“ Percayakah awak semua sekiranya ana katakan pada 30-40 tahun akan datang, tidak akan ada orang bercakap dalam Bahasa Melayu di Malaysia,” soalan ustaz Isma menyentakkan diri penaip.
“ zaman anak ana yang kat belakang tu,zaman anak-anak antum, cuba kita tanya anak-anak kita, satu campur satu jadi berapa, mereka tak boleh nak jawab. Tapi kalo kita tanya one plus one equal to what, dengan pantas mereka menjawab one plus one equal to two.. two.. jangan sampai jadi macm tu.. Ana tak puas hati betul dengan cikgu-cikgu ni, ada cikgu-cikgu kat dalam ni?” soal Ustaz Isma. Penaip sekadar tersenyum macam kambing sakit gigi..
“ mintak maaf la kepada cikgu-cikgu atau ada bakal-bakal cikgu sekalian, tapi ana memang tak puas hati sebab apa, sebab golongan inilah yang patut kehadapan menentang habis-habisan pengajaran Matematik dan Sains didalam Bahasa Inggeris. Cuba bayangkan kalau semua guru-guru di Malaysia memboikot PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris), ada dorang nak teruskan rancangan ni?”.. Ingat balik isu Tulisan Jawi, apa dah jadi dengan kedudukan Tulisan Jawi hari ni? Kedudukan Bahasa Melayu akan jadi seperti kedudukan Tulisan Jawi sekarang..” Kata-kata Ustaz Isma semalam masih terngiang-ngiang di dalam kotak fikiran penaip. 'tulisan jawi... sebahagian besar khazanah-khazanah ilmu diambil dari sumber yang menggunakan tulisan ini... Kerakusan sesetengah pihak yang begitu takjub dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam kehidupan seharian membawa ke arah satu budaya yang dimana hampir keseluruhan nilai-nilai kehidupan dari barat dijadikan panduan tanpa menilai keburukan dan kebaikan sesuatu nilai.'
Sudah lama penaip ingin mengatakan sesuatu mengenai perkara ini. Ketika perkara ini diwar-warkan suatu ketika dahulu, penaip ketika itu masih berada di Tingkatan Dua. Miss Farah membuka meja debat mengenai isu ini di dalam kelas. Penaip berada di pihak yang membangkang isu ini. Penaip masih ingat satu isi yang penaip pernah berikan ketika itu, ”for student who already failed in English, they will get bad result in Science and Mathematic,meaning that they will get 5A and 3E rather than 7A and 1 E.” (lebih kurang macam 2 la ayat dia). Mata pelajaran Sains memerlukan kita untuk memahami konsep-konsep yang terdapat di dalamnya mengikut terma-terma yang spesifik. Ini menyukarkan guru-guru untuk menerangkan mengenai sesuatu tajuk dan akibatnya, masa banyak dibazirkan untuk penerangan sedangkan silibus yang perlu dihabiskan tidak dapat dihabiskan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Begitu juga dengan Matematik. Sesetengah orang kata takde masalah belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris sebab Matematik banyak guna nombor. Ada masalahnya.. Memang dalam pengiraan ia tidak banyak mempengaruhi, tetapi bagaimana sekiranya diberi satu permasalahan matematik dalam bentuk ayat yang panjang. Masalah pertama, apa maksud keseluruhan ayat tersebut dan kehendak soalan. Masalah kedua, bagaimana kita nak keluarkan maklumat-maklumat yang terdapat di dalam ayat tersebut. Masalah ketiga, bagaimana kita nak mengelaskan maklumat-maklumat tersebut. Seterusnya, formula apa yang kita nak gunakan. Ya,pelajar-pelajar boleh menjawab soalan tersebut sekiranya mereka diajar kaedah-kaedah untuk menjawab soalan itu dengan membuat latih-tubi yang banyak kerana mereka akan menghafal kaedah-kaedah tersebut. Tapi, seboleh-bolehnya kita belajar sesuatu bukan semata-mata untuk lulus peperiksaan dan menghafal kaedah bagaimana untuk menjawab sesuatu soalan. Kalo boleh, segala ilmu yang kita pelajari tu, kita boleh aplikasikan di dalam kehidupan seharian kita. Golongan yang menerima kesan paling buruk dari pelaksanaan PPSMI ini adalah bagi mereka yang berada di luar bandar ( rural areas) atas faktor persekitaran dan motivasi kendiri. Pengalaman prapraktikal di kawasan rumah penaip sedikit sebanyak membantu diri ini mengenali perwatakan dan karenah anak-anak murid dan juga kesan PPSMI ini dikalangan pelajar luar bandar. Disebabkan sekolah tersebut mempunyai masalah kekurangan tenaga pengajar, maka banyaklah relief class (kelas yang tidak mempunyai guru dan kita dikehendaki untuk mengambilalih kelas tersebut) yang penaip dapat setiap hari. Paling banyak dalam sehari ialah 8 relief class yang penaip dapat. Hehe..Memang kena buli betul,mentang-mentanglah penaip seorang je yang melaksanakan prapraktikal di sekolah tersebut. Takde la, pengalaman-pengalaman yang dikutip di Sek Men Keb Mengkarak merupakan antara pengalaman yang mahal buat diri penaip. Kebetulan masa tu time exam, maka banyak masa dihabiskan di dalam kelas-kelas peperiksaan. Pertama kali jaga relief class, penaip ditugaskan ke kelas Tingkatan Lima. Macam-macam plan yang penulis rangka di dalam minda. Nak berkenalan ngan setiap seorang pelajar dalam kelas tu, pastu nak bagi semangat sikit untuk SPM tahun ni, dan lain-lain. Sebaik sahaja sampai ke kelas tersebut, tak sampai separuh ahli-ahli kelas berada di dalam kelas. ‘mana pegi yang lain? Mentang-mentang ujian tengah tahun da abis, trus monteng kelas ke budak2 ni’.. andaian penaip yang 'baik'. Setelah mereka memberi salam, penaip mengarahkan mereka semua duduk. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang menyelesaikan folio sejarah manakala yang lain tengah buat hal masing-masing. Ada yang tengah bersembang, ada yang tidur dan ada yang keluar masuk kelas sesuka kaki mereka. Dengan sisa-sisa semangat yang masih ada, penaip memulakan bicara,
“ Cikgu Azreen ada hal di luar, jadi tak dapat masuk kelas arini. Kamu semua boleh buat kerja masing-masing dan jangan bising.”.. Penaip pun melangkah ke arah meja guru dan membaca buku panduan prapraktikum sehingga abis masa. Huhu…. Abis hilang semua plan-plan yang siap terlakar di kepala sebaik sahaja berhadapan dengan mereka.
Hari kedua kena jaga kelas Tingkatan Dua, kali ni penaip bersiap sedia dengan marker dan sedikit perkataan yang telah siap tertulis di atas sehelai kertas. Kelas ni ada lebih kurang 30 orang ahli. Disebabkan dorang ni muda sket, penaip lebih yakin untuk berhadapan dengan mereka. Setelah meminta mereka memperkenalkan diri, penaip memulakan sesi permainan. Penaip minta salah seorang daripada mereka ke hadapan untuk menjadi pembantu. Pembantu ini akan melukiskan gambar mengikut perkataan-perkataan yang telah penaip sediakan dan ahli-ahli kelas yang lain akan cuba meneka gambar tersebut (dalam Bahasa Inggeris, walaupun masa tersebut adalah masa Matematik,hu.. saje nak test skil) sebelum gambar tersebut selesai dilukis. Alhamdulillah, mereka memberikan kerjasama yang baik.( sampai aku pun jadi budak-budak dalam kelas tu,huhu). Err.. da lari dari tajuk ni, insyaAllah, sekiranya ada kesempatan, penaip akan coretkan seteguk pengalaman yang ditimba ketika prapraktikal di dalam entry yang lain.
Apa yang penaip ingin kongsi ialah penaip berhadapan dengan situasi penandaan kertas peperiksaan ujian penilaian pertengahan tahun Pelajar Tingkatan Dua. Kebetulan, kedudukan penaip di dalam bilik guru adalah berhadapan dengan Penyelaras Sains Tingkatan Dua, Kak Nor. Sepanjang masa dia menanda kertas anak-anak muridnya, mulutnya tidak henti-henti bercerita mengenai kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid-muridnya. Kebanyakkannya mempunyai masalah ejaan sesuatu perkataan di dalam Bahasa Inggeris. Yang paling penaip ingat ialah jawapan yang dikendaki oleh soalan ialah ‘type of plant’ , namun ramai pelajar yang memberikan jawapan seperti ‘ taip of plant’, ‘ type of plan’, dan ‘tep of plant’. Kesalahan mereka hanyalah ejaan sedangkan isi jawapan adalah betul. Adakah ini membuktikan pengajaran Sains dan Matematik dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar? Adakah cikgu Sains perlu mengadakan slot ‘spelling in science’ di dalam rancangan pembelajaran sedangkan sukatan pelajaran masih banyak lagi yang perlu dihabiskan.. Adakah peningkatan sebanyak 4.4% didalam UPSR baru-baru ini cukup membuktikan keberkesanan PPSMI??
Penaip berharap keputusan perbincangan mengenai PPSMI yang akan diadakan dalam masa yang terdekat ini, berakhir dengan satu keputusan yang boleh meningkatkan lagi mutu pendidikan ke atas anak-anak kita kearah melahirkan generasi-generasi yang benar-benar produktif dan proaktif didalam pemikiran dan tindakan bukan sebagai mangsa di dalam sistem penjajahan ini.
~ Tidak dikatakan seorang pemuda itu berjiwa pemuda apabila dia berkata “ayah aku begini-begini”,tetapi seorang pemuda itu akan berkata “ ini adalah aku, aku begini-begini” ~
2 comments:
Saya juga krg stuju sbnarnya dgn PPSMI..agak menyusahkan pelajar.Bukan susah yg menjadi halangan tp...ntahla..
x ckp mase.kalu ikut habis 1 entry cite ttg ni.lain kali smbg..mabruk alaikk!
btol.. ad byk lagi yg nk dperkatakan mgenai ppsmi ni.. lbh banyak negatif bbnding positif.. ap2 pn, kt tggu kptsn prbncangn mgenainya ya.. syukrn..
Post a Comment