Tuesday, June 1, 2010

Yaumun Nuqbah/hari malapetaka umat islam

Sekadar perkongsian..

Pulang dari check up di klinik, singgah makan di restoran berdekatan rumah. Baru sahaja selesai makan, mata tertumpu ke skrin televisyen di restoran, tv3, buletin 1.30. Suara televisyen tidak jelas kedengaran lantaran jauh dan perlahan suaranya, namun, terus berdebar jantung melihat tulisan di hadapan berita tersebut, Israel menyerang! Melihat gambaran seolah-olah serangan berlaku di atas kapal, mengiyakan kata hati, bahawa benar, Israel telah menunjukkan kezaliman, kederhakaan dan kebinatangannya apabila menyerang kapal Lifeline 4 Ghaza, konvoi kapal yang membawa ubat-ubatan, bantuan kepada penduduk Palestin di Ghaza secara aman. Terus sahaja pulang ke rumah dengan hati yang sangat tidak senang, menahan air mata dan sebak. Dalam perjalanan, sms abang, ”betul kata abang, kemungkinan Israel serang kapal dah berlaku! ” Sampai di rumah, terus buka siaran Awani di Astro dan Al-Jazeera, mengiyakan serangan dengan belasan yang terkorban. Sedih sangat-sangat. . Sedih atas pengorbanan mereka, sedih kerana kebinatangan zionis Israel laknatullah dan sedih bercampur rasa cemburu kerana tidak dapat bersama-sama mereka yang terkorban merasai syahid dan tidak dapat berada bersama membantu ummat Islam di Ghaza.

Benarlah kata abang dalam kuliahnya tempoh hari dengan tajuk Yaumun Nuqbah/ ‘Aamun Nuqbah ( Hari/Tahun Malapetaka) : “ Kapal yang belayar dalam misi kemanusiaan Lifeline 4 Ghaza sebenarnya berhadapan dengan risiko diserang oleh zionis laknatullah.” Semasa kami ke KLIA menghantar mama dan baba ke Afrika Selatan kerana program bersama masyarakat Islam di sana, kami berkesempatan bertemu dengan 11 orang rakyat Malaysia dan keluarga mereka yang mewakili NGO masing-masing ke Turki dalam misi LifeLine 4 Ghaza. Ada yang sanggup mengambil cuti sebulan tanpa gaji, ada yang telah meninggalkan wasiat kepada anak-anak dan isteri serta keluarga, mereka semua hanya membeli tiket pergi sahaja dan tidak membeIi tiket pulang, alangkah kuatnya semangat mereka untuk membantu ummat Islam di sana. Kali terakhir melihat berita pagi tadi (1 Jun 2010, Selasa) di Al-Jazeera dan Astro Awani, masih lagi tidak dapat disahkan identiti mereka yang terkorban dan anak kapal telah dibawa ke Ashdod. Menurut kuliah abang sebelum ini, terdapat sebuah penjara di sana bagi menempatkan mereka yang terlibat dengan misi ini.


Paling menyakitkan hati apabila dengan secara jelas, tentera Israel menyerang kapal yang berada di perairan antarabangsa, yang menurut undang-undang antarabangsa, mereka tiada hak untuk menyerang! Menurut Menteri di Turki, dalam siaran langsung Al-Jazeera, mengatakan bahawa Israel BERBOHONG apabila mengatakan bahawa terdapat senjata dalam kapal tersebut kerana tentera Turki telah pun memeriksa sepenuhnya kapal tersebut daripada sebarang senjata. Kapal yang diduduki seramai lebih 600 orang yang cintakan keamanan dan ingin menghantar bantuan ubatan dan pelbagai bantuan lain terdiri juga dari masyarakat Israel yang cintakan keamanan, pemenang hadiah Nobel keamanan, wartawan-wartawan, wanita dan baby berusia 3bulan! Israel masih lagi menyembunyikan identiti mereka yang terkorban kerana takut dengan kecaman dahsyat lagi dari negara-negara terlibat. Sehingga tulisan ini ditulis, berita menunjukkan, rakyat Turki, sebelum Subuh lagi telah turun ke jalanan setelah mengetahui berita tersebut. Masyarakat Jordan, Amerika di Washington, masyarakt Pakistan dan United Kingdom telah turun di jalanan menyatakan kutukan dan kecaman terhadap tindakan Israel. Kerajaan Turki telah memanggil pihak UN ’helds the emergency session’ membincangkan tentang perkara ini di Turki. Sebelum ini, Turki telah memberi amaran kepada Israel, sekiranya mereka menggunakan kekerasan tentera dan menyerang kapal-kapal tersebut, mereka tidak akan teragak-agak menurunkan tentera Turki untuk menyerang balas.

Selama 4 kali mengikuti kuliah abang dalam bulan Mei ini, abang kata memang ingin berkuliah tentang ’Aamun Nuqbah/ Yaumun Nuqbah. Terlalu banyak isi yang dapat dikutip meneliti setiap butiran kata. Saya cuba untuk membentangkan tajuk ini satu persatu walaupun tidak dapat secara detail. Yaumun Nuqbah/ Naqbah ataupun ’Aamun Nuqbah/ Naqbah merupakan hari malapetaka bagi ummat Islam kerana hari itu, 14 Mei 1948, tertubuhnya negara Haram Israel yang diiktiraf dunia dan PBB. Ianya disambut oleh seluruh ummat Islam sebagai hari malapetaka! Kita akan membincangkan tentang 4 point penting ini :-

1. Mengapa isu Palestin ini dekat di hati kita?
2. Sejarah penubuhan negara haram Israel.
3. Pengajaran ’aamun Nuqbah
4. Tanggungjawab kita terhadap Palestin


Mengapa isu Palestin dekat di hati kita?

1. Al-Aqsa merupakan kiblat pertama ummat Islam. Tempat isra’ dan mikraj Rasulullah SAW. Masjidil Aqsa merupakan tempat di mana Rasulullah SAW mendirikan solat menjadi imam bermakmumkan seluruh Rasul-Rasul sebelum baginda SAW. Al-Aqsa juga disebut dalam Al-Quran menunjukkan pentingnya kiblat pertama ummat Islam itu dipertahankan. ”Al-Aqsa adalah sebahagian dari kita, dan kita adalah sebahagian daripada Al-Aqsa.”

2. Menurut penganalisis politik, Isu Palestin merupakan ’Mothers of Conflict’ dalam dunia ketika ini. Lihatlah apa yang berlaku di dunia ketika ini. Dunia dilanda ketakutan dan kebencian yang teramat sangat kepada Israel dan Amerika sehingga ada yang meletupkan diri di mana sahaja, di New York, di Bali dan di pelbagai tempat selain Palestin, Iraq dan Afghanistan. Kita sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang meletupkan diri dan menyerang mereka yang tidak bersalah, rakyat biasa di negara tersebut kerana ada dari mereka juga tidak setuju dengan tindakan kejam Zionis Israel di Palestin, Iraq dan Afghanistan. Namun, ini menunjukkan bahawa dunia sekarang tidak akan aman selagi Israel dan Amerika tidak menghentikan kekejaman dan kebongkakakan mereka terhadap dunia Islam khususnya Palestin. Meletupkan diri di zon perang adalah dianggap syahid oleh ulama’, iaitu di Palestin, Iraq dan Afghanistan, namun tidak dibenarkan menyerang di tempat lain selain itu.

Sejarah Penubuhan Negara Haram Israel

Saya bukanlah orang yang ‘terer’ menghuraikan perihal sejarah, namun, kita boleh melihatnya secara ringkas bagaimana boleh wujudnya negara haram Israel ini. Pada tahun 1917, dalam Balfour Declaration, mengatakan bahawa Palestin merupakan negara rasmi bangsa Yahudi. Mengapa mereka mengisytiharkan perkara tersebut? Menurut sejarah, dapat dilihat bahawa masyarakat dan kerajaan Eropah tidak senang dengan keberadaan Yahudi yang berada di negara mereka. Mereka telah memikirkan tempat yang sesuai untuk diletakkan Yahudi laknatullah ini dan tempat yang paling sesuai adalah di negara Palestin lantaran mereka mahukan negara bagi memecahbelahkan ummat Islam dan mengambil kesempatan terhadap kelemahan kerajaan Islam yang ketika itu dijajah oleh kuasa besar Britiish. Selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah, negera-negara Arab dan negara ummat Islam telah dibahagi-bahagikan kepada negara-negara penjajah seperti kek yang dimakan rakus oleh kuasa penjajah. Palestin telah dijajah oleh British sepertimana Malaya ketika itu. Yahudi telah banyak menimbulkan masalah kepada negara Eropah dan mereka akhirnya secara rasmi, mengiktiraf Israel sebagai kerajaan dalam PBB dan itu berlaku pada 14 Mei 1948, setelah Israel melobi di PBB dan hari itu disebut sebagai Yaumun Nuqbah, hari malapetaka ummat Islam dan ia disambut setiap tahun oleh mereka yang mengetahui dan merasai.

Sebelum peristiwa Mei 1948, hanya 20% tanah yang diduduki oleh Yahudi, namun setelah persitiwa tersebut, sebanyak 78% tanah Palestin telah diduduki oleh Yahudi. Pada tahun 1936-1939, Syeikh Izzuddin Al-Qassam dan pencinta syahid telah melaksanakan penentangan nyata walaupun negara-negara Arab sekitarnya telah lumpuh. Penentangan mereka telah menyebabkan Israel hampir mengisytiharkan dharurat. Pada 1948, Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin telah membina seramai 12,000 orang ikhwanul muslimin dan membantu tentera dan rakyat Palestin di sana. Walaupun Masyarakat Israel menafikan mereka terkesan dengan intifadah yang dilakukan oleh Hamas dan masyarakat Palestin, namun hakikatnya, jutaan ringgit mereka kerugian lantaran intifadah yang dilancarkan. Setiap kali roket Hamas yang ’kurang canggih’ dilancarkan, setiap kali itu mereka berada dalam ketakutan dan bersembunyi di bawah tanah dan takut ke tempat kerja. Penganalisis sejarah mengatakan, sekiranya para ulama’ seperti Dr yusuf Al-qardhawi mengatakan dan melancarkan intifadah yang ketiga, bukan sahaja rakyat Palestin bangkit, namun rakyat di negara-negara Arab seperti Mesir dan Jordan juga akan bangkit menentang Israel dan kerajaan mereka yang penakut dan tali barut Israel!

Pengajaran ’Aamun Nuqbah

1. Kepimpinan dunia Islam, khususnya dunia Arab telah dikuasai oleh zionis. Di Mesir, jelas menunjukkan Hosni Mubarak menghalang bantuan yang ingin disalurkan kepada rakyat Ghaza, malah membunuh mereka yang ingin mendapatkan bantuan dari dalam terowong. Ia bukan hanya menutup terowong yang disalurkan makanan di dalamnya menerusi terowong ke Ghaza, malah melepaskan gas asid yang membunuh pejuang-pejuang yang berada dalam terowong. Rakyat Mesir bukan sahaja marah kepada Israel, namun sangat marah kepada pemimpin mereka. Sudahlah demokrasi dicabuli, setiap kali pilihanraya di Mesir bakal dilaksanakan, mereka memenjara dan menangkap bakal calon pembangkang yang terdiri dari Ikhwanu Muslimin. Hanya 17% masyarakat Mesir yang turun mengundi. Demokrasi apakah itu? Begitu juga Raja Jordan, pemerintahan monarki mereka. Sekiranya di Myanmar, Amerika beriya-iya menunjukkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan demokrasi dan melawan junta Myanmar, namun, di Jordan, mereka membiarkan Raja Jordan memerintah secara monarki kerana mereka tahu, dengan berkuasanya Raja Jordan, ia adalah boneka Yahudi dan mengikut kata Israel. Begitu juga dengan PM Palestin, Mahmoud Abbas, pimpinan Fatah, mereka dengan senang memperkotak- katikkan rakyat Palestin khususnya di Ghaza. Semasa Pilihanraya terbersih 2006 menurut ketua pengawas pilihanraya ketika itu, Jimmy Carter, Hamas terus dinafikan hak memerintah Palestin walaupun menang lebih 2/3 kerusi. Rakyat Palestin tahu siapa yang bersama-sama mereka berlapar dan terbunuh kerana mempertahankan negara mereka, iaitulah pemimpin-pemimpin HAMAS. Mereka tahu, pemimpin Fatah yang apabila diberikan kepada mereka 10ringgit, mereka mengambil 9 tetapi hanya 1ringgit yang diberikan kepada rakyat Paelstin. Rakyat Palestin tahu pemimpin Fatah mempunyai rumah mewah di Jordan, setelah habis waktu pejabat, menaiki helikopter pulang ke rumah mewah mereka. Mana mereka tidak marah dengan pemimpin seperti itu?

2. Pengajaran kedua menunjukkan bahawa hanya Islam yang memberi kekuatan kepada umat Islam. Pada 1967, Perang Ramadhan ketika itu telah berjaya mengalahkan Israel ketika itu dan Intifadah kedua telah berjaya menyebabkan kerugian berjuta-juta USD Israel setiap hari! Lihat sahajalah mereka yang syahid mempertahankan maruah Islam dengan mengorbankan diri mereka untuk Islam. Jika kita di Malaysia, hari ini makan ayam, esok makan daging, lusa makan kambing, tetapi di Ghaza dan Palestin, mereka bukan sahaja tidak cukup makan, malah mereka yang sakit pun hanya menahan sakit kerana tiada ubat yang dapat diberikan. Wanita yang bersalin, kematian bayi-bayi mereka lantaran komplikasi dan ketiadaan ubat. Namun, mereka tidak pernah mahu lari dari negara tanah tumpah mereka. Mengapa? Kerana setiap hari mereka mengangkat tubuh sahabat mereka yang syahid, mereka terbau harumnya syurga, setiap kali mereka mengangkat tubuh sahabat mereka, mereka melihat syurga! Mana muingkin mereka tidak mahu berjuang mempertahankan tanah tumpah darah mereka dan maruah Islam!

Tanggungjawab kita terhadap Palestin

1. Doa dalam munajat-munajat kita. Pernah kita mendengar kata-kata Mahmud Siyam, Imam Masjidil Aqsa semasa datang ke Malaysia dahulu mengatakan dalam maksud begini : ”Kami di sana mempertahankan Al-Aqsa dengan jiwa-jiwa kami, kami harapkan doa kalian. Kalaulah kalian tidak mengingati kami dalam doa-doa kalian, kami akan serahkan kalian kepada Allah!” Sungguh, kita merasa sangat pedih di sini, sahabat-sahabat kita bertarung nyawa di sana. Setiap waktu solat, angkatlah tangan berqunut nazilah, dan bermunajatlah memohon doa. Sekiranya kita tidak dapat bersama-sama mereka di sana, harapannya, dapat bersama mereka di Jannah Firdausi, sekiranya kita tidak dapat bersama mereka, harapnya, anak zuriat kita dapat bersama-sama membantu agama Allah di sana.

2. Sumbangan kita kepada rakyat Palestin. Bagi yang bergaji tetap, peruntukkanlah sebanyak 2% darinya setiap bulan bagi memberi sumbangan kepada mereka. Boleh membuat potongan terus ke bank-bank yang menyalurkan terus ke tabung Ghaza dan Palestin seperti Yayasan Amal, Muslim Care dan Aman Palestin walaupun hanya RM10 sebulan. Lebih efektif berbuat potongan begitu lantaran keterlupaan kita.

3. Sebarkanlah maklumat dan pelbagaikan vehicle kita untuk menyebarkan maklumat. Maklumat ini bagaikan pedang. Seperti di UK, mereka telah mendapat berita terus dari dalam Ghaza sehingga mereka berdemonstrasi di hadapan BBC dan CNN kerana menyiarkan berita palsu dan propaganda jahat. Mereka telah mewujudkan siaran mereka sendiri. Mereka begitu cepat mendapat maklumat, sehingga kita lihat, mereka yang berwajah putih, berambut perang dan bermata biru inilah yang menyuarakan bantahan secara terang dan sanggup menaja misi-misi kemanusiaan malah mereka ramai yang menyertainya hatta dari ahli parlimen mereka sendiri. Sebarkanlah maklumat melalui blog, facebook, twitter dan lain-lain wasilah bagi menyebarkan tentang isu Palestin ini. Janganlah, sehingga terkena sekarang, baru kita tahu bahawa ada misi Lifeline 4 Ghaza untuk menghantar bekalan makanan. Ingin mengharapkan TV dan radio menyiarkan sepenuhnya dan membangkitkan isu ini? Tentunya kita lebih banyak melihat tayangan hiburan melebihi segalanya.

Saya hanyalah menterjemahkan dalam bentuk tulisan kebanyakan kuliah dan ceramah abang tentang Yaumun Nuqbah ini dalam blog saya, mudah-mudahan, kita mendapat maklumat yang benar dan nyata tentang apa yang berlaku. Sebarang kesilapan dalam tulisan mohon dimaafi dan diharap dapat disebarkan buat pengetahuan semua. Moga Allah menerima amal kita yang sedikit supaya dapat bersama mereka yang syahid di medan di Jannah kelak.... Amiin....

~Diambil dari sebuah blog yang di-email kepada penaip.. khaibar2 ya yahud!!~

Monday, May 31, 2010

Berita terkini..

Bismillahi wal hamdulillah..

Lifeline 4 Gaza..

Kalo saat ini perut kita kosong,
bayangkan perut-perut saudara kita yang telah lama kontang dari keperluan asasnya,
Kalo saat ini kita kehilangan kekasih,
bayangkan saudara-saudara kita yang telah lama menagih kasih dan simpati sejak sekian lama,
Kalo saat ini kita kekurangan duit,
bayangkan saudara-saudara kita yang telah lama tidak mengenal apa itu erti keamanan dan kedamaian,
Kalo saat ini kita berjauhan dari ibu bapa kita,
bayangkan saudara-saudara kita yang telah lama tidak bertemu dengan ibu bapa mereka malahan sebahagian besarnya hilangan tempat mereka bergantung buat selama-lamanya..

Kini..


Pasukan bantuan yang dihantar untuk membantu saudara-saudara kita yang telah dikenakan sekatan sejak 2007 telah diserang oleh israel laknatullah.. Sehingga kini, sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu. Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan. Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.-sumber http://malaysiakini.com/news/133181.

Mesyuarat tergempar, Hamas isytihar intifadha!! - http://malaysiakini.com/news/133236

"Ya Allah, moga bantuan yang ingin dihulurkan oleh tentera sukarelawanMu sampai kepada penduduk Gaza dan kurniakanlah syahid kepada hamba-hambaMu yang terpilih..."

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah belahkanlah dan kacau bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,
Wahai Tuhan yang gagah perkasa,
Wahai Tuhan yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan yang bersifat murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang menggerakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,
Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amin…

Malaysia???

Kelihatan satu hubungan yang selari antara AUKU yang menindas hak-hak mahasiswa dengan tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan di Palestin...

Jika seluruh dunia mengutuk tindakan israel laknatullah atas perlanggaran hak kemanusiaan yang cintakan keamanan dan keadilan, bagaimana dengan pihak yang mewujudkan AUKU??

4 Mahasiswa jurusan sains politik akan dikenakan tuduhan atas kesalahan melanggar seksyen 15(5)(a)
sumber- http://gm-ukm.blogspot.com/2010/05/kenyataan-rasmi-media-gmukm-berhubung.html

~ masih menanti kenyataan rasmi dan tindakan kerajaan Malaysia-APCO terhadap serangan israel ke atas pasukan bantuan keamanan~

Sunday, May 30, 2010

Ilmu + Amal..

Bismillahi wal hamdulillah

Kelajuan taipan penaip terhenti sebaik sahaja terpandang akan satu slot drama di televisyen yang memaparkan sesuatu yang amat tidak patut disiarkan oleh salah sebuah saluran televisyen nasional negara ini yang membenarkan aksi-aksi sedemikian dipaparkan. Maka tidak hairanlah kes-kes buang bayi serta keruntuhan akhlak semakin membarah di kalangan remaja akibat dorongan persekitaran sebegini. Sangat tidak relevan bilamana semua pihak mula menyedari mengenai perbuatan yang sangat tidak bermoral ini namun media elektronik seolah-olah tidak mempedulikan langsung mengenai hal ini. Teringat kata-kata seorang rakan "cara untuk memberikan pengajaran kepada umum melalui media adalah bukan dengan cara mendedahkan sisi-sisi negatif tetapi menonjolkan sisi-sisi yang positif”. Realitinya, di Malaysia 98 % menayangkan sisi negatif,manakala adegan ’insaf’ hanya terdapat di hujung cerita.

Pada kali ini, penaip ingin berkongsi secarik pengalaman berada di SMK Bukit Mewah selama 4 minggu. Ia merupakan pengalaman baru buat penaip. Menyelami kehidupan sebenar di luar lingkungan masyarakat kampus dan mula menyedari di sinilah medan dakwah yang sebenar. Di sinilah tempatnya di mana semua teori yang dipelajari akan dipraktikkan, bukan sahaja ilmu yang diperolehi di dewan-dewan kuliah malah ’mutiara-mutiara’ berharga yang dikutip bersama sahabat-sahabat seperjuangan.

Alhamdulillah,menghadapi karenah pelajar-pelajar tingkatan satu yang baru mula ingin mengenali alam peringkat menengah sangat mengujakan penaip. Mereka masih ’fresh’ dan sangat mudah terpengaruh dengan sebarang anasir- anasir baru yang muncul dalam hidup mereka. Jadi sebarang ilmu yang diturunkan kepada mereka, mereka lebih mudah menerima dan menurut. Namun, cabaran mempunyai pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda merupakan salah satu masalah komunikasi terbesar yang dihadapi oleh penaip. Alhamdulillah, ini merupakan salah satu hikmah penaip ditempatkan disini. Medan untuk mengasah kemahiran bertutur 100% dalam bahasa Inggeris. Tabiat penaip yang tidak suka bertutur di dalam bahasa Inggeris selama ini benar-benar menjerut penaip, ilmu yang dipelajari perlu diamalkan dan dipraktiskan. Akibatnya, seminggu pertama penaip di sini lebih banyak mendengar daripada bercakap. Alhamdulillah, cikgu pembimbing hanya membenarkan penaip masuk ke kelas ketika minggu kedua penaip berada di sana. Subhanallah, ’they talked too fast and 3 or 4 person speak at the same time’. itu komen yang penaip berikan kepada guru pembimbing apabila ditanya mengenai komen untuk kelas pada hari kedua berada di sana. 49 mad'u di dalam satu kelas memerlukan kesabaran,kreativiti untuk mengawal keseluruhan kelas, aktiviti yang melibatkan penglibatan semua dan yang paling penting, pastikan suara anda didengari oleh mereka yang berada di belakang kelas.

Peristiwa 1.

Penaip: “try to remember those words, and i will ask you to write those words after 30second, starting from now”

Yogan: “I don’t need to remember it, just tell me the words, I already know how to spell it”.

( ego mereka sangat tinggi.. mm.. ketika ujian ejaan diadakan, yogan tersalah eja satu perkataan.. )

Peristiwa 2

Srilingam: Teacher, it’s useless teacher.

Vishi: Teacher, he says u’re useless teacher.

Penaip: I heard that.

Srilingam: No, teacher. I did’nt mean you teacher, sori teacher, I did’nt mean it’s for you.

Penaip: it’s ok dear. I used to it ( heh, nasib baik aku biasa kena provoke kat luar)

Srilingam: teacher, sori teacher. sori..

Penaip: (tersenyum).. its ok, just go on with the activity..

(Salah satu contoh putar belit fakta. Penaip tahu Srilingam tidak ada niat untuk mengutuk penaip. Kita harus meneliti dan menilai dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan. Sehingga abis waktu kelas, Srilingam berjumpa penaip secara peribadi dan memohon maaf berkali-kali. mereka sangat suka meminta maaf..)

Sangat banyak peristiwa yang menarik berlaku disini.. InsyaAllah, sekiranya ada kesempatan, penaip akan kongsikan bersama pembaca sekalian..

~ Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah~

Saturday, May 8, 2010

Saya Sayang Mak




Bonda by Soutus Sofwa

Bonda yang tercinta
Bagaimanakah dapat ku balasi
Segala jasa yang tercurah
Buat kami anak-anakmu ini
Pengorbananmu tiada tandingan
Mendidik dan mengasuh kami
Tanpa jemu dan bosan
Penuh kesabaran

Bonda
Terima kasih atas segalanya
Kerana kau telah mengenalkan kami
Kepada Tuhan yang Maha Esa
Kau tunjukkan jalan untuk kesana
Negara akhirat yang kekal abadi

Betapa mulianya hatimu,
Betapa murni kasih sayangmu
Dapat ku rasakan kasihmu kasih sejati

Moga sentiasa Allah rahmati
Moga sentiasa Allah redhai..


~ Selamat Hari Ibu~

Thursday, May 6, 2010

PEKASAM DURIAN


Bismillahi wal hamdulillah..

(setelah artikel ini diperam selama 2 bulan, barulah penaip berkesempatan menerbitkan entry ni.)


D.U.R.I.A.N. Kenapa durian?? Penaip bukanlah seorang yang penggemar durian tapi tempoyak penaip makan je.. Durian yang arwah aki penaip tanam je yang penaip makan banyak, agaknya sebab aki tanam pokok durian tu, aki da niat hasil pokok durian ni nanti tuk anak cucu dia makan.. mm.. dah lama xmerasa durian tu..

Sekadar mengimbau kembali kejadian ketika 1st year di dalam kelas MR Chee Keong ( MR CK). Kelas foundation English.

"Please draw a picture that represent English to you and i will pick 2 or 3 people to present it in front of the class".. Arah MR CK.

Entah kenapa, pada ketika itu, di kepala penaip terbayang sebiji buah durian. Tanpa berlengah, pensel menari-nari di atas kertas melakarkan buah durian. Kebetulan ketika penaip asyik melakar-lakarkan di atas kertas, MR CK terpandang akan imej gambaran di kertas penaip. Dia tersenyum.. Alamak, abislah MR CK nampak..

Tiba saat pembentangan, seperti yang dijangka, tangannya tepat menuding ke arah penaip meminta penaip membentangkannya sebagai 1st presenter.. adehh.. Ehem.. Ehem.. Penaip membetulkan kedudukan dan mengangkat kertas lukisan.

" What is English to me.. Well, i draw a picture of durian.. " Penaip memulakan bicara.
Kebetulan kitorang satu kelas bersama rakan-rakan dari China, so MR CK pun menerangkan kepada mereka apa itu buah durian.. Kemudian penaip menyambung pembentangan..

" Why i draw this picture?? it is because, for me, to learn english, we need to know the key to open its treasure. Same like durian, it isn't easy to open this durian. We need to know the right skills, use the right tool and using both of our hand to open it. When we manage to open it, it has its own layer that we need to explore. Same like english, in grammar there are a few parts that we need to explore such as tenses, article, and so on.. And if we see durian from outside it is full of thorns right? but we doesn't realize, inside this it has juicy and fresh soft things that we can eat it.. As in learning English, it need hardwork to reach the soft part ". Begitulah lebih kurang ayatnya.

Tu masa first year.. bagaimana penaip melihat sesuatu berdasarkan keadaan rupa buah durian.. sekarang, penaip perlu berusaha menjadi seperti buah durian. Kena jadi kuat dan keras macam kulit durian. Daya pemikiran perlu setajam duri durian.. Walau tidak setajam duri-duri yang lebih berkualiti, sekurangnya kita terus berusaha kearah itu..

Secebis perkongsian mengenai jutaan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling dan dari perbincangan kecil bersama sahabat-sahabat , konklusinya jelas kebejatan akhlak anak muda zaman ini berada di tahap yang sangat merisaukan.. Begitu juga akan kesedaran masyarakat di sekeliling mengenai undang-undang serta hak-hak yang perlu diketahui bukan hanya perlu digali korek ketika mana sesuatu kes itu timbul.. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menangani masalah ini. Sensitiviti dan tindakan perlu seiring.. Hampir seminggu berada di sekolah tempat penaip mengadakan praktikal benar-benar membuka mata dan minda ini mengenai suasana yang tidak pernah penaip fikirkan sebelum ini. Berada di dalam kalangan pelajar bukan Melayu sebanyak 90% benar-benar memberikan satu suasana yang berbeza. Berdasarkan pengalaman penaip yang mendapat pendidikan awal di pusat pendidikan yang mengutamakan bangsa melayu bahkan kemasukan 10% bukan bumiputera ke dalam institusi Maktab Rendah Sains Mara pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dahulu. Tak sampai 10 orang pelajar melayu yang penaip temui sehingga hari ini berbanding 2500 pelajar di sekolah ini.. Penaip memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri berada di alam baru seterusnya merealisasikan misi "memanusiakan manusia".. Doakan penaip..

~rindu suasana memerah minda~

Saturday, April 17, 2010