Friday, February 20, 2009

SeCeBiS MaSa, SekeLuMiT BiCaRa..



Bismillah wal hamdulillah

Jutaan kemaafan dipohon buat sahabat2 sekalian kerana membiarkan laman ini hampir 3 minggu tidak di update. Alasan penaip, laptop kesayangan dalam perjalanan ke bengkel untuk dipulihkan atas serangan virus yang telah lama beranak pinak di dalamnya. Nak dekat sebulan laptop penaip tidak bersama-sama dengan penaip, jadi tak dapat nak berkongsi sesuatu dengan sahabat2 sekalian meskipun cuba untuk menumpang laptop sahabat2 yang lain. Lain ‘feeling’nya menaip di laptop sendiri berbanding menaip di laptop orang lain, termenung kat depan laptop sendiri pun lain perasaannya dengan termenung di depan laptop orang lain. Nak taip kat laptop orang pun kena tekan slow2, nanti jahanam lak laptop orang. Huhu.. Memandangkan kelas pada tengahari ini dibatalkan, dapatlah penaip menekan2 papan kekunci lab komputer mencoretkan sekelumit berita..

Seribu satu kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Dari isu Palestin yang sehingga kini tiada penyelesaiannya, kes di Perak, isu PPSMI,Pilihanraya kecil di 3 bukit, , isu peralihan kuasa PM kepada Najib pada Mac ini, kes Elizabeth, isu pemberhentian sementara tenaga kerja hinggalah kes di fakulti penaip sendiri (Fakulti Pendidikan). Isu yang sengaja dibesar2kan@ diadakan oleh pihak2 tertentu bagi menghalang kebenaran disingkap dan keadilan ditegakkan. Isu2 yang ditimbulkan mungkin juga bertujuan untuk menutup beberapa isu lain agar perhatian negara@ masyarakat umum dapat dialihkan kearah berita2 tertentu sahaja. Ketidakadilan kepada mahasiswa/i jurusan Pendidikan Al-quran dan Pendidikan Islam di Fakulti Pendidikan juga menjadi agenda sesetengah pihak tertentu. InsyaAllah, penaip akan cuba mencari waktu untuk menaip mengenai isu yang berlaku di fakulti penaip yang tercinta ini.

akhir kata...
buat sahabat2 sekalian...

No comments: