite ni.. yang pentingnye mase ni cite ni pun bebudak layan pasal moto dia sempoi.. sambil2 tengok tu berangan2 la kunon dah beso nanti nak wat muto sniri macam tu jugak.. hahaha.. tapi skang cite ni upgrade dah.. kamen rider.. ade memacam siri.. geng2 dia pun dah ramai.. memacam rupe ade.. ade yg ensem.. gemok.. tinggi.. huduh.. beria.. memacam la.. mungkin kesatria baja itam yang first dedulu tu [the black] kawen ngan bini yang baka baik.. jadi zuriat2 dia pun ramai la melimpah2 ruah.. rezeki Allah kan.. takkan nak tolak.. hahaha..

eleh tunjuk hero depan awek dua orang tu bleh la.. cube kalo takde awek tu.. melengkor aje le kamenraider ni depan tibi nengok drama..

GABAN

ni satu lagi cite yang kalo sebut rasa memang semue orang tau la.. semangat gaban memang tak mampu nak disangkal lagi.. semangat yang tak tentu pasal.. setiap mase semangat aje.. daripada mula lahir resakse.. sampai resakse dah meletop pun semangat gaban memang tak pernah pudar.. kengkadang elok le kita contohi smangat ni.. tapi kengkadang tak baguih gak.. yela.. tempat yang orang suh relek2 sudah.. kita gi smangat tak tentu pasal.. tak kene jugak.. nampak pulak poyo dan beria tuh.. kene pulak kita semangat sangat cakap itu ini sembang kencang beno tengok2 kita pun 2x5 jugak buat macam ape yang kita cakap.. tak kene la tu amik semangat gaban buh dalam situasi ni.. relek2 sudeyy.. hehehe..

gaban yang tak penah ta3ban

FLASHMAN & MASKMAN

teman gemor bebeno nengok cite ni dedulu.. memang tak miss le.. tapi dah beso2 ni bile tengok balik rasa macam nak amik mesin masa doremon balik kezaman dulu tu dan duku kepala teman yang mase kecik tu sebab toksah le membuang mase nak fanatik bebenor ngan cite yang daripada mula sampai abeh buat2 power je lebeh kalahkan resakse siap ngan robot2la.. meriam beso keluo power la.. padahal sume blakon dalam studio je.. bandar2 tu sume kotak2 kosong yang dibentuk jadik bandor je.. kekecik dulu tau ape.. pecaye je bulat2 yang deme ni memang power sampai resakse yang nampak gah tu pun kalah ngan kacangnye.. padan muke sape suh pcaye.. huhuhu..


flashman pebret aku adelah flashlight.. haha.. aku minat yg kale ijo tuh.. tatau la sebabpe daripade kecit lagi aku memang minat kale ijo.. hehehe..

kalo aku cakap aku minat maskman kaler pink tu kome kate aku gatey plak.. jadi aku minat maskman yang kale itam tu la mase kekecik dulu..

DORAEMON

baru je tadi cakap pasey doremon.. doremon ngan deraman bukan orang yang same ye.. deraman ni name orang mlayu dedulu kale je.. asalnye bapak die bagi nama Abdul Rahman.. sedap dah nama tu.. tapi yelah.. orang mlayu ni gini le peelnye.. sume nak dipendek2kannye.. langsung takde makne.. Abdul Rahman jadi deraman je.. alang2 buh baik doremon je kan.. hahaha.. cite ni bleh kate legend jugak la dalam industri anime antarabangse.. seluruh plosok dunia menayangkan cite nih.. daripade bebudak sampai la ke orang tua pun layan jugak cite nih.. temasuk le anak2 buah teman yang jugak rajin ngumpui dvd doremon ni.. daripade segi kemajuan teknologi yang cite ni cuba pamerkan kire ok la.. positif.. jepun pun kita tau negara dia kan negara termaju didunia.. bayangkanla katun ni dilukis oleh fujio f fujiko [btui ke idak aku sebut nama dia ni ntah..] dah bape ploh taun dah.. masa zaman blum ada kemajuan tu kat dunia ni lagi dia dah membayangkan memacam bende yang akan ada pada masa depan.. dan kita tak terkejut bila sebahagian daripada apa yang telah diimaginasikan oleh dia dah pun ada pada zaman kita skarang.. tapi... ade tapi.. walaupun ade bagusnye bab menggalakkan perkembangan teknologi dan imaginasi bebudak tu.. ade pulak yang tak baguihnye.. timing cite ni on air teman memang tak berape nak stuju.. bukan tak berape.. memang tak stuju langsung le.. suke bebenor tayang cite2 yang bes camtu time megrib.. cite macam tu la yang buat bebudak sanggup tanak semayang megrib sebab tanak miss walaupun satu scene daripada plot jalan cite tu.. kalo pun smayang.. tunggu time iklan.. tu pun smayang patuk ayam.. kalo mak bapak teman.. sori le.. kalo udah dipanggil anak2nye smayang tanak gerak2 daripade depan tv tu.. dicabutnye plug tv tu dan ditariknye telinge teman suh smayang.. huhu.. kalo abang teman tu.. strategi dia berkesan sket.. dia wat2 duk dalam bilik air amik smayang lelame sket.. tunggu mak ngan abah smayang.. dengo je bunyi takbir abah angkat "Allahu Akbar" terus belari keluo bilik ayo sambung balik plug tv dan tengok cite tu dengan volume yang amat slow ataupun mute.. hahaha.. bile deme dah tahiyat akhir baru cecepat tutup tv sambil bergegas berebut2 bilik ayo untuk amik smayang.. ngahahha.. moral: jangan smayang depan tv dan jangan tengok tv sampai tak smayang.. dosa wooo..

agak2 ade ke budak yang tak penah tengok cite doremon ni?

NINJA BOY

teman gemor nengok cite ni masa dedulu sebab ade sekor kucen kat dalam cite ni name die "hemo" dia ske gelak "hemo hemo hemo hemo hemo.." kengkadang tu sampe tebawak2 keskolah bile nak gelakkan kengkawan teman gelak cenggitu jugak.. ngehehehe.. cite ni lawak pasal deme betige ni suke wat lawak bongok.. dahla deme tu wat lawak bongok2.. pastu mempunyai pulak cekgu2 yang kengkadang jauh berjuta lipat kali gande lebih bongok daripade deme.. hahaha.. cite ni punye efek jugak amat beso hingga mampu membuatkan teman menipu ustazah kat skolah agama.. [dont blame me again.. kekecik aku tau ape.. huhu..] untuk keluo awal daripada skolah dan balik ke umah smata2 nak menengok cite ni kat tv.. alasan memacam la bagi kat buku keluar awal tu.. main bola untuk wakil skolah la.. [padahal tak pernah join bola pun..haha..] athma la.. sakit itu la.. sakit ini la.. last2nye mak pun dah tak larat nak layan perangai teman yang slalu bebenor monteng lalu mak mengambil keputusan drastik untuk memberentikan teman daripade skolah agama.. "ngko tak payah la skolah senang.. maleh aku mendengo ustazah ngko tu ngadu je" rupe2nye ustazah tau teman saje2 nak balik awal.. ngahahaha.. padan muke kat teman sniri la jugak.. dah beso2 ni menyesei pasei kekecik dulu tanak blajo bebetul dah tua2 ni mule la nyesei rasa jahil.. huhu.. moral: melentur buluh biarlah daripada rebungnya.. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian takde gunenye..

yang sorang tu perangai cam nobita..[muke pun lebeh kuang] yang sorang tu takleh nampak duit.. yang kecik tu asik beringuih je idong.. yg si hemo tu memang pantang nengok orang senang.. asik nak ngenekan orang je..

TOMATO MAN

ni satu lagi cite yang membuatkan teman tak gi skolah agama.. biasa beselang seli harinye ngan ninja boy.. kalo tak silap le.. teman ingat lagi lagu tema cite ni.. lagu dia lawak.. tomatok tomatok tomatokk.. tomato tomatokk.. laju gile dia nyanyi.. haha.. adapun jalan citenye spataharam teman udah tak ingat.. hehehe..

tomatoman dengan kendama nye serta geng2nye yang len2

CYBERCOP

cite ni lebeh kuang aje ngan maskman ngan flasman tu.. cume ade le yang spesel sket.. lagu dia ni shooting star memang pemes dikalangan penggile j-pop zaman2 dahulo kale.. yang teman sukenye cite ni bukan ape.. care deme nak dapat senjate tu bes.. cucuk kad kat dinding mana2 kat tiang mane2 pastu keluo le senjata.. meriam ke hape ke.. kengkadang tu keluo celah2 jalan raye.. kengkadang kat pondok telepon.. teman slalu beno le teringat kat cite ni bile teman nak nyucuk duit kat atm HSBC ni.. rase macam pas masukkan pin kod tu nak tekan untuk pilih nak keluokan senjate hape.. hahaha.. tapi malangnye takde pilihan senjate kat situ.. yang ade pertanyaan baki.. pengeluaran wang.. penukaran pin.. takde le pulak senarai meriam.. pistol.. senapang.. laser.. BFG.. hehehe..

cybercop yang aku suke pun yang kale ijau tu.. dia letak bazooka dia kat atas bahu.. kakkooiii~

DRAGON BALL

ni satu lagi cite legend.. dedolu sanggup woo kumpui dwet beli komik dragonballz yang 42 siri tu.. yang syoknye kumpui komik ni pasainye bila susun kat rak dia ade gambo yang bersambung2 daripada siri 1 sampai la 42 tu.. hehe.. tapi kejap je pun simpan menatang tu.. bile dah ramai yang asik pinjam tak pulang2.. lelame satu persatu ilang ditelan zaman tak muncul2 dah kat atas rak tu.. rongak sikit2 lama2 semua siri ilang ntah kemane.. huhuhu.. bila kuo plak cite dragonball gt pnyer komik.. sanggup tu gi kedai buku CPY pastu bayo 5kupang kat cine tu untuk bace komik tu.. padahal dragonball gt mase tu mane de kuo yang versi bahse melayu.. sume bahse cina.. cina pun cina la.. sanggup tengok gambo je.. wat2 paham sniri jalan cite.. hahaha.. ntahape2ntah mase tu.. membazir duit je.. tapi selepas tibi due mula menayangkan animenye di tv.. maka bedoyon2lah manusia melayan cite ni.. tak kire dah bebudak ke orang tua.. semua terpengaruh.. sampai tersebar luas masa tu dengan satu ayat.. "sebenarnya......dragonball ade 7 bijik semuanya..hahahha"

antare watak2 dalam dragonball z..

tapi dolu2 teman ngumpui komik dragonball sebab suke tengok gambo kat tepi komik tu besambung2 bile letak ateh rak.. skang ni teman idak le dah ngumpui komik.. teman ngumpui kitab2 turath ulama dan kitab2 ilmiah plak.. same je konsepnye.. teman tetap suke nengok tulisan yang besambung2 bila semua jilid kitab disusun rapi ateh rak.. [upgrade la.. daripade komik melagha pada kitab ilmiah.. takkan dah tetua pun nak kumpui komik dewata raya lagi.. hehehe..]

kitab2 kabir yang berjilid banyak memang seronok jika dikumpul.. seronok tu makin terase dua tiga ronoknya ketika mengeluarkan duit mase nak membelinye.. hehehe..


~ penaip xhenti2 gelak masa baca entry ni sbb mmg btoi2 terkena kt batang hidung especially time cybercop 2.. dulu selalu main ngn adik2 cybercop ni.. abis pasu bunga mak jadi mangsa tempat tekan2 kuar senjata 2.. begitu juga tomatoman.. siap nangis2 lagi kalo xdpat tgk cite 2.. tp, masa kecik dulu2 jarang dpt tengok tv.. mak da siap wat jadual kat umah.. time untuk tgk tv selalu xd cite best.. time2 2 slalu g main kat tanah.. huhu... awat asyik trkenang kisah lama ni.... ~

Sunday, November 16, 2008

MifTahuNnaJah...

Tujuan diri ini mengimbau kenangan2 lalu adalah ingin mencari, mengingatkan kembali dan memperbaharui azam2 serta memastikan tindakan yang diambil selepas ini adalah lebih baik dari masa lalu seterusnya meningkatkan keyakinan diri terhadap kemampuan diri melakukan sesuatu.. Salah satu kunci daripada kunci2 kejayaan adalah yakin akan kebolehan diri sendiri..
Dalam subjek pengurusan masa, bab 13 ( membina keyakinan kendiri),ada disebutkan mengenai hal ini. Antaranya ialah kaedah2 membina keyakinan. Ada 4 kaedah semuanya :


Apa yang penulis lakukan adalah penulis cuba mengingati kejayaan2 kecil yang pernah penulis capai suatu masa dahulu.. ( kejayaan besar tak tahu lagi bila nak capai.. tunggu saat2 manis Islam kembali dijulang di dunia ini..) Selain itu, penulis juga ingin menjejak kembali sisa2 keistimewaan yang masih ada pada diri sendiri. Bagaimana penulis memanfaatkan keistimewaan2 tersebut untuk mencapai kejayaan2 di masa lalu.. bagaimana penulis memupuk dan membaja kelebihan2 yang ada pada diri agar ia bisa mekar menghiasi dan mengimbangi kekurangan2 yang sentiasa menghantui diri dan menguasai diri. Kita selalu lihat/pandang kelemahan seseorang tapi kita lupa disebalik 1 kelemahan yang ada pada diri seseorang, terkandung 10 kelebihan yang kita tak sedar kewujudannya.. kadang2 kita menilai seseorang melalui 1 kelemahan yang ada pada dirinya..we tend to judge someone through his/her weakness. Kelebihan2 yang tidak kelihatan ini mungkin menjadi penyebab kearah kejayaan2 kecil ini. Penulis juga ingin mengimbau bagaimana penulis berusaha ke arah kejayaan2 demikian. Penulis akui ianya bukan senang dan ianya memerlukan mujahadah dan rasa kebergantungan kepada Allah yang sangat tinggi untuk mencapainya.. usaha yang penulis lakukan sekarang masih belum lagi dapat menyamai usaha yang penulis lakukan ketika zaman sekolah2 dulu. Namun, penulis menyedari suasana dahulu dan sekarang amat jauh bezanya.. kalo dulu penulis melakukan sesuatu pekerjaan tanpa ada kesedaran untuk mendaulatkan agama yang tercinta ini tetapi sekarang segala2 tindakan yang dilakukan mempunyai halatuju yang jelas dan ada dalil serta reason untuk sesuatu tindakan. Bukan membuta tuli. Mehnah2 yang diterima seakan2 hadiah2 yang sangat mahal dari Allah kerana ia mempunyai maksud dan hikmah yang penuh tersirat. Penulis masih terlalu mentah untuk menilai sesuatu pada ketika ini dan masih dalam perjalanan meneguk titisan2 mutiara ilmu dan pengalaman daripada sahabat2 sekalian yang jauh lebih berpengalaman dan faqih dari diri ini.

~Berusaha untuk membaiki diri sendiri disamping menyeru ke arah kebaikan~

Friday, November 14, 2008

Kenapa TESL??

Ramai yang bertanya.. Kenapa amik TESL? Kenapa tak amik Sains ke, atau teruskan pengajian dalam bidang perakaunan? Cita-cita untuk menjadi seorang guru telah disematkan di dalam diri ini ketika semester kedua Form 5. Masa tu dah pasang niat nak jadi Cikgu Fizik sebab markah subjek Fizik cantik sket dari subjek lain. Niat di hati nak berkongsi ilmu pengetahuan dengan semua orang mengenai Fizik. Tapi, niat terbantut bila result SPM kuar.. Hasilnya tak seperti yang diharapkan.. Takde rezeki,mesti ada hikmahnya.. Bila kat matrik, niat untuk jadi pendidik masih lagi menjadi tujuan utama cuma tak tau nak ajar subjek apa.. mmm.. Ada beberapa versi jawapan yang pernah diberikan kepada yang bertanya.

Versi pertama
“Sebab Nabilah suka dengan cikgu Bahasa Inggeris masa sekolah2 dulu.”
Penulis memang mengakui sejak dari sekolah rendah sehinggalah ke matrikulasi, cikgu yang paling rapat dengan diri ini adalah cikgu Bahasa Inggeris. Kalau tidak rapat sekalipun, cikgu Bahasa Inggeris adalah ‘favourite’ teacher waktu zaman persekolahan manakala Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran ‘favourite’ ketika itu. Mungkin perhatian yang diberikan oleh guru Bahasa Inggeris membuatkan diri ini menghargai mata pelajaran tersebut. Semasa sekolah rendah, penulis rapat dengan Teacher Siti Haliza kerana beliaulah banyak melatih diri ini kemahiran ‘story telling’ dan ‘choral speaking’. Beliau jugalah yang yang selalu menjadi guru pengiring ke sekolah2 lain sekiranya ada pertandingan di peringkat daerah. Selalu bertandang ke rumahnya yang terletak di belakang sekolah ketika itu untuk kelas tambahan Bahasa Inggeris atas permintaan penulis dan 2 orang kawan yang lain. Benarlah kata orang, perhatian yang diberikan seseorang kepada kita membuatkan kita lebih lebih menghargai dirinya dan berusaha untuk tidak mengecewakannya. Pada masa tu, penulis tak suka duduk kat rumah sebab kalo duk kat umah mesti kene marah ngan mak. (masa kecik2 aku adalah manusia yang paling degil sekali,amat degil..hehe). Ketika sekolah menengah, penulis tak dapat lupakan pesanan terakhir Miss Eisha. ” Don’t let people put no trust in you especially your own parent,dear..” Masa tu, penulis la orang yang menangis paling teresak2 time Miss Eisha nak pindah. Rasa macam dia seorang je yang paham diri penulis ketika di perantauan tu. Miss Eisha pesan camtu sebab satu hari tu ayah penulis datang jumpa dia mintak tolong dia simpankan duit belanja yang ayah nak bagi. Ayah tak nak bagi penulis pegang sebab penulis ni boros sangat bila guna duit sampaikan duit yuran asrama yang patut penulis bayar masa tu pun penulis belanjakan. (first time pegang duit, mana reti nak manage lagi time tu..huhu). Lepas peristiwa tu, trus ayah penulis tak bagi duit kat penulis directly melainkan dia akan mengirimkan duit pada cikgu homeroom (mentor-mentee). Kemudian semasa di matrikulasi sekali lagi menjadi ‘fevret’ Tecer Hasliza. Hehe.. Tapi kejap je dia mengajar kitorang sebab dia kena pindah ikut suami dia kat Kedah. Teacher yang ganti dia ni la yang memberi semangat dan perangsang buat diri ini untuk meneruskan niat menjadi seorang guru Bahasa Inggeris. (Segunung perhargaan buat Selah Comey sebab melalui dialah kitorang rapat ngan Tecer Maznah). Infiniti jutaan terima kasih buat Teacher Maznah atas segala2nya. Baik sangat ngan dia sampaikan dia panggil kitorang untuk tolong dia masa dia nak wat kenduri doa selamat sebelum menunaikan fardu haji. Moga rahmat Allah sentiasa memayungi hidup Teacher Maznah sekeluarga. Tenkiu Teacher!! (”,),”)v

Versi kedua
“Tak nak jadi akauntan sebab bila dah kawen nanti, mesti sibuk”
Haha.. Ini merupakan sebab utama penulis memilih profesion perguruan sebenarnya. Penulis boleh dikategorikan sebagai sebagai seorang yang ‘workaholic’, kalau da buat sesuatu mesti buat sungguh2.. silap2 haribulan penulis ‘berumah’ kat ofis 2 nanti.. Kalau jadi akauntan, hujung2 bulan adalah masa2 yang paling sibuk dan stress terutamanya di penghujung tempoh perakaunan,masa tu la nak selaraskan sume perkara dari atas sampai bawah.. teringat satu iklan dimana seorang wanita yang balik lewat dari kerja membelikan KFC untuk makan malamnya sekeluarga bersama anak2.. Iklan tersebut amat memberi kesan ke atas diri ini. Masa bersama keluarga teramat penting kerana di situ merupakan madrasah tarbiyah pertama wat anak2.. 'Tak nak aku bagi makan KFC kat anak2 aku tiap2 kali balik umah. Huhu.. '

Versi ketiga
“Memang minat Bahasa Inggeris”
Jawapan ni memang femes. Ada yang bertanya,kat umah cakap Bahasa Inggeris ke? Hoho.. Kat umah memang ‘piau’ cakap loghat Pahang. Huhu.. Kadang2 tu ada gak test bakat kat adik2.. Saja nak eksen, tapi dorang buat dek je.. Yang melayan Nabil ngan Akram je la, sebab dorang pun jadi mangsa jadi wakil sekolah untuk story telling. Hehe.. Namun begitu, jauh disudut hati, teringin sangat nak tengok anak2 kampung cam diri ini dapat menguasai bahasa ni. Walaupun tak mampu nak bertutur, cukup sekadar mampu membaca dan menulis sebab bukan semua orang ada kekuatan dan kelebihan untuk bertutur dalam bahasa ni (termasuk diriku.. huhu… camne nak mengajar nanti) , tapi bila tengok situasi sekarang ni, bahasa ini bukan lagi bahasa asing di kalangan masyarakat kita sebab penggunaanya digunakan secara meluas malah telah diangkat menjadi bahasa kedua di Negara ini beberapa tahun yang lalu. Bahasa kedua dan bahasa asing ada perbezaannya. Bahasa kedua merupakan alternatif bagi bahasa kebangsaan dan digunakan secara meluas termasuk di dalam urusan2 rasmi manakala bahasa asing adalah digunakan di dalam kelas2 dan untuk tujuan2 ilmiah sahaja seperti Bahasa Arab,Korean dan Spanish. Di kebanyakkan negara2 di sebelah matahari terbit, Bahasa Inggerís merupakan bahasa asing di negara tersebut contohnya di Korea, Bahasa Inggerís merupakan bahasa asing. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya kebanyakan penduduknya tidak boleh memahami bahasa Inggerís. Mmm.. Sebab apa pentingnya belajar bahasa asing seperti Bahasa Inggeris?(huhu.. bila la nak tukar taraf jadi bahasa asing).. Sebab, bila kita dah menguasai sesuatu bahasa asing, mudah bagi kita untuk memahami mana2 artikel atau perbualan dalam bahasa tersebut yang mungkin mengandungi penyataan2 yang salah mengenai sesuatu,terutamanya mengenai Islam kerana ‘orang di sebelah sana’ mempunyai pemahaman yang salah mengenai Islam. (diri ini sendiri masih belum betul2 faqih mengenai Islam)


Masa isi borang online ke ipta dulu, dari no 1 sampai 6, sumenye letak bidang yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris.. Kriteria utama pemilihan pada masa itu adalah universiti. Kalo kat universiti yang diingini tu takde TESL, penulis letak TESOL.. Universiti yang berada di tangga teratas ialah UKM.. Dalam banyak2 universiti, UKM lah universiti yang penulis tak tau langsung latarbelakang dia, xdpt nk bayangkan bagaimana keadaan di sana. Nak amik UIA tak berkesempatan... Selepas UKM, penulis letak UM di tangga kedua, sebab penulis tak yakin untuk dapat UM sebab UM untuk orang yang hebat2.. Selepas UM, letak USM.. Seminggu dalam tempoh isi borang online tu, penulis masih ragu2 dengan pilihan pertama dan kedua. Antara UM dan UKM.. Selah ngan Syakila amik UM.. Wa,Mardi,Wani ngan Yana amik USIM, Ipah ngan K.maa amik UPM, koi ngan Elin je mtk UKM.. mm.. Nak amik UM, penulis tak yakin dapat survive kat sana.. UM,penulis ada dengar sedikit sebanyak cerita mengenainya. Kat sana sume orang teror2, persaingan pun hebat2, takut tak mampu nak belajar dalam suasana yang tertekan walaupun tekanan banyak membantu untuk diri ini dalam situasi2 tertentu. UKM.. tak tahu macamana penulis boleh klik universiti ni dan meletakkannya di pilihan pertama. Alhamdulillah, pilihan Allah sememangnya yang terbaik. Di perbukitan ilmu inilah penulis mula mengenal matlamat hidup ini. Mula bertatih dan merangkak di jalan ini. Perjalanan yang tidak menjanjikan kesenangan di dalamnya,malah dipenuhi duri2 yang tajam menikam. Namun, penulis tidak menyesal kerana memilih untuk menyelusuri jalan ini kerana yakin diri ini memerlukannya..

~ kami serahkan semua hidup pada Allah ~

Wednesday, November 12, 2008

KEnAngAnkU 2...

Tak abis lagi baca buku biru ni.. Tapi jari2 ni gatal nak mengetuk2 keyboard nih.. Ni la padahnya kalau dah gatal wat blog.. Huhu.. Secebis kisah di matrikulasi da pun tercoret di sini. Besar lah harapan jari2ku kiranya dapat aku ceritakan bagaimana aku boleh ambil subjek akaun semasa di MRSM Serting dulu..

Pada hari itu, sebagai pelajar yang baru mendaftarkan diri untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan 4 dan 5, kami menghadiri sesi taklimat mengenai aliran yang disediakan iaitu aliran akaun dan biologi ( subjek kimia dan fizik sume wajib amik tak kira aliran akaun atau sains). Hari tu, aku duduk skali ngn Izaffi, Tasya dan roomatenye memandangkan budak2 Pasir Tumboh yang dapat kat Serting hanyalah 5 orang je,aku,Tasya,Ila,Zafi dan Izul.. Masa taklimat, hati aku da berbelah bahagi nak masuk akaun atau biologi.

“ Weh,nk masuk kelas akaun ke bio??” aku merisik pendirian dorg.
“ ntah la,” sahut roomate Tasya.
“ amik bio aa.. aku dop pandai akaun ni.. tengok la masa KH(kemahiran hidup) dulu.. tak mboh aku amik akaun, mung?” soal tasya kepada aku.
“ dop tahu lagi..”

[Masa KH dulu aku dapat markah 100% masa ujian akaun..huhu..Kalo amik bio, kena bedah katak pastu wat test air liur (itu je yang aku tau masa tu) dan yang paling konfom kena hafal banyak menda.. nama2 yg pelik dan panjang2.. wawawa... xmbohhhh....
kalo nak amik akaun, budak2 ni xminat akaun, gerenti amik biologi.. xnaklah duk sorg2.. amik biologi la….....ishk.. bleh blajar ke nanti..]

“ ok, pelajar2 yang nak masuk aliran akaun beratur tengah2 dewan, satu barisan lelaki satu barisan perempuan, yang lain beratur ditepi..” arah Cikgu Firdaus, kaunselor kitorang. Kebetulan masa tu aku beratur dalam barisan kelas Sains dan berada bersebelahan dengan barisan kelas Akaun.. Nak masuk Akaun ke tak e… Aku langkah setapak keluar dari barisan kelas Sains tapi tak masuk barisan kelas Akaun..
Berdiri di tengah2….

“kalu mung nak masuk kelas Akaun masuk la, daripada mung masuk kelas Sains tapi dop leh blajo dok gune gok..” Tasya menasihatiku
“ tapi tak dop kawan la, kalu xdop kawan aku dok leh blajo gok” luah ku.
“Ala, kawan buleh cari, gi aa masuk dinung kalu mung nok amik Akaun, dak pe.. masa rehat, kita rehat sekali..” Zafi menambah.
“Masuk je la” galak roomate Tasya.
“dop tahu lagi…”

Masih lagi berada di tengah2 barisan…
'Ya Allah... Bantulah hambamu ini....'
…………..

“Eh, tu Dila.. Woi Dila!!” Jerit Tasya.
Kami serentak berpaling ke arah pelajar tersebut. Rupa2nya, kawan sekolah rendah Tasya berada di barisan kelas akaun..
“Haa, Dila,kawan aku nok masuk akaun, mung skali ngn ye e?”
Memandangkan dilla orang Terengganu dan pengalamanku bersekolah di negeri itu (lagipun kg aku kt terengganu jgk.. heh), ngamlah kami berdua sebagai deskmate sampai Tingkatan 5.

Alhamdulillah.. Dengan izinNya dan berbekalkan markah kuiz akaun KH masa kat Mrsm YT Dungun dulu dan kehadiran Dila, rasmi lah aku menjadi warga kelas Akaun setelah menulis nama di atas sehelai kertas kajang pada hari itu... Kelas Al-Biruni..

Hari pertama di kelas Akaun..

Berdebar juga hati ni bila masuk kelas ni.. Betul ke aku ni nk amik akaun?? Takpe, tgk dulu sehari dua, kalo tak le bawak leh mintak tukar kelas Sains..
Kelas Akaun di Serting ada sebuah kelas sahaja berbanding dengan kelas Biologi yang mempunyai 12 buah kelas.(1 : 12!!) Rasa macam masuk kelas kanak2 istimewa lak sebab satu kelas Akaun nisbah 12 kelas Sains! Kelas ni sikit je ahlinya.. Selepas ditambah dan ditolak ahli2 Al-Biruni sesi 04/05 berjumlah 19 orang semuanya sehingga akhir Form 5. Mmm.. Tengok kawan2 sekelas mcm budak2 skema je.. Masa tu, semua orang wat hal masing2.. Aku masih lagi dalam proses ta’aruf ngan Dila.. Sempoi gak budak ni rupanya..
Cikgu pertama yang masuk kelas kitorg aritu adalah cikgu fizik,Cikgu Rosli bin Minhat namanya.. Wajahnya garang tapi bagi aku dia seorang yang sangat kelakar dan akhirnya menjadi guru kesayangan kami .. Memandangkan kami masih tidak mengenali rakan2 sekelas, Cikgu Rosli meminta kami bangun satu persatu dan memperkenalkan diri masing. Antara kriteria yang beliau nak tahu ialah nama, asal, sekolah sebelum dan cita2. Seorang demi seorang bangun meperkenalkan diri masing2. Kebanyakkan berasal dari Kuala Lumpur dan ramai dari maktab yang sama. Amin dan Khalilah(Mrsm Pendang),Ezzatie,Dyeng,Sharifah dan Emilia(Mrsm Kuala Klawang)Masya,Hana,Maisarah dan Aizi(Mrsm Muadzam Syah)sementara Rose dan Khairul(Mrsm Terendak). Yang lain solo dari maktab masing2. Syazwan(Mrsm Kuala Krai), Farid(Mrsm Grik),Badli(Mrsm Batu Pahat), Maza(Mrsm Serting), dan Dilla(Mrsm Jeli). Ditakdirkan giliran aku merupakan orang kedua terakhir, sempatlah aku merangka2 ayat. Cita2 masing2 pun hebat2.. Tak akauntan mesti nak jadi pakar ekonomi.. Semuanya seakan2 sama.. Penggodam komputer pun ada.. aii,bertaubat la Badli.. Akhirnya tiba giliran aku.. Ehem3...

Assalamu'alaikum,
Nama, Nabilah binti Mohamad Maiyidin,
Asal Pahang,
Sebelum ni berada di Mrsm Pasir Tumboh,Kelantan,
Cita-cita nak jadi ahli forensik..

”Hah!, kamu nak jadi apa? Ahli forensik??” soal Cikgu Rosli terkejut.
Aku mengangguk..'Salah ke??'

Aku hanya mampu tersenyum di saat kawan2 sekelas gelakkan aku.. Aduh, apa aku cakap ni.. tapi masa tu memang aku nak jadi ahli forensik pun sebab aku suka tengok cite CSI(Crime Scene Investigation) kt ntv7..

”Awak dah salah masuk kelas ni, ni kelas Akaun.. Nak jadi ahli forensik kena masuk kelas Biologi” ujar Cikgu Rosli sambil... gelakkan aku.. Cikgu Rosli pun tergelak.. huhu... Malunya aku ari tu.. First day da buat perangai... Dan hebohlah cite ada budak yang nak jadi ahli forensik salah masuk kelas Akaun...

********************************************************************

Kesimpulannya, dalam hidup ini kita perlu tetapkan matlamat hidup kita. Sebelum melakukan sesuatu, kita perlu ada matlamat dalam hidup ini untuk memandu arah tuju hidup kita. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tiada pedoman,terumbang ambing tanpa tujuan. Hanya belayar mengikut angin dan ombak yang beralun2...

~ kecemerlangan dan kualiti hanya dapat dihasilkan oleh mereka yang mempunyai wawasan, matlamat dan objektif yang jelas.. ~

KeNaNGaNKu...

Bila ingat2 balik titisan-titisan ilmu yang pernah aku belajar dari lautan ilmuNya yang Maha luas ni,suka untuk aku imbau kenangan2 lama.Subjek akaun,subjek yang paling aku rindui..mmm...Cuma, plg sakit kena hafal format penyata. Kelemahan aku satu je. Hafalan..(dulu dan sekarang..)Kadang2 tempat-tempat nombor da betul, cuma nama tempat yang nak kene letak tu tak ingat.huk3..Subjek yang aku paling minat subjek ekonomi (walaupun blajar 1 tahun je masa kat matrik) Sbb lecture dia best. En Abd.Rahman dan En. Embi.. Masih terngiang2 lagi keluk2 yg En.Embi suh lukis..Subjek ni kalo pandai goreng, mau dua muka surat aku karang ayat.. Ingat andaian2 dia, then bagi contoh mana2 yang patut.. Tp sedih, subjek ni la yang aku kantoi final exam last sem 2.. Padahal paper ekonomi la yang paling aku yakin dapat A. Alhamdulillah.. Ad sebab Allah tak bagi aku merasa dpt 4.00 sbb Dia tau aku ni kuat berlagak.. Pengajarannya, jangan terlampau yakin selepas menjawab satu2 paper sbb penentu sesuatu kejayaan adalah bukan disebabkan jawapan yg panjang di dalam exam atau isi2 jawapan yang diberikan tetapi penentunya adalah Yang Maha Kuasa,Pencipta pembuat soalan dan diri ini..(Lps exam trus yakin dpt A tuk ekonomi..)Last but not least, pengurusan perniagaan. Banyak kenangan kelas ni.. Especially ngan En. Shahnon sebab aku la orang paling kuat bertekak ngan dia pasal satu2 tajuk.. Kat kelas ni jugak aku dapat tittle 'miss confident' sebab tiap2 kali aku present, aku akan present ngn konfidennye walaupun fakta yang aku bagi tu salah.. huhu..Apa2 pun aku tau En. Shahnon sayang kat aku sebab dia mesti puji group aku tiap2 kali group kitorang wat presentation (hee..) Teringat lak kat projek perniagaan kitorang, cipta produk baru, pen + liquid (idea aku yg xbetoii).. hehe.. last2 ketua pengarah, tukar jadi elektronic organizer.. mintak maaf ye kengkawan.. idea aku memang ntah pape pun..


Apa yang paling aku tak leh lupakan ialah sahabat2 yg sama2 menuntut ilmu di kmp.. stay up sama2, bodek lecture sama2, dan yg paling aku hargai usaha2 mereka mengadakan kelas tambahan sebelum exam (org yg dipilih la).. Alhamdulillah,dengan taufik dan hidayahNya, kat matrik juga aku mula berhijrah.. Dari 'baik' kepada lebih baik ( hehe.. :p).. Ribuan terima kasih buat Madihah, Raslah, Najwa, Wani, Syakila, Yana, Ipah, Fizah, K.ma dan Elin(ad kt ukm skang) atas sebuah jalinan perhubungan yang bernama persahabatan.. Moga Allah sentiasa merahmati dan memayungi kalian dengan rahmatNya yang MAHA Luas... Jutaan kemaafan dipohon andai sudah lama tak mengirim berita dan bertanya khabar.. Hakikatnya, kalian masih lagi daku ingati dan selautan doa tak penah surut buatmu sahabat2ku.... Pesanku buat kalian dan diriku yang hina ini, tinggikanlah Islam di dalam segenap ruang kehidupan kita,baik tingkah laku dan pemikiran.. Daku tahu kalian lebih hebat dan lebih layak dari diri ini.. Moga hidayah Allah menyinari hidup kalian dan semoga ukhwah yang terjalin atas izinNya berkekalan hingga ke hari kita bertemu denganNya..

” Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
untuk kenangan bersama…..”
-perenggan last lagu kau,kawan dan teman-unic...

p/s : teringat pesanan terakhir En. Embi, kalo lepas grad tak dapat kerja jangan lupa cari dia.. =p

~ MaaFKaNLaH BiLa TeRLuKa,fAhAmIlAh bIlA kElIrU,NaSiHaTiLaH BiLa TeRLeKa,tEgUrlAh bIlA tErsIlAp,iNGaTiLaH BiLa KeSuNYiaN.. ItUlAh kEhEbAtAn UkhwAhfIllAh ~

Me, Myself and I.. alone??

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, selesai 3 paper dan masih berbaki 3 paper lagi.. Entah kenapa kurasakan semangat untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu semakin pudar musim2 exam ni.. Aku tak memberikan yang terbaik buat 3 paper yang lepas.. Macam cincai2 je.. Kalau dulu, semangat untuk bersaing dengan sahabat2 matrik membantu menaikkan semangat untuk membuat yang terbaik namun aku tak temui semangat seumpama itu di sini.. Mungkin niat persaingan aku dulu bersih sket kot.. Kalo dulu, aku bersaing dengan sahabat2 supaya kami sama2 beroleh kejayaan yang terbaik namun disini mungkin ada sejalur kejahatan di hati ini (maafkan aku, coursemates.. mungkin aku masih terasa dengan peristiwa prk sesi lepas...) Arini da 2 hari aku tak dapat menumpukan perhatian pada apa yang aku baca.. Pada detik ni, aku baru abis baca 40 ¾ muka surat (daripada 262 muka surat)..


Niat di hati nk khatam baca buku biru ni(an introduction to psycholinguistics), baru nak kuarkan point2 yg penting.. Dr Noreiny ada tekankan chapter2 yang perlu diberi perhatian tapi, sudah menjadi tabiat, hatiku takkan puas selagi tak baca keseluruhan buku (walaupun banyak yang tak paham,huhu..) Buku ni menceritakan teori2 dan kaedah2 Bagaimana Seseorang Boleh Menguasai Sesuatu Bahasa samada bahasa ibunda mereka atau bahasa kedua..( first language learning and second language learning) Dalam 'first language learning' ada 5 chapter iaitu:
1) Bagaimana Kanak-Kanak Menguasai Bahasa
2) Orang Yang Mempunyai Masalah Pendengaran ( Dr Noreiny tak bagi guna perkataan 'pekak' sebab kalo orang yang mempunyai masalah pendengaran tau mesti dia kecik hati ;“use the term hearing impared instead of deaf”): Isyarat, Pertuturan dan Penulisan
3) Prinsip-Prinsip Pembacaan dan Pengajaran
4) Kanak-Kanak Terpinggir (wild and isolated children) Dan Tempoh Kritikal Untuk Menguasai Sesuatu Bahasa
5) Haiwan Dan Penguasaan Bahasa

Dalam 'second language learning' lak ada 3 chapter iaitu:
1) Kanak-Kanak vs Orang Dewasa Dalam Penguasaan Bahasa Kedua
2) Kaedah Pengajaran Bahasa Kedua
3) Penguasaan Lebih Dari Satu Bahasa (Bilingualism), 'Intelligence', 'Transfer' Dan Strategi-Strategi Pembelajaran

Pastu ada tambahan satu topik lagi iaitu Bahasa, Minda dan Otak (Language, Mind and Brain). Bawah tajuk ni ada 4 chapter iaitu:
1) Bahasa, Pemikiran dan Budaya
2) Darimana Pengetahuan Mengenai Bahasa Datang? Akal, Bakat Semulajadi, Tabiat?
3) 'Natural grammar', Minda dan 'speaker performance'
4) Bahasa dan Otak (Language and Brain)

Huhu… tak sangka leh summarize kan sume camni.. pasni nak stadi camni la.. sebelum ni pegang je buku biru tu,tak sampai 1 mukasurat lebih, da syahid.. windunyee masa stadi kat matrik dulu2.. Baru terasa yang aku ni keseorangan di dalam course ni.. bukan tak nak stadi ngan kawan2 yang len tapi.. ye la, bukan senang nak cari yang sehati dan sejiwa yang tak betol macam aku ni.. huhu... lagi pulak bidang yang aku amik skang ni, berbeza sket cara stadinya.. tak macam dulu2, buat latihan, paham konsep, buat andaian dan tekan kalkulator..skang ni kalkulator kesayanganku da berhabuk sebab tak guna sangat.. kesian dia,takpe, next sem akan ku hadiahkan kalkulator ni pada Ali,( takyah beli yang baru,jimat sket duit ayah..huhu..) Kalo dulu, amik subjek akaun,ekonomi dan pengurusan perniagaan (dalam bahasa melayu sepenuhnya..)skang da totally bertukar.. Bidang dan bahasa pengantarnya sekali ..

~ jutaan hikmah tersembunyi disebaliknya ~

KiTa dAn PuBLiC SPeaKiNG..

Pagi tadi zaujah ana telah dipanggil oleh kolej PTPL untuk menghadiri sesi temuduga bagi satu jawatan kosong di sana. Antara perkara yang diminta untuk dilakukan semasa sesi temuduga adalah menyediakan satu ceramah/persembahan selama 15 minit setiap seorang.Maka yang turut pening kepala adalah ana, kerana selaku seorang suami yang soleh lagi terpuji, ana turut terheret di dalam kancah ini dengan mencadangkan bahan, membantu mengolah bahan, membantu melatih dan memberikan komentar serta kritikan membina bagi membaiki mutu ceramah zaujah ana.Bila difikirkan kembali, ana rasa kebanyakkan muslimat kita bahkan juga sesetengah para muslimin semasa di kampus atau di luar kampus tidak dilatih dan dibiasakan dengan public speaking/ceramah..Mereka kadang kala boleh bercakap, boleh berinteraksi di hadapan orang..tetapi ianya terhad kepada orang-orang yang tertentu sahaja sama ada di kalangan 'geng' sendiri, di kalangan sesama jantina atau di hadapan anak-anak murid.Dan isi kandungan ucapan yang disampaikan juga kadang kala terhad kepada sesuatu yang ringkas, mudah dan tidak berat.Maka tidak hairanlah apabila ana mencadangkan satu tajuk yang agak berat, berkisar kepada motivasi diri kepada zaujah ana, beliau agak terkial-kial mencari titik khusyu' dan 'feeling' di dalam menyampaikannya lantaran tiada pengalaman dan kurang kemahiran.Nervous, penggunaan tatabahasa yang tidak betul serta suka mengulang-ulang ayat/perkataan yang sama banyak kali adalah antara kesilapan yang kerap dilakukan.Bahkan disaat-saat akhir, jam 1pagi, beliau dah frust dan nak tarik diri daripada menghadapi temuduga tersebut. Tetapi ana membantah kerana mengenangkan temuduga tersebut di-adjust oleh jiran kami yang merupakan salah seorang pensyarah sambilan di sana. Alhamdulillah, beliau setuju untuk teruskan.Tetapi ana tak tahu apa yang berlaku semasa temuduga tadi...kena tunggu empunya diri komen.Apa yang ana nak tekankan di sini adalah amat penting untuk kita terutamanya para muslimah selaku para amilin Islam, pewaris kepimpinan gerakan, melatih dan membiasakan diri kita berucap,berceramah di khalayak ramai dengan ucapan/ceramah tajuk-tajuk yang mungkin agak berat dan menggunakan tatabahasa Melayu yang betul, bukan bahasa Melayu rojak/broken.Kadang-kadang ana melihat, jemaah-jemaah lain seperti JIM/ABIM agak terkehadapan di dalam soal ini berbanding dengan kita. Cuba lihat pimpinan-pimpinan Dewan Muslimah atau Nisa' yang terkehadapan di masa sekarang. Apa background tarbiyyah mereka? Kebanyakkan yang ana lihat, background mereka kalau bukan JIM mesti ABIM.Di mana muslimat kita, yang kita berpenat lelah, berhabis ribuan duit serta masa untuk mengkaderkan dan mentarbiyyah mereka? Adakah muslimat yang berkualiti dan berbakat kita hanya disimpan untuk dijadikan perhiasan di rumah sahaja? Hanya untuk dikecap dan dimanfaatkan oleh keluarga serta 'geng-geng' terdekat mereka sahaja?
Cubalah kita renung dan fikirkan..

Yang sedang termenung,
Suami Penyayang
-Adeeb
Sumber dari munadib.blogspot.com

Bila difikir2kan balik, ada betulnya. Muslimat kita susah untuk ke depan melontarkan pendapat dan meluahkan buah fikiran masing2. Masalah ni berlaku mungkin disebabkan kekangan masa untuk mengetahui hal2 yang berada di luar topik kampus. Kekurangan isi/point mengenai tajuk2 tertentu. Terlalu sibuk dengan hal2 yang berlaku dikalangan sendiri sampaikan tak ambil cakna dengan perkara2 lain. Pernah satu hari,dalam perjalanan balik ke rumah ayah bertanya mengenai hal2 semasa yang berlaku di luar, tapi masa tu penulis memang tidak mengetahui sedikit maklumat pun mengenai perkara tersebut disebabkan ketidakpekaan diri sendiri untuk ambil sedikit masa membelek2 akhbar (nasional mahupun alternative) semasa berada di kampus. Tu masa mula2 stat sem. Mungkin terlalu sibuk menyelaraskan semua perkara pada awal2 semester menyebabkan situasi seperti ini berlaku.. Lajnah tarbiyyah sendiri da amik banyak pendekatan untuk memantapkan tsaqafah ahli (cth: khatibah ulasan buku2 haraki dan isu semasa). Platform tuk berceramah memang banyak ketika di kampus terutamanya dikalangan muslimat (cth: bicara helwani setiap jumaat) tapi figure2 untuk ke hadapan adalah orang yang sama. Memang ada tujuan tertentu dan mungkin keadaan ini menyebabkan orang lain berada di zon yang selesa kerana mereka tau mereka tidak akan dipanggil ke hadapan. Hasilnya, ramai muslimat2 kita menghadapi masalah lack of confident bila berhadapan dengan public (termasuk diri yang menaip ni,huhu..) Sekiranya kita berjaya mewujudkan ‘speaker corner’ di dalam kampus, ianya dapat memberikan lebih peluang kepada muslimat2 kita untuk berhadapan dengan public yang mana penontonnya terdiri daripada latarbelakang yang berbeza. Selain dari kita dapat mengutarakan mengenai isu2 semasa, speaker corner ini juga mampu menjadi platform membina pengalaman untuk kita berhadapan dengan public. Dari situ kita akan belajar pendekatan untuk berhadapan dengan orang awam dan menangani masalah gugup serta masalah tatabahasa dengan memantapkan penggayaan perkataan yang akan digunakan.

p/s : Teringat waktu sekolah2 dulu, pada setiap pagi seorang pelajar akan dipilih untuk public speaking ( ucapan dalam bahasa inggeris) di atas dewan besar di hadapan semua pelajar selama 10 minit.. Malangnya penulis tidak berkesempatan untuk merasai pengalaman tersebut kerana nama penulis berada di giliran belakang (Alhamdulillah).. =p

Kenapa Zinnirah??


Sebuah artikel di dalam ”shoutul marjan” (majalah sekolah al-mashoor,pulau pinang) telah membuatkan diri ini teramat kagum dengan seorang insan yang bernama Zinnirah. Terdapat beberapa versi mengenai kisah Zinnirah namun kisah yang dicoret di dalam edisi kali ini sangat terkesan di hati. Kisahnya yang sanggup memberikan matanya sendiri kepada seorang pemuda yang telah tertarik dengan matanya yang cantik (walaupun pada ketika itu beliau mengenakan niqab semasa terserempak dengan pemuda tersebut) memberikan kesan yang besar kepada diri ini. ketika gadis2 lain berlumba2 untuk menonjolkan kecantikan mereka buat tatapan umum, namun Zinnirah sanggup ’membuang’ matanya dan memberikan kepada pemuda tersebut kerana takut akan kemurkaan Allah ke atas dirinya yang telah menyebabkan seorang pemuda tidak dapat melelapkan mata lantaran teringatkan matanya.. Sangat besar ketakutannya sekiranya dirinya merupakan penyebab kepada pemuda itu lalai daripada mengingati Sang Pencipta mata tersebut.. Walaupun diri ini tidak sesempurna srikandi mulia Zinnirah, namun semangat dan ketakutannya kepada Khaliq memberikan inspirasi dalam diri ini. Selain itu Zinnirah merupakan antara golongan yang awal memeluk islam dan kisah2 golongan ini memberikan sumber kekuatan untuk diri ini untuk terus thabat di jalan ini kerana mereka merupakan golongan yang dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang amat hebat dan mempunyai kekuatan akidah yang sangat tinggi. Kesabaran dan kecekalan mereka dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung pada ketika itu.

Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum Muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam yang betul2 menghayati makna Islam yang sebenar2nya. Berikut merupakan cebisan kisah mengenai srikandi ini.

Kisah Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda.Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akihirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.
Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.
Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

~ srikandi mulia, inspirasi diri ~

Bismillah wal Hamdulillah….

>Segala pujian dirafakkan buat pencipta sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat seterusnya kepada pejuang2 gerakan Islam yg telah syahid mahupun yg masih meneruskan perjuangan sehingga ke detik ini….

Setelah sekian lama melayari dan mengikuti blog2 yg wujud di dunia maya, atas saranan dan galakan dan pertolongan sahabat2 yg dikasihi kerana Allah, dikuatkan juga diri ini untuk membina sebuah medan perkongsian ilmu melalui tinta keyboard laptop. Jutaan terima kasih dilayangkan buat sahabat2 yang banyak membantu di dalam usaha untuk mewujudkan laman ini. Sebelum ni dah taip sket2, cuma menunggu masa dan kekuatan untuk di'publish'kan.. Alhamdulillah, hari ni selesai mewujudkan 'badan' blog ni.. Cuma xde aksesori2 lagi. InsyaAllah, akan 'disaratkan' dari masa ke semasa. Masa belajar subjek komputer dalam pendidikan semester 1 dulu, En Zul tak sempat nak ajar wat blog cantik2 camni.. Makasyeh k.ct,k.shah, k.timah, k.izan, k.milah dan sume2 yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung… Hu.. Hati ini cukup risau sekiranya jari2 ini hanya akan mengetuk-ngetuk papan keyboard ini tanpa ‘had dan batasan sempadan’ yang sepatutnya… Kebiasaannya hanya meninggalkan comment kt shoutbox sahabat2, kali ini sudah ada platform sendiri untuk mengatakan mengenai sesuatu perkara.. Mohon peringatan dan teguran dari semua..

Sebarang kritikan dan pandangan amat2 dialu2kan…