Friday, June 5, 2009

PenDidiKan NegaRa...

Bismillahi wal hamdulillah


Tertarik melihat dua orang sahabat penaip yang begitu khusyuk menatap skrin laptop pada malam itu membuatkan penaip menyibuk sekali untuk mengetahui apa yang menjadi perhatian mereka ketika itu. Ianya adalah sebuah tayangan video mengenai zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu. saat penaip menonton sekali bersama mereka ialah saat ketika video sedang menayangkan mengenai zaman perkembangan ilmu di bawah pemerintahan Khalifah Umar bin Abd Aziz. Penaip sangat kagum dengan budaya ilmu yang pada ketika itu berkembang dengan sangat baik sehingga terpacul keluar dari mulut penaip,

" Tak dapat nak bayangkan suasana macam ni",

Sedangkan jelas watak-watak di dalam video tersebut menggambarkan suasana pada ketika itu..(penaip cuba upload video tersebut tapi gagal sebab berat sangat..maaf e, penaip akan cuba upload lain kali) Lalu sahabat penaip berkata,


" Macam lecture saya kat FST cakap, orang pada zaman dulu kekuatan akidah dorang mantap, tak macam orang zaman sekarang, kekuatan akidah mereka tak sama macam kekuatan akidah orang pada zaman - zaman kegemilangan islam dahulu. Sebelum ilmu-ilmu lain yang dikuasai, pegangan akidah mereka dah cukup jelas."




Penaip amat bersetuju. Manusia pada zaman tersebut tahu untuk apa mereka hidup, tujuan dan matlamat mereka jelas dan mempunyai panduan yang jelas, iaitu Al-Quran. Alangkah cantik sekiranya pendidikan awal kita ditumpukan kepada peneguhan akidah di dalam diri setiap insan. Penghayatan dan pemahaman rujukan utama kita iaitu kitab suci Al-Quran. Di dalamnya penuh terkandung seribu satu maklumat,rahsia bahkan merupakan kunci utama kepada segala ilmu di dunia ini. Kita dapat lihat tokoh-tokoh ilmuwan Islam terdahulu merupakan insan-insan yang mempunyai pengetahuan yang cukup baik dalam pemahaman kitab suci Al-Quran sejak dari kecil. Itulah asas pendidikan yang diterapkan pada zaman itu. Asas yang betul-betul kukuh yang mampu membentuk akhlak dan peribadi yang selari dengan ajaran Al-Quran. Apabila sudah ada teras yang kukuh, barulah kita boleh membina cabang-cabangnya yang sudah tentu tidak lari dari teras yang sedia ada. Mereka telah membuktikan pelbagai kemajuan dapat dicapai melaluinya. Bahkan lebih hebat lagi jika dibandingkan dengan apa yang ada pada hari ini sehingga mampu mencetuskan suatu zaman yang dikenali sebagai zaman Renaissance. Jika direnung Falsafah Pendidikan Negara,


“ Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."


Cantik di atas kertas, namun pelaksanaannya? Pendidikan yang tidak berteraskan ketuhanan akan menyebabkan penuntutnya tidak mempunyai roh terhadap apa yang dipelajari. Apa yang berlaku didalam sistem pembelajaran kita sekarang adalah menghabiskan silibus, menghafal fakta, menganalisis, membuat perbandingan dan menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepada mereka. Tidak ada langsung elemen peningkatan iman terhadap subjek yang dipelajari.




Justeru itu, penaip ingin menyeru sahabat - sahabat sekalian supaya bersama-sama menyokong dan mengikuti Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara anjuran GAMIS. Sudah tiba masanya pendidikan di Malaysia memerlukan transformasi yang membolehkan Malaysia bersedia ke arah perubahan globalisasi.
~ post pendek sebelum balik (^-^) ~

No comments: