Monday, July 13, 2009

MARWA AL-SHERBINI

Bismillahi Wal Hamdulillah

Alhamdulillah, malam ni penaip sempat meninjau-ninjau laman maya dan penaip tertarik untuk merespon mengenai isu saudari Marwa al- Sherbini. Pada mulanya terbaca sedikit kisah beliau di blog Presiden ISIUKM, dan kebetulan sahabat penaip, Syakilaisma ada menyebut tentang kisahnya di blog beliau membuatkan penaip ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya. Dengan bantuan En Google, darah ini meluap-luap mendidih setelah mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Marwa al- Sherbini telah memfailkan saman kepada seorang pemuda warganegara German yang tidak mempunyai pekerjaan kerana pemuda tersebut telah menggelarkan Saudari Marwa al - Sherbini sebagai seorang pengganas kerana Marwa memakai tudung. Dia memanggil dengan panggilan ' terrorist' terhadap Marwa ketika mereka berselisih di sebuah taman. Marwa telah memfailkan saman terhadap beliau dan ketika hakim telah memutuskan hukuman bahawa Marwa al- Sherbini memenangi perbicaraan tersebut dan pemuda tersebut perlu membayar denda sebanyak 2800 euros, pemuda tersebut telah meluru ke arah Marwa dan telah menikam Marwa yang sedang mengandung 3 bulan sebanyak 18 tikaman. Ketika kejadian berlangsung, suami Marwa telah bertindak untuk membantu namun dia telah salah tembak oleh pegawai polis yang berada di dalam mahkamah dan mendapat 3 tikaman daripada pemuda German tadi. Suaminya berada di dalam keadaan yang kritikal di sebuah hospital. Kejadian ini turut disaksikan oleh anak lelaki mereka yang berumur 3 tahun.

Bayangkan 18kali tikaman!! Penaip bukanlah seorang ahli forensik tapi berdasarkan siri-siri CSI, untuk menikam seseorang sebanyak 18kali bukanlah satu tugas yang mudah dalam masa yang singkat melainkan pemuda tersebut mempunyai kekuatan yang luar biasa. Begitu benci dia pada seorang wanita muslim yang berhijab. 18 kali sahabat2. Berapa lama masa orang-orang yang terlibat ketika perbicaraan menyedari mengenai peristiwa ini dan berusaha untuk menolong Marwa??

ok,cuba kita tikam angin sebanyak 18kali cepat2..

Nampak x?

Sebagai manusia biasa, berapa lama masa yang kita ambil untuk merespon terhadap apa yang berlaku di depan mata kita?
Masa yang diambil untuk menghalang kejadian tersebut?
Masa untuk kita menjerit "berhenti!".
Masa untuk kita berkata "cukup!"
Sebagai manusia biasa, tanpa mengira agama, tanpa mengira jantina.
Hanya sebagai seorang manusia biasa yang sedang menyaksikan seorang insan ditikam berkali-kali oleh orang lain.
Berapa lama?
Adakah ianya mencecah kali ke 18?
Sangat kejam....

Dimana media2 kita? kenapa tiada liputan mengenai perkara ini? Dan apa yang menghairankan, bagaimana boleh seseorang masuk ke mahkamah dengan membawa pisau. Banyak persoalan yang timbul mengenai peristiwa ini.

Siapa pengganas yang sebenar? Marwa al - Shebini atau pemuda German terbabit??

~ maaf, penaip menulis dengan emosi jadi tiada resolusi yang dipaparkan, sekadar penjelasan awal mengenai isu ini ~

No comments: