Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Wednesday, May 13, 2009

WANITA : AnTArA KaCa dAn PeRMaTa...

Salam'alaik..

Wanita hiasan dunia, tanpa wanita, maka akan suramlah dunia. Wanita adalah satu ciptaan Allah yang cukup unik,cukup istimewa. Jika disingkap kembali sejarah wanita di zaman sebelum datangnya nur Islam, wanita ditindas dan tidak diberi penghormatan, namun selepas kedatangan cahaya Islam, wanita diangkat martabatnya, diberikan penghormatan, keistimewaan serta kemuliaan. Menyentuh soal wanita, terlalu banyak yang perlu dibicarakan.

Lakaran sejarah telah menukilkan bagaimana Rabiatul Adawiyah seorang sufi yang mengabdikan sepenuh diri pada Sang Pencipta. Betapa sabarnya Fatimah dalam menghadapi segala kesulitan dan kesusahan hidup. Betapa besarnya pengorbanan Khadijah terhadap perjuangan Baginda Rasulullah SAW dan betapa teguhnya Hajar saat diuji Yang Esa.

Jika disoroti senario wanita di zaman kini, di manakah mahu dicari wanita setaat Rabiatul Adawiyah, sesabar Fatimah, seteguh Hajar dan semulia Khadijah?. Kita menyaksikan bagaimana wanita di zaman ini hanya mengejar keduniaan semata, dunia yang tiada sempadan. Mereka saling berlumba-lumba untuk menjadi yang terhebat atau ingin berada di antara mereka yang hebat tanpa menghiraukan arahan dan larangan Tuhan, aurat dibuka tanpa rasa segan silu, adab dan sopan tidak lagi dalam diri, malah ada yang sanggup menggadaikan maruah sendiri.


Saban hari, ketika dan waktu, kita lihat betapi licik dan sistematik propaganda-propaganda yang diatur oleh musuh - musuh Islam dalam memesongkan akidah wanita-wanita Islam. Wanita dijadikan bahan dagangan, boleh dijual dan dibeli sesuka hati, gambar-gambar wanita ditampal di sana sini. Di manakah hilangnya martabat dan maruah wanita?. Pada siapa harus dipersalahkan? atau kita hanya mampu berpeluk tubuh dan menuding jari pada orang lain?. Adakah kita masih berada di zon yang selesa?. Tepuk dada, tanyalah iman...



Justeru, kita sebagai wanita Islam sewajarnya menyedari peranan kita dalam menjulang kembali martabat wanita yang telah hilang kerana wanitalah yang bakal menjadi sayap kiri dalam medan dakwah. Wanitalah yang bakal menjadi tapak semaian dalam melahirkan generasi-generasi yang akan mewarnai arena perjuangan Islam, wanita jualah guru pertama dalam mendidik akidah anak-anak. Wanita diciptakan daripada rusuk lelaki kerana wanitalah yang menjadi pelengkap lelaki.

Jangan disangka kelembutan wanita adalah satu kelemahan, sinar matanya yang menawan serta senyuman yang menggoda pasti mencairkan hati-hati lelaki, maka tidak hairanlah jika ramai lelaki yang tewas pada wanita. Ketahuilah bahawa tangan yang menghayun buaian itu mampu untuk mengoncangkan dunia. Lantaran itu, kita sebagai mahasiswi Islam punyai peranan yang amat besar dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan agama Allah s.w.t.

Mahasiswi Islam seharusnya punyai kekuatan dan ilmu yang mendalam dalam menyelamatkan wanita-wanita Islam yang lain daripada terus tersesat. Atas dasar kesedaran inilah, maka kita perlu mengambil segala peluang yang ada kerana peluang untuk berjaya tidak akan menunggu kita melainkan kita menjejakinya.

Hayatilah manhaj pentarbiahan Rasulullah s.a.w. terhadap wanita-wanita Islam di zaman baginda. Jadikan diri kita sebagai qudwah hasanah kepada kaum wanita yang lain. Al-Quran dan As-Sunnah perlu dijadikan wadah panduan dalam kita mencari jalan penyelesaian. Sekadar berkata sahaja, tanpa kita memberi jalan penyelesaian adalah salah dan hanya akan membuatkan wanita terus-menerus hidup dalam suasana jahiliah. Firman Allah Taala yang bermaksud :

“ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri tidak mengubahnya”.

Oleh yang demikian, jadilah kita wanita yang menggunakan akal fikiran sebagai pembantu setia dalam merungkai apa jua masalah yang membelenggu diri, bukannya dengan emosi yang tidak terkawal. Buangkan pakaian mazmumah, pakai dan hiasilah dengan pakaian mahmudah, lengkapkan peribadi dengan nilai-nilai murni, hiasi diri dengan ketakwaan dan ketaatan kepada Yang Esa, agar kita mampu untuk meletakkan diri kita sebaris dengan pekerja-pekerja dakwah di jalan Ilahi.



~Jadilah kita wanita permata dunia, wanita pencorak bangsa! ~

Sumber :
Persatuan Pelajar Malaysia Syria
http://www.e-ppms.org

Wednesday, May 6, 2009

Aku ReLa..



Ini merupakan salah satu contoh hasil keringat curahan idea yang dihasilkan oleh salah seorang sahabat kita.. Buat sahabat-sahabat muslimat sekalian, ekspresikan dan kembangkan bakat-bakat terpendam anda, tidak kiralah di dalam bidang apa sekalipun... Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing.. Just do it!!

~ Manusia yang paling baik adalah manusia yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain ~

Sunday, April 26, 2009

KeTupaT ciNta...

Bismillahi wal hamdulillah..



Terima kasih pada k.Sarah sebab tolong belikan buku ni.. Rasa-rasanya, banyak belek buku ni berbanding buku-buku yang nak exam esok.. huhu... Pandangan awal penaip setelah baca 3 bab buku ni:
Sesiapa yang mengikuti perkembangan politik semasa pasti dapat menangkap apa yang Faisal Tehrani ingin sampaikan dan yang paling best ada banyak resepi masakan kampung dalam ni.. He..

~ Tajuk ketupat cinta tapi kenapa gambar cili giling?? hmmm.... ~

Tuesday, March 24, 2009

JaDiLah kaTak YanG PeKak..


Salam’alaik..
Entry kali ni, Penaip teringin sangat nak berkongsi dengan sahabat2 mengenai sebuah kisah ni.. Da seminggu duk dalam laptop,xpublish2.. Alhamdulillah arini baru ada kesempatan. Mgkin ramai yang dah taw mengenai kisah ni.. Penaip amik artikel ni dari blog Presiden ISIUKM, Ust Idris Mohd Yusoff. www.tintaduat.blogspot.com

Renungkan...

Pertandingan maraton peringkat hutan simpan, sempena meraikan ulangtahun kelahiran Raja Katak akan diadakan pada minggu depan. Pertandingan tersebut terbuka kepada semua katak yang tinggal di situ.

“Ish, jauhnya, 5 km!” Rungut beberapa ekor katak yang terpandang pada poster yang ditampal pada sebatang pokok. Namun, 10 ekor katak nekad menyertainya kerana hadiahnya lumayan. Maka bermulalah sesi latihan.

“Apalah bodoh sangat kamu semua ni, 5 km tu jauh,” sapa seekor katak yang kebetulan lalu di tempat katak-katak yang berminat menyertai pertandingan maraton itu sedang berlatih.

“Lebih baik balik tidur lagi baik,”.

”Tak usah la kamu terlibat benda-benda buang masa macam tu”.

Demikianlah antara suara-suara sumbang yang berbunyi setiap hari ketika mereka berlatih. Akibatnya, pada hari pertandingan, 4 ekor katak menarik diri kerana merasakan diri tidak mampu menghadapi laluan yang jauh dan mencabar.
Katak-katak selebihnya tetap nekad. Setelah beberapa kilometer, mereka rasa terlalu letih. Di pertengahan perlumbaan, mereka terpaksa berhadapan dengan cabaraan bertemu dengan kata-katak lain yang bertindak sebagai penonton.

“Tengok la tu, mereka dah letih, aku dah cakap, ini semua kerja bodoh!” kata seorang penonton.

“Mereka takkan mampu, jauh lagi garisan penamat,” rungut penonton yang lain.

Akibatnya, kesemua katak tadi berhenti dan menarik diri kecuali seekor katak. Dia terus melompat dengan sepenuh tenaga dan akhirnya dia menang dan mendapat hadiah lumayan yang dijanjikan.

Seorang wartawan menghampiri katak tersebut untuk menemuramahnya.

“apakah rahsia kejayaan sehingga kamu berjaya sebegini,” tanya wartawan tersebut.

Namun tidak ada jawapan. Wartawan tadi bertambah bengang apabila 3 kali soalan sama diajukan namun tiada jawapan. Kebetulan, adik katak yang menjadi juara tadi datang lalu dia menjawab,

“sebenarnya, abang saya ni pekak”. Maka wartawan tadi mendapat jawapan yang tepat kepada soalannya tadi iaitu “pekak”.




Begitulah lumrah kehidupan kita, pelbagai pandangan dan kritikan orang lain terhadap apa yang kita usahakan dan kita perjuangkan. Sekiranya, kita tidak berprinsip dan hanya mengikut kata orang lain semata-mata, kita akan gagal. Merenung kepada ayat dalam surah Al-Maidah, ayat 54 :

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaanNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


Salah satu kelebihan golongan yang didatangkan Allah sebagai pengganti mereka yang berpaling tadah ialah, “mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela”.
Justeru, penulis tidak menyeru supaya kita menjadi katak atau merosakkan telinga kita untuk menjadi pekak, tetapi marilah kita memasang “filter” di telinga kita agar tidak terpengaruh dengan kata-kata atau kritikan yang hanya untuk menjahanamkan kita. Alangkah malangnya katak-katak yang normal, dan beruntungnya katak yang pekak tadi. Wallahua’lam.


~ Dalam hidup yang sementara ini, kita tak dapat lari dari kata2 orang terhadap diri kita... Samada yang berbentuk positif atau negatif.. Apa yang penting, bagaimana kita menghadapinya pastikan 'Filter' yang dipasang harus cekap memainkan peranannya untuk menginterpretasi kata2 yang diterima supaya ia boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi diri.. ~

Tuesday, March 10, 2009

Monday, January 19, 2009

GeLoMBaNg KeaDiLaN..



Salam'alaik....

Most favourite video... TAKBIR!!!

~ Seorang sahabat KUIS telah menceritakan bahawa pensyarahnya memberitahu mereka bahawa setakat ini, tentera Israel laknatullah telah menggunakan keseluruhan kekuatan mereka ke atas penyerangan di Palestine, sedangkan HAMAS baru menggunakan 3% kekuatan tentera yang mereka ada... ALLAHUAKBAR...~

MaNiSNya UkHuWahFiLLah...

Salam'alaik...

Alhamdulillah.. Sebanyak 12 kerusi MPP berjaya ditakluki oleh calon-calon GMUKM.. Satu titik permulaan untuk sinar harapan baru sekaligus menafikan majoriti 2/3 Aspirasi.. Moga peralihan wajah-wajah baru dalam pimpinan PMUKM kali ini mampu membawa perubahan dari segi corak kepimpinan yang lebih telus dan berwibawa. Segunung tahniah dan selautan takziah buat sahabat-sahabat yang telah berjaya. Kalian tidak bersendirian.. Sebagai sebuah keluarga, kami semua akan mencuba yang terbaik untuk membantu kalian ..
Apa yang memberi kesan kepada penaip pada prk kali ini ialah keprihatinan adik-adik 1st year yang tak jemu-jemu menghantar mesej kepada penaip, usai pengumuman malam itu. Terima kasih ye dik.. Allah lebih mengetahui bahawa akak tak mampu untuk memikul amanah yang sedemikian berat, dan akak amat bangga dengan kalian, moga ukhwah yang terjalin ini tidak putus dan semangat juang kalian yang membara tidak akan pudar kerana kalianlah yang akan menjadi penyambung perjuangan kami di bumi UKM ini kelak.. ( so, stadi rajin-rajin sem ni, score pointer tinggi-tinggi, tahun depan amik borang jadi calon e…(“,)v.. Kita tawan PMUKM sesi depan!! )


Jumaat lepas, penaip dan sahabat-sahabat muslimat yang lain telah pergi ke HUKM untuk menziarahi YB baru kita.. ( Faiz Ismail). Pada pagi tersebut, tatkala penaip mahu menyarungkan helmet di kepala, penaip menerima panggilan dari Kak CT yang mengajak penaip berkonvoi beramai-ramai ke HUKM dengan kereta. Memandangkan penaip terpaksa menghadiri kuliah jam 8 hingga 10 pagi tersebut, jadi kami berjanji untuk bertolak ke sana pada jam 10 pagi. Mengikut perancangan awal, kami akan bertolak bersama-sama dengan muslimin yang akan menjadi guide kami untuk ke sana namun apabila kami sampai di masjid, hanya 3 buah kereta muslimat sahaja yang akan ke sana. Penaip naik kereta sekali dengan Kak CT, Aishah Saad dan Kak Jamilah iaitu kereta yang akan mengetuai konvoi pada pagi itu. Apa yang menjadi masalahnya ialah, tiada seorang pun daripada kami yang tahu jalan ke HUKM.. huhu… Jadi, kami pun rodger la pihak-pihak yang boleh dipercayai, namun semua tak angkat telefon. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi mengikut highway.. Sampai sahaja di tol, kami pun cuba rodger lagi sekali untuk bertanyakan arah perjalanan.. Rupa-rupanya kami salah jalan.. Ada jalan yang lebih senang untuk ke sana selain dari jalan yang kami amik tu.. Dengan kecekapan kak CT sebagai pemandu, kepetahan Aishah sebagai tukang rodger, dan kebijaksanaan Kak Milah sebagai pembaca signboard (penaip?? penaip hanya mampu meniupkan kata-kata semangat buat mereka kerana penaip masih lagi kepenatan pada pagi itu.. huhu) akhirnya pengembaraan kami 3 pasukan berkuda, selamat sampai di HUKM lebih kurang jam 12.15 tghari.. Makasyeh kepada pihak yang dipercayai diatas guide perjalanan ke HUKM..
Sebelum masuk ke wad, barulah kami tersedar yang kami tak bawak buah tangan untuk Faiz.. Beg tangan je yang kami bawak.. he.. Jadi, kami pun berlegar-legar di kawasan kedai dalam HUKM tu untuk mencari buah tangan untuk Faiz.. Setelah selesai membuat pembayaran, kami pun naik ke tingkat 5, dimana wad Faiz ditempatkan.. Alhamdulillah, lega hati kami semua setelah melihat sendiri keadaan sahabat kami, Faiz. Walaupun terlantar di atas katil, beliau masih mampu menghiburkan kami dengan lawak jenakanya yang selamba.

“gigi ana da takde 4 batang, hensem lagi x ana? Ke ada sape-sape yang nak sponsor gigi.. bleh la..”
Aduh.. Nasib baik duduk dalam hospital, tahan perut je gelak dalam tu.. Hampir sejam kami berada di situ, dan sepanjang masa itu jugalah Faiz tak henti-henti bercerita. Kami lak yang jadi pendengar yang setia.. Selain kami, satu rombongan yang diketuai oleh seorang lagi YB ( Faiz Mat Zin) bersama pengikut-pengikutnya tiba sejurus sahaja kami sampai di sana.. Memandangkan kami mengejar masa untuk menyertai demo di masjid pada petang itu, kami pun mula bertolak pulang pada jam 1 petang.. Namun, sekali lagi, kami hilang arah dalam perjalanan pulang.. Akibatnya, kami sampai di perkarangan masjid UKM lebih kurang jam 3.30 petang dan pada ketika itu, kawasan masjid telah lengang..hu,sedih... Alhamdulillah, walaupun penat, namun penaip bersyukur sangat sebab setelah seminggu tidak dapat meluangkan masa bersama mereka semua, akhirnya penaip dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk melepaskan rindu kepada sahabat-sahabat yang disayangi..
Akhir cerita, buat sahabat-sahabat yang dikasihi fillah, moga ukhuwah yang terjalin dengan izinNya ini terus berkekalan kerana ukhuwah inilah yang akan menjadi pengikat untuk kita terus thabat di jalan ini.. Pada saat-saat kita diuji dengan ujian yang kita rasa kita tak mampu nak tanggung, Allah anugerahkan nikmat kemanisan berukhuwah keranaNya..Dan kemanisan itu tak mampu digambarkan dengan kata-kata melainkan kita sendiri yang merasainya...

”Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Amiinn...”



~ hakikatnya, kita hanya nampak apa yang zahir sahaja, namun kesusahan, kepedihan dan derita yang merimbun di dalam hati setiap seorang dari kita, hanya Allah yang lebih mengetahui.. Moga Allah beri kekuatan dan ketabahan yang luar biasa buat sahabat-sahabat sekalian~

Monday, January 12, 2009

SeMaRak PeRJuaNGaN...

BeRSaTu BeRuBah!!!



Salam’alaik..
Bismillah wal hamdulillah.. Setelah 4 hari berkempen untuk pilihanraya kampus yang bakal berlangsung pada 15 Januari ini, sempat penaip mencuri sekelumit masa yang ada untuk menaip sedikit coretan di laman maya ini. Pagi tadi, buat pertama kalinya penaip melangkahkan kaki ke Kolej Tun Sri Syed Nasir yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sebelum kami meneruskan misi di dalam KTSN, kami mengambil kesempatan untuk melawat ke pusat pameran Untukmu Palestin yang dianjurkan oleh mahasiswa dan mahasiswi di sana. Misi pertama pada pagi itu berjalan lancar cuma sasaran pada ketika itu tidak begitu besar kerana pameran itu terbuka untuk semua warga kota ,jadi kami hanya bejumpa dengan beberapa orang sahaja mahasiswa UKM KL selain urusetia-urusetia yang terlibat. Seterusnya kami diberitahu bahawa di kafetaria KTSN akan diadakan speaker corner pada jam 11 tengahari. Tepat jam 10.45 pagi kami bersiap-siap untuk masuk ke dalam KTSN. Sebaik sahaja tiba di pondok pengawal, kami ditahan oleh seorang pengawal keselamatan dan meminta kami menunjukkan kad matrik kami. Setelah diperiksa dan pengawal keselamatan tersebut mendapati kami semua adalah mahasiswa dari UKM Bangi, dia mengeluarkan kenyataan “ Saya dapat arahan yang pelajar dari UKM Bangi tak boleh masuk ke dalam”. Cabaran pertama pada hari ini.. Akhirnya setelah berfikir sejenak, dia membenarkan kami masuk ke dalam dengan syarat kami berkempen secara sihat. Alhamdulillah,lepas.. Sebaik sahaja sampai di depan kafetaria KTSN, mata ini terus menangkap ke arah serombongan calon aspirasi dan penyokong – penyokong mereka dari UKM Bangi....
Jadi, apakah maksud pengawal keselamatan tadi yang tidak membenarkan kami masuk ke dalam??? Diskriminasi secara terang-terangan…

Kemudian, pada jam 6.30 petang tadi, kami meneruskan kempen di kafetaria Kolej Tun Husin Onn. Kami seramai 5 orang calon dan beberapa pengiring melangkah masuk ke dalam. Namun, beberapa pihak telah bersikap tidak profesional apabila mereka menutup semua pintu kafetaria dan menguncinya. Bukan sahaja pintu, malah tingkap pun mereka tutup. Penaip juga telah diberitahu ketika kami berada di dalam kafetaria, sebuah trak polis tiba di depan kafetaria namun, trak tersebut telah kembali ke tempat asalnya setelah seorang pegawai polis (wanita) meninjau di tempat kejadian dan berkata ”tak ada apa-apa pun”. Sehingga ke malam ini, kafetaria di Kolej Tun Husin Onn terus ditutup. Cerita selanjutnya sila klik http://www.gm-ukm.blogspot.com/


Teringat zaman pilihanraya masa sekolah dahulu, semua calon diberi peluang sama rata oleh GPK HEM.. Penaip mula melibatkan diri dalam piliharaya maktab sejak di tingkatan satu lagi. Walaupun bukan sebagai calon, tetapi penaip mengikuti setiap perkembangan pilihanraya yang berlaku di maktab.. Bermulanya penamaan calon sehinggalah ke hari pengundian semuanya berjalan secara demokrasi.. Kami juga mempunyai kumpulan-kumpulan tertentu dan semuanya dilayan sama rata... Malam manifesto diadakan dengan begitu meriah sekali. Pelbagai gelagat dan aktiviti diadakan oleh calon2 untuk meraih undi... Bagi penaip, latihan yang bermula dari sekolah, matrikulasi dan universiti inilah medan latihan sebelum pilihanraya sebenar di luar sana. Sekiranya sewaktu di sekolah dan matrikulasi, pilihanraya dapat diadakan secara demokrasi, mengapa tidak di universiti??

~ We are given power to be responsible but, we are not given responsible to be powerful ~

Tuesday, January 6, 2009

GeNDang MuLa DipaLu..

SaVe ThE PaLeSTiNe!!

Salam’alaik…




Hati ini begitu panas apabila mendengar dan melihat sahaja saudara-saudara di Palestin yang kini sedang bersengkang mata mempertahankan bumi Palestin. Ingin sekali penaip terbang ke sana dan bersama-sama mereka mengacukan senjata dan menembak semua askar-askar Israel laknatullah. Dengan angkuh mereka berkata semua serangan ini adalah salah kerajaan Hamas di Semenanjung Gaza. Dengan alas an rapuh ini,mereka terus-terusan menyerang penduduk di bumi suci itu. Pihak Israel laknatullah sangat takut akan pentadbiran Hamas di negara itu kerana bumi itu bakal melahirkan mujahid-mujahid yang akan bangkit merampas kembali tanah air mereka yang tercinta. Apa yang paling penaip kagumi ialah bagaimana kerajaan Hamas mendidik kanak-kanak dan remaja-remaja mereka mengenal erti kehidupan dan menanamkan dalam diri mereka semua bahawa mati syahid itu adalah perkara yang teramat mulia dan semua orang mengejarnya. Media-media di bawah pentadbiran Hamas memainkan peranan penting dalam perkara ini. Program-program televisyen untuk kanak-kanak dan remaja-remaja di sana sangat memberi manfaat dan berguna. Teramat jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan negara kita. Sangat jauh dan tak layak untuk dibuat perbandingan dengan mereka. Di sini penaip ada sertakan beberapa video mengenainya.



- ISLAM MEMIMPIN DUNIA.. (world leadership under islamic leadership)



- SYAHID LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN SELURUH ISINYA..



- THE GIFTED

Inilah yang sangat-sangat ditakuti oleh Israel laknatullah. Lahirnya pejuang-pejuang Islam yang tidak mahukan apa-apa balasan selain mati syahid di jalanNya....

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah belahkanlah dan kacau bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,
Wahai Tuhan yang gagah perkasa,
Wahai Tuhan yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan yang bersifat murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang menggerakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,
Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amin…

Monday, December 29, 2008

Muharam DiRai, Masihi DiNanTi..




Dunia dikejutkan dengan serangan terbaru zionis Israel ke atas Gaza, sabtu lepas. Tirai tahun baru 1430 Hijrah telah disingkap dengan tumpahnya ratusan darah umat islam yang berada di Gaza. Satu kezaliman yang penuh penghinaan ke atas seluruh umat islam! Penaip masih lagi hairan dan sedih dengan segelintir rakyat negara kita sendiri yang sanggup bersama-sama menyambut Perayaan sambutan Krismas dengan penganut agama lain sedangkan saudara seagama Islam di Gaza sedang berhempas pulas mempertaruhkan nyawa untuk mempertahankan maruah agama yang tercinta ini. Moga Allah sudi memberikan petunjuk kepada kita semua...
Sempena tahun baru hijrah 1430 ini, marilah kita bersama-sama berusaha untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Mengenangkan peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W membuatkan penaip memperingati kembali pengorbanan-pengorbanan yang dilakukan oleh baginda sendiri dan juga sahabat-sahabat baginda yang lain. Bermula dari perintah Allah yang meminta Baginda berhijrah ke Yathrib, diikuti dengan kesanggupan Saidina Ali untuk menggantikan Baginda di tempat pembaringan, kesudian Saidina Abu Bakar untuk menemani dan menjadi teman disepanjang perjalanan hijrah, kecekalan serikandi Asma’ binti Abu Bakar yang membawa bekalan untuk Rasulullah dan ayahnya dan begitu juga dengan keberanian Abdullah yang menjadi penunjuk jalan dan menghilangkan jejak-jejak Rasulullah S.A.W dan Saidina Abu Bakar… Semuanya menuntut pengorbanan yang tinggi..
Buat semua yang baru mendaftar bagi sesi baru pada hari ini, selamat kembali ke kampus dan selamat menyambut Maal Hijrah 1430. Semoga pengorbanan yang bakal dilakukan beroleh rahmat dari Allah dan jangan lupa doakan saudara-saudara kita yang sedang berjuang di Gaza sana!! Sahabat2 sekalian,tetapkan matlamat anda dan buat perancangan yang rapi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ingat, busur panah yang laju dan kuat tidak akan berguna sekiranya tiada sasaran untuk dilepaskan…

~Pasakkan azam, kukuhkan tekad dan istiqomah dengan usaha-usaha untuk membentuk diri ke arah yang lebih baik~

Friday, December 19, 2008

MaRi BeLaJaR BaHaSa InggeRiS 2..


Salam'alaik...

Seterusnya, salah satu cara untuk mahir di dalam bahasa ini adalah dengan memperbanyakkan bahan bacaan di dalam bahasa Inggeris.. Sahabat2 bleh cari bahan2 yang mudah dibaca seperti buku2 cerita untuk kanak-kanak dan buku2 cerita fairy tales yang pernah menjadi kegilaan penaip dolu2.. Suka sangat berangan zaman kanak-kanak dolu, konon2 nak jadi puteri.. Akhirnya, tercapai jugak impian nak jadi puteri bila kena lakonkan watak Cinderella masa form 5... Tapi, citer Cinderella kitorang dalam versi kucing dimana nama penaip ditukar menjadi Catlella.. huhu.. Kasut kaca ditukar dengan rantai loceng yang digantung di leher(ntah tali rapia maner dorang cari aritu) dan detik jam 12 malam ditukar apabila Catlella minum susu rendah lemak dalam majlis memilih calon bakal isteri putera raja.. Sebelum ke majlis itu, nenek kebayan telah berpesan kepada Catlella bahawa dia tidak boleh minum susu rendah lemak semasa majlis kerana 'magic' nenek kebayan tidak boleh bertahan lama apabila Catlella minum susu tersebut. Kreatif betul penulis skrip ni (Emi dan Zatie) tapi penaip tak puas hati sebab diorang letak penaip jadi puteri!!!(Penaip da terlalu tua untuk blakon jadi puteri2 ni..) Wawaa.. Penat penaip melobi untuk mendapatkan watak penjaga kaset di belakang... Huhu.. Errr.... lari tajuk da ni...
Baiklah murid2, arini cikgu bagi homework sket.. Baca artikel dibawah dan terjemahkannya.. Cikgu bagi masa 2 minggu dari sekarang.. Nanti cikgu siarkan jawapan dia di dalam entry yang lain..

GREEK YOUTHS TAKE OVER TV,RADIO STATIONS

ATHENS, Greece — Greek protesters pushed their way into television and radio studios Tuesday, forcing broadcasters to put out anti-government messages in a change of tactics after days of violent street protests.

A group of about 10 youths got into the studio of NET state television and turned off a broadcast of a speech by Prime Minister Costas Karamanlis, station officials said. The protesters forced studio cameras to instead show them holding up banners that read: "Stop watching, get out onto the streets," and "Free everyone who has been arrested." No one was hurt, and no arrests were reported.

NET chairman Christos Panagopoulos said the protesters appeared to know how to operate cameras and studio controls.

"This goes beyond any limit," he said.

In the northern city of Thessaloniki, protesters made their way into three local radio stations, agreeing to leave only when a protest message was read out on the air.

Protesters have called for riot officers to be pulled off the streets and for police to be disarmed. But the protests tapped into wider discontent with Karamanlis' conservative government and there have been widespread calls for the government to revise its economic, social and education policies.

Higher education in Greece has come to a standstill. Lessons have stopped at more than 100 secondary schools that are under occupation by students, according to the Education Ministry. Scores of university buildings across Greece are also occupied.

Greece's opposition Socialists, who are calling for early elections, accused Karamanlis of mishandling the crisis which they said had worsened the effects of the international economic downturn.

"Greeks are losing their patience. Their salary is running out before the end of the month as they endure a major economic crisis, and at the same time can see the state collapsing," Socialist spokesman Giorgos Papaconstantinou said.

"People want answers to their problems, not speeches."

Karamanlis insisted his government has acted "calmly and responsibly" in dealing with riots, avoiding the loss of life. But for the first time since the violence erupted, he acknowledged the public's sense of frustration.

"Of course there are broader issues," he said. "People experience a lack or merit, corruption in their daily lives, and a sense of social injustice."

~ READ TO LEAD ~

Saturday, December 13, 2008

MaRi BeLaJaR BaHaSa InggeRiS 1..

Salam’alaik…

Memandangkan arus dasawarsa kini yang mementingkan penggunaan Bahasa Inggeris dan ramai yang bertanya ‘apakah rahsia untuk menguasai bahasa ini’… InsyaAllah, moga sedikit sebanyak perkongsian yang penaip catatkan disini dapat membantu diri kita masing2 untuk bersama2 mempelajari bahasa Inggeris.. Salah satu metodologi untuk memahami dan membiasakan diri dengan sebutan perkataan2 adalah dengan membiasakan diri mendengar dan menyebut perkataan2 tersebut. Masa zaman jahiliyyah dolu2, penaip suka menghafal lirik2 lagu bahasa Inggeris. Masa tu, tak main la lagu-lagu bahasa melayu sebab jiwang sangat.. Salah satu group fevret penaip masa 2 ialah kumpulan Nickelback.. Huhu.. Kira hebat sangat la kalo jadi orang pertama yang berjaya hafal lagu2 yang latest dan tolong tuliskan lirik tuk kawan2 yang lain.. Bila dah salin banyak2 kali, lekat la perkataan2 tu kat kepala otak ni.. huhu.. (ni la akibatnya kalo da duk kat sekolah sistem sekular).. Baiklah murid2, cikgu tak suka kamu nyanyi2 lagu mengarut2 ni, baik kamu sume p hafal Quran, lagi baguss.. tapi kalau nak jugak dengar dan berlatih sebutan, cikgu syorkan kamu semua dengar lagu-lagu Zain Bikha.. Lagu-lagu dia bukan sekadar lagu kosong semata-mata.. setiap lagu-lagu mempunyai mesej yang tersirat dan yang tersurat… Lagu-lagu dia membuatkan kita berfikir apa mesej yang ingin disampaikan.. Kali ni penaip nak bawa sebuah lagu yang cukup menyentuh hati bagi sesiapa yang mendengarnya.. Kalo kita dengar intro lagu ni, ia menggambarkan kehidupan seorang anak yang cukup bahagia dengan layanan ibunya.. Lagu ni lagu sedih sebenarnya… Bagaimana impian seorang anak yatim yang begitu mendambakan kasih sayang seorang ibu.. Dengarkan suara hatinya yang begitu bahagia tatkala menceritakan mengenai ‘ibunya’… hayati liriknya..



MY MUM IS AMAZING

She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don’t you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel

Then she makes something warm for me to drink
Cos it’s cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing

BRIDGE/CHORUS
She makes me feel
Like I can do anything
and when she’s with me
there’s no where else, I’d rather be…

After School, she’s waiting by the gate
I’m so happy that I just can’t wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes

Then I wind her up cos I don’t wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing

BRIDGE/CHORUS

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess

I'm so happy, I don't want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom that's so amazing

BRIDGE/CHORUS

Then I wake up in the morning, she’s not there
And I realize she never was
And I’m still here in this lonely orphanage
With so many just like me

And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there’s a pain in my heart that’s a craving
How I wish I had a Mom that’s amazing
Would be amazing

~ mana2 perkataan yang xtau, rajin2 la cari dalam kamus e.. tapi kita xle ikut sebijik2 makna dalam kamus 2.. contohnya macam perkataan ‘angel’ dalam perenggan pertama bukan bermaksud, 'malaikat' tetapi bermakna 'orang yang disayangi'.. ~

Thursday, December 11, 2008

ApaBiLa aLaM MuLa BeRbiCaRa…



Salam'alaik..

Sejak kebelakangan ini, laporan mengenai runtuhan tanah menghiasi paparan2 utama media massa.. Pelbagai reaksi tumbuh berikutan peristiwa ini.. Sidang2 di media elektronik membahaskan mengenai perkara ini.. Apakah puncanya, siapa yang patut dipersalahkan, tindakan yang patut diambil pada masa akan datang dan pelbagai tajuk yang muncul dari isu ini.. Ketamakkan dan kerakusan pihak2 tertentu akhirnya membawa padah kepada mangsa2.. Bermulanya musim banjir di negeri2 pantai timur disusuli pula dengan tragedi2 tanah runtuh yang turut mengorbankan beberapa nyawa. Sama ada sedar atau tidak, peristiwa2 yang berlaku merupakan mesej2 amaran dari Pencipta segala sesuatu.. Muhasabah kembali diri kita.. Buat mangsa mahupun kita sebagai masyarakat yang berada disekeliling, renungkanlah dan carilah hikmah di sebalik semua kejadian ini.. Bagaimana dengan cara hidup kita selama ini? Punca rezeki yang selama ini mendarah daging di dalam diri kita? Tatacara dan perlakuan sehari2an kita? Bagi yang muslim, adakah selama ini kita mengamalkan dan menghayati islam as the way of life atau hanya sekadar ucapan di bibir sahaja? Setakat mana pergantungan diri kita kepada Maha Pencipta?.. Hikmah sabar, dan redha sudah tentu menguji mangsa2 runtuhan yang terlibat.. Manakala bagi diri kita?? Tepuk dada, tanya iman..Hakikatnya, semua yang berlaku ini adalah teguran/peringatan Allah buat kita semua.


~ Dunia hanya pinjaman dan kian menghampiri hari2 terakhirnya.. Bagaimana dengan bekalan kita?? ~

Tuesday, December 9, 2008

TaLi PinGGanG KeLeDar???

Salam'alaik..

Alhamdulillah, semalam penaip sekeluarga selamat sampai rumah ayah di Kota Damansara. Kami berkonvoi 2 buah kereta yang dipandu sendiri oleh ayah dan mak. Dalam keadaan kami yang bersesak-sesakkan di dalam kereta, timbul persoalan mengenai pemakaian tali pinggang keledar buat penumpang belakang yang akan berkuatkuasa pada tahun hadapan. Bagaimana dengan keluarga yang mempunyai ahli yang ramai seperti kami?? Suka penaip ambil kembali kata2 seorang warga prihatin yang menghiasi sebuah ruangan di dalam sebuah akhbar...


Saya menyokong penuh syor Gabungan Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (cuepacs) agar ditangguhkan pelaksanaan dasar pemakaian tali pinggang belakang. Saya lebih setuju sekiranya dasar itu tidak dikuatkuasakan kerana ia langsung tidak praktikal. Antara alasannya adalah :

• menyusahkan mereka yang mempunyai bilangan anak melebihi 3 orang. Tidak adil meninggalkan seorang anak di rumah manakala 3 lagi dapat bersama dalam kenderaan.
• Menyusahkan rakyat negara ini yang bukan semua mampu membeli kereta besar. Dasar yang cuba dilaksanakan ini seolah-olah mengajak semua orang membeli kereta lebih besar sesuai dengan keperluan keluarga sedangkan sebenarnya tidak setara dengan pendapatan. Kerajaan meminta rakyat berjimat bukan beli kereta baru.
• Tidak perlu meniru dasar negara lain seperti Singapura dan sebagainya yang mengamalkan dasar ini. rakyat di negara berkenaan tidak digalakkan mempunyai ramai anak manakala kemampuan mereka lebih besar berbanding rakyat negara kita. Kita hanya perlu melaksanakan dasar mengikut kesesuaian keadaan di negara kita dan tidak perlu meniru dasar negara lain yang sesuai bagi mereka tetapi menyeksakan rakyat sendiri.
• Jika mengatakan penumpang belakang adalah punca berlaku kemalangan, itu tidak benar. Bukan mereka yang memegang stereng, menekan pedal minyak atau menekan brek. Sebenarnya pemandu perlu diberi kesedaran dan perhatian lebih agar pemanduan menjadi lebih berhemah. Apabila penumpang belakang lengkap memakai tali pinggang dan pemandu tetap memandu laju, tiada perbezaan. Kemalangan tetap berlaku.
• Tanya ibubapa, apakah yang dilakukan oleh anak kecil ( usia 1 hingga 5 tahun) lakukan ketika berada dalam kenderaan. Mereka tidak pernah duduk diam sepanjang perjalanan jauh dengan hanya memakai tali pinggang keledar. Amat sukat untuk mengawal mereka. Bagaimana jika anak tidur di belakang. Perlukah mereka tidur secara duduk dengan tali pinggang terpasang selama berjam-jam lamanya? Atau bagaimanakah jika mereka berbaring? Adakah kita akan disaman kerana anak kita tidur dan tidak memakai tali pinggang belakang?
• Penumpang yang tidak memakai tali pinggang belakang akan disaman. Penumpang di belakang adalah kanak-kanak yang berusia 1tahun hingga 5 tahun. Tidak logik mengeluarkan saman kepada budak kecil yang baru mengenali dunia. Jangan beri imej yang buruk kepada mereka. Mengajar hendaklah sesuatu yang menggembirakan bukan menakutkan.

Sunday, December 7, 2008

NiLai SeBuaH PeNgoRBaNaN..

Salam'alaik...

Setiap kali kita menerima tanggal 10 Zulhijjah, pastinya lembaran silam akan bermain di lubuk sukma , memutarkan kembali kisah seorang hamba Allah yang taat melaksanakan perintah Al-Rabb , di samping kesabaran seorang anak dan seorang ibu dalam mematuhi perintah Allah.

Betapa agung keluarga ini yang sanggup membuang resah hati seorang insani demi erti sebuah ketaatan. Allah berfirman di dalam Al-Quran menyatakan ketulusan hati Nabi Ibrahim :

'Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah terdiri dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Berserah dirilah (kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.'

Bayangkan suasana ketika Allah memerintahkan Nabi Allah Ibrahim untuk menyembelih anak kesayangannya sendiri, Ismail Alaihissalam.

Sungguh perintah ini sangat menyayat hati. Hati ayah manakah yang akan tergamak menyembelih darah dagingnya sendiri? Hati ibu manakah yang tidak akan tersentuh apabila anak kesayangannya ditakdirkan mati di tangan suaminya sendiri. Seakan dunia ini sudah tidak punya ertinya lagi seandainya kehidupan ini dilalui tanpa insan tersayang.

وَا حَسْرَةً للْفَتَى ساعَــ ـةً يَعِيشُها بعد أحِبَّائـهِ عُمْرُ الفَتى لو كان في كَفِّــه رَمَى به بعد أوِدَّائـهِ
Alangkah sedihnya bagi seorang yang menemui satu ketika,
Dia hidup tanpa kekasihnya di sisinya,
Kalaulah nyawa itu berada di tapak tangan,
Pasti kan dilemparkan apabila kekasih sudah tiada.

Namun apabila di sana berlaku pertembungan antara tuntutan Allah dan runtunan jiwa, mukmin sejati akan pasrah dan tunduk memuliakan perintah Penciptanya. Itulah yang berlaku dalam keluarga soleh ini.

Si ayah melemparkan rasa kasihannya demi kerana Allah.
Si ibu tega menyeka air matanya semata-mata rindu kepada cinta Allah.
Si anak sabar dalam menghadapi ujian kematian semata-mata kerana redha dan menyakini bahawa diri ini adalah kepunyaan Allah.

Namun Allah tidak berlaku zalim terhadap hambanya. Arahan yang dikeluarkan hanya untuk mencuit hati insan sepanjang zaman agar menginsafi erti sebuah pengorbanan.

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.'

Persoalannya adakah kita benar-benar meletakkan ketaatan kepada Allah melebihi segala-galanya? Adakah benar kita telah menjadi seorang yang mempraktikkan ikrar setia harian kitaإِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
dan ia benar-benar terlaksana?

Kita sedih dengan apa yang menimpa generasi Muslim yang kian parah jati dirinya. Akhlak yang merudum, keperibadian yang kian bernanah memburukkan lagi usaha untuk mencari redha Allah.

Budaya ikhtilat ( pergaulan bebas ) yang menyemarakkan api nafsu di kalangan muda mudi yang sunyi daripada syariat Islam semakin menjadi-jadi. Sang jejaka sudah tidak segan silu untuk menodai sang gadis demi cinta kononnya . Kemudahan teknologi dan tamadun moden yang ada , digunakan bagi memohon murka dan kebencian Allah.

Budaya untuk mengimarahkan rumah Allah semakin dipinggirkan. Rumah Allah sepi tanpa dihiasi dengan solat berjemaah tanda kepatuhan kepada Allah , seakan-akan tidur dan dunia lebih besar daripada menyahut panggilan Allah.

Apakah ini tanda bahawa ruh pengorbanan Nabi Ibrahim sekeluarga sudah mampu untuk kita realisasikan dalam kehidupan kita sehari-hari? Adakah ini model terbaik kepada satu peribadi yang bakal menjadi galang ganti kepada perjuangan para nabi? Nabi SAW menyatakan:

'Demi Allah! Bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan bakal menimpa kamu tetapi aku aku takut seandainya kamu akan dibentangkan dunia di hadapanmu lantas kamu bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya sebagaimana umat sebelummu berusaha untuk mendapatkan dunia lantas dunia menghancurkan kamu sebagaimana dunia telah menghancurkan umat sebelum kamu.'

Sudah sampai masanya kita kembali menyatakan ketaatan kita kepada Allah dengan meninggalkan perkara-perkara mungkar yang semakin membarah di kalangan kita agar Allah memberikan peluang kepada kita untuk dipilih menjadi penggerak ummah bertuah ini.Allah berfirman:

'Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).'

Ibadah korban yang disyariatkan pada hari raya Idul Adha ini merupakan simbolik kepada memperingati pengorbanan yang luar biasa yang dipersembahkan oleh Nabi Allah Ibrahim sekeluarga. Korban di sisi Islam dilaksanakan semata-mata mengharap redha Allah Taala berbeza dengan korban yang dilaksanakan oleh masyarakat jahiliyyah yang dipersembahkan kepada Al-Latta dan Al-Uzza.

Allah tidak menginginkan darah serta daging binatang yang disembelih namun keikhlasan yang lahir daripada hambaNya akan menganugerahkan penerimaan ibadah tersebut. Manifestasi pengorbanan ini perlu diserapkan untuk mendarah daging dalam setiap jiwa umat Islam.

Namun, seandainya kita meneliti realiti keadaan umat Islam hari ini, kita akan dapati betapa jauhnya mereka dengan nilai pengorbanan yang meletakkan kemahuan Allah itu di puncaknya. Umat Islam sangat parah dengan pelbagai penyakit yang membawa kepada kejauhan daripada kasih sayang Allah.

Mereka dihinggapi dengan penyakit krisis keyakinan terhadap kemampuan Islam sebagai jawapan dalam semua permasalahan. Betapa ramai di kalangan umat Islam yang tidak mahu berjuang untuk meletakkan Islam kembali dijulang. Islam dianggap sebagai upacara keagamaan semata-mata. Islam dianggap bukan penyelesaian kepada masalah kenegaraan, politik, ekonomi, sosial dan undang-undang.

Teori ortodok memisahkan agama daripada kehidupan masih dianuti. Mereka cuba untuk meracuni jiwa muslim agar beriman dengan kata-kata yang menjadi asas teori sekularisme:

Serahkan urusan pemerintah kepada pemerintah dan serahkan urusan Allah kepada Allah

Ulamak dipersenda. Kata-katanya dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Budaya hiburan tanpa batasan Islam semakin menular di dalam jiwa muda-mudi Islam. Ulama bisu cuba untuk memesongkan agama Allah semata-mata kerana sekelumit habuan dunia . Agama Allah cuba untuk dicabuli.

Undang-undang Allah dianggap sebagai undang-undang rimba yang hanya membawa negara kepada kemunduran. Murtad semakin menjadi-jadi. Zina seperti perkara biasa.

Demi tuhan Kaabah ! Allah sama sekali tidak akan memberikan kemenangan kepada umat Islam selagi mana ummat ini tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah. Allah akan terus menjadikan umat ini hina di sisi musuh selagi mana mereka masih lagi betah untuk mengabdikan kehidupan mereka dengan sistem jahiliyyah moden rekaan tangan-tangan manusia yang dicipta tanpa mengambil peduli kehendak Allah Rabbul Alamin.

'Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.'

Kata pujangga:
إذا الإيمانُ ضاع فلا أمانَ ولا دنيا لِمَنْ لمْ يُحْيِ ديناَ ومَنْ رَضِيَ الحياةَ بغير دينٍ فقد جعل الفَناءَ له قرينَا
Apabila iman sudah lenyap maka tiada lagi erti keamanan,
Dan sesungguhnya tiada erti kehidupan dunia bagi orang yang tidak mendirikan agama,
Sesungguhnya orang yang redha menjadikan kehidupan dunianya sunyi daripada agama,
dia telah menjadikan kehancuran itu sebagai teman karibnya.

Sesungguhnya kita ini merupakan satu ummat yang dimuliakan oleh Allah semata-mata kerana Islam. Apabila kita cuba untuk mencari kemulian selain daripada Islam maka yakinlah bahawa kita akan dihina oleh Allah Taala.

Wahai hamba Allah ! Wahai insan yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah. Adakah kamu mengambil segala apa yang berlaku ini sebagai satu tarbiah dan tazkirah buat diri kamu? Adakah kamu masih lagi berasa aman daripada kemurkaan Allah?

Adakah kamu tidak memikirkan langsung walau sejenak bahawa Allah mampu untuk menghancurkan kamu dan insan sekelilingmu , lantaran maksiat dan perderhakaan yang kamu persembahkan kepada Rabbul Alamin? Apakah kamu masih menyangka bahawa azab yang pedih daripada Allah yang pernah ditimpakan kepada umat sebelummu seakan-akan satu dongengan yang tidak akan sama sekali menimpamu?

Insafilah duhai sahabat yang bakal menjadi pewaris perjuangan para nabi dan rasul agar kita benar-benar berusaha untuk menjadi hamba Allah yang berusaha untuk membentuk syakhsiah yang terpuji. Pasakkan kembali ruh pengorbanan Nabi Ibrahim, Ismail dan Hajar di sanubari kita.

Berusahalah untuk kalian meraih cinta abadi daripada Rabbul Izzati dengan usaha gigih meninggalkan segala sifat cela yang hanya akan mengundang benci dan murka dariNya.

Wahai hamba Allah yang beriman kepada aqidah Islam yang Maha Suci. Marilah kita sama-sama memikirkan nasib umat Islam yang semakin hari semakin tenat dibunuh, ditindas dan dianiaya tanpa sebarang dosa.

Allah taala mampu untuk memberikan kemenangan kepada umat Islam apabila umat bertuah ini sudah sedar dan mahu kembali menyandang amanah jihad bagi memastikan kitab Allah dan sunnah RasulNya kembali menjuarai sistem kehidupan sejagat.

*Artikel ini adalah hasil karya Ustaz Nasruddin Tantawi yang menulis di blog beliau, http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/..

~ Bersama-samalah kita berusaha mengorbankan segala yang kita ada dari sudut kewangan, masa, tenaga, buah pikiran dan segala-galanya demi memajukan agama kita, Islam yang tercinta.. SALAM EIDUL-ADHA ~

Wednesday, November 19, 2008

SeLeSai sUDaH sATu FaSa..

Alhamdulillah.. Selesai sudah imtihan sem 3 penaip tepat jam 5.30 petang tadi.. Sekali lagi penaip meng'copy paste'kn sedikit kata2 buat peringatan kita bersama..

"jangan kita sangka usaha kita adalah penyebab kepada kejayaan kita.. Usaha semata-mata tanpa ada tawakal dan penyerahan diri yang jitu pada Allah tidak akan membuahkan apa2.. Wa Makaru Wa Makarallah Wallahu Khairul Makirin.. Kita merancang untuk jadi cemerlang.. Untuk mendapat keputusan terbaik.. Allah juga merancang.. Dan sesungguhnya perancangan Allah itulah yang lebih baik.. Kerja kita bukan merancang untuk menentukan keputusan.. Kita takkan mampu untuk menetapkan keputusan cemerlang itu milik kita dengan sekian sekian usaha.. Allah jualah yang terlebih layak untuk menentukan siapa kita.. Kerja kita..belajar..belajar..dan belajar.. Jika daripada awal lagi kita telah meletakkan kepercayaan kita pada Allah.. Maka kita akan sentiasa tenang hati dan tak pernah gundah apabila berperang dalam exam.. Apabila kita belajar semata-mata kerana ilmu.. Kita takkan pernah rasa tergugat walaupun exam yang dilalui tak mencapai target ataupun tak lepas-lepas.. Yang mudah, positif dengan Allah.. Jika kita positif dengan Allah.. Allah terlebih2 lagi lah positif dengan kita.. Kalau exam yang kita lalui lulus dengan cemerlang.. Kita minta biarlah ilmu yang kita dapat untuk exam tu benar2 lekat dalam hati.. Bukannya lepas exam habis terkubur.. Dua tiga hari lepas exam tanya balik langsung tak tau macam tak penah belajo langsung.. Bukan itu yang kita nak.. Memang sijil tak mampu melambangkan ilmu seseorang.. Tapi kita nakkan sijil yang mampu melambangkan kita sebenarnya layak memegang sijil tahap tersebut.. Bukan sekadar sijil yang diframekan tanpa ada frame pada ilmu dalam hati kita.. Kalau exam kita tak lepas-lepas pulak.. Positifnya kita dengan Allah.. Menandakan Allah nak kita belajar lagi la tu.. Ilmu yang kita telah dapat tu masih tak cukup.. Walaupun hakikatnya ilmu memang takkan pernah cukup untuk kita ambil.. Kalau lulus.. Alhamdulillah.. Kalau tak lulus.. Pun Alhamdulillah.."



~ Bagi sahabat2 yang masih belum habis imtihan, bittaufiq wannajah... Serahkan segala2nya pada Allah ~

Sunday, November 16, 2008

MifTahuNnaJah...

Tujuan diri ini mengimbau kenangan2 lalu adalah ingin mencari, mengingatkan kembali dan memperbaharui azam2 serta memastikan tindakan yang diambil selepas ini adalah lebih baik dari masa lalu seterusnya meningkatkan keyakinan diri terhadap kemampuan diri melakukan sesuatu.. Salah satu kunci daripada kunci2 kejayaan adalah yakin akan kebolehan diri sendiri..
Dalam subjek pengurusan masa, bab 13 ( membina keyakinan kendiri),ada disebutkan mengenai hal ini. Antaranya ialah kaedah2 membina keyakinan. Ada 4 kaedah semuanya :


Apa yang penulis lakukan adalah penulis cuba mengingati kejayaan2 kecil yang pernah penulis capai suatu masa dahulu.. ( kejayaan besar tak tahu lagi bila nak capai.. tunggu saat2 manis Islam kembali dijulang di dunia ini..) Selain itu, penulis juga ingin menjejak kembali sisa2 keistimewaan yang masih ada pada diri sendiri. Bagaimana penulis memanfaatkan keistimewaan2 tersebut untuk mencapai kejayaan2 di masa lalu.. bagaimana penulis memupuk dan membaja kelebihan2 yang ada pada diri agar ia bisa mekar menghiasi dan mengimbangi kekurangan2 yang sentiasa menghantui diri dan menguasai diri. Kita selalu lihat/pandang kelemahan seseorang tapi kita lupa disebalik 1 kelemahan yang ada pada diri seseorang, terkandung 10 kelebihan yang kita tak sedar kewujudannya.. kadang2 kita menilai seseorang melalui 1 kelemahan yang ada pada dirinya..we tend to judge someone through his/her weakness. Kelebihan2 yang tidak kelihatan ini mungkin menjadi penyebab kearah kejayaan2 kecil ini. Penulis juga ingin mengimbau bagaimana penulis berusaha ke arah kejayaan2 demikian. Penulis akui ianya bukan senang dan ianya memerlukan mujahadah dan rasa kebergantungan kepada Allah yang sangat tinggi untuk mencapainya.. usaha yang penulis lakukan sekarang masih belum lagi dapat menyamai usaha yang penulis lakukan ketika zaman sekolah2 dulu. Namun, penulis menyedari suasana dahulu dan sekarang amat jauh bezanya.. kalo dulu penulis melakukan sesuatu pekerjaan tanpa ada kesedaran untuk mendaulatkan agama yang tercinta ini tetapi sekarang segala2 tindakan yang dilakukan mempunyai halatuju yang jelas dan ada dalil serta reason untuk sesuatu tindakan. Bukan membuta tuli. Mehnah2 yang diterima seakan2 hadiah2 yang sangat mahal dari Allah kerana ia mempunyai maksud dan hikmah yang penuh tersirat. Penulis masih terlalu mentah untuk menilai sesuatu pada ketika ini dan masih dalam perjalanan meneguk titisan2 mutiara ilmu dan pengalaman daripada sahabat2 sekalian yang jauh lebih berpengalaman dan faqih dari diri ini.

~Berusaha untuk membaiki diri sendiri disamping menyeru ke arah kebaikan~

Friday, November 14, 2008

Kenapa TESL??

Ramai yang bertanya.. Kenapa amik TESL? Kenapa tak amik Sains ke, atau teruskan pengajian dalam bidang perakaunan? Cita-cita untuk menjadi seorang guru telah disematkan di dalam diri ini ketika semester kedua Form 5. Masa tu dah pasang niat nak jadi Cikgu Fizik sebab markah subjek Fizik cantik sket dari subjek lain. Niat di hati nak berkongsi ilmu pengetahuan dengan semua orang mengenai Fizik. Tapi, niat terbantut bila result SPM kuar.. Hasilnya tak seperti yang diharapkan.. Takde rezeki,mesti ada hikmahnya.. Bila kat matrik, niat untuk jadi pendidik masih lagi menjadi tujuan utama cuma tak tau nak ajar subjek apa.. mmm.. Ada beberapa versi jawapan yang pernah diberikan kepada yang bertanya.

Versi pertama
“Sebab Nabilah suka dengan cikgu Bahasa Inggeris masa sekolah2 dulu.”
Penulis memang mengakui sejak dari sekolah rendah sehinggalah ke matrikulasi, cikgu yang paling rapat dengan diri ini adalah cikgu Bahasa Inggeris. Kalau tidak rapat sekalipun, cikgu Bahasa Inggeris adalah ‘favourite’ teacher waktu zaman persekolahan manakala Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran ‘favourite’ ketika itu. Mungkin perhatian yang diberikan oleh guru Bahasa Inggeris membuatkan diri ini menghargai mata pelajaran tersebut. Semasa sekolah rendah, penulis rapat dengan Teacher Siti Haliza kerana beliaulah banyak melatih diri ini kemahiran ‘story telling’ dan ‘choral speaking’. Beliau jugalah yang yang selalu menjadi guru pengiring ke sekolah2 lain sekiranya ada pertandingan di peringkat daerah. Selalu bertandang ke rumahnya yang terletak di belakang sekolah ketika itu untuk kelas tambahan Bahasa Inggeris atas permintaan penulis dan 2 orang kawan yang lain. Benarlah kata orang, perhatian yang diberikan seseorang kepada kita membuatkan kita lebih lebih menghargai dirinya dan berusaha untuk tidak mengecewakannya. Pada masa tu, penulis tak suka duduk kat rumah sebab kalo duk kat umah mesti kene marah ngan mak. (masa kecik2 aku adalah manusia yang paling degil sekali,amat degil..hehe). Ketika sekolah menengah, penulis tak dapat lupakan pesanan terakhir Miss Eisha. ” Don’t let people put no trust in you especially your own parent,dear..” Masa tu, penulis la orang yang menangis paling teresak2 time Miss Eisha nak pindah. Rasa macam dia seorang je yang paham diri penulis ketika di perantauan tu. Miss Eisha pesan camtu sebab satu hari tu ayah penulis datang jumpa dia mintak tolong dia simpankan duit belanja yang ayah nak bagi. Ayah tak nak bagi penulis pegang sebab penulis ni boros sangat bila guna duit sampaikan duit yuran asrama yang patut penulis bayar masa tu pun penulis belanjakan. (first time pegang duit, mana reti nak manage lagi time tu..huhu). Lepas peristiwa tu, trus ayah penulis tak bagi duit kat penulis directly melainkan dia akan mengirimkan duit pada cikgu homeroom (mentor-mentee). Kemudian semasa di matrikulasi sekali lagi menjadi ‘fevret’ Tecer Hasliza. Hehe.. Tapi kejap je dia mengajar kitorang sebab dia kena pindah ikut suami dia kat Kedah. Teacher yang ganti dia ni la yang memberi semangat dan perangsang buat diri ini untuk meneruskan niat menjadi seorang guru Bahasa Inggeris. (Segunung perhargaan buat Selah Comey sebab melalui dialah kitorang rapat ngan Tecer Maznah). Infiniti jutaan terima kasih buat Teacher Maznah atas segala2nya. Baik sangat ngan dia sampaikan dia panggil kitorang untuk tolong dia masa dia nak wat kenduri doa selamat sebelum menunaikan fardu haji. Moga rahmat Allah sentiasa memayungi hidup Teacher Maznah sekeluarga. Tenkiu Teacher!! (”,),”)v

Versi kedua
“Tak nak jadi akauntan sebab bila dah kawen nanti, mesti sibuk”
Haha.. Ini merupakan sebab utama penulis memilih profesion perguruan sebenarnya. Penulis boleh dikategorikan sebagai sebagai seorang yang ‘workaholic’, kalau da buat sesuatu mesti buat sungguh2.. silap2 haribulan penulis ‘berumah’ kat ofis 2 nanti.. Kalau jadi akauntan, hujung2 bulan adalah masa2 yang paling sibuk dan stress terutamanya di penghujung tempoh perakaunan,masa tu la nak selaraskan sume perkara dari atas sampai bawah.. teringat satu iklan dimana seorang wanita yang balik lewat dari kerja membelikan KFC untuk makan malamnya sekeluarga bersama anak2.. Iklan tersebut amat memberi kesan ke atas diri ini. Masa bersama keluarga teramat penting kerana di situ merupakan madrasah tarbiyah pertama wat anak2.. 'Tak nak aku bagi makan KFC kat anak2 aku tiap2 kali balik umah. Huhu.. '

Versi ketiga
“Memang minat Bahasa Inggeris”
Jawapan ni memang femes. Ada yang bertanya,kat umah cakap Bahasa Inggeris ke? Hoho.. Kat umah memang ‘piau’ cakap loghat Pahang. Huhu.. Kadang2 tu ada gak test bakat kat adik2.. Saja nak eksen, tapi dorang buat dek je.. Yang melayan Nabil ngan Akram je la, sebab dorang pun jadi mangsa jadi wakil sekolah untuk story telling. Hehe.. Namun begitu, jauh disudut hati, teringin sangat nak tengok anak2 kampung cam diri ini dapat menguasai bahasa ni. Walaupun tak mampu nak bertutur, cukup sekadar mampu membaca dan menulis sebab bukan semua orang ada kekuatan dan kelebihan untuk bertutur dalam bahasa ni (termasuk diriku.. huhu… camne nak mengajar nanti) , tapi bila tengok situasi sekarang ni, bahasa ini bukan lagi bahasa asing di kalangan masyarakat kita sebab penggunaanya digunakan secara meluas malah telah diangkat menjadi bahasa kedua di Negara ini beberapa tahun yang lalu. Bahasa kedua dan bahasa asing ada perbezaannya. Bahasa kedua merupakan alternatif bagi bahasa kebangsaan dan digunakan secara meluas termasuk di dalam urusan2 rasmi manakala bahasa asing adalah digunakan di dalam kelas2 dan untuk tujuan2 ilmiah sahaja seperti Bahasa Arab,Korean dan Spanish. Di kebanyakkan negara2 di sebelah matahari terbit, Bahasa Inggerís merupakan bahasa asing di negara tersebut contohnya di Korea, Bahasa Inggerís merupakan bahasa asing. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya kebanyakan penduduknya tidak boleh memahami bahasa Inggerís. Mmm.. Sebab apa pentingnya belajar bahasa asing seperti Bahasa Inggeris?(huhu.. bila la nak tukar taraf jadi bahasa asing).. Sebab, bila kita dah menguasai sesuatu bahasa asing, mudah bagi kita untuk memahami mana2 artikel atau perbualan dalam bahasa tersebut yang mungkin mengandungi penyataan2 yang salah mengenai sesuatu,terutamanya mengenai Islam kerana ‘orang di sebelah sana’ mempunyai pemahaman yang salah mengenai Islam. (diri ini sendiri masih belum betul2 faqih mengenai Islam)


Masa isi borang online ke ipta dulu, dari no 1 sampai 6, sumenye letak bidang yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris.. Kriteria utama pemilihan pada masa itu adalah universiti. Kalo kat universiti yang diingini tu takde TESL, penulis letak TESOL.. Universiti yang berada di tangga teratas ialah UKM.. Dalam banyak2 universiti, UKM lah universiti yang penulis tak tau langsung latarbelakang dia, xdpt nk bayangkan bagaimana keadaan di sana. Nak amik UIA tak berkesempatan... Selepas UKM, penulis letak UM di tangga kedua, sebab penulis tak yakin untuk dapat UM sebab UM untuk orang yang hebat2.. Selepas UM, letak USM.. Seminggu dalam tempoh isi borang online tu, penulis masih ragu2 dengan pilihan pertama dan kedua. Antara UM dan UKM.. Selah ngan Syakila amik UM.. Wa,Mardi,Wani ngan Yana amik USIM, Ipah ngan K.maa amik UPM, koi ngan Elin je mtk UKM.. mm.. Nak amik UM, penulis tak yakin dapat survive kat sana.. UM,penulis ada dengar sedikit sebanyak cerita mengenainya. Kat sana sume orang teror2, persaingan pun hebat2, takut tak mampu nak belajar dalam suasana yang tertekan walaupun tekanan banyak membantu untuk diri ini dalam situasi2 tertentu. UKM.. tak tahu macamana penulis boleh klik universiti ni dan meletakkannya di pilihan pertama. Alhamdulillah, pilihan Allah sememangnya yang terbaik. Di perbukitan ilmu inilah penulis mula mengenal matlamat hidup ini. Mula bertatih dan merangkak di jalan ini. Perjalanan yang tidak menjanjikan kesenangan di dalamnya,malah dipenuhi duri2 yang tajam menikam. Namun, penulis tidak menyesal kerana memilih untuk menyelusuri jalan ini kerana yakin diri ini memerlukannya..

~ kami serahkan semua hidup pada Allah ~