Pening.
Ya Allah permudahkanlah urusan ini…
Tak mampu lagi untuk menatap skrin monitor di hadapan. Tepu sudah otaknya. Hazman bangun dan meninggalkan laptop untuk merehatkan diri seketika walhal arini dah terlebih rehat dah rasanya.
“assignment da siap blom?” Abang Nasrullah menyoalnya tatkala dia melangkah masuk ke bilik.
“blom…tak buat apa pun lagi...” Jawab Hazman sambil mengambil tempat disebelahnya.
**************************************************************************
5 minit kemudian..
“ Bob… Bob..” kedengaran suara memanggil nama panggilannya menuju ke biliknya.
“ye..” sahutnya.
“tidur dah ke?” soal Abang Fauzi terkejut, mungkin baru tersedar dia tidak berada di tempat bersemayam dirinya dan laptop 5 minit lepas.
“pening.. baring jap.. nanti sambung balik..” jawab Hazman lemah..
“ ni, abang nak tanya awak sket…bla..bla..bla…” Abang Fauzi memulakan bicara tanpa menghiraukan keadaan Hazman ketika itu.
Perbualan kecil berlangsung di situ. Usai sahaja perbincangan, Abang Fauzi keluar.
mmm.. Alhamdulillah.. Macam dah hilang sket pening.. Bingkas Hazman bangun. Memandangkan otak dah mula berjalan kesan perbincangannya dengan abang Fauzi sebentar tadi, Hazman mengambil keputusan untuk menyambung kembali tugas-tugas yang terbelengkalai.
‘Terima kasih abang Fauzi kerana mengejutkan aku dari pembaringan yang merupakan alasan aku semata-mata untuk menangguhkan kerja…’
Hadapi dan berdepanlah dengan ujian yang melanda.. Melarikan diri bukan penyelesaian yang terbaik..
~ Bijak ini terlalu subjektif untuk dinilai. Sebab kebanyakan genius ini hanya terselah kebijaksanaannya pada satu-satu bidang sahaja. Ada bijak cari duit, bijak selesaikan masalah, bijak mencipta, bijak merancang, bijak memimpin dan macam-macam bijak lagi. Tak lupa jugak yang bijak kelentong, bijak mengampu, bijak menipu, bijak berjudi… Justeru dalam kategori manakah yang kita mahukan?? ~
2 comments:
bijak dalam membentangkan dan menegakkan kebenaran walaupun dunia kini semakin letih ditelan kepincangan yang tidak bertepi.. InsyALLAH teruskan perjuanganmu sahabatku...
makasyeh myme...
Post a Comment