Tuesday, March 24, 2009

JaDiLah kaTak YanG PeKak..


Salam’alaik..
Entry kali ni, Penaip teringin sangat nak berkongsi dengan sahabat2 mengenai sebuah kisah ni.. Da seminggu duk dalam laptop,xpublish2.. Alhamdulillah arini baru ada kesempatan. Mgkin ramai yang dah taw mengenai kisah ni.. Penaip amik artikel ni dari blog Presiden ISIUKM, Ust Idris Mohd Yusoff. www.tintaduat.blogspot.com

Renungkan...

Pertandingan maraton peringkat hutan simpan, sempena meraikan ulangtahun kelahiran Raja Katak akan diadakan pada minggu depan. Pertandingan tersebut terbuka kepada semua katak yang tinggal di situ.

“Ish, jauhnya, 5 km!” Rungut beberapa ekor katak yang terpandang pada poster yang ditampal pada sebatang pokok. Namun, 10 ekor katak nekad menyertainya kerana hadiahnya lumayan. Maka bermulalah sesi latihan.

“Apalah bodoh sangat kamu semua ni, 5 km tu jauh,” sapa seekor katak yang kebetulan lalu di tempat katak-katak yang berminat menyertai pertandingan maraton itu sedang berlatih.

“Lebih baik balik tidur lagi baik,”.

”Tak usah la kamu terlibat benda-benda buang masa macam tu”.

Demikianlah antara suara-suara sumbang yang berbunyi setiap hari ketika mereka berlatih. Akibatnya, pada hari pertandingan, 4 ekor katak menarik diri kerana merasakan diri tidak mampu menghadapi laluan yang jauh dan mencabar.
Katak-katak selebihnya tetap nekad. Setelah beberapa kilometer, mereka rasa terlalu letih. Di pertengahan perlumbaan, mereka terpaksa berhadapan dengan cabaraan bertemu dengan kata-katak lain yang bertindak sebagai penonton.

“Tengok la tu, mereka dah letih, aku dah cakap, ini semua kerja bodoh!” kata seorang penonton.

“Mereka takkan mampu, jauh lagi garisan penamat,” rungut penonton yang lain.

Akibatnya, kesemua katak tadi berhenti dan menarik diri kecuali seekor katak. Dia terus melompat dengan sepenuh tenaga dan akhirnya dia menang dan mendapat hadiah lumayan yang dijanjikan.

Seorang wartawan menghampiri katak tersebut untuk menemuramahnya.

“apakah rahsia kejayaan sehingga kamu berjaya sebegini,” tanya wartawan tersebut.

Namun tidak ada jawapan. Wartawan tadi bertambah bengang apabila 3 kali soalan sama diajukan namun tiada jawapan. Kebetulan, adik katak yang menjadi juara tadi datang lalu dia menjawab,

“sebenarnya, abang saya ni pekak”. Maka wartawan tadi mendapat jawapan yang tepat kepada soalannya tadi iaitu “pekak”.




Begitulah lumrah kehidupan kita, pelbagai pandangan dan kritikan orang lain terhadap apa yang kita usahakan dan kita perjuangkan. Sekiranya, kita tidak berprinsip dan hanya mengikut kata orang lain semata-mata, kita akan gagal. Merenung kepada ayat dalam surah Al-Maidah, ayat 54 :

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaanNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


Salah satu kelebihan golongan yang didatangkan Allah sebagai pengganti mereka yang berpaling tadah ialah, “mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela”.
Justeru, penulis tidak menyeru supaya kita menjadi katak atau merosakkan telinga kita untuk menjadi pekak, tetapi marilah kita memasang “filter” di telinga kita agar tidak terpengaruh dengan kata-kata atau kritikan yang hanya untuk menjahanamkan kita. Alangkah malangnya katak-katak yang normal, dan beruntungnya katak yang pekak tadi. Wallahua’lam.


~ Dalam hidup yang sementara ini, kita tak dapat lari dari kata2 orang terhadap diri kita... Samada yang berbentuk positif atau negatif.. Apa yang penting, bagaimana kita menghadapinya pastikan 'Filter' yang dipasang harus cekap memainkan peranannya untuk menginterpretasi kata2 yang diterima supaya ia boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi diri.. ~

No comments: