Pagi tadi zaujah ana telah dipanggil oleh kolej PTPL untuk menghadiri sesi temuduga bagi satu jawatan kosong di sana. Antara perkara yang diminta untuk dilakukan semasa sesi temuduga adalah menyediakan satu ceramah/persembahan selama 15 minit setiap seorang.Maka yang turut pening kepala adalah ana, kerana selaku seorang suami yang soleh lagi terpuji, ana turut terheret di dalam kancah ini dengan mencadangkan bahan, membantu mengolah bahan, membantu melatih dan memberikan komentar serta kritikan membina bagi membaiki mutu ceramah zaujah ana.Bila difikirkan kembali, ana rasa kebanyakkan muslimat kita bahkan juga sesetengah para muslimin semasa di kampus atau di luar kampus tidak dilatih dan dibiasakan dengan public speaking/ceramah..Mereka kadang kala boleh bercakap, boleh berinteraksi di hadapan orang..tetapi ianya terhad kepada orang-orang yang tertentu sahaja sama ada di kalangan 'geng' sendiri, di kalangan sesama jantina atau di hadapan anak-anak murid.Dan isi kandungan ucapan yang disampaikan juga kadang kala terhad kepada sesuatu yang ringkas, mudah dan tidak berat.Maka tidak hairanlah apabila ana mencadangkan satu tajuk yang agak berat, berkisar kepada motivasi diri kepada zaujah ana, beliau agak terkial-kial mencari titik khusyu' dan 'feeling' di dalam menyampaikannya lantaran tiada pengalaman dan kurang kemahiran.Nervous, penggunaan tatabahasa yang tidak betul serta suka mengulang-ulang ayat/perkataan yang sama banyak kali adalah antara kesilapan yang kerap dilakukan.Bahkan disaat-saat akhir, jam 1pagi, beliau dah frust dan nak tarik diri daripada menghadapi temuduga tersebut. Tetapi ana membantah kerana mengenangkan temuduga tersebut di-adjust oleh jiran kami yang merupakan salah seorang pensyarah sambilan di sana. Alhamdulillah, beliau setuju untuk teruskan.Tetapi ana tak tahu apa yang berlaku semasa temuduga tadi...kena tunggu empunya diri komen.Apa yang ana nak tekankan di sini adalah amat penting untuk kita terutamanya para muslimah selaku para amilin Islam, pewaris kepimpinan gerakan, melatih dan membiasakan diri kita berucap,berceramah di khalayak ramai dengan ucapan/ceramah tajuk-tajuk yang mungkin agak berat dan menggunakan tatabahasa Melayu yang betul, bukan bahasa Melayu rojak/broken.Kadang-kadang ana melihat, jemaah-jemaah lain seperti JIM/ABIM agak terkehadapan di dalam soal ini berbanding dengan kita. Cuba lihat pimpinan-pimpinan Dewan Muslimah atau Nisa' yang terkehadapan di masa sekarang. Apa background tarbiyyah mereka? Kebanyakkan yang ana lihat, background mereka kalau bukan JIM mesti ABIM.Di mana muslimat kita, yang kita berpenat lelah, berhabis ribuan duit serta masa untuk mengkaderkan dan mentarbiyyah mereka? Adakah muslimat yang berkualiti dan berbakat kita hanya disimpan untuk dijadikan perhiasan di rumah sahaja? Hanya untuk dikecap dan dimanfaatkan oleh keluarga serta 'geng-geng' terdekat mereka sahaja?
Cubalah kita renung dan fikirkan..
Yang sedang termenung,
Suami Penyayang
-Adeeb
Sumber dari munadib.blogspot.com
Bila difikir2kan balik, ada betulnya. Muslimat kita susah untuk ke depan melontarkan pendapat dan meluahkan buah fikiran masing2. Masalah ni berlaku mungkin disebabkan kekangan masa untuk mengetahui hal2 yang berada di luar topik kampus. Kekurangan isi/point mengenai tajuk2 tertentu. Terlalu sibuk dengan hal2 yang berlaku dikalangan sendiri sampaikan tak ambil cakna dengan perkara2 lain. Pernah satu hari,dalam perjalanan balik ke rumah ayah bertanya mengenai hal2 semasa yang berlaku di luar, tapi masa tu penulis memang tidak mengetahui sedikit maklumat pun mengenai perkara tersebut disebabkan ketidakpekaan diri sendiri untuk ambil sedikit masa membelek2 akhbar (nasional mahupun alternative) semasa berada di kampus. Tu masa mula2 stat sem. Mungkin terlalu sibuk menyelaraskan semua perkara pada awal2 semester menyebabkan situasi seperti ini berlaku.. Lajnah tarbiyyah sendiri da amik banyak pendekatan untuk memantapkan tsaqafah ahli (cth: khatibah ulasan buku2 haraki dan isu semasa). Platform tuk berceramah memang banyak ketika di kampus terutamanya dikalangan muslimat (cth: bicara helwani setiap jumaat) tapi figure2 untuk ke hadapan adalah orang yang sama. Memang ada tujuan tertentu dan mungkin keadaan ini menyebabkan orang lain berada di zon yang selesa kerana mereka tau mereka tidak akan dipanggil ke hadapan. Hasilnya, ramai muslimat2 kita menghadapi masalah lack of confident bila berhadapan dengan public (termasuk diri yang menaip ni,huhu..) Sekiranya kita berjaya mewujudkan ‘speaker corner’ di dalam kampus, ianya dapat memberikan lebih peluang kepada muslimat2 kita untuk berhadapan dengan public yang mana penontonnya terdiri daripada latarbelakang yang berbeza. Selain dari kita dapat mengutarakan mengenai isu2 semasa, speaker corner ini juga mampu menjadi platform membina pengalaman untuk kita berhadapan dengan public. Dari situ kita akan belajar pendekatan untuk berhadapan dengan orang awam dan menangani masalah gugup serta masalah tatabahasa dengan memantapkan penggayaan perkataan yang akan digunakan.
p/s : Teringat waktu sekolah2 dulu, pada setiap pagi seorang pelajar akan dipilih untuk public speaking ( ucapan dalam bahasa inggeris) di atas dewan besar di hadapan semua pelajar selama 10 minit.. Malangnya penulis tidak berkesempatan untuk merasai pengalaman tersebut kerana nama penulis berada di giliran belakang (Alhamdulillah).. =p
No comments:
Post a Comment