Showing posts with label pandangan peribadi. Show all posts
Showing posts with label pandangan peribadi. Show all posts

Thursday, May 7, 2009

SiLeNCe in mEeTiNg???

Salam’alaik..


Alhamdulillah… tetiba terjumpa satu fakta yang sangat menarik.. he.. sedang asyik penaip bertungkus lumus mempersiapkan diri untuk menjawab soalan exam esok hari, ada satu penyataan membuatkan penaip tersenyum sorang-sorang…

“ even silent can act as feedback”…

(berdiam diri juga merupakan salah satu cara untuk merespon)


Sindrom ‘senyap’ atau ‘tidak memberi maklum balas’ semasa meting sering kali diutarakan. Tambah-tambahan lagi isu ini pernah ditimbulkan di dalam satu program di peringkat nasional. Antara sebab-sebab berlakunya keadaan sedemikian ialah ahli-ahli mesyuarat merupakan merupakan orang-orang yang tidak biasa terdedah dengan suasana meeting menyebabkan mereka berasa kekok dan kaku di dalam meeting. Lantas, mereka mengambil keputusan untuk menjadi pemerhati dan pendengar dahulu. Selain itu, antara punca-punca situasi ini terjadi adalah tidak memberikan tumpuan terhadap isi perbincangan di dalam meeting. Apabila fikiran mula menerawang memikirkan perkara yang bukan di dalam meeting, maka si pendengar tidak dapat memberikan maklum balas terhadap apa yang dibincangkan. Tidak mempunyai pengetahuan yang luas mengenai subjek yang dibincangkan juga merupkan salah satu faktor terjadinya peristiwa ini. Bagaimana mungkin kita boleh membincangkan mengenai cara-cara untuk mengupas buah durian dengan cara yang efektif jika kita sendiri tidak tahu bagaimana rupa bentuk sebiji durian itu ( sekadar contoh ). Oleh itu, rajin-rajinlah mencari maklumat dan mengambil tahu mengenai semua perkara . Seterusnya, alasan yang paling feymes terjadinya perkara ini ialah “ orang lain dah cakap apa yang aku nak cakap”. Jadi apabila pengerusi mesyuarat melontarkan soalan cepumas beliau ‘ ada sebarang soalan?’ dan pada ketika itu suasana sunyi dan sepi berlangsung, ini bermakna persamaan idea atau kesatuan pendapat telah berlaku.. ( haha).



Entry kali ini penaip ingin bawakan mengenai ‘maklumbalas’. Kenapa penting sangat proses memberi maklumbalas ni? Tak boleh ke kalo kita menjadi pendengar je bila meting? Sekadar pemerhati.. Tak boleh sahabat-sahabat.. cuba bayangkan selama 20 tahun kita di dunia yang sementara ni, tak de seorang pun yang pernah beri apa-apa teguran atau maklumbalas terhadap apa yang kita lakukan. Tak de orang yang pernah memberi motivasi kepada kita ketika kita mula belajar berjalan atau mula menunggang basikal. Tak de sorang pun yang pernah bagi amaran atau marah kita apabila kita bermain dengan peralatan yang tajam atau apabila kita meletakkan tangan kita pada api dapur. If that’s happened to you, there’s must be something wrong with you.

Antara kepentingan-kepentingan memberikan maklumbalas ini ialah ianya mampu meningkatkan tahap kefahaman kita terhadap sesuatu perkara. Apabila proses komunikasi disusuli dengan maklumbalas, suasana akan menjadi lebih hidup dan ini akan menggalakkan proses penyampaian maklumat di otak kita bergerak dengan lebih laju. Sekiranya selepas kita membentangkan sesuatu di dalam meeting tapi semua orang hanya mengerdip-ngerdipkan mata masing-masing tanpa sepatah perkataan, sahlah bahawa mereka langsung tidak dapat menangkap atau faham apa yang sedang anda bincangkan. Melainkan ada beberapa orang yang mengangguk-angguk kepala ( dalam keadaan mata tidak tertutup) ketika anda sedang membincangkannya.



Sebab utama mengapa kita harus memberi respon atau maklumbalas ialah kita dapat menjana pemikiran dengan memperbaiki cadangan yang sedia ada dan menegur sebarang cadangan yang dirasakan tidak relevan. Kebiasaannya, kita tak nampak sebarang kesalahan atau masalah yang akan berlaku atas tindakan yang kita lakukan, tapi, dengan adanya respon-respon dari sahabat-sahabat, tindakan yang kita akan ambil akan menjadi lebih tersusun dan lebih sistematik.

Penaip tahu, halangan paling besar sekali untuk kita bersuara dalam meeting adalah kita segan atau malu untuk bersuara. Bila time nak cakap je, rasa suara tu tak mampu nak keluar.. Kadang-kadang bukan malu pun sebenarnya tapi perasaan takut sekiranya apa yang kita ingin katakan tu takde kaitan dengan subjek atau akan diperlekehkan oleh ahli-ahli mesyuarat.. Bagaimana nak mengatasinya?? Yakinlah apa yang kita nak cakap tu sangat-sangat diperlukan oleh ahli-ahli mesyuarat yang lain.Lontarkan apa sahaja yang ingin sahabat-sahabat katakan. Pekakkan telinga sahabat-sahabat terhadap kata-kata yang dirasakan akan mengguris perasaan sahabat-sahabat setelah kita bersuara. Biarlah orang nak cakap apa. Yang penting kita dah luahkan apa yang ada di fikiran kita. Nak buat camna, dah memang itu yang kita fikirkan. Dan, kepada ahli-ahli mesyuarat yang lain, tolong fahami ahli-ahli lain yang berdiam diri. Ketahuilah, diam – diam mereka diam – diam berisi.. Mereka sedang berfikir.. Sesetengah orang, idea-idea selalu datang selepas daripada meeting. Masa tengah meeting blurr je sebab masih memproses maklumat yang diterima. Bila maklumat dah diproses dengan lengkap, barulah dia boleh memberikan maklumbalas.. Kepada mereka yang berkenaan, sila salurkan pandangan anda kepada orang yang sepatutnya.. " kalau Allah dah campakkan ilham kepada kita semasa meeting,kita kena sampaikan atau berkongsi ilham tersebut dengan ahli-ahli mesyuarat yang lain "...




~ Buat sahabat-sahabat yang dikasihi fillah, beranikan diri, pasakkan azam untuk berusaha menjadi pemikir-pemikir yang mampu mengubah dunia.. Kitalah bakal penentu hari esok.. ~

Friday, February 27, 2009

BANGKIT + SEDAR = PEKA



Bismillahi wal Hamdulillah...

Agak sukar untuk menaip + berfikir setelah sekian lama tidak melakukannya secara bersungguh-sungguh.. InsyaAllah, dengan masa yang ada ini penaip cuba memanfaatkan kurniaan Allah yang berupa pinjaman ini untuk manfaat kita bersama. Penaip merasa terpanggil untuk menaip mengenai isu PPSMI yang masih lagi tidak disedari oleh sesetengah pihak akan kepentingan untuk memperjuangkannya. Pernah ditimbulkan isu ini di dalam kelas Thinking Skills in Education dimana Dr Aishah menyoal kami,

"Which one do you prefer, teaching Science and Mathematic in English or in Bahasa?”.

Serentak kami pelajar tahun 2 program TESL dan Sains, Fakulti Pendidikan menjawab “ in Bahasa!!”..

Lalu beliau menceritakan pengalaman beliau semasa bercuti di Negara China baru-baru ini. Setiap kali beliau mahu bergerak ke satu2 destinasi tertentu, beliau akan meminta pekerja yang berada di meja pendaftaran hotel untuk menulis nama destinasi tersebut(di dalam bahasa mandarin) di atas sehelai kertas dan kertas tersebut akan diberikan kepada pemandu teksi yang berada di luar. Begitu juga apabila beliau ingin pulang semula ke hotel, beliau akan menunjukkan sehelai kertas yang tertulis nama hotel (dalam bahasa mandarin) tersebut kepada pemandu teksi. Begitulah cara beliau berkomunikasi di negara tersebut, just using a piece of paper. Walaupun, penduduk di Negara tersebut tidak mampu untuk berkomunikasi dengan baik dengan ‘foreigner’ but still, their country could develop better than us. Bahasa tidak menjamin kemajuan sesuatu Negara tetapi apa yang perlu diubah ialah mentaliti dan sikap penduduk di sesebuah Negara itu. Sekiranya pelaksanaan PPSMI ini beralasan kearah peningkatan kemajuan di Negara ini, penaip nasihatkan, lupakanlah..

Untuk pengetahuan sahabat2, kedudukan negara-negara dalam pertandingan tahunan Olimpiad Antarabangsa Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi,iaitu kedudukan pertama hingga sepuluh digondol oleh negara-negara yang bahasa pengantar sekolahnya dalam bahasa ibundanya. Contoh, Olimpiad Matematik Antarabangsa 2002 menintakan Republik China sebagai johan, diikuti oleh Rusia dan Amerika Ayarikat, Bulgaria, Vietnam, Korea Selatan, Taiwan, Romania, India ( satu-satunya bukan bahasa ibunda), dan Jerman. Negara2 ini merupakan negara2 maju di dalam bidang masing2 dan mereka masih menggunakan bahasa ibunda mereka! Lebih daripada 80 orang penerima Anugerah Nobel dalam bidang Fizik dan Kimia adalah mereka yang menuntut pelbagai disiplin dalam kedua2 bidang ini termasuk Matematik dalam bahasa Jerman, Perancis, Belanda, Jepun, China, Polish dan beberapa bahasa yang bukannya bahasa Inggeris.


Benar, kita perlu belajar bahasa Inggeris kerana ianya bahasa antarabangsa. Ia adalah alat untuk kita membuat rujukan dan memperluaskan bacaan. Kalau mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kita rendah, maka itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena tentang sistem dan metodologi pengajaran bahasa tersebut dan kita perlu mencari jalan untuk mengatasinya.

Tetapi, bukan dengan cara mengajar Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris kerana ini adalah sama macam mengajar bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu dengan harapan para pelajar akan memahami bahasa Inggeris. Dan benar juga betapa kita tidak mempunyai buku rujukan dan bahan bacaan yang mencukupi dalam bahasa Malaysia. Tapi bukankah sepatutnya kita telah pun mengatasi masalah ini?

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah ditubuhkan pada September 1993. Setelah 15 tahun berlalu, berapa banyakkah buku ilmiah terutamanya dalam bidang Sains dan Matematik serta Teknologi yang telah berjaya diterjemahkan oleh ITNM? Adakah segala usaha2 ini hanya dibiarkn begitu sahaja tanpa mampu dimanfaaatkan oleh pencinta2 ilmu sepenuhnya??


Penaip tertarik dengan cadangan supaya isu ini menjadi tajuk khutbah Jumaat supaya masyarakat dapat sedar dan peka dengan isu2 semasa yang berlegar2 di sekitar kita. Sekurang2nya, jumlah mata2 yang biasanya terlelap ketika khutbah Jumaat akan kembali celik ketika isu2 semasa dibincangkan... Akhir kata, penaip menyeru sahabat2 sekalian supaya turun beramai-ramai pada 7 Mac ini bagi menyatakan bantahan anda terhadap PPSMI ( PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DI DALAM BAHASA INGGERIS). Suara anda mampu membawa perubahan.. Penaip ada menyentuh mengenai isu ini di dalam entry yang terdahulu, sila klik labels : pandangan peribadi.

~ Kenaikan tol di 5 buah lebuhraya dibatalkan oleh kabinet sebentar tadi, adakah ianya dipengaruhi oleh 3 pilihanraya kecil yang bakal berlangsung.. mmmm....~

Monday, November 24, 2008

PPSMI??

“ Percayakah awak semua sekiranya ana katakan pada 30-40 tahun akan datang, tidak akan ada orang bercakap dalam Bahasa Melayu di Malaysia,” soalan ustaz Isma menyentakkan diri penaip.
“ zaman anak ana yang kat belakang tu,zaman anak-anak antum, cuba kita tanya anak-anak kita, satu campur satu jadi berapa, mereka tak boleh nak jawab. Tapi kalo kita tanya one plus one equal to what, dengan pantas mereka menjawab one plus one equal to two.. two.. jangan sampai jadi macm tu.. Ana tak puas hati betul dengan cikgu-cikgu ni, ada cikgu-cikgu kat dalam ni?” soal Ustaz Isma. Penaip sekadar tersenyum macam kambing sakit gigi..
“ mintak maaf la kepada cikgu-cikgu atau ada bakal-bakal cikgu sekalian, tapi ana memang tak puas hati sebab apa, sebab golongan inilah yang patut kehadapan menentang habis-habisan pengajaran Matematik dan Sains didalam Bahasa Inggeris. Cuba bayangkan kalau semua guru-guru di Malaysia memboikot PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris), ada dorang nak teruskan rancangan ni?”.. Ingat balik isu Tulisan Jawi, apa dah jadi dengan kedudukan Tulisan Jawi hari ni? Kedudukan Bahasa Melayu akan jadi seperti kedudukan Tulisan Jawi sekarang..” Kata-kata Ustaz Isma semalam masih terngiang-ngiang di dalam kotak fikiran penaip. 'tulisan jawi... sebahagian besar khazanah-khazanah ilmu diambil dari sumber yang menggunakan tulisan ini... Kerakusan sesetengah pihak yang begitu takjub dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam kehidupan seharian membawa ke arah satu budaya yang dimana hampir keseluruhan nilai-nilai kehidupan dari barat dijadikan panduan tanpa menilai keburukan dan kebaikan sesuatu nilai.'

Sudah lama penaip ingin mengatakan sesuatu mengenai perkara ini. Ketika perkara ini diwar-warkan suatu ketika dahulu, penaip ketika itu masih berada di Tingkatan Dua. Miss Farah membuka meja debat mengenai isu ini di dalam kelas. Penaip berada di pihak yang membangkang isu ini. Penaip masih ingat satu isi yang penaip pernah berikan ketika itu, ”for student who already failed in English, they will get bad result in Science and Mathematic,meaning that they will get 5A and 3E rather than 7A and 1 E.” (lebih kurang macam 2 la ayat dia). Mata pelajaran Sains memerlukan kita untuk memahami konsep-konsep yang terdapat di dalamnya mengikut terma-terma yang spesifik. Ini menyukarkan guru-guru untuk menerangkan mengenai sesuatu tajuk dan akibatnya, masa banyak dibazirkan untuk penerangan sedangkan silibus yang perlu dihabiskan tidak dapat dihabiskan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Begitu juga dengan Matematik. Sesetengah orang kata takde masalah belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris sebab Matematik banyak guna nombor. Ada masalahnya.. Memang dalam pengiraan ia tidak banyak mempengaruhi, tetapi bagaimana sekiranya diberi satu permasalahan matematik dalam bentuk ayat yang panjang. Masalah pertama, apa maksud keseluruhan ayat tersebut dan kehendak soalan. Masalah kedua, bagaimana kita nak keluarkan maklumat-maklumat yang terdapat di dalam ayat tersebut. Masalah ketiga, bagaimana kita nak mengelaskan maklumat-maklumat tersebut. Seterusnya, formula apa yang kita nak gunakan. Ya,pelajar-pelajar boleh menjawab soalan tersebut sekiranya mereka diajar kaedah-kaedah untuk menjawab soalan itu dengan membuat latih-tubi yang banyak kerana mereka akan menghafal kaedah-kaedah tersebut. Tapi, seboleh-bolehnya kita belajar sesuatu bukan semata-mata untuk lulus peperiksaan dan menghafal kaedah bagaimana untuk menjawab sesuatu soalan. Kalo boleh, segala ilmu yang kita pelajari tu, kita boleh aplikasikan di dalam kehidupan seharian kita. Golongan yang menerima kesan paling buruk dari pelaksanaan PPSMI ini adalah bagi mereka yang berada di luar bandar ( rural areas) atas faktor persekitaran dan motivasi kendiri. Pengalaman prapraktikal di kawasan rumah penaip sedikit sebanyak membantu diri ini mengenali perwatakan dan karenah anak-anak murid dan juga kesan PPSMI ini dikalangan pelajar luar bandar. Disebabkan sekolah tersebut mempunyai masalah kekurangan tenaga pengajar, maka banyaklah relief class (kelas yang tidak mempunyai guru dan kita dikehendaki untuk mengambilalih kelas tersebut) yang penaip dapat setiap hari. Paling banyak dalam sehari ialah 8 relief class yang penaip dapat. Hehe..Memang kena buli betul,mentang-mentanglah penaip seorang je yang melaksanakan prapraktikal di sekolah tersebut. Takde la, pengalaman-pengalaman yang dikutip di Sek Men Keb Mengkarak merupakan antara pengalaman yang mahal buat diri penaip. Kebetulan masa tu time exam, maka banyak masa dihabiskan di dalam kelas-kelas peperiksaan. Pertama kali jaga relief class, penaip ditugaskan ke kelas Tingkatan Lima. Macam-macam plan yang penulis rangka di dalam minda. Nak berkenalan ngan setiap seorang pelajar dalam kelas tu, pastu nak bagi semangat sikit untuk SPM tahun ni, dan lain-lain. Sebaik sahaja sampai ke kelas tersebut, tak sampai separuh ahli-ahli kelas berada di dalam kelas. ‘mana pegi yang lain? Mentang-mentang ujian tengah tahun da abis, trus monteng kelas ke budak2 ni’.. andaian penaip yang 'baik'. Setelah mereka memberi salam, penaip mengarahkan mereka semua duduk. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang menyelesaikan folio sejarah manakala yang lain tengah buat hal masing-masing. Ada yang tengah bersembang, ada yang tidur dan ada yang keluar masuk kelas sesuka kaki mereka. Dengan sisa-sisa semangat yang masih ada, penaip memulakan bicara,
“ Cikgu Azreen ada hal di luar, jadi tak dapat masuk kelas arini. Kamu semua boleh buat kerja masing-masing dan jangan bising.”.. Penaip pun melangkah ke arah meja guru dan membaca buku panduan prapraktikum sehingga abis masa. Huhu…. Abis hilang semua plan-plan yang siap terlakar di kepala sebaik sahaja berhadapan dengan mereka.
Hari kedua kena jaga kelas Tingkatan Dua, kali ni penaip bersiap sedia dengan marker dan sedikit perkataan yang telah siap tertulis di atas sehelai kertas. Kelas ni ada lebih kurang 30 orang ahli. Disebabkan dorang ni muda sket, penaip lebih yakin untuk berhadapan dengan mereka. Setelah meminta mereka memperkenalkan diri, penaip memulakan sesi permainan. Penaip minta salah seorang daripada mereka ke hadapan untuk menjadi pembantu. Pembantu ini akan melukiskan gambar mengikut perkataan-perkataan yang telah penaip sediakan dan ahli-ahli kelas yang lain akan cuba meneka gambar tersebut (dalam Bahasa Inggeris, walaupun masa tersebut adalah masa Matematik,hu.. saje nak test skil) sebelum gambar tersebut selesai dilukis. Alhamdulillah, mereka memberikan kerjasama yang baik.( sampai aku pun jadi budak-budak dalam kelas tu,huhu). Err.. da lari dari tajuk ni, insyaAllah, sekiranya ada kesempatan, penaip akan coretkan seteguk pengalaman yang ditimba ketika prapraktikal di dalam entry yang lain.
Apa yang penaip ingin kongsi ialah penaip berhadapan dengan situasi penandaan kertas peperiksaan ujian penilaian pertengahan tahun Pelajar Tingkatan Dua. Kebetulan, kedudukan penaip di dalam bilik guru adalah berhadapan dengan Penyelaras Sains Tingkatan Dua, Kak Nor. Sepanjang masa dia menanda kertas anak-anak muridnya, mulutnya tidak henti-henti bercerita mengenai kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid-muridnya. Kebanyakkannya mempunyai masalah ejaan sesuatu perkataan di dalam Bahasa Inggeris. Yang paling penaip ingat ialah jawapan yang dikendaki oleh soalan ialah ‘type of plant’ , namun ramai pelajar yang memberikan jawapan seperti ‘ taip of plant’, ‘ type of plan’, dan ‘tep of plant’. Kesalahan mereka hanyalah ejaan sedangkan isi jawapan adalah betul. Adakah ini membuktikan pengajaran Sains dan Matematik dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar? Adakah cikgu Sains perlu mengadakan slot ‘spelling in science’ di dalam rancangan pembelajaran sedangkan sukatan pelajaran masih banyak lagi yang perlu dihabiskan.. Adakah peningkatan sebanyak 4.4% didalam UPSR baru-baru ini cukup membuktikan keberkesanan PPSMI??
Penaip berharap keputusan perbincangan mengenai PPSMI yang akan diadakan dalam masa yang terdekat ini, berakhir dengan satu keputusan yang boleh meningkatkan lagi mutu pendidikan ke atas anak-anak kita kearah melahirkan generasi-generasi yang benar-benar produktif dan proaktif didalam pemikiran dan tindakan bukan sebagai mangsa di dalam sistem penjajahan ini.
~ Tidak dikatakan seorang pemuda itu berjiwa pemuda apabila dia berkata “ayah aku begini-begini”,tetapi seorang pemuda itu akan berkata “ ini adalah aku, aku begini-begini” ~

Wednesday, November 12, 2008

KiTa dAn PuBLiC SPeaKiNG..

Pagi tadi zaujah ana telah dipanggil oleh kolej PTPL untuk menghadiri sesi temuduga bagi satu jawatan kosong di sana. Antara perkara yang diminta untuk dilakukan semasa sesi temuduga adalah menyediakan satu ceramah/persembahan selama 15 minit setiap seorang.Maka yang turut pening kepala adalah ana, kerana selaku seorang suami yang soleh lagi terpuji, ana turut terheret di dalam kancah ini dengan mencadangkan bahan, membantu mengolah bahan, membantu melatih dan memberikan komentar serta kritikan membina bagi membaiki mutu ceramah zaujah ana.Bila difikirkan kembali, ana rasa kebanyakkan muslimat kita bahkan juga sesetengah para muslimin semasa di kampus atau di luar kampus tidak dilatih dan dibiasakan dengan public speaking/ceramah..Mereka kadang kala boleh bercakap, boleh berinteraksi di hadapan orang..tetapi ianya terhad kepada orang-orang yang tertentu sahaja sama ada di kalangan 'geng' sendiri, di kalangan sesama jantina atau di hadapan anak-anak murid.Dan isi kandungan ucapan yang disampaikan juga kadang kala terhad kepada sesuatu yang ringkas, mudah dan tidak berat.Maka tidak hairanlah apabila ana mencadangkan satu tajuk yang agak berat, berkisar kepada motivasi diri kepada zaujah ana, beliau agak terkial-kial mencari titik khusyu' dan 'feeling' di dalam menyampaikannya lantaran tiada pengalaman dan kurang kemahiran.Nervous, penggunaan tatabahasa yang tidak betul serta suka mengulang-ulang ayat/perkataan yang sama banyak kali adalah antara kesilapan yang kerap dilakukan.Bahkan disaat-saat akhir, jam 1pagi, beliau dah frust dan nak tarik diri daripada menghadapi temuduga tersebut. Tetapi ana membantah kerana mengenangkan temuduga tersebut di-adjust oleh jiran kami yang merupakan salah seorang pensyarah sambilan di sana. Alhamdulillah, beliau setuju untuk teruskan.Tetapi ana tak tahu apa yang berlaku semasa temuduga tadi...kena tunggu empunya diri komen.Apa yang ana nak tekankan di sini adalah amat penting untuk kita terutamanya para muslimah selaku para amilin Islam, pewaris kepimpinan gerakan, melatih dan membiasakan diri kita berucap,berceramah di khalayak ramai dengan ucapan/ceramah tajuk-tajuk yang mungkin agak berat dan menggunakan tatabahasa Melayu yang betul, bukan bahasa Melayu rojak/broken.Kadang-kadang ana melihat, jemaah-jemaah lain seperti JIM/ABIM agak terkehadapan di dalam soal ini berbanding dengan kita. Cuba lihat pimpinan-pimpinan Dewan Muslimah atau Nisa' yang terkehadapan di masa sekarang. Apa background tarbiyyah mereka? Kebanyakkan yang ana lihat, background mereka kalau bukan JIM mesti ABIM.Di mana muslimat kita, yang kita berpenat lelah, berhabis ribuan duit serta masa untuk mengkaderkan dan mentarbiyyah mereka? Adakah muslimat yang berkualiti dan berbakat kita hanya disimpan untuk dijadikan perhiasan di rumah sahaja? Hanya untuk dikecap dan dimanfaatkan oleh keluarga serta 'geng-geng' terdekat mereka sahaja?
Cubalah kita renung dan fikirkan..

Yang sedang termenung,
Suami Penyayang
-Adeeb
Sumber dari munadib.blogspot.com

Bila difikir2kan balik, ada betulnya. Muslimat kita susah untuk ke depan melontarkan pendapat dan meluahkan buah fikiran masing2. Masalah ni berlaku mungkin disebabkan kekangan masa untuk mengetahui hal2 yang berada di luar topik kampus. Kekurangan isi/point mengenai tajuk2 tertentu. Terlalu sibuk dengan hal2 yang berlaku dikalangan sendiri sampaikan tak ambil cakna dengan perkara2 lain. Pernah satu hari,dalam perjalanan balik ke rumah ayah bertanya mengenai hal2 semasa yang berlaku di luar, tapi masa tu penulis memang tidak mengetahui sedikit maklumat pun mengenai perkara tersebut disebabkan ketidakpekaan diri sendiri untuk ambil sedikit masa membelek2 akhbar (nasional mahupun alternative) semasa berada di kampus. Tu masa mula2 stat sem. Mungkin terlalu sibuk menyelaraskan semua perkara pada awal2 semester menyebabkan situasi seperti ini berlaku.. Lajnah tarbiyyah sendiri da amik banyak pendekatan untuk memantapkan tsaqafah ahli (cth: khatibah ulasan buku2 haraki dan isu semasa). Platform tuk berceramah memang banyak ketika di kampus terutamanya dikalangan muslimat (cth: bicara helwani setiap jumaat) tapi figure2 untuk ke hadapan adalah orang yang sama. Memang ada tujuan tertentu dan mungkin keadaan ini menyebabkan orang lain berada di zon yang selesa kerana mereka tau mereka tidak akan dipanggil ke hadapan. Hasilnya, ramai muslimat2 kita menghadapi masalah lack of confident bila berhadapan dengan public (termasuk diri yang menaip ni,huhu..) Sekiranya kita berjaya mewujudkan ‘speaker corner’ di dalam kampus, ianya dapat memberikan lebih peluang kepada muslimat2 kita untuk berhadapan dengan public yang mana penontonnya terdiri daripada latarbelakang yang berbeza. Selain dari kita dapat mengutarakan mengenai isu2 semasa, speaker corner ini juga mampu menjadi platform membina pengalaman untuk kita berhadapan dengan public. Dari situ kita akan belajar pendekatan untuk berhadapan dengan orang awam dan menangani masalah gugup serta masalah tatabahasa dengan memantapkan penggayaan perkataan yang akan digunakan.

p/s : Teringat waktu sekolah2 dulu, pada setiap pagi seorang pelajar akan dipilih untuk public speaking ( ucapan dalam bahasa inggeris) di atas dewan besar di hadapan semua pelajar selama 10 minit.. Malangnya penulis tidak berkesempatan untuk merasai pengalaman tersebut kerana nama penulis berada di giliran belakang (Alhamdulillah).. =p