Bismillahi wal hamdulillah..
Dah lama tak bukak klas.. mesti korang semua da naik lemak kan?? Baiklah, mari kita pecahkan lemak tu sket-sket.. Pada sesi kali ini cikgu nak ajar satu lagi kaedah untuk memantapkan lagi diri kita dalam Bahasa Inggeris.. Kaedahnya ialah ( ayat skima lak.. huhu) melalui penulisan a.k.a writing.. Cikgu tau korang semua tak suka menulis especially bila cikgu suh tulis essay dalam kelas, betol tak? Cikgu tau, sebab cikgu pun macam tu jugak masa sekolah dulu-dulu.. hehe.. Dan menulis adalah perkara yang paling cikgu tak suka sebab bila kita menghadap kertas putih kat depan mata, idea-idea yang diingin-inginkan tak keluar pada saat-saat kita memerlukannya… Bila sebut je ‘ok class, please write an essay about….’ Kepala otak terus blank… Apa yang aku nak tulis ni… hu….
Cikgu mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan sejak dari tingkatan satu apabila cikgu mula diperkenalkan dengan satu homework subject favourite cikgu… English.. he… Kami diarahkan supaya menyimpan sebuah ‘journal book’.. Di dalam buku inilah segala idea, perkara, peristiwa, luahan perasaan dirakamkan, macam diari sket-sket… Setiap minggu journal ni akan dikutip oleh teacher dan disemak.. Sebarang kesalahan grammar akan dibetulkan oleh teacher dan teacher akan beri komen pada setiap entry di dalam journal.. Dia ala-ala blog jugaklah.. Bleh bagi komen kat tiap-tiap entry cuma yang bagi komen tu teacher sorang je la dan hanya teacher sahaja yang bleh baca 'journal book' tu.. orang lain tak bleh.. Masa form 1 dulu wat main-main je journal tu... Warna-warni je lebih.. Huhu.. Penaip pun tak tau nak tulis apa sebab tak biasa tulis apa-apa catatan sebab penaip tak suka orang baca apa yang penaip curahkan kat atas kertas.. Masa sekolah rendah, salah satu rutin wajib yang ayah penaip akan lakukan pada setiap minggu ialah beliau akan wat 'spotcheck' kat beg-beg sekolah kami adik-beradik, dan setiap apa yang kami catat atau tulis, hatta pada sekeping kertas sekalipun, tak terlepas dari pengetahuan beliau... Pernah sekali ayah terjumpa kertas yang tertulis nama adik penaip (lelaki) dan nama seorang budak perempuan sekelas ngan dia.. Biasalah zaman budak-budak kecik dulu, dorang main pasang-pasangkan nama.. Teruk gak kena jawab ngan ayah.. Huhu... Apa-apa yang tak berkait ngan pelajaran, akan dibasmi oleh ayah.. Huhu..
Penaip mula berminat dalam penulisan sejak di tingkatan empat apabila penaip diperkenalkan dengan 'Mr Feeling Box'... Hehe... 'Mr Feeling Box' ini diperkenalkan oleh Miss Najihah dalam kelas EST ( English Science and Technology).. Beliau akan meminta kami menulis sesuatu untuk diletakkan di dalam 'Mr Feeling Box' setiap kali selepas kelas berakhir.. Tulis je apa-apa tapi pendek je la, sekadar 3,4 ayat atas sekeping kertas kecil, lipat kecik-kecik, dan masukkan dalam kotak tu.. Setiap orang dalam kelas tu ada nama samaran masing-masing dan segala identiti kami akan dirahsiakan,hanya Miss Najihah je yang tahu siapa penulis sebenarnya.. Jadi, kami bebas untuk menulis apa sahaja.. Beliau akan pilih 3 tulisan di dalam 'Mr Feeling Box' dan akan merespon tulisan kami pada kelas yang berikutnya.. Di kelas inilah nama 'ubi kayu' diwujudkan oleh penaip sebagai nama samaran diri ini di dalam setiap tulisan yang penaip letakkan di dalam 'Mr Feeling Box'.. Mungkin disebabkan Miss Najihah merespon setiap tulisan yang penaip berikan pada setiap kelas EST, telah menumbuhkan minat penaip untuk terus menulis...
Jadi,sahabat-sahabat sekalian, sediakan sebuah journal dan mulalah menulis... Tulis je apa-apa yang terlintas di dalam kepala anda.. Dan apabila saat-saat 'malas' untuk menulis itu datang, tak payah tulis apa-apa.. Jangan paksa diri... Menulislah di saat-saat idea datang mencurah-curah... Kadang-kadang kita mampu untuk menulis sebuah kisah berdasarkan serangkap kata-kata yang kita dengar pada hari tersebut.. Sahabat-sahabat akan rasa puas setelah membacanya kembali dan anda mungkin tidak sangka itu adalah hasil tulisan anda...
Ok, untuk homework murid2 sekalian, cikgu (macam-macam kata ganti diri dah..)akan berikan tajuk2 yang perlu kamu siapkan dalam masa sebulan ni.. untuk minggu pertama, kamu perlu buat 3 entry di dalam minggu ini..
a) MYSELF
b) MY LEISURE ACTIVITY
c) IF I CAN RETURN BACK TO THE PAST, I WILL....
Minggu kedua dan seterusnya hanya dua entry setiap minggu.. Untuk minggu kedua:
a) MOST IMPORTANT PERSON IN MY LIFE
b) MY BEST FRIEND
Minggu ketiga :
a) IF I AM A STUDENT LEADER, I WILL.....
b) IF I AM A DEPUTY VICE CANSELOR OF STUDENT AFFAIRS, I WILL....
Minggu Keempat :
a) MY DREAM GADGET
b) I WANT TO CHANGE MALAYSIA INTO.........
~Selamat Menulis~
No comments:
Post a Comment