Tuesday, August 24, 2010

More on Pharaoh..


~ part 08 ~


~part 09~

Saturday, August 21, 2010

Diari Ramadhan Baby

Bismillahi wal hamdulillah..

3 Ramadhan- Usai solat maghrib pada hari itu, kami bertiga pun bertolak menuju ke rumah di mana sahabat penaip mengajar mengaji. Hari itu, merupakan hari kedua Kak Siti menjalankan tugasnya setelah mengambil alih tempat Syamila yang mengajar mereka sebelum ini. Sudah banyak cerita yang penaip dapat mengenai keluarga ini dari Syamila dan Kak Siti sendiri. Tertarik mendengar pengalaman 1st day Kak Siti mengajar mereka, maka pada hari berikutnya penaip memenuhi undangan Kak Siti supaya mengikutnya ke rumah itu. Sebaik sahaja melangkah masuk, benarlah cerita yang dikhabarkan kepada penaip bahawa penghuni rumah ini menggunakan bahasa kedua sebagai bahasa pengantaraan mereka di rumah dalam erti kata lain ‘they speak English as their mother tongue’… (gulp..)

Nana, si cumel, adik perempuan yang bongsu membuka pintu pagar elektronik rumahnya dan kami pun masuk..

“Kak Syamila.. Kak Siti..” sambut mereka.

“This is my friend..” Kak Siti memperkenalkan penaip kepada mereka.

“What is her name, Kak Siti?” soal ‘baby’, adik lelaki yang paling bongsu.

“Ask her..” Balas Kak Siti

Penaip pun memperkenalkan diri sendiri “ Kak Nabilah..”

Kami pun bersalam-salaman. Ada 5 orang semuanya. 3 lelaki dan 2 perempuan..

“ Kak Siti, I want to read first.. I want to read first..I’ve got to finish my homework before I go to bed..” Abang mengangkat tangannya sambil memasukkan buku-buku ke dalam beg sekolahnya memandangkan dia bersekolah sesi pagi pada keesokkan harinya.

Kak Siti pun mengambil tempat.. Sementara itu, Nana mengambil sehelai kertas dan menuju kearah Syamila.

“Kak Syamila, jom main teka teki” Ucapnya.. Penaip hanya tersenyum lebar, teringat teka teki yang diceritakan oleh mereka kepada penaip semalam.. Syamila pun menumpukan perhatian kepada lukisan yang dilakarkan oleh Nana di atas kertas tersebut. Penaip pun menyibuk sekali melihat teka teki apakah yang ingin di soal oleh nana. Sementara itu, gelagat ‘baby’ yang sangat aktif mencuri perhatian penaip. Syamila memberitahu penaip bahawa ‘baby’ sangat suka akan simpulan bahasa yang dipelajarinya dalam pelajaran bahasa melayu di sekolah. Kak Siti juga pernah menceritakan kepada penaip bahawa di kalangan adik-adik tersebut, ‘baby’ seorang yang tak boleh cakap bahasa melayu sepenuhnya. Kalau dia cakap bahasa melayu, kita boleh dengar pelatnya. Berbual dengannya ibarat anda sedang berbicara dengan pelakon kanak-kanak dalam cerita 3 ninjas.. wee~


Baby mengambil balang yang berisi kapur dan terus menyenaraikan simpulan bahasa yang diketahuinya di pintu kaca (sliding door) yang berwarna hitam yang berada di sebelah kiri Kak Siti. Hmm.. aplikasi yang yang baik bagi penaip, tidak perlu membeli papan putih atau hitam untuk anak-anak anda dan tidak perlu risau akan contengan yang tidak boleh dihilangkan. Kapur tulis boleh dipadamkan dengan mudah dengan menggunakan whiteboard duster. Tambahan pula, ruang untuk ditulis sangat besar.. Tulislah sebanyak mana yang anda mahu di pintu tersebut.

Ketika abang selesai mengaji...

“Baby.. Baby puasa x harini?” Soal Kak Siti kepada baby yang sedang sibuk menulis di pintu kaca sebelahnya.

“Baby puasa sampai pukul 9 je..” Jawab Nana. Kami serentak tersenyum..

“ Turn sape lepas ni? Nana la..”Kata Kak Siti.

“Ok..” Nana bergegas ke bilik air untuk mengambil wuduk.

“ baby bangun sahur x?” soal penaip.

“ bangun.. tapi, kalo pegi sekolah baby mesti bawak bekal air sebab nanti baby rasa… aaa… thirsty.. baby bleh tahan lagi… pastu, kawan baby mesti mintak air baby sikit..” Jawab Baby.

“ Baby minum x air tu?” soal penaip lagi.

“minum..”Jawabnya . Serentak kami ketawa.

“ If u can fast for the whole day, I’ll buy u a chocolate..” Umpan Kak Siti.

“ Really? I want chocolate. Kak Siti, do you know the one with caramel inside? It has caramel filling inside. I want that chocolate.” Jawab baby excited.

“ Ok, but you must promise me that you will fast for the whole day..” Kata Kak Siti.

“ Not quarter day, not half day.. but full day..” tambah penaip.

“ Ok2.. Kak Siti, the chocolate with caramel inside..” Pinta baby.

“ What is the name of the chocolate? Cadbury?” Tanya Kak Siti.

“No,not cadbury.. the one with caramel filling.. mm..” jawab baby..

“Snickers?” Syamila meneka.

“ Ya..ya.. its like snickers.. but not snickers.. its like snickers..” jawabnya excited.

Pada masa yang sama, Nana berkeliaran mencari tudungnya yang hilang…

“Mars??” Teka penaip.

“Ya..ya.. Mars.. its Mars.. Kak Siti, I want Mars..” Luah Baby.

“Ok, but promise me, you will fast full day..”Janji Kak Siti.

"Try fasting for half day tomorrow, then go for longer time.. don’t force yourself,ok?” Nasihat penaip.

“Ya.. try it slowly..” Tambah Kak Siti.

“Ok.. Ok.. Only when I can fast for the whole day, you give me the chocolate, if not, don’t give..” balas baby.

“Ok,deal..” Kak Siti bersetuju. Nana dah bersedia untuk gilirannya.. Apa yang menariknya, ketika kami sibuk memikirkan jawapan untuk teka teki Nana, baby bertanya,

“Kak Siti, can I drink..?”

“Mm?Of course.. Malam-malam tak puasa la baby..” jawab Kak Siti. Untuk kesekian kali kami ketawa melihat gelagat baby.

“Yeah.. oo.. siang je tak makan e?” Soalnya sambil berlari mengambil minuman di dapur..

“ Yup, start at sunrise until maghrib” terang kami.. Pada jam 10.15, kami mula bertolak pulang. I learned a lot on that night..

Pada keesokkan harinya, usai sahaja Kak Siti pulang dari rumah mereka, Kak Siti menceritakan mengenai baby.

“ Mak baby cerita, lepas sahur je baby tak tidur.. Semangat je dia hari tu.. Pukul 9, mak baby tanya nak makan x, baby tak nak makan.. Terus main-main sampai tengahari nak pegi sekolah. Masa nak pegi sekolah baby tak makan apa-apa.. Dia kata dia janji dengan Kak Siti nak puasa.. Petang tu balik sekolah, Tanya nak makan x.. dia xnak makan, tapi dia mintak minum air sikit.. pukul 6.30ptg dia jumpa mummy, bagitau dia tak tahan.. Mak dia bagi la baby makan..” cerita Kak Siti..

Kesungguhan dan kegigihan oleh seorang anak kecil yang berusia 7 tahun yang baru sehari belajar untuk berpuasa.. Puasa bukanlah semata-mata menahan lapar dan dahaga, ianya lebih daripada itu. Amanah kita dengan Sang Pencipta..

~9 Ramadhan, Baby request "Kak Siti, can you bring Kak Nabilah?? I want to ask her on this game" Wee..~

Thursday, August 5, 2010

Think Seminit..

Bismillahi Wal Hamdulillah

Ketika menunggu kehadiran Prof Tan Kim Hua di depan biliknya,penaip sempat meneliti keratan-keratan akhbar yang terdapat di dinding-dinding pintu bilik pensyarah di sepanjang laluan.. Terdapat satu artikel yang sangat-sangat membuatkan penaip terpana seketika di hadapan pintu pensyarah tersebut. Artikel tersebut menceritakan mengenai pengalamannya sewaktu ditemuduga sebaik sahaja beliau tamat pengajian ijazah di salah sebuah IPT terkemuka. Soalan pertama yang dilontarkan adalah;

" If I burn your degree certificate, what would you do to prove that you are a graduate? "

("Sekiranya saya bakar sijil ijazah awak, apa yang awak boleh buktikan pada saya bahawa awak ialah seorang graduan??")

~ Selamat Bergraduasi buat Senior2 sekalian, masyarakat di luar sana memerlukan anda sebagai agen perubahan.. p/s: jangan lupa singgah Gerai Selera Murni ISIUKM di tapak gerai Pesta Konvokesyen... Macam-macam ada~

Thursday, July 29, 2010

~Let's cover our 'aurat'~

Salam'alaik...

In conjuction with
"Kempen Tutup Aurat"
by Rakan Amali Dakwah ISIUKM (RAD)




" I'm so tired"
Saya sangat letih

"Tired of what?"
Letih kerana apa?

"Of all these people judging me."
Kerana semua orang menilai saya

"Who judged you?"
Siapa menilai awak?

"Like that woman, every time I sit with her, she tells me to wear hijab."
Macam perempuan itu,setiap kali saya duduk bersamanya, dia minta saya untuk memakai tudung

"Oh, hijab and music! The mother of all topics!
Oh.. tudung dan muzik! Topik yang selalu diperkatakan!

"Yeah! I listen to music without hijab…haha!"
Ya! Saya dengar muzik tanpa pakai tudung.. haha!

"Maybe she was just giving you advice."
Mungkin dia hanya menasihati kamu

"I don't need her advice. I know my religion. Can't she mind her own business?"
Saya tak perlukan nasihat dia. Saya tahu agama saya sendiri. Boleh tak kalau dia tak jaga tepi kain orang?

"Maybe you misunderstood. She was just being nice."
Mungkin kamu salah faham. Dia hanya melakukan perkara yang baik.

"Keeping out of my business, that would be nice..."
Jaga tepi kain sendiri, itu perkara yang baik

"But it's her duty to encourage you do to good."
Tapi, itu tanggungjawab dia, menggalakkan kamu melakukan perkara yang baik

"Trust me. That was no encouragement. And what do you mean `good` ?"
Percayalah, itu bukan satu galakan. Dan, apa maksud kamu 'perkara yang baik'?

"Well, wearing hijab, that would be a good thing to do."
Dengan memakai tudung, itu merupakan perkara yang baik

"Says who?"
Siapa kata?

"It's in the Quran, isn't it?"
Ianya termaktub di dalam kitab suci Al-Quran, kan?

"Yes. She did quote me something."
Ya.. Dia ada membacakan sesuatu

"She said Surah Nur, and other places of the Quran."
Dia beritahu Surah An-Nur dan beberapa tempat di dalam Al-Quran

"Yes, but it's not a big sin anyway. Helping people and praying is more important."
Ya2.. tapi, itu bukanlah dosa besar.. Menolong orang dan solat itu lebih penting..

"True. But big things start with small things."
Betul, tapi perkara yang besar bermula dengan perkara yang kecil..

"That's a good point, but what you wear is not important. What's important is to have a good healthy heart."
Hujah yang baik, tapi apa yang anda pakai tidak penting. Apa yang penting ialah hati kita baik.

"What you wear is not important?"
Apa yang kamu pakai tidak penting??

"That's what I said."
Ya..

"Then why do you spend an hour every morning fixing up?"
Jadi, mengapa kamu menghabiskan selama 1jam setiap pagi untuk bersiap-siap??

"What do you mean?"
Maksud awak?

"You spend money on cosmetics, not to mention all the time you spend on fixing your hair and low-carb dieting."
Awak menghabiskan banyak duit untuk belanja kosmetik,itu belum termasuk lagi perbelanjaan untuk mendandan rambut dan terapi diet awak.

"So?"
Jadi?

"So, your appearance IS important."
Jadi, penampilan luaran ADALAH penting

"No. I said wearing hijab is not an important thing in religion."
Tidak. Apa yang maksudkan ialah pakai tudung bukanlah perkara yang penting di dalam agama.

"If it's not an important thing in religion, why is it mentioned in the Noble Quran?"
Sekiranya ia tidak penting di dalam agama, mengapa ianya dinyatakan di dalam kitab suci Al-Quran?

"You know I can't follow all that's in Quran."
Kamu kan tahu bukan semua yang ada di dalam Al-Quran saya mampu ikut

"You mean God tells you something to do, you disobey and then it's OK?"
Kamu ingin mengatakan apabila Tuhan menyuruh kamu melakukan sesuatu dan kamu melanggarnya, maka itu adalah tiada apa2??

"Yes. God is forgiving."
Ya, Tuhan Maha Pengampun

"God is forgiving to those who repent and do not repeat their mistakes."
Tuhan Maha Pengampun kepada sesiapa yang bertaubat dan berjanji untuk tidak melakukan laranganNya dan melaksanakan suruhanNya

"Says who?"
Siapa kata?

"Says the same book that tells you to cover."
Kitab yang sama yang menyuruh kamu untuk menutup aurat

"But I don't like hijab, it limits my freedom."
Tapi saya tak suka tudung, ia mengongkong kebebasan saya

"But the lotions, lipsticks, mascara and other cosmetics set you free?! What's your definition of freedom anyway?"
Tapi, pelembap,gincu,celak mata yang tebal dan semua kosmetik yang lain membuatkan kamu merasa bebas?? Apa definisi 'kebebasan' awak sebenarnya??

"Freedom is in doing whatever you like to do."
Kebebasan ialah melakukan apa sahaja yang kita suka buat

"No. Freedom is in doing the right thing, not in doing whatever we wish to do."
Tidak. Kebebasan adalah melakukan perkara yang betul, bukan melakukan apa yang yang awak suka

"Look! I've seen so many people who don't wear hijab and are nice people, and so many who wear hijab and are bad people."
Lihat! Saya dah jumpa dengan ramai orang yang tak pakai tudung tapi dia baik, dan ramai yang pakai tudung tapi dia jahat

"So what? There are people who are nice to you but are alcoholic. Should we all be alcoholics? You made a stupid point."
Abis tu? Mereka orang yang baik tapi minum arak. Adakah kita semua patut minum arak? Hujah awak tak boleh dipakai.

"I don't want to be an extremist or a fanatic. I'm OK the way I am without hijab."
Saya tak mahu jadi ektrimis atau seorang yang fanatik. Saya selesa tanpa tudung.

"Then you are a secular fanatic. An extremist in disobeying God."
Jadi awak ialah seorang fanatik sekular. Seorang ektrimis yang melanggar suruhan Tuhan.

"You don't get it, if I wear hijab, who would marry me?!"
Awak tak faham, jika saya pakai tudung, siapa nak kahwin dengan saya?

"So all these people with hijab never get married?!"
Jadi, semua orang yang pakai tudung tak kahwin?

"Okay! What if I get married and my husband doesn't like it? And wants me to remove it?"
Ok, kalau saya pakai tudung dan suami saya tak sukakannya? Dan dia mahu saya buang tudung?

"What if your husband wants you to go out with him on a bank robbery?!"
Kalau suami awak suruh awak keluar dengannya dan merompak bank bersamanya?

"That's irrelevant, bank robbery is a crime."
Tak mungkin, merompak bank adalah satu jenayah.

"Disobeying your Creator is not a crime?"
Melanggar suruhan Tuhan bukan satu jenayah?

"But then who would hire me?"
Tapi, siapa yang akan ambil saya bekerja?

"A company that respects people for who they are."
Sebuah syarikat yang menghormati orang seadanya.

"Not after 9-11"
Tidak lagi selepas 9hb 11

"Yes. After 9-11. Don't you know about Hanan who just got into med school? And the other one, what was her name, the girl who always wore a white hijab…ummm…"
Ya, selepas 9 hb 11. Tahukah anda mengenai Hanan yang baru masuk sekolah menengah? Dan seorang lagi, apa namanya, yang selalu pakai tudung putih.. ummm...

"Yasmeen?"
Yasmeen?

"Yes. Yasmeen. She just finished her MBA and is now interning for GE."
Ya, Yasmeen. Dia baru sahaja tamat MBA dan sekarang sedang mengambil kursus asas untuk GE.

"Why do you reduce religion to a piece of cloth anyway?"
Kenapa awak mengurangkan nilai agama pada seseorang dengan sehelai kain?

"Why do you reduce womanhood to high heals and lipstick colors?"
Kenapa kamu mengurangkan nilai kewanitaan pada seseorang dengan kasut tumit tinggi dan gincu?

"You didn't answer my question."
Awak tak jawab soalan saya

"In fact, I did. Hijab is not just a piece of cloth. It is obeying God in a difficult environment. It is courage, faith in action, and true womanhood. But your short sleeves, tight pants…"
Secara faktanya, saya telah menjawabnya. Tudung bukan sekadar sehelai kain. Ia adalah mematuhi suruhan Tuhan di dalam suasana persekitaran yang sukar. Ia adalah galakan, amal, dan ciri-ciri kewanitaan sejati. Tapi, kamu punya baju tanpa lengan, seluar ketat...

"That's called `fashion`, you live in a cave or something? First of all, hijab was founded by men who wanted to control women."
Itulah yang dipanggil 'fesyen', kamu ini tinggal di dalam gua atau apa? Pertama sekali, tudung telah dicipta oleh lelaki yang mahu mengongkong wanita..

"Really? I did not know men could control women by hijab."
Yeke? Saya tak tahu pun yang lelaki boleh mengongkong wanita dengan bertudung.

"Yes. That's what it is."
Ya, macam itulah

"What about the women who fight their husbands to wear hijab? And women in France who are forced to remove their hijab by men? What do you say about that?"
Bagaimana pula dengan wanita yang bergaduh dengan suaminya kerana memakai tudung? Dan seorang wanita di Perancis yang dipaksa membuang tudungnya oleh seorang lelaki? Apa pandangan awak?

"Well, that's different."
Itu lain

"What difference? The woman who asked you to wear hijab…she was a woman, right?"
Apa yang lain? Wanita tadi meminta kamu memakai tudung.. dia seorang perempuan kan?

"Right, but…"
Ya, tapi..

"But fashions that are designed and promoted by male-dominated corporations, set you free? Men have no control on exposing women and using them as a commodity?! Give me a break!"
Tapi fesyen yang direka dan dipromosi oleh syarikat yang didominasi oleh golongan lelaki, membuatkan kamu merasa bebas? Lelaki tidak mengongkong dan mendedahkan wanita dan mempergunakan mereka sebagai satu bahan komersial?? Tolonglah!

"Wait, let me finish, I was saying…"
Tunggu, bagi saya abiskan kata-kata saya. Apa yang saya ingin katakan ialah..

"Saying what? You think that men control women by hijab?"
Katakan apa? Kamu fikir lelaki mengongkong wanita dengan tudung?

"Yes."
Ya

"Specifically how?"
Perincikan bagaimana lelaki boleh mengongkong wanita dengan tudung?

"By telling women how and what to wear, dummy!"
Dengan memberitahu bagaimana dan apa yang perlu wanita pakai la!

"Doesn't TV, magazines and movies tell you what to wear, and how to be`attractive' ?"
Bukankah TV,majalah-majalah dan filem-filem yang memberitahu kamu apa yang perlu kamu pakai dan bagaimana untuk kelihatan 'menarik'?

"Of course, it's fashion."
Tentulah, ianya fesyen

"Isn't that control? Pressuring you to wear what they want you to wear?"
Bukankah itu satu bentuk pengongkongan? Memaksa kamu untuk pakai apa yang mereka mahu kamu pakai?

[Silence]
[Diam]

"Not just controlling you, but also controlling the market."
Bukan sahaja mengawal kamu, tetapi mereka mengawal pasaran juga

"What do you mean?"
Maksud kamu?

"I mean, you are told to look skinny and anorexic like that woman on the cover of the magazine, by men who design those magazines and sell those products."
Maksud saya, awak dimomokkan supaya kelihatan kurus kering dan seperti orang sakit seperti wanita-wanita yang berada di muka depan majalah, oleh golongan lelaki yang merekabentuk majalah-majalah itu dan mereka menjualnya.

"I don't get it. What does hijab have to do with products."
Saya tak faham. Apa kaitan tudung dan produk-produk yang mereka jual?

"It has everything to do with that. Don't you see? Hijab is a threat to consumerism, women who spend billions of dollars to look skinny and live by standards of fashion designed by men…and then here is Islam, saying trash all that nonsense and focus on your soul, not on your looks, and do not worry what men think of your looks."
Semuanya ada kaitan. Kamu tak nampak lagi ke? Tudung adalah satu ancaman kepada konsumerisme(pengguna), wanita menghabiskan berjuta-juta ringgit hanya untuk kelihatan kurus kering dan hidup dengan standard fesyen yang direka oleh lelaki.. Dan kemudian datang Islam, yang mengatakan bahawa semua itu hanyalah sampah dan menekankan keperibadian jiwa anda, bukan penampilan luaran anda, dan tidak perlu risau dengan pandangan lelaki dengan penampilan luaran anda.

"Like I don't have to buy hijab? Isn't hijab a product?"
Macamlah saya tak perlu beli tudung. Bukankah tudung itu sendiri sejenis produk?

"Yes, it is. It is a product that sets you free from male-dominated consumerism. "
Ya, betul. Ianya adalah produk yang membebaskan kamu daripada konsumerisme(pengguna) yang didominasi oleh lelaki.

"Stop lecturing me! I WILL NOT WEAR HIJAB! It is awkward, outdated, and totally not suitable for this society ...Moreover, I am only 20 and too young to wear hijab!"
Hentikan leteran anda! SAYA TAK AKAN PAKAI TUDUNG! Ianya pelik, ketinggalan zaman dan sangat tidak sesuai dengan masyarakat sekeliling saya... Lagipun, saya baru berumur 20 tahun untuk memakai tudung!

"Fine. Say that to your Lord, when you face Him on Judgment Day."
Baiklah. Beritahu kepada Tuhan apabila kamu berjumpa denganNya pada Hari Akhir kelak.


"Nay! You prefer the life of this world; While the hereafter is better and more lasting."
[Noble Quran 87:16-17]"
"Sedangkan kamu(orang-orang kafir) memilih kehidupan dunia;padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan kekal"

You are the best community (Ummah) raised up for (the benefit of) humanity; enjoining what is right and forbidding what is wrong and believing in Allah."
Kamu adalah golongan(ummat) terbaik yang menyeru ke arah kebaikan; dengan melakukan suruhanNya, meninggalkn laranganNya dan bertaqwa kepada Allah

~ Love the way the conversation had been conduct, they'd points... Hujah yang baik untuk berdepan dengan golongan SIS~

Wednesday, July 21, 2010

5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik



UBAH GAYA HIDUP???
kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

by:Dr Mohd Asri Zainul Abidin Jul 20, 10 12:24pm

Monday, July 19, 2010

Jom Daftar ISIUKM!!

Tarikh: 19 Julai hingga 23 Julai 2010
Booth nombor 26..
Bertempat di aras 2, Bangunan Pusanika,Universiti Kebangsaan Malaysia

for more info:


and catch those videos at isiukm channel


http://www.youtube.com/user/isiukm